Thursday, November 8, 2007

AKU TIDAK MAHU BANKRAP!!

Assalamualaikum...

Pada tahun 1998, kes bankrap telah dilaporkan di Malaysia sebanyak 8,110. Semenjak itu, ia semakin meningkat setiap tahun.


Di dalam tahun 2005, 8% daripada 16,000 kes bankrap melibatkan mereka yang berumur di bawah 30 tahun. Daripada sumber Persatuan Pengguna Pulau Pinang, mereka yang masih muda ini bankrap antaranya disebabkan oleh hutang kredit kad, tidak dapat membayar hutang pinjaman dan rugi di dalam pasaran saham.

Manakala pada 2006, terdapat 13,596 kes bankrap telah difailkan. 1,656 atau 12.2 peratus disebabkan hutang kad kredit.


Amat mendukacitakan dan merisaukan kerana peningkatan kes bankrap juga terjadi di kalangan kita sekiranya tidak berhati-hati. Dengan mudahnya mendapat kemudahan kad kredit dan skim pembayaran mudah di pasaraya dan gedung jualan tidak mustahil kita boleh terperangkap dengan masalah ini.
Untuk memudahkan lagi pemahaman kita tentang permasalahan ini, artikel ini ditulis untuk menambahkan pengetahuan tentang bankrap. Ia adalah dipermudahkan kerana saya tidak mahir di dalam bahasa guaman. Sekiranya ada kesilapan sila betulkan di ruangan komen.



APA ITU BANKRAP?


Apabila anda mempunyai hutang yang melebihi kemampuan anda untuk membayarnya.
Secara mudahnya jumlah hutang yang tidak boleh dibayar sekurang-kurangnya berjumlah RM 30,000.


Mahkamah akan mengisytiharkan bankrap dan akan menugaskan Ketua Pengarah Insolvensi untuk menguruskan aset dan hutang-hutang si bankrap.


APA YANG TERJADI KEPADA SI BANKRAP?

Sekiranya anda Bankrap, anda terhalang untuk:-
  1. Tidak boleh membuka akaun termasuk akaun simpanan
  2. Tidak boleh memegang jawatan awam - seperti ahli majistret atau ahli majlis perbandaran
  3. Tidak boleh membawa kes ke mahkamah kecuali dengan izin Ketua Pengarah Insolvensi (DG)
  4. Tidak boleh keluar negara kecuali dengan izin DG atau Mahkamah
  5. Tidak boleh menjadi Pengarah Syarikat atau pengurus syarikat termasuk syarikat kepunyaan isteri atau saudara terdekat.
  6. Tidak boleh menjadi ahli atau bekerja di badan berdaftar
  7. Tidak boleh menjual rumah atau aset-aset besar yang lain.
BOLEHKAH SESEORANG MEMOHON BANKRAP SECARA SUKARELA?

Boleh. Sekiranya seseorang itu memohon untuk diisytiharkan bankrap, tiada lagi penghutang akan mencarinya kerana ia telah dilindungi oleh Mahkamah dari si pemiutang. Pemiutang tidak boleh mengambil tindakan mahkamah ke atas si penghutang dan asetnya. Walau bagaimanapun si Bankrap tidak dilindungi daripada tuduhan jenayah.

APAKAH TUGAS KETUA PENGARAH INSOLVENSI?

Ketua Pengarah Insolvensi akan menguruskan kewangan mereka yang telah bankrap. Dia akan memeriksa harta dan kemampuan kewangan si Bankrap dan akan mengambil langkah-langkah untuk menjual harta untuk membayar hutang.

BERAPA LAMA BANKRAP AKAN BERAKHIR?

Apabila orang yang Bankrap membayar hutangnya dengan cara keseluruhan ataupun berjadual yang dipersetujui oleh si pemiutang, maka dia boleh memohon kepada mahkamah untuk mengeluarkannya daripada senarai bankrap.

