Apa khabar semua sahabat pembac blog nih. Maaf dah beberapa hari tak update. Ada pula yang kecewa sebab saya tak update blog nih :) Saja nak bagitahu, isteri saya baru melahirkan cahaya mata yang ke 4. Terima kasih Dr. Aida kerana tolong inform kepada pembaca blog di atas kelahiran cahaya mata.
Istimewa cahaya mata kali ini ialah ia seorang lelaki. Ya.. Anak saya ketiga-tiga sebelum ini adalah perempuan. Selamat dilahirkan di Hospital Kuala Lumpur di bilik bersalin pada 13 hb Januari jam 10.52 malam secara normal dengan berat 3.8kg (berat cam bapak dia jugak). Saya bukan tukang sambut.... setakat tukang potong placenta cord (tali pusat) jer...
Dah banyak tahun saya tinggalkan sakit puan... agak kekok juga... bukan tak berani.. kalau ada sapa-sapa yang nak terbersalin kat klinik Idzham tuh saya ready jer nak menyambutnya :) ... Maklumlah dulu saya pernah bertugas di sakit puan HKL sebagai houseman. Setakat 10 orang sehari.. selamba jer.. tapi tak lah beberapa fasih cam dulu.
Saya nih memang suka kalau isteri bersalin kat HKL. Ke empat2 anak saya bersalin kat HKL. OO.. lupa.. saya pun dulu lahir kat HKL... kira 2 generasi lah ni. Kat HKL saya biasa dengan jururawat nya. Kan saya bagitahu saya pernah kerja kat HKL. So urusan kemasukan, PAC, booking ward, labour room dan semuanya saya dah biasa. Jadi agak familiar dengan kawasan itu dan kurang stress. 3 jam sebelum pergi HKL, saya dah siap booking bilik kat wad maternity 4B HKL (hehe.. sebenarnya tak boleh tau!)
HKL juga adalah pilihan isteri, selain daripada murah dan dapat duduk seorang sebilik (kena bayar RM 160 sehari sebab kelayakan dia adalah 2 orang sebilik), dia pun suka suasana di sana dengan jururawat yang peramah dan layanan mesra.
Saya memang minta jururawa maternity yang sambut kelahiran anak saya dan saya assist dia. Sebab malam tu semua doktor sampai ke pakar adalah doktor lelaki. Hmm... ada bagusnya bersuami doktor ni kan...Selain daripada tak takut darah, dia boleh tolong assist delivery... Sampai ke bilik bersalin, saya sendiri setkan venofix dan drip, ambik darah, lepas tu buat pemeriksaan apa yang patut dan pecahkan air ketuban menggunakan alat (ARM).
Sakit kuat bermula di dalam 20 minit. Saya macam biasalah menjerit suruh isteri meneran. Beberapa hari sebelum itu dan beberapa jam sebelum itu sebenarnya saya dah ajar dia macamana nak meneran untuk bersalin. Alhamdulillah, tidak lama selepas itu dia selamat melahirkan seorang baby comel yang dinamakan IRFAN AUZAI'E. Selepas uri keluar, saya sendiri meminta untuk melakukan jahitan di tempat yang terluka. Darah pun tidak banyak dan rahim pun mengecut dengan baik.
Nama IRFAN AUZAI'E dah dipilih 6 bulan sebelum dia dilahirkan. Memang nak anak lelaki kan, so siap dah pilih nama. Irfan tuh bermakna yang pandai, arif, bijak. Auzai'e kalau tak silap isteri saya bagitahu, adalah nama seorang pakar hadis... Ehhh, dah copyright tuh.. tak boleh ambik. hehe... Nanti jadi macam Daniel, Danish, Batrisya dan Haikal. Dalam satu hari saya tengok patient kanak2 kat Klinik Idzham, mesti saya ada 5-6 orang yang anak2nya adalah kombinasi nama2 nih. Famous betul...
Keesokan harinya, kami keluar wad. Jadi mudah sahaja proses kelahiran untuk bayi ke 4 ini. Pada petangnya saya mencuci uri dan menanamnya di hadapan rumah. Saya cuma letakkan garam sahaja dan dibungkus dengan plastik kemas-kemas. Saya tak letakkan apa-apa pun beserta uri itu seperti paku-paku, rempah cili, senduk, kalkulator mahupun stetoskop.
