Wednesday, March 5, 2008

Indelible Ink Cancellation? - A Mockery of Malaysian Election




Assalamualaikum Para Pembaca yang Dihormati,

Di kala calon parti Demokratik US, Obama Barrack tewas di tangan Hillary Clinton di OHIO dan TEXAS dalam persaingan merebut perwakilan Demokratik untuk menentang Mc Cain calon Republik yang disahkan pencalonannya, Malaysia sekali dikejutkan dengan cerita pembatalan calitan dakwat kekal di jari oleh Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia semalam.

Di kala Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia ingin menunjukkan kepada dunia tentang keadilan pilihanraya di Malaysia yang mendapat reaksi yang buruk oleh media antarabangsa. Sekali lagi, pembatalan saat-saat akhir ini menunjukkan tanda-tanda "fishy" atau sesuatu yang meragukan berlaku oleh pengadil liga tempatan kita. Seperti yang saya tulis sebelum ini, SPR bukan sahaja perlu adil tetapi harus nampak dan kelihatan adil.


Perkara ini menunjukkan bahawa Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia telah bersikap sangat-sangat kurang bijak. Malah ketika dan saat ini, pengerusi SPR iaitu Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman kelihatan seperti seorang boneka atau badut di kalangan rakyat. Jikalau benar bagai dikata, ada pembeli yang membeli dakwat hitam untuk tujuan tersebut sebagaimana PDRM katakan, tentulah rakyat kita yang bijak pandai mahukan isu itu diketengahkan di dalam berita perdana.


Tunjukkan dakwat yang dirampas dan keluarkan kepada umum siapa yang melakukan hal tersebut dan dalangnya. Jikalau PDRM boleh merampas passport palsu, wang berjuta-juta, kereta curi dan dsbgnya dan memaparkan di berita perdana pada hari dan masa yang sama beserta si tertuduh yang melakukannya, kenapa di dalam masa yang sama ia tidak berlaku di dalam situasi ini.

Kita juga ingin tahu di mana si tertuduh membeli dakwat itu, di kedai mana dan negara mana. Sekiranya dakwat yang dibeli itu wujud, berapa harganya? Kenapa SPR perlu beli dakwat sebanyak 48,000 botol itu sehingga ke India yang melibatkan kos lojing yang tinggi sekiranya ia begitu mudah untuk dibeli di negara seperti Thailand dan Filipina contohnya? SPR tak tahukan bahawa dakwat itu ada dijual di negara yang berhampiran?

Untuk informasi pihak anda, adakah anda tahu bahawa pembelian dakwat itu melibatkan wang negara sebanyak RM 2.4 juta dan RM 1 juta lagi untuk diimplementasi. Bermakna SPR baru sahaja membazirkan wang sebanyak RM 3.4 juta!

Saya sebenarnya berpendapat bahawa, alasan SPR bahawa ada penipuan di dalam penggunaan dakwat ini adalah satu alasan yang lemah. Datuk Wan Ahmad Wan Omar sendiri selaku Naib Pengerusi SPR Malaysia pernah membuat satu kenyataan akhbar di dalam the STAR:-

Besides India, Wan Ahmad said the Philippines, Indonesia and many developing countries – especially those in Africa – also used indelible ink to prevent election fraud.

“The Election Commission in India has been using this same indelible ink for many elections. Indonesia used it for their last election in Aceh. In Mali, the ink is applied to the fingernail,” he said. Wan Ahmad said he went to India to see what the ink looked like and bought a sample of it.


Nampaknya, negara India yang banyak kali menggunakan kaedah ini, malah negara jiran kita seperti Filipina dan Indonesia juga yang menggunakan kaedah ini "terlepas" daripada penipuan pilihanraya sekiranya mesej itulah yang SPR cuba sampaikan dengan membatalkan penggunaan dakwat ini.


Sebaik-baiknya BN harus bersama-sama menghalang pembatalan penggunaan dakwat ini dan bukannya mempertahankan SPR. Ini untuk mengelakkan daripada Parti itu dilihat terdesak untuk menang sebagaimana yang telah berlaku sekarang dan kelