Thursday, March 20, 2008

Dr Azwan Sebagai Menteri Kesihatan!






Alhamdulillah...

Saya dengan segala sukacitanya ingin memaklumkan bahawa YAB Tun Sebol, telah melantik saya sebagai Menteri Kesihatan di dalam Kabinet Beras Padu beliau (Klik Sini). Ini adalah satu penghormatan yang tidak terhingga kepada saya yang selama ini telah pun banyak berjasa kepada rakyat.

Saya percaya perlantikan saya adalah kerana saya mempunyai track rekod yang bersih daripada skandal-skandal yang pernah dilalui oleh pemimpin yang menerajui kementerian kesihatan sebelum ini.

Maruah Kementerian Kesihatan selama ini telah banyak dimomok-momokkan oleh pelbagai pihak. Malah kementerian yang akan saya terajui ini telah mengalami kemerosotan maruah ke tahap yang paling rendah di dalam sejarah penubuhannya.

Terdapat beberapa kerat manusia di dalam kementerian ini cuba mencari populariti dengan menangguk di air yang keruh. Kes yang melibatkan seorang doktor muslim yang baik dan berakhlak yang telah dipenjarakan hanya disebabkan oleh tidak menjelaskan lesen klinik masih lagi kita ingat. Memenjarakan doktor tersebut dan di dalam masa yang sama tiada tindakan dikenakan kepada doktor yang membedah isteri seorang ahli parlimen sehingga menyebabkan koma walhal tidak mempunyai kredential untuk pembedahan tersebut menunjukkan dasar double standard kementerian. Ini akan saya hapuskan.

Saya juga berjanji :-

1. Akan menaikkan elaun kritikal sebanyak 10% kepada kakitangan yang layak di Kementerian Kesihatan sebaik sahaja saya mengangkat sumpah dan memasuki pejabat rasmi.
2. Akan memberi elaun kritikal kepada Medical Assistance (MA) yang bertugas menggantikan doktor-doktor di pendalaman.
3. Mengadakan 20 pusat-pusat dialysis kerajaan di seluruh negara untuk mereka yang tidak berkemampuan lengkap dengan kakitangan yang efisyen dan kemudahan-kemudahan seperti suntikan erythropoetin dengan kos yang mampu diperolehi.
4. Mengadakan tempat letak kereta bertingkat di Hosp Kuala Lumpur tanpa sebarang bayaran dikenakan.
5. Meningkatkan taraf kesihatan untuk penduduk di kawasan pendalaman, kampung dan orang asli yang sering terpinggir tidak kira kaum dan pemikiran politik.
6. Menambah baik proses bantuan kewangan/ peralatan sokongan kepada pesakit yang tidak berkempuan agar tidak perlu menunggu lebih lama dan penuh dengan birokrasi.
7. Memulihkan kepercayaan rakyat kepada hospital kerajaan dengan mengadakan rebranding, meningkatkan moral kakitangan dan juga doktor dan meningkatkan standard piawai ke peringkat antarabangsa.
8. Menimbang semula kadar bayaran perkhidmatan kepada pesakit Bukan warganegara Malaysia agar caj yang lebih sesuai dikenakan.
9. Meningkat kesedaran tak nak merokok, bahaya dadah dan juga kempen menentang HIV melalui kempen dan program pendidikan kepada kanak-kanak di sekolah rendah dan menengah secara lebih serius, kerap dan tersusun.
10.Mengawal caj-caj rawatan di hospital swasta yang tidak masuk akal termasuk caj ubat-ubatan, perundingan dan pembedahan, mengurangkan pemeriksaan makmal yang tidak perlu, termasuk caj melalui insurans.

ok ok... lepas ni kita bincang pasal tender pulak yer... huh.. buat hospital baru... beli equipment baru... huh... kontrak juta-juta nih... kayo..kayo..

keke.. :)

9 comments:

syamsul said...

salam maulidurRasul, nampaknya tuan doktor kita ada hajat juga menjadi ahli politik. (ekspresi dirimu! sekadar meminjam tagline iklan)
Mengawalselia hampir 110 buah hospital (maybe lebih) dibwh KKM bukan tugas yg mudah, apatah lagi dengan pertumbuhan industri - industri 'sokongan' spt fast food, kedai mamak dsb sama naik dengan jumlah pesakit (demand maa.) yg memerlukan rawatan hospital (kerajaan dan swasta). Syndicated Brain Drain menyaksikan penghjrahan beramai2 doktor kerajaan ke sektor swasta juga boleh merisaukan. (bagaimana dgn guru yg menawarkan tusyen berbayar kpd pelajar jika mahu 'ilmu' lebih?)Manifesto tuan didapati menarik minat 'pengundi'. salam,tk.syamsul.

Dr Azwan said...

