Thursday, June 4, 2009

3 Golongan Yang WAJIB Berhenti Merokok





Salam,

Sempena Hari Tembakau Sedunia baru-baru ini, diharapkan lebih ramai orang akan berhenti merokok. Kotak rokok pun sudah ada gambar-gambar yang mengerikan, tetapi orang tetap juga hisap rokok seolah-olah tidak ada apa-apa kesan.

Perangkaan Kementerian Kesihatan menunjukkan terdapat peningkatan perokok di kalangan remaja. Walaupun terdapat juga perangkaan menunjukkan terdapat sedikit penurunan yang tidak ketara terhadap trend perokok yang lebih dewasa. Kenapa perokok di kalangan remaja semakin meningkat?

Menurut sesetengah pendapat, ini berlaku kerana terikut-ikut dengan orang tua, orang dewasa yang berhampiran dan rakan-rakan sebaya.

Pada pendapat saya, sepatutnya ada 3 golongan atau profession yang patut berhenti merokok atau tidak memulakan merokok.

Bukan nak kata yang lain tak perlu berhenti atau patut mulakan. Ini kerana 3 golongan ini adalah dianggap sebagai contoh masyarakat dan boleh menjadi ikutan kepada generasi muda.

Ataupun dengan ayat yang lebih mudah, kita akan hilang hormat atau lebih mudah terpengaruh sekiranya mereka ini merokok. Maka wajar saya cadangkan di sini, 3 golongan ini sepatutnya berhenti merokok atau cuba berhenti mulai sekarang.

3 golongan yang patut berhenti merokok ialah :-

1. DOKTOR

Doktor selalu suruh orang berhenti merokok. Macamana nak hormat sekiranya, di hadapan pesakit dia suruh berhenti merokok, di belakang dia yang paling juara. Kenapa doktor merokok saya sendiri pun tidak tahu.

Jikalau anda fikir apabila seorang doktor merokok, alasan yang akan diberikan nampak lebih munasabah daripada bukan doktor, maka cuba anda tanyakan doktor tersebut. Kenapa doktor merokok? Jawapannya akan kabur juga, sekabur asap rokok.

Ini kerana, tidak ada satu pun jawapan dari segi fakta perubatan atau sains yang membenarkan seseorang menghisap rokok.

Ada seorang pengarah hospital daerah yang saya kenal dahulu begitu kuat merokok. Biasanya dia akan merokok selepas sarapan pagi di sebuah kantin "swasta" di luar hospital. Siapa yang bersamanya merokok? Tentulah kakitangan-kakitangan hospital.

Doktor mengetahui 1001 penyakit yang boleh disebabkan asap rokok. Kenapa perlu menyumbang kepada statistik ini.


2. USTAZ

Saya rasa kurang hormat kalau ada ustaz yang merokok. Dulu fatwa kata makruh, maka takperlah kalau merokok. Tapi sekarang fatwa dah sah terang haram, kenapa masih merokok.

Macamana orang ramai nak ikut fatwa kebangsaan yang banyak diletakkan di masjid-masjid sedangkan setelah habis ceramah, ustaz sendiri merokok dengan ajk masjid di masjid?

Malah Ustaz-ustaz yang sepatutnya membantu memberi nasihat dan menguatkan fatwa merokok itu haram kepada orang ramai. Bukannya mempertikaikan- kononnya tiada dalil dan nas yang Qat'ie lah dan tak Sorih lah, sedangkan majlis fatwa negara dah umumkan.

Mungkin najis rokok ini tidak setara dengan najis mughallazah seperti babi, tetapi ia seberat meminum racun secara perlahan-lahan. Kalau minum racun itu haram, kenapa merokok boleh jadi makruh, sedangkan kedua-duanya membunuh?


3. GURU

Kalau guru rokok berdiri, anak murid rokok berlari...

Itulah kaitannya seorang guru dengan anak muridnya. Seorang guru mempunyai beribu anak murid sepanjang profesion mengajarnya. Mustahil, tidak ada beberapa orang yang terpengaruh sekiranya guru tersebut merokok.

Guru adalah manusia yang kedua bertanggungjawab selepas ibu-bapa di dalam memberi pendidikan dan pelajaran kepada generasi muda negara. Tugas itu sebenarnya sangat penting walaupun ramai ibu-bapa yang memperlekehkan (kerana ibu-bapa dah tak tahu macamana nak kawal anak mereka, dan rasa bersalah tersebut dilepaskan kepada guru).

