Monday, August 17, 2009

Elakkan Datang Ke Hospital...





Salam,

Di antara arahan Ketua Pengarah Kesihatan agar sesiapa yang sakit ke hospital segera untuk menerima rawatan.

Namun, jika boleh, sebaik-baiknya cuba elakkan daripada ke hospital kerana hospital adalah pusat segala pesakit H1N1 berkumpul.

Saya kasihan dengan sesetengah pesakit yang beratur berjam-jam untuk berjumpa doktor di hospital kerajaan kerana terlalu panik terkena jangkitan, sedangkan hanya terkena batuk dan selsema ringan.

Padahal risiko anda semua ke hospital, terpaksa menunggu lama di hospital, bertemu secara langsung dengan pesakit yang dikhuatiri ada H1N1 meningkatkan peluang anda untuk terkena jangkitan. Datang ke hospital tiada H1N1, pulang dari hospital dengan H1N1.

Kalau makhluk halus macam cerita "Jangan Pandang Belakang" itu mengikut anda pulang ke rumah, anda sorang sahaja yang dirasuk... tapi kalau makhluk halus macam H1N1 ikut anda pulang, satu kampung boleh terkena!

Ada yang bawa anak melawat ke hospital untuk melawat pesakit terutama di hospital swasta (hospital kerajaan ada larangan membawa kanak-kanak). Membawa anak kecil melawat pesakit adalah membahayakan diri anak-anak. Kita tahu co-morbid yang boleh membawa kematian kepada pesakit H1N1 adalah anak berusia 5 tahun ke bawah.

Jika ada keperluan melawat pesakit di hospital, sila pakai topeng muka.

Nasihat saya kepada semua pembaca, kalau tidak sihat sedikit-sedikit, macam selsema ringan atau, batuk ringan tanpa demam, tidak perlulah ke hospital. Pergi klinik berdekatan dan ambil MC pun cukup. Jika bawa anak untuk tujuan vaksinasi dan sebagainya, sila pakai topeng untuk mengelakkan jangkitan.

Kepada pesakit yang terkena selsema, batuk dan demam, amalkan minum air kosong yang banyak, makan buah-buahan yang tinggi kandungan Vitamin C seperti anggur, limau, epal dan buah-buahan kaya vitamin C yang lain. Anda juga boleh makan pil vitamin C yang boleh didapati klinik dan farmasi. Ada kajian yang menunjukkan Vitamin C boleh menghindarkan diri daripada jangkitan selsema dan meningkatkan imunisasi anda.

Rehat secukupnya, pakai topeng muka, jauhkan daripada orang lain dan amalkan kebersihan diri.

Sekiranya gejala anda nampak melarat seperti sesak nafas, sakit badan semakin teruk, cirit birit dan muntah, demam tiggi yang tidak berkurangan dan lesu, jangan tunggu. Anda boleh pergi terus ke hospital kerajaan dan swasta dengan segera untuk dimasukkan ke dalam wad.

Wallahu Alam.

4 comments:

seri ratna said...

akum dr, saya memang nak tahu adakah org kena virus ni terus demamatau lepas berapa lama?

aizan said...

dr, sy duduk di melaka. Gerun melihat dan membaca akhbar bilangan yg meninggal setiap hari di TV disebabkan wabak ini.Sy sekeluarga mengambil langkah dgn memakan buah2an, sayur2an dan juga minum teh hijau utk meningkatkan daya ketahanan diri. Baru2 ini sy telah pergi ke pameran Hari Peladang dan Penternak 2009 di MITC, Melaka. Sy sekeluarga termasuk anak2 memakai topeng muka sewaktu disana. Walaupun anak2 sy (3 thn dan 5 thn) tidak selesa tetapi sy terpaksa menerangkan tujuan dipakai topeng muka. Tujuan sebenar adalah utk membeli set hidroponik dan melihat jualan anak2 pokok. Ramai juga org2 tua,yg bertongkat dan yg berwheel chair pun ada disana,(ramai rombongan cik kiah) tetapi agak mengecewakan rata2 mereka tidak memakai topeng muka. Bukan itu sahaja, malah parents yg membawa baby pun ada. Sewaktu berada disana, ada yg memakai mask ada yg tidak memakai mask. Malah penjual yg menjual produk mereka pun ramai yg tidak memakai topeng muka. Sy rasa mereka tidak merasa takut dgn penularan wabak ini. Sy sendiri mengelak utk pergi ke tempat yg ramai org dgn membawa anak2 melainkan terpaksa.

ummu Masyitah said...

salam dr,
kalau baby 15 bulan demam panas,muntah2 dan tak mahu makan,kdg2 susah bernafas tapi tidak selesema,sudah diberikan ubat oleh doktr swasta tapi masih belum baik,apkah perlu ke hospital awam?

Hindi Choti said...



Hindi sexy Kahaniya - हिन्दी सेक्सी कहानीयां

Chudai Kahaniya - चुदाई कहानियां

Hindi hot kahaniya - हिन्दी गरम कहानियां

Mast Kahaniya - मस्त कहानियाँ

Hindi Sex story - हिन्दी सेक्स कहानीयां


Nude Lady's Hot Photo, Nude Boobs And Open Pussy

Sexy Actress, Model (Bollywood, Hollywood)

Related Posts with Thumbnails