Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...
Saudara saudari yang saya hormati...
Terima kasih kerana sudi melawat blog saya yang seadanya ini... Saya di dalam proses untuk membina sebuah blog baru yang dinamakan mobiledr.com-Check out your cool gadget di alamat http://mobiledr.blogspot.com. Blog ini dikhususkan untuk peminat2 handphone dan gadget2 yang lain. Blog itu akan dibuat eksklusif di dalam bahasa Inggeris.
Seterusnya, saya mendapat gambar di bawah daripada email adik saya. Agak menakutkan pada kali pertama melihatnya, dan masih menakutkan selepas banyak kali saya melihatnya. Mengikut email tersebut makhluk ini dijumpai di ?teluk bahang. Saya tak tahu kat mana itu. Walaubagaimanapun, saya rasa ini adalah makhluk yang sama digembar-gemburkan di dalam video klip handphone yang disebarkan secara meluas tahun lalu.
Saudara/saudari, blog ini bukanlah extension dari majalah mestika, mana-mana majalah misteri ataupun majalah seram yang berleluasa saat ini. Dan saya juga tak pasti kebenaran gambar ini atau mahkluk ini benar2 wujud. Sekiranya tidak benar, maka maafkan saya dan anggaplah ia satu gurauan. Sekiranya benar maka marilah kita sama-sama menginsafi akan kewujudan alam lain atau mahkluk lain yang berkelana di bumi Allah.

Daripada lokasi yang makhluk ini terbaring, dengan rupa bentuk ekornya, mungkin dapat disimpulkan bahawa makhluk ini datangnya dari laut. Bagaimana ia sampai ke tempatnya sekarang kemungkinan ia telah dialihkan oleh seseorang, ataupun dia menngunakan tangannya ditampung oleh ekornya ke tengah daratan.
Jika dilihat dari bentuk dadanya, terdapat rangka dada (costal cartilage). Seperti manusia, rangka dada ini melindungi 2 organ penting tubuh iaitu paru-paru dan jantung. Daripada rangka dada ini kemungkinan makhluk ini bernafas menggunakan paru-paru seperti ikan paus. Kalau makhluk ini manusia yang bertopeng pun mungkin juga! tetapi cuba lihat gambar tangannya di bawah nanti. Giginya agak panjang dan tajam, kemungkinan ini makhluk pemaging (carnivourous) yang makan ikan. Makhluk ini tidak mempunyai hidung seperti manusia , bukaan terus ke tengkorak. Rupa bentuk tengkoraknya juga agak pelik, rahangnya kecil, gigi yang overcrowded, tetapi mulutnya luas, tidak berambut dan mempunyai seakan-akan sirip di tepi kepala yang membentuk seolah2 telinga. Kalau ada orang yang menyamar di sebalik makhluk ini memang berjaya menipu saya sebab nak buat rahang gigi yang kecik cam tu dengan bukaan mulut terjuih .. susah tu...
Sekali tengok cam alien. Cuba tengok tangan dia. Terlampau kurus kering atau "emaciated". Makhluk ini mungkin mati kebuluran sebab badannya kurus sangat. Rangka dada nampak besar seperti manusia. Panjang tangannya lebih kurang macam manusia. Ada tulang humerus sambung melalui bahu ke bawah dan ?radius-ulnar selepas siku ke tangan . Tangannya ada webbing, macam kaki itik menandakan ia makhluk yang hidup di laut. Kalau ada manusia yang memakai pakaian ini, badannya mesti betul2 kurus. Cuba tengok tulang tanngannya, takde otot langsung.
Ekornya cam ikan... ada sisik lagi pada kulitnya.
Makluk ini bersirip. Sisiknya jelas kelihatan.
Gambar dari belakang, dialihkan oleh seseorang. Tulang belakangnya tak ubah cam manusia. Ada curvature lagi kat kawasan tulang lumbar macam manusia. Saya rasa, tulang belakangnya bersambung tulang pinggul sebab nampak macam ada tulang terbonjol di kawasan pinggul. Haiwan ini nampaknya panjang (tinggi), lebih dari 5 kaki. Daripada belakang, ia macam manusia.
Pertama kali saya tengok saya tak percaya. Maklumlah sekarang kat banyak cara manusia boleh menipu. Tapi lama-lama tengok macam real pun ada. Mungkin cerita manusia yang kena sumpah jadi ikan sebab menderhaka tu ada betulnya. Bagi saya, makhluk ini kalau dijumpai, perlu dikaji oleh pakar untuk menetukan kesahihannya. Pemeriksaan DNA patut dilakukan, termasuk X-ray dan MRI. Mungkin ia satu spesis yang masih belum dijumpai di lautan, dan manusia sejagat boleh mendapat ilmu daripada kewujudannya......
Wallahu A'lam
12 comments:
Salam dr azwan,
Subahanallah, sememang nya manusia belum lagi menerokai segenap pelusuk bumi apatah lagi kediaman laut dalam. Sememangnya wujud mahluk-mahluk yang tidak dikenali spesis nya. Sedangkan di hutan sabah dan serawak pun masih boleh ditemui spesis haiwan baru. tetapi kalau benar rupa mahluk yang di dalam gambar ini , ia merupakan penemuan baru yang perlu dikaji secara mendalam.
Memang betul. Kalau makhluk ini banyak lagi, tentu menarik... badan cam manusia kaki cam ikan. Harap takder orang tipu kita kan... inilah ikan duyung yang sebenar..
ee..ngeri saya tengoknya Dr, betol ke nie yer?? klau betol kene kaji nie, untuk mengesahkan kewujudannyer..spesis ikan duyung nie Dr..
saya singguh kagum dengan tulisan doktor kali ini. harap doktor boleh tulis benda benda menarik camni lagi
wm afendi
www.wmafendi.com
Saya hairan kenapa gambar tu dah tak kluar.. kena sabotaj ker atau kena ban... apa nak buat? kena upload balik ke?
yo azwan, mende tuh adalah patung lilin yg orang letak kat tepi pantai , aku penah baca kat blog mane tah . buhehehehehe
wah seru tapi kalo cuman issue doang g p p..
kalo beneran ada di laut hmm syerem juga ..
Haaa kucau... patung lilin ker... hehe.. termungkin gak ia satu posibility... so tajuk baru artikel ni ialah Alien, Makhluk laut atau Patung Lilin! kue kue kue... Camne bisnes dadih ko... aku dah berjaya masuk 3 sekolah nih...
Bunda nanay.. maaf bebanyak.. tak paham laa.. saya paham yang bahagian syerem tuh sahaja... :(
erm..
bagus jugak.
sy rasa mgkin alien kot..
slh lending. sbnarnya nk lending kt darat tp silip lending mcm dr sheikh muzaffar gak la.. tp alien ni pg lending kat laut. suhu dia panas tiba2 kena air yang tu jd mcm tu. mcm plastik cair tiba2 celup dlm air...
logik tak...logik tak...
epulklate.wordpress.com
patung lilin ker? x kan bleh dok kat tetengah ari rembang tu..x cair ker?
Epulklate : teori alien pulak daaaahh... haha :)
Noneoftheabove : Uhh nama cam jawab soalan objektif. Lilin import dari United Kingdom tuh... !! Tak dapat kat Malaysia..
dr.azwan..
salam..
wow..cantiknya makhluk ni..sapa buat? hehehe..
would love to see it in action during diving la..wonder how it swim?..
Post a Comment