Semalam, hari ke 3 lahir, Irfan bertukar warna kuning. Saya membawanya ke Hospital Ampang bertemu dengan kawan saya di sana Dr. Maryati di sana. Pemeriksaan darah menunjukkan indirect bilirubin 300. So kena 3 lampu. Ni dah dua hari saya berulang ke Hospital Ampang. Mungkin ditahan selama 3 hari. Ibunya berdarah O dan anak mungkin berdarah sama ngan saya. Tuh antara sebab anak jadi kuning.
Semalam, hari ke 3 lahir, Irfan bertukar warna kuning. Saya membawanya ke Hospital Ampang bertemu dengan kawan saya di sana Dr. Maryati di sana. Pemeriksaan darah menunjukkan indirect bilirubin 300. So kena 3 lampu. Ni dah dua hari saya berulang ke Hospital Ampang. Mungkin ditahan selama 3 hari. Ibunya berdarah O dan anak mungkin berdarah sama ngan saya. Tuh antara sebab anak jadi kuning.
Oleh kerana saya bercuti seminggu. Saya tak dapat update blog saya. Talian internet di rumah pula terdapat masalah selepas di sambar petir. Walaupun laporan sudah dibuat tetapi seperti mencurah air di daun keladi sahaja.
Kepada mereka yang menghantar komen - 12 komen semuanya, InsyaAllah saya akan respon. Kepada yang menghantar email, saya akan cari masa untuk balas. Saya mendapat panggilan telefon dari Mr Wong, berkenaan dengan hasrat beliau untuk menterjemah artikel antibiotik saya di dalam bahasa inggeris, saya akan balas semula pada hari Isnin ini.
Terima kasih di atas kunjungan anda. Saya sekarang jadi ibu dan ayah sekaligus skarang, kerana isteri saya terpaksa menemani anak yang kuning di Hospital Ampang. Anak perempuan comel yang 3 orang ni kena dilayan kerana mereka memang manja dengan ummi mereka. Maaflah bebanyak kerana tidak dapat mengupdate blog selalu buat masa ini.
Wassalam.
26 comments:
Assalamualaikum,
Salam perkenalan, saya baru menjengah ke blog ni. Tahniah atas kelahiran baru.
Amalina.
Tahniah buat Dr. sekeluarga.. :)
Tahniah Dr....
Saya adalah salah seorang peminat dr yang saban hari menanti ceritera2 baru dlm blog ini. Anyway congratsss for ur little azwan.... Saya berdoa semoga Dr & keluarga sentiasa diredhai olehNYA.
Tahniah...semoga bahagia berkekalan untuk doc sekeluarga...
Doc, hahahaha...uri tu kena letak laptop ke, handphone ke....baru real!
saya tak pasti la dr boleh terima cara tradisional ni ke tidak. tips ni diberi oleh seorang bidan klinik desa kepada mak mertua saya & kemudiannya diperturunkan kepada adik ipar saya & menantunya (sayalah tu :) ) tipsnya beri baby makan jelly kelapa muda. bukan jelly yg keras tu. itu dah isi kelapa muda namanya. kelapa muda yang betul2 muda. isinya baru nak jadi. warnyanya pun jernih aje. bukan putih betul la. selalunya tak banyak pun dalam kelapa tu. korek ngan sudu pun dapat sikit aje. haa..yg itu la. saya tak tau nak panggil apa. beri baby makan. oleh kerana ianya masih lembut lagi maka senang sangat la baby nak telan. setakat ni saya & adik ipar saya dah amalkan. memang berkesan. cuba la...
Tahniah! dah ada Dr Azwan junior ni :) ada geng lah ya..he..he..beruntung dpt suami dr ek..byk kemudahan dpt bab2 urusan kesihatan nih.
Kalau Dr free boleh tak nanti dr 'bercerita' sdkt ttg scoliosis, sekdr menambah pengetahuan. sblm ni sy byk jg refer articles/buku2. tQ
salam dr..wahhh, rezeki di tahun baru..cantik nama tu..alhamdulillah, dapat hero yer...pernah skali jek deliver kat hospital besar. mmg betul, kat private..mak oiii..mahai.
tahniah doc..dapat sorg hero,,baru ade geng nntikan..
Tahniah dr. azwan..semoga seisi keluarga dr. azwan, dirahmati Allah s.w.t. aminnn...
intechclan
congrats dr azwan!
