Assalamualaikum...
Semalam saya terkejut membaca kisah Dr. Basmullah di tangkap dan didenda RM 120,000 kerana tidak mendaftar kliniknya. Beliau tidak membayarn denda tersebut dan dihantar ke Penjara Kajang. Cuba baca artikel dari Utusan ini.
KUALA LUMPUR 18 Jan. - Seorang doktor didenda RM120,000 atau penjara tiga bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas dia mengaku bersalah engendalikan klinik perubatan swasta yang tidak didaftarkan di bawah Kementerian Kesihatan sejak 10 tahun lalu.
Dr. Basmullah Yusom, 45, dikenakan hukuman tersebut oleh Hakim S. M. Komathy Suppiah dengan alasan kesalahan itu adalah serius dan melibatkan kepentingan awam.
Basmullah yang gagal membayar denda itu kemudiannya dihantar ke Penjara Kajang, petang ini. Ini merupakan kes pertama kesalahan seperti itu didakwa di mahkamah.
Mengikut pertuduhan, dia didakwa mengendalikan sebuah klinik perubatan swasta iaitu Pusat Perubatan Al-Hilal Sdn. Bhd. yang digunakan bagi amalan perubatan pesakit luar tanpa didaftarkan mengikut Seksyen 27 Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Swasta 1998.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu kira-kira pukul 10 malam, 11 Januari tahun lalu di alamat No. 55, Jalan 5/76B, Desa Pandan persimpangan Jalan Kampung Pandan, di sini.
Dakwaan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 4(1) akta tersebut dan boleh dihukum di bawah Seksyen 5(1)(b)(i) akta yang sama.
Berdasarkan fakta kes, satu pasukan dari Kementerian Kesihatan telah menyerbu klinik perubatan itu yang sedang beroperasi.
Apabila diberitahu oleh hakim bahawa kesalahan yang dilakukan adalah serius, katanya, dia mempunyai lesen sebagai pengamal perubatan tetapi hanya kliniknya tidak didaftarkan.
Timbalan Pendakwa Raya dari Kementerian Kesihatan, Norfiza Mohamad Nordin yang mengendalikan pendakwaan pula berkata, sesebuah klinik perubatan perlu didaftarkan bagi membolehkan pemantauan dibuat demi keselamatan orang ramai.
“Ia juga boleh menghalang perkara yang tidak diingini berlaku seperti menggunakan khidmat doktor palsu dan melakukan pengguguran haram,’’ ujarnya.
Untuk pengetahuan anda, Dr. Basmullah adalah antara doktor yang keluarga kami sukai. Semasa saya masih belajar di Matrikulasi (10 tahun dulu), beliau pernah datang ke rumah saya dari poliklinik al-Hilal, Kg Pandan ke Salak Selatan untuk merawat datuk saya yang sedang sakit. Beliau juga adalah doktor yang mengkhatankan 2 orang adik saya, dimana saya sendiri beliau jadikan sebagai pembantunya ketika itu.
Secara personalitinya Dr Basmullah, sering memakai serban besar walaupun ketika merawat pesakit. Serbannya besar seperti serban pengikut al-Arqam dan beliau bertutur dengan lemah lembut dan baik. Walaubagaimanapun, sudah lama saya sendiri tidak berjumpanya selepas itu.
Saya berasa kasihan kepada beliau kerana terpaksa dipenjarakan kerana tidak membayar denda. Keluarga saya sendiri berasa hairan kenapa beliau memilih untuk tidak membayar denda RM 120,000 dan rela dipenjarakan. Ini boleh menyebabkan reputasi yang beliau ada selama ini akan merudum akibat dipenjarakan.
Mungkin Dr. Basmullah memandang remeh kepentingan mendaftar klinik beliau ke Kementerian Kesihatan. Pembayaran pendaftaran klinik jikalau saya tidak silap cuma RM 1500. Amatlah murah jikalau dibandingkan dengan RM 120,000 dan dimasukkan ke dalam penjara. Menyesal dahulu pendapatan...
Mungkin Dr. Basmullah memandang remeh kepentingan mendaftar klinik beliau ke Kementerian Kesihatan. Pembayaran pendaftaran klinik jikalau saya tidak silap cuma RM 1500. Amatlah murah jikalau dibandingkan dengan RM 120,000 dan dimasukkan ke dalam penjara. Menyesal dahulu pendapatan...
19 comments:
Salaam, is it not possible that he may not be able to raise that sum of money in a short time? RM 120,000 is not a small amount. Hmmm itu adalah antara his cabaran. Do you have to register yearly or one off???
Well, I believe a man's good reputation will speak for himself. One small silly step couldn't tarnish a man's beautiful soul. Ada hikmah disebalik semua ini.
This guy suffered the consequences because of double jeopardy…a DPP who gilakan pangkat and a judge who is a known ball carrier of the BN government…..but ultimately he suffered the consequences because of the Act which was put through b a womanizing DG and a ex Health Minister who is now an established porn actor…..worse still pergelutan kuasa di KKM makin lama makin menjadi sampai doctor ni sudah jadi mangsa…..hopefully bloggers like you will enlighten doctors. This is a lesson for all doctors especially the private ones..DO NOT TRUST THE MINISTRY OF HEALTH, DG or THE HEALTH MINISTER unless you want to land in jail……
Dia tidak diberitahu klinik kena daftar dgn KKM, sebab tidak terima surat dari kementerian.
Klinik tersebut bukan dia yang punya......Dia cuma bekerja sahaja, dan tidak diberi gaji pun !! Kerja sukarela je....
