Wednesday, January 30, 2008

Kisah Mesin ATM

Assalamualaikum...

Satu hari saya ke sebuah pasaraya untuk membeli belah pada hari Ahad. Oleh kerana tidak membawa tunai yang cukup saya ke mesin ATM berhampiran yang terletak di dalam premis pasaraya tersebut. Terdapat 4 mesin ATM semuanya, tetapi yang berfungsi cuma 2. Yang lebihnya sedang diselenggarakan oleh 2 orang lelaki.

Oleh kerana waktu itu dalam waktu sibuk, maka berduyun-duyunlah orang beratur di kedua-dua mesin yang berfungsi. Satu mesin sahaja hampir mencecah 15 orang beratur. Setelah lama beratur, barisan saya sudah semakin menghampir ke mesin ATM. Saya masih lagi menunggu dengan sabar walaupun sedikit bosan.

Di dalam keadaan 2 mesin yang masih diselenggarakan, terdapat sekelompok orang sedang menunggu dan menaruh harap kepada 2 mesin ATM yang belum boleh digunakan itu. Mereka menunggu samada boleh mereka menerkam ke hadapan dan mengeluarkan duit mereka dahulu berbanding mereka yang beratur panjang. Mereka tidak mahu beratur.

Saya menoleh ke kiri saya. Tiba-tiba beberapa orang daripada barisan yang sedang beratur pada mesin ATM yang berfungsi, lari meninggalkan barisan mereka dan meluru ke mesin ATM yang baru sahaja diselenggarakan. Padahal hanya cuma tinggal 5-6 orang sahaja lagi sedang beratur di hadapan mereka. Mereka mengambil risiko meninggalkan barisan mereka untuk menuju ke mesin ATM yang baru sahaja selesai diselenggarakan.

Jadi, barisan baru tiba tiba sahaja muncul di bahagian mesin ATM yang tak sampai 1 minit di selenggarakan. Bagaimana barisan baru itu muncul, dengan sepantas itu juga ia bubar. Selepas seorang pelanggan gagal mengeluarkan wangnya dari mesin ATM itu, tiada sesiapa lagi yang mahu mencuba.

Yang sedihnya, mereka yang beratur di dalam barisan yang semakin hampir dengan mesin ATM yang berfungsi tadi terpaksa beratur semula ke barisan terbelakang. Memulakan langkah baru sambil menyesal kerana tidak menunggu di barisan tadi. Masa juga terpaksa dibazirkan. Mereka yang tidak mahu beratur terus berharap mesin tersebut dapat diselenggarakan. Mereka mahu wang dengan cepat tapi tak mahu beratur.

Di dalam dunia kewangan pun mungkin begitu juga. Kita seringkali tidak mahu memilih jalan yang jauh untuk berjaya. Asal ada sahaja peluang yang timbul, kita jarang fikir dua kali dan tentunya memilih jalan singkat. Walaupun itu akan menyebabkan kerugian diri sendiri.

Tragedi rakyat Malaysia yang ditipu oleh sindiket tertentu untuk membawa dadah keluar negara dan "Black money"patut dijadikan iktibar. Wang yang terlalu mudah di dapati bukan melalui perniagaan yang jujur, pasti ada sesuatu disebaliknya.

Wallahu A'lam.

9 comments:

Anonymous said...

Walaupun nuruL selalunye tersalah pilih lane masa queue tak kira la kat atm ke, kat kaunter mcD ke, kat imigresen ke (mesti kena beratur lama) tapi tunggu aje la. Org kata, bersusah2 dahulu, bsenang2 kemudian. Eh ada kaitan ke? Hehehe.

Unknown said...

Tanpa keberaniaan, cita-cita tidak akan menjadi kenyataan. Hehe

Nadlique said...

Kalau ada dua org lagi senang. Sorang beratur sana, sorang beratur sini. Tgk mana lagi laju. Kalau satu tak berjaya, back up plan masih ada :P

Anonymous said...

situasi ni sama cam yg sy alami hari cuti umum lepas... sebabkan sy pi berdua, kami queue kat 2 atm mesin... sape dpt turn dulu, pi la kuar duit kat mesin tu... "kiranya kena bekerjasama utk capai satu tujuan" hehe...

Dr Azwan said...

nurul : biar lambat asal selamat. :)

Anuar : Betul2. Berani kena calculate. Risk without calculation - mengundang bahaya.

Nadlique : Tu yang ada boyfriend, girlfriend... Yang bujang nih..

Rai : kalau berdua selamat...

mira said...

wah, kretifnya dr! lihat fenomena dah boleh jadikan analogi. saya suka cara penyampaian dr ;)

Dr Azwan said...

mira : terima kasih. Kreatif ke pelik mira...

mira said...

pelik? tak terlintas pula macam tu. fikiran saya kadang² boleh jadi macam dr juga. yang ni contohnya:

http://mirakimura.blogspot.com/2008/01/tamadun-pada-teknologikah.html

;)

teruskan!

Anonymous said...

Salam

Blog yang menarik. Perkara umpama itu berlaku di mana-mana di Malaysia, terutamanya di jalan raya. Rakyat Malayia begitu bersemangat untuk maju ke depan dalam apa situasi pun..

Related Posts with Thumbnails