Ketua Pengarah Insolvensi juga boleh mengeluarkan seseorang daripada bankrap setelah 5 tahun diisytiharkan bankrap mengikut budi bicara. Walaupun begitu, si pemiutang boleh membangkang tujuan tersebut dengan notis dan sebab-sebab mereka yang tertentu ditujukan kepada ketua pengarah.


WALLAHU A'LAM

7 comments:

redha said...

sya sngt stuju dgn panduan dn nasihat doc..,di sni sy ingin brkongsi dgn pmbaca semua 1 sistem untuk untuk kita buat duit dgn mdah mlalui intrnet..,secara tdak lngsung kita dpt mngelakkn bangkrap..
nama:azree
web: http://RezekiJutawan.com/

Dr Azwan said...

Nampak Azree ke blog Dr Irfan. Apapun semoga Azree berjaya di dalam bisnes. Sesiapa berminat sila melawat ke blog Azree.

sabri said...

Assalamualaikum Dr. saya nak tanya pasal kad kredit ni. Apa yg bank boleh dilakukan kepada penghutang yg belum bankrap. Samada bank berhak menyita harta atau apa2 tindakan seandainya penghutang
masih tak dpt membayar hutang kad kredit.

Dr Azwan said...

Daripada pengalaman saya dengan org yang saya kenali, beliau menggunakan 2 kad kredit maksimum. Mereka akan mnegluarkan surat peguam supaya anda membayar walaupun dengan nilai yang sedikit. Sekiranya anda tidak membayar, nama anda akan disenarai hitamkan di seluruh bank. Oleh itu anda mempunyai masalah membuat pinjaman kemudian hari. Itu adalah termasuk dengan CCRIS dan CTOS. tindakan mahkamah akan dikenakan kemudian.

Hindi Choti said...


Hindi sexy Kahaniya - हिन्दी सेक्सी कहानीयां

Chudai Kahaniya - चुदाई कहानियां

Hindi hot kahaniya - हिन्दी गरम कहानियां

Mast Kahaniya - मस्त कहानियाँ

Hindi Sex story - हिन्दी सेक्स कहानीयां


Nude Lady's Hot Photo, Nude Boobs And Open Pussy

Sexy Actress, Model (Bollywood, Hollywood)

Kisah Sukses said...

Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini YUSUF ISMAIL seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar IBU DARNA yg dari singapur tentan AKI RUSLAN SALEH yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dr hasil ritual/ghaib dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus dan menang RM.230.000 Ringgit ,kini saya kembali indon membeli rumah dan kereta walaupun sy Cuma pekerja kilang di selangor malaysia , sy sangat berterimakasih banyak kepada AKI RUSLAN SALEH dan jika anda ingin seperti saya silahkan Telefon AKI RUSLAN SALEH di 0812-43477455 Untuk yg di luar indon telefon di +62812-43477455, Atau KLIK DISINI 2D 3D 4D 5D 6D saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui AKI RUSLAN SALEH saya juga sudah bisa sesukses ini. Jadi kawan2 yg dalam kesusahan jg pernah putus asah, kalau sudah waktunya tuhan pasti kasi jalan asal anda mau berusaha, ini adalah kisah nyata dari seorang TKI, Untuk yg punya mustika bisa juga di kerjakan narik uang karna AKI Ruslan adalah guru spiritual terkenal di indonesia. Untuk yg punya rum terimakasih atas tumpangannya.

Pyan Taring said...

assalamualaikum , sy nak tanya kpd Dr. ada kah tindakan agensi untuk menagih hutang salah ? sedang kan apa yg agensi ckp semuanya ada kaitan dgn akta penghutang dan ada kaitan dgn bank dan semua jabatan ? apa salah agensi sampai d aib kan , kalau bukan agensi bank x naik , dan kenapa bank refer semua fail penghutang kpd agensi ? sila bagi cadangan :)

Related Posts with Thumbnails