Friday, March 19, 2010

Macam-macam ragam...






Salam,

Seorang pesakit wanita bujang pertengahan usia datang berjumpa saya kerana sakit perut. Daripada ceritanya dia telah pergi ke pelbagai klinik dan akhirnya tiba di hospital Pakar Al-Islam untuk berubat.

Menurutnya, dia telah mencuba pelbagai ubat di klinik-klinik yang dilawatinya namun masih lagi sakit perut.

Setelah diperiksa, saya mencadangkan dia untuk menjalankan pemeriksaan ultrasound. Sejenis pemeriksaan yang tidak merbahaya seperti yang dijalankan untuk perempuan mengandung. Kemungkinan beliau mempunyai masalah batu di hempedu atau masalah lain seperti batu karang dsbg.

Pesakit tidak mahu.

Dia kata ibunya dan saudara maranya kata itu cuma angin sahaja.

Saya cuba menerangkan tentang keperluan dia melakukan pemeriksaan lanjut. Lagipun dia dah banyak kali pergi ke banyak klinik untuk mendapatkan rawatan untuk sakit perutnya itu tetapi tidak berkesan.

Tetapi dia tetap menyatakan bahawa ibu dan saudara maranya memberitahu itu cuma angin sahaja.

Akhirnya saya mengalah dan memberinya ubat untuk gastritis.

Susah juga kadangkala berhadapan dengan pesakit seperti ini. Macam-macam ragam...

Wallahu Alam.

4 comments:

ChoyHH said...

Salam sejahtera Bro Wan,

Saya ... x faham kenapa pesakit itu berusaha dan ada initiatif yg tinggi utk ' melawat ' beberapa klinik yg pd akhirnya, dia yg seolah2 menjadi doktor sendiri pula.

Patut pergi farmasi shj jika dah tahu cara merawat diri.

Be strong and teruskan usaha (dont mind them, dont mind ...). We cant expect everyone to be the same, some are ... totally irrational & hard to understand. Tcare bro.

ChoyHH

Dr Singa said...

'Dr shopping'
salam....
:)
orang Melayu ni semua nya 'angin' kan...

nor310 said...

hm. suspicious wanita bujang.
ntah2 dia takut dia pregnant kot.

Myluv - Syl said...

tergelak bila fikir pasal wanita tu.
patutla dia kena gi banyak klinik.
seperti kata nor310,
ntah2 dia takut dia pregnant.

Related Posts with Thumbnails