Tuesday, June 5, 2007

PENDAHULUAN - PROGRAM ORANG ASLI POS TUEL GUA MUSANG


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..
Terasa lama pulak tak melawat blog dan menulis artikel di blog. Alhamdulillah, seminggu yang berlalu terasa begitu panjang. Tak sabar2 nak kembali ke Kuala Lumpur. Semalam saya kembali bertugas di klinik dengan penuh bersemangat walaupun penat. Ada juga menerima panggilan berkenaan dengan tawaran-tawaran lokum di sekitar KL, maklumlah schedule kosong last week, kena isi sikit-sikit minggu ini dengan mingu hadapan. Saya terkejut jugak tengok2 Nuffnang Ads ni tiba-tiba ada advertisement untuk exabites. Tak perasan pulak bila diorang letak... Kalau ada masa dan kesempatan, bolehlah klik2 kan yer....


Seperti yang saya maklumkan, saya telah ke Perkampungan Orang Asli di Pos Tuel Gua Musang Kelantan pada 26 hb Mei sehingga 30 Mei 2005. Tarikh asalnya kami di sana dari 25hb sehingga 1 Jun 2007, walau bagaimanapun terdapat beberapa perubahan di saat-saat akhir yang memerlukan pasukan kami terpaksa pulang awal. Saya akan menceritakan serba sedikit program kami di sana. InsyaAllah.


Kalau anda tau di mana kisah kontroversi pembalakan di LOJING, Gua Musang di mana kerajaan PAS di hentam oleh Kerajaan Persekutuan (ada kisah disebaliknya...) well, post Tuel tak jauh daripada situ. Post Tuel ini terdiri daripada 5 kampung besar - pos ni macam Daerah kecil lah... 5 kampung tersebut ialah Kg. Tuel, Kg. Plug, Kg. Ber, Kg Hanir dan Kg Kerbuk. Penduduk di Pos Tuel menghampiri 100 buah keluarga dengan bilangan penduduk mencecah lebih dari 600 orang.


Saya sebenarnya dipertanggungjawabkan untuk membimbing 5 orang bakal doktor tahun 2 dari UiTM untuk menjalankan ekspedisi dan kajian tentang penyakit orang asli terutamanya Darah Tinggi. Di dalam masa yang sama, saya juga ditugaskan untuk menjalankan pemeriksaan kesihatan dan klinik bergerak untuk 5 kampung di atas mewakili Biro Kesihatan ABIM pusat dan Global Peace Mission - Medic. Saya mengetuai team Medic yang terdiri dari 5 orang pelajar Medic Uitm, 1 orang pegawai farmasi (Sdri. Saadiah) dan 1 orang sukarelawan yang bertanggungjawab sbg pembantu farmasi (sdri Farah) yang merupakan seorang pegawai di Public Bank. Di sebalik team Medic - 2 orang wakil dari ABIM iaitu Sdara Sirajudin Sirat (Yang Dipertua ABIM Selangor) mengetuai keseluruhan team bertindak sebagai Chief De Mission dan Saudara Akmar (ABIM Selangor) penolong ketua dan merangkap biro kerohanian. En Akmar membawa 2 anaknya yang cute Siti Adibah 13 tahun dan Siti Norhafizah 10 tahun sebagai pembantu kami. Jumlah ahli kumpulan adalah 12 orang.


Kami bertolak dari KL dengan 2 buah kereta proton dan 1 buah pajero. Kami agak terlewat memandangkan salah sebuah kereta mengalami kebocoran enjin dan pajero pula mengalami masalah tali kipas. Akhirnya kami bertolak juga dari R&R Rawang pada jam 12 tghari. Kami berhenti di R&R Tapah pada jam 2 pm utk Solat dan makan tengahari. Kami akhirnya tiba di GIANT Ipoh pada pkl 4.30 p.m. untuk membeli bekalan CAK RAYAK atau Makan Besar. Adalah penting untuk menjamu orang asli sebagai tanda kehadiran kami ke sana. Kehadiran team ABIM biasanya memang dinanti-nantikan kerana amalan Cak Rayak yang telah lama dilaksanakan.
Kami tiba di Pos Hendrop pada pukul 7 malam iaitu perkampungan untuk masuk ke dalam Pos Tuel. Kami meletakkan kenderaan kami dan kami menaiki 2 buah pajero dari situ ke dalam melalui jalan yang bagi saya paling sukar pernah saya lalui. Saya sendiri hampir nak termuntah dengan jalan yang begitu teruk.. mujur saya makan pukul 2 tadi di Tapah, kalau baru makan tak tahulah... abis semua terkeluar. Pukul 8 malam kami tiba di Kg. Tuel di mana terdapat balai raya di kg ini. Kami disambut dengan laungan Azan daripada corong pembesar suara di balai raya menandakan solat Isyak ingin dimulakan... Kami difahamkan orang asli ini amat taat untuk solat berjemaah di sini... sejuk hati kami melihat mereka (bersambung)...


