Wednesday, December 9, 2009

Program Khatan Sepanjang Minggu






Salam,

Beberapa minggu cuti sekolah ini, saya mengkhatankan kanak-kanak di hospital pakar al-Islam, tempat saya bekerja ini. Caj untuk seorang yang hospital kenakan ialah RM 150.00 termasuk ubat-ubatan. Caj ini saya fikir semakin meningkat sejak akhir-akhir ini. Itu untuk bayaran untuk berkhatan oleh pegawai perubatan. Bagi pakar bedah pulah caj yang dikenakan ialah RM 250.00.

Mungkin 10 tahun dulu, bayaran bersunat hanya RM 60.00 seorang di klinik. Setiap setahun atau dua tahun ia meningkat sebanyak RM 10. Sekarang kadar bayaran bersunat ialah di antara RM 100 - RM 150. Ada sesetengah klinik mengenakan bayaran sehingga RM 200 untuk bersunat menggunakan smartklamp.

Pada 12.12.2009, saya bersama-sama rakan-rakan saya di hospital ini akan mengkhatankan 60-70 kanak-kanak di Wisma Rozali, Shah Alam. Ini adalah program anjuran Syarikat Puncak Niaga dan merupakan program rasmi.

Pada 13.13.2009, program berkhatan beramai-ramai di Masjid Salehuddin Al-Ayubi, Taman Melati, akan dilaksanakan. Bayaran ialah RM 100.00 seorang. Program ini adalah kerjasama AJK Masjid Salehuddin Al-Ayubi, Biro Kesihatan ABIM dan MRA. Dijangka 30 orang kanak-kanak akan menyertainya. Saya, Dr Saifullah (pegawai perubatan Orthopaedik HKL), Mr Shuib (Pakar Orthopaedik Hospital Ampang Puteri) dan Mr Hassan Mat (Pakar Bedah Hospital Metro Kajang) akan bersama-sama melaksanakan program ini.

Sesiapa yang berminat utk menyertai khatan di Masjid Salehuddin Al-Ayubi, Taman Melati, boleh hubungi Hj Hassan Basri Bin Hj Pilus, 013-3604846, Setiausaha Penganjur.

Pasti pelbagai reaksi akan dilihat pada program berkhatan ini...

Wallahu Alam.


2 comments:

Kakcik Seroja said...

13.13.2009???? Biar betul Dr... :)

Unknown said...

salam..dr azwan...

saya muhammad hafidz bin hasan..dari volgograd state medical university, russia. saya pelajar first year di sini. saya merupakan pelajar tajaan MARA di sini.

di sini saya ingin mengemukakan satu persoalan kepada dr berkenaan pendapat tuan pada sistem pendidikan khusunya pada pelajar2 medik di sini. memandangkan banyak doktor berpendapat bahawasanya graduan2 doktor dari russia tidak berkualiti dan juga dikatakan sebagai incompetent atau lagi teruk "licensed-to-kill" doctor. hal ini bukan sahaja mengggugat masa depan saya malah kerisauan ibu dan ayah saya terhdap diri saya. sering berputar2 di kepala saya adakah ini nasib saya dengan menguasai dan score exam spm, pmr , upsr seblum ni dan akhirnya ditentukan ke universiti yang kualiti pendidikannya diragui.

saya secara tidak langsung juga tidak berpaa menykai sistem pendidikan di sini kerana lecturernya yg masih blum fasih berbahasa inggeris, malah amalan tiru meniru dalam peperiksaan dan membocorkan soalan dalam peperiksaan bukan satu tidak normal, malah norma pendidikan di sini khusunya dalam klanagan malaysia. sudah pasti rakyat yg membazirkan duit ke arah kami tidak mahu untuk berkesudahan dengan satu usaha sia2.

malah, cuti kami di sini dipendekkan dengan alasan untuk buat practical di hospital yg kami hanya dilatih untuk " mak cik..sihat ke tak?" tanpa ada prosedur seistematik sebagai seorang doctor. jadi tuntasnya saya ingin menyakan pada doctor tentang graduan russia (jika doctor pernah kenali atau handle), tentang langkah yg perlu kami buat, dan kalau boleh saya ingin mencadangkan doctor datang ke universiti ini untuk memerhatikan "future doctors" belajar. dan kalau boleyh doctor mampu membuat satu titik perubahan kepada sistem kami agar tidak ada renggang perbezaaan teknologi mahupun prosedur dengan langkah dr cuba memangjangkan cuti kami dan kami melakukan praktikal di malaysia sepanjang cuti summer kami. ini adalah lebih baik.

kerjasama daripada tuan doctor amat saya hargai. harap tuan perihatin terhadap nasib kami di sini yg berniat baik untuk mmbina bangsa dan agama.

p/s: tuan boleh reply kepada saya pada blog saya:

hensemituhandsome.blogspot.com

ataupun pada email saya
theleafofmindthebranchofsoul@yahoo.com

wassalam.

Related Posts with Thumbnails