Kanser daripada sotong kering - Mengandungi logam toksik sama seperti bateri, plastik dan baja fosfat
GEORGE TOWN - Ramai mengetahui keenakan sotong kering ditambah lagi jika dimasak sebagai sambal.
Namun Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mendedahkan, tidak mungkin ramai pengguna sedar bahawa sotong kering kaya dengan gan logam toksik jenis kadmium, bahan yang sama digunakan dalam membuat ba teri, plastik dan baja fosfat.
"Kesan pengambilan kadmium mendedahkan seseorang terhadap kanser payu dara, kanser prostat serta penyakit buah pinggang,'' kata Presidennya, S. M. Mohamed Idris pada sidang media di pejabatnya di sini semalam.
Menurutnya, selain sotong kering, makananlaut kering lain seperti tiram, ikan bilis dan udang juga mengandungi kadmium tetapi pada kadar yang lebih rendah.
"Hasil ujian yang dilakukan mendapati kandungan kadmium dalam sotong kering melebihi empat kali ganda had yang dibenarkan,'' ujarnya.
CAP membuktikan perkara itu melalui ujian rawak melibatkan enam sampel sotong kering dan hasilnya mendapati lima sampel mengandungi kadmium serta tiga daripadanya mempunyai kandungan logam itu secara berlebihan.
Monday, October 5, 2009
Kanser daripada sotong kering
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Salam, sy share artikel ni di fbook saya. TQ.
Bagus pendedahan ini..kalau boleh dapat detail CAP report..
http://moneynsecret.blogspot.com
Post a Comment