Oleh hal yang demikian, guru sepatutnya mempunyai rasa tanggungjawab untuk menjadi contoh utama untuk berhenti tabiat merokok. Tidak kira di dalam sekolah atau di luar sekolah, ataupun di rumah, para guru kadangkala diperhatikan. Di dalam sekolah mungkin tidak, tetapi anak murid mungkin melihat anda merokok di dalam kereta ketika pulang, ataupun terserempak dengan anda membeli belah.



Mungkin ada yang berkata kenapa 3 profesion ini sahaja yang disebut. Saya ulang di sini bahawa semua orang patut berhenti merokok. Tetapi 3 golongan ini adalah rapat dengan masyarakat.

Apatah lagi mereka merupakan idola kepada kaum remaja, golongan muda, maka ini menjadikan tanggungjawab untuk mendidik bertambah berat. Maka wajarlah mereka dahulu yang berhenti merokok.

Wallahu A'lam.

13 comments:

Jie said...

saya sokong...

pagi2 dtg bawa sepanduk dpn blog Dr

Farah Deeb said...

Ada lagi 1 profession Dokt: yeitu Bapa & Ibu. Hat ni kalau depa pun merokok caner nak ajar anak2?

Variasi Biz Trd said...

Ada satu lagi golongan yang betul-betul berhenti merokok, seorang lelaki yang bernama BAPA. BAPA lah yang dapat membendung anak-anak atau memberi nasihat agar berhenti merokok.

noorcahaya said...

Dr, sy dah peknen hampir 3 bln... recently ni suami slalu padam gambar pada kotak rokok tu guna marker hitam... bile sy tgk betul2 rupanya gambar baby yg lahir kurang matang akibat perokok atau asap rokok.. tahu plak dia elergik tgk... tapi isapppp jugak... rase patut setiap btg rokok tu ade gak gambar lah..

admin said...

ahli politik pon sama .....hehe
dia lagi la patut benti merokok
patut usulkan cadangan memansuhkan rokok dijual diseluruh negara kalau roko ni betul menyebabkan penyakit ... selagi ada kat pasaran bermakna halal la rokok 2.... pastu buatkantanda tak halal kat rokok2 baru.... dari buh gambar penyakit 2... kalau dia islam patut dia benti... kaupon sama sbnarnya..(seorang perokok tegar yang nak benti)

sya said...

ye, saya sangat setuju...
ketiga2 nya adalah role model..
saya rasa paling aneh kalau tengok ketiga2 golongan ni merokok.. sangat tak sesuai...

iye lah, kepimpinan melalui tauladan..

sharidah said...

Betul tu. Semua staff saya memang tidak merokok walaupun mereka dalam keadaan stress semasa bekerja. Dan saya akan teruskan policy ini tidak akan ambil pekerja yang merokok.

weber said...

saya tambah satu lagi.. pemimpin negara/negeri...
kalau boleh buat satu undang2 yang membolehkan penjawat awam dan pemimpin negeri/negara disaman jika didapati merokok...

Dr Azwan said...

Kak Jie bawak sepanduk nak buat apa kak? Nanti masuk ISA la.. wahaha

Deeb dan Ar Raudhah : Betul, IBU dan BAPA emang wajib berhenti.. tapi tu bukan profesion.. itu apa yer... hmm

noorcahaya : bijak betul hubby... laku skarang kalau pakat jual marker sebelah kedai rokok.

mee : ahli politik tu tak boleh pegang.. cakap nya tak boleh pegang, janji pun tak boleh pegang. lepas bergaduh dalam parlimen, hisap rokok dalam lobi...

aizan said...

sy nak tambah dr - "smoking takes ten years of your life"


-aiZAn-

Scarred Soul said...

Salam.

Found this blog whilst blog-hopping.

Saya masih ingat masa saya darjah 3 (1997), saya punya seorang guru bahasa Inggeris yang merokok di sekolah and if my memory serves me right, even dalam class!

Hmmm...

Budak darjah 3 tak reti complain ke higher authorities masa tu.

Dr Azwan said...

aizan : quite right. If you have that extra 10 years!

scarred souls : sekarang budak bawak hp gi sekolah.... bila2 masa bleh amik gambar.

Sharidah : Lady boss!!

NorHidayah said...

rasanya Dr perlu tambah satu lagi iaitu IBUBAPA.

Ibubapa juga wajib berhenti merokok sebab mereka contoh yang terdekat!

Related Posts with Thumbnails