Ceritanya, penahananya tidak SAH, kerana sepatutnya tuan punya syarikat tersebut yang bertanggungjawab utk buat pendaftaran tersebut, bukan orang yg bekerja di situ.
Sebab bagaimana dia nak isi borang-borang tersebut, untuk tandatangan dan pengesahan dan lain-lain lagi.
Dr Basmullah ada Sijil Amalan Tahunan (APC = annual practising certificate), maka dia adalah seorang yg sah boleh bekerja dan mengamalkan perubatan.
Yang tak sah, adalah klinik tersebut tidak didaftar, yg tanggungjawab tuan syarikat, bukan pekerja / orang yg bekerja yang ada lesen.
Siapa pengarah-pengarahnya??
Mereka itulah yang sepatutnya dipenjarakan kerana engkar ikut peraturan kerajaan.
Semak sendiri siapa yang empunya, dalam ROC
- Pusat Perubatan Al-Hilal Sdn. Bhd
tuan punya syarikat tersebut adalah seorang wanita bersama adiknya.
Saya tahu siapa......kitapun terperanjat......
BUKA satu lembaran baru.......,
SEMUA ORANG INGIN TAHU, SIAPA DI BELAKANG SYARIKAT ITU......
YANG SELAMA INI MENGAMBIL HASIL ............
DAN LEPAS BEGITU SAHAJA.....
PIHAK PENDAKWA RAYA KENALAH SEMAK......
Dr K : boleh contact saya dan minta bantuan untuk menghubungi keluarga Dr Basmullah. Ada manusia ingin membantu beliau keluar dari penjara.
Anonymous 1: I think KKM just started to implement the clinic registration about last year (according to my boss Dr Idzham). Before this they dont pay heed.
Anonymous 2 : oopps.... :),, youre definitely from KKM!
Salam semua'
Dr Hj Basmullah Hj Yusof , ketua PKR Caw. Kg. Pandan , AJK PKR Ampang Jaya(2001).
Telah dibicarakan tanpa ada peguam membantu nya. Mengapa? Mengapa tiada
pembelaan keatas diri nya , sehingga dia dipenjarakan.
who is the owner for the Pusat Perubatan Al-Hilal Sdn Bhd?
If Dr Hj Basmullah is only an employee, then this is a justice error. We need Karpal Singh to bring this up
The snake of a DG says Basmullah "chose" to go to jail after "declining" to settle the 120,000 on instalment terms.....from which hole in hell did the government pick this joker to become DG of health.....pembelit habis......
Anonymous : saya tak tahu pun dia ketua PKR. Apa pun dia tetap seorang manusia dankeadilan mesti ditetapkan.
anonymous : I've chatted with my friend in KKM. According to the "law" - the doctor himself must make sure that the clinic where he is working now is registered. The owner of the company is not held responsible.
Anonymous : hehe. No comment
free him free him,
soon all doctors will be at mercy of you know who if we dont unite and support our fallen colleague
who bantu him? MMC? only us
He is my personal physician. I'm very disappointed with this. I do hope he'll be released soon.
Saya baru tahu kes dr basmullah hari ini (13 April 2008). Memang saya ketinggalan....sebab sudah tidak melanggan akhbar arus perdana. Suka saya maklumkan bahawa dr basmullah sememangnya seorang insan yang berhati mulia. Beliaulah satu-satunya doktor yang mahu datang ke rumah untuk merawat arwah bapa saya yang uzur satu masa dahulu (tiada seorang doktor pun yang ditemui yang sanggup merawat pesakit di rumah kecuali beliau). Saya dan keluarga amat terhutang budi kepada beliau. Apapun saya kira pada waktu ini munkin beliau telah dibebaskan. Semoga dr basmullah dan keluarga dipelihara Allah snt hendaknya.
Salam hormat....
Dengar cerita dia mendapat pembelaan peguam yang baik. Mungkin Karpal Singh menjadi peguamnya.
azwan apa habag
buleh kah kita buka klinik pakai apc orang lain.
Saya juliana, dekat 2 tahun kawen belum ada rezeki nak mengandung. Sebab hormon saya tak stabil(doctor ckp). Sebelum ni saya aktif sukan. Lps stop sukan, berat badan mula naik. Daripada sebulan sekali period, jadi 2 bulan sekali period, terus jadi 3 bulan sekali period dan nak masuk 4 bulan sekali period. Then doctor suggestkn mkn pil perancang yasmin untuk stabilkan hormon . Start bulan 1 ari tu saya dah period sebulan sekali. Tapi masih belum ada peluang. Masih mencuba. Mungkin saya akan ke hospital pakar puan untuk buat pemeriksaan lanjut.
Saya juliana, dekat 2 tahun kawen belum ada rezeki nak mengandung. Sebab hormon saya tak stabil(doctor ckp). Sebelum ni saya aktif sukan. Lps stop sukan, berat badan mula naik. Daripada sebulan sekali period, jadi 2 bulan sekali period, terus jadi 3 bulan sekali period dan nak masuk 4 bulan sekali period. Then doctor suggestkn mkn pil perancang yasmin untuk stabilkan hormon . Start bulan 1 ari tu saya dah period sebulan sekali. Tapi masih belum ada peluang. Masih mencuba. Mungkin saya akan ke hospital pakar puan untuk buat pemeriksaan lanjut.
Hai...bagaimana andai sy datang bulan pada 19 April ...dn pada hari ape subur...dan sekarang pada 11 may sy rasa mual umpama hamil ...adakah sy hamil
Saya bersimpati dgn Dr tetapi tiada sesiapa pun yang mampu mengubah KETENTUANNYA. ADA HIKMAH tersembunyi di sebalik nya
Post a Comment