Syamsul : OOO... Nak jaga HKL pun dah susah... inikan hospital seluruh Malaysia. Memang tugasnya susah. Tapi InsyaAllah boleh dilaksanakan. Jikalau, gaji doktor dapat dinaikkan ke satu tahap yang boleh diterima, dibuka peluang yang lebih untuk naik pangkat, memperbanyakkan lagi doktor supaya beban dapat dikurangkan maka, saya rasa brain drain ini dapat dikurangkan. Tidak secara drastik, tetapi prlahan2. Pasal lokum, saya bersetuju untuk mengekalkan dasar yang sedia ada. Private wing mungkin boleh membantu. Terima kasih atas sokongan anda.

Anonymous said...

salam dr azwan,

saya nak tanya sikit.
saya menetap di US dan perlu buat medical check up. saya nak tahu apakah suntikan yang telah diperolehi oleh bayi yang lahir di Malaysia sebelum tahun 1980. jadual suntikan ada di belakang birth cert tapi semuanya dalam bahasa melayu.dan kita tak ada bukti lain selain dari apa yang tertera di belakang birt cert tu. well, ada 3 suntikan berulang iaitu suntikan kerongkong dan lumpuh. apakah namanya suntikan ni dalam english?

terima kasih.

Zuleikha Yusof-Fowler

Dr Azwan said...

Zuleikha : Jadual immunisasi berubah-ubah di Malaysia. Jikalau tidak siap saya, ini adalah jadual immunisasi 10 tahun yang lalu. Kalau lari pun tak beberapa banyak.


Birth : BCG + Hepatitis B -1st dose

1 month : Hepatitis B - 2nd dose

3 month : Diphteria, Pertusis, Tetanus (DPT) + Polio - 1st dose

(3-4 tahun lepas baru diperkenalkan Hemophilus Influenza B a.k.a Hib vaccine yang di pair kan dengan DPT + Polio.)

4 month : DPT + Polio - 2nd dose

6 month : DPT + Polio - 3rd dose + Hepatitis B - 3rd dose

9 month - Measles, Mump, Rubella (MMR)
(MMR sekarang disuntik pada umur 12 bulan - bukan lagi 9 bulan)

18 bulan - DPT - booster dose

Kalau tersilap maafkan saya. Polio vaccine pada zaman dulu ada dua jenis iaitu Salk dan Sabin. Salk ini jenis titis dalam mulut yang mungkin biasa digunakan waktu2 dulu di Malaysia. Tapi sekarang polio dah ada jenis IPV atau jenis injection yang di pasangkan dengan DPT.

sebol said...

Maaf Mencelah..

kekurangan penggunaan istilah BM dalam sektor perubatan sebenarnya 1 isu politik.

Anonymous said...

dr azwan, terima kasih banyak2. saya rasa suntikan kerongkong dan lumpuh di belakang birth cert tu mungkin DPT sebab daripada explanation dr, nampaknya hanya DPT yang diberikan berulang2.
apapun, saya perlu yakinkan doktor disini yang saya telah diberikan suntikan2 tersebut. mungkin saya hanya perlu mengambil suntikan Td bagi orang dewasa.

terima kasih sekali lagi.

Zuleikha Yusof-Fowler

Dr Azwan said...

Sebol : Saya akan jawab di dalam artikel. terima kasih.

Zuleikha Yusof-Fowler : Sama-sama. Tapi suntikan influenza yang banyak di luar negara tidak diberikan di sini. Begitu juga chicken pox.

Hindi Choti said...


Hindi sexy Kahaniya - हिन्दी सेक्सी कहानीयां

Chudai Kahaniya - चुदाई कहानियां

Hindi hot kahaniya - हिन्दी गरम कहानियां

Mast Kahaniya - मस्त कहानियाँ

Hindi Sex story - हिन्दी सेक्स कहानीयां


Nude Lady's Hot Photo, Nude Boobs And Open Pussy

Sexy Actress, Model (Bollywood, Hollywood)

Kisah Sukses said...

Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini YUSUF ISMAIL seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar IBU DARNA yg dari singapur tentan AKI RUSLAN SALEH yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dr hasil ritual/ghaib dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus dan menang RM.230.000 Ringgit ,kini saya kembali indon membeli rumah dan kereta walaupun sy Cuma pekerja kilang di selangor malaysia , sy sangat berterimakasih banyak kepada AKI RUSLAN SALEH dan jika anda ingin seperti saya silahkan Telefon AKI RUSLAN SALEH di 0812-43477455 Untuk yg di luar indon telefon di +62812-43477455, Atau KLIK DISINI 2D 3D 4D 5D 6D saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui AKI RUSLAN SALEH saya juga sudah bisa sesukses ini. Jadi kawan2 yg dalam kesusahan jg pernah putus asah, kalau sudah waktunya tuhan pasti kasi jalan asal anda mau berusaha, ini adalah kisah nyata dari seorang TKI, Untuk yg punya mustika bisa juga di kerjakan narik uang karna AKI Ruslan adalah guru spiritual terkenal di indonesia. Untuk yg punya rum terimakasih atas tumpangannya.

Related Posts with Thumbnails