Ini adalah kenderaan kami sehingga ke Pos Hendrop. Kami berhenti di sini untuk meletakkan kenderaan. Kami masuk ke kampung Tuel menggunakan 2 pajero Abim. Perjalanan mengambil masa 1 jam.



Inilah kenderaan kami sebuah land rover kepunyaan Islamic Outreach ABIM. Tanpa gagal berjaya membawa kami ke serata pelusuk kampung. Dikatakan lebih hebat dari pajero dan mampu menandingi 4wD di dalam kelasnya...



Saudara Akmar berbaju ungu ditemani Ustaz Abdullah (kanan berkopiah) yang merupakan penunjuk jalan kami. Gambar ini diambil ketika kami baru sampai. Yang bertiga duduk bersama adalah orang asli kampung Tuel. Ustaz Abdullah berasal dari Kota Bharu dan bekerja sepenuh masa dengan ABIM.






Ini adalah bekalan yang kami bawa untuk seminggu. Beras tu nampak banyak... tapi lepas tolak ngan CAK RAYAK (Makan Besar bersama Orang Asli) takde lah nampak banyak sangat.

Secara amnya - Sudah 25 tahun orang asli di post tuel ini menjadi pusat berlangsungnya usaha dakwah Islamic Outreach ABIM. Daripada hidup dengan Animisme, Islam diserap secara perlahan-lahan dan Alhamdulillah sehingga sekarang 90% orang asli telah berjaya di Islamkan dikampung ini dengan bantuan JAKIM dan JAHEIK (Jabatan Hal Ehwal Islam Kelantan). Usaha yang berterusan ini dipelopori oleh Dato' Dr. Abd Razak Kechik, (bekas pengarah kesihatan negeri Kelantan, Bekas Pengarah Kesihatan Perak, Bekas Pengarah HKL) yang merupakan orang kuat Islamic Outreach ABIM - atau IOA. Usaha pengislaman ini bukannya mudah kerana Orang Asli ini hidupnya berpindah randah, tiada pendidikan, tiada sumber ekonomi, mempunyai pegangan animisme yang kuat dan rata-ratanya bersifat pemalu.
Kalau dilihat dari sudut geografi pula, Pos Tuel terletak satu jam perjalanan ke dalam daripada jalan besar melalui jalan balak menggunakan 4WD. Kereta biasa tak lepas bang... Tidak ada talian telefon, tidak ada wireless internet, tidak ada sumber air yang dirawat dan tidak ada saluran televisyen.... Tidak ada Ustaz di kalangan kita yang mahu tinggal di sini kerana infrastrukturnya yang begitu... Oleh itu, cabaran dakwah tentulah besar dan berliku-liku. Usaha IOA dan badan dakwah yang bertanggungjawab menuntut usaha yang berpanjangan.


Pemergian kami ke sini sekadar mengisi ruang-ruang syiar dakwah yang telah dipelopori oleh orang-orang yang terdahulu. Kami mengajar mereka tentang penjagan kesihatan dan tentang peri pentingnya kebersihan di dalam Islam serta memberi rawatan kepada yang memerlukan. Pada masa yang sama, kami makan bersama mereka, sembahyang dan berdoa bersama mereka, bermain sungai bersama mereka, bercakap sikit2 bahasa mereka, menangkap ikan bersama mereka.... Amat penting supaya kami faham tentang mereka dan mereka mempercayai dan memahami apa yang kami cuba sampaikan... selebihnya kami serahkan kepada Allah... bersambung...
































Related Posts with Thumbnails