Tahniah dr., bertuah isteri kerana suami yg memotong tali pusat dan menjahit luka rahimnya.
saya dengar pun dah ngeri belum tengok lagi.
Tahniah sekali lagi!
Dr Azwan,
Tahniah...semuga sentiasa bahagia.......Teruskan "blogging".
Tahniah doktor!!
Salam Dr Azwan..
Tahniah!! semoga baby n ibunya sihat..
waa..doc, tahniah!! dapat hero!! kem salam kat isteri ya! letak le gambo irfan tu,teringin nak tgk!!
Assalamualaikum dr, Tahniah dgn rezeki yg mendatang...saya selalu menjengah blog dr bila ada masa terluang....diperkenalkan oleh..KUCAu...
Saya nak tanya pasal prepaid tu kalu saya nak join cam ne caranya??
tahniah :)
Terima kasih semua yang mengucapkan tahniah. Kepada yang memberi nasihat dan tips juga diucapkan jutaan terima kasih. Tuhan sahaja dapat membalasnya. Rita_532: anda kena email saya untuk urusan lebih lanjut.
Salam Dr.
Tahniah dpt baby boy!
Bestnye suami jd tukang assist delivery. Rs confident gitu =)
*jgn jenguk blog saya, masih blm update =p
Salaam, congrats to you, azah & all in the family.
tanam uri ngan garam? why? ... secukup rasa tak???
hmmm alahahai ni kan zaman broadband ... maxis ader celcom pun ader, astro pun boleh gak ...
:D
tahniah dr azwan n family!!
lepas ni makin meriah la, ada hero! :D
Thanks nurul, ms liza dan ummu zufayri...
Ms Liza : tanam uri ngan garam - saja - embalment technic. Banyak garam - hyperosmolarity- Kurangkan bakteria - kurangkan bau busuk - anjing dan kucing tak nak gali...
Haha - takder kena mengena dengan masakan dan hypertension...
Assalamualaikum..
Tahniah Dr. Azwan. Akhirnya dapat hero antara bunga2 yg sedang mekar.
I wish to get a baby girl someday. Tunggu pengurus kilang baru amek alih operasi :P
BTW, baru2 ni terbaca tentang tabung errkk.. apa ek.. utk simpan darah dr uri. Can't remember the exact name. What do you think about it? Usefull enough?
jrazlina : haha.. pengurus kilang baru yer.. local ke expats? keke..
Hmm.. Cord blood bank project nih mungkin useful satu hari nanti. Dia ambil darah yang kaya dengan stem cell di dalam placenta cord baby yang baru lahir. Stem cells ni macam ibu segala sel lah. Sebelum darah kita tukar jadi darah merah, darah putih dsbg ia berasal dari stem sel. So dia bank kan darah tuh dalam sebuah "cord blood bank" di dalam suhu yang sangat rendah. Dikatakan stem cells ni boleh merawat penyakit genetik, kanser can leukimia dsbg. So far techbology ini saya tak tahu tahap mana keupayaannya. Ada sorang ejen cord blod bank ni datang promo kat saya dulu - good business skarang sebab charge mahal gak untuk simpan. kalau ada duit why not. Ethically saya tak pasti.
Kalau isteri sendiri tahu pula mencari bidan perempuan.
Apakah perasaan para lelaki semua yang tahu awak akan menyembut kelahiran bayi mereka sedangkan mereka tiada pilihan. Mereka tiada boleh membuat apa apa kerana tiada wang untuk memilih doktor perempuan di klinik bersalin swasta.
Apakah perasaan para lelaki yang membiarkan faraj si isteri dibuka dengan rakusnya untuk mengeluarkan anak dan tangan sang doktor lelaki memasukkan tangan mereka yang besar tersebut mengeluarkan uri.
Fikirkan dosanya jangan fikir tentang darurat saja. Adakah ini dikatakan fitnah wanita di akhir zaman dimana terpaksa menunjukkan faraj mereka tanpa kerelaan atas sebab terpaksa.......
Kalau anda lelaki sejati tolong jangan padam komen ni
salam kalau dtg priod hri ptma jtuh 29 atau 30 hb sehngga 5 atau 6 hb...selng stu hri hbis priod brstbuh adkh subur dn boleh hmil???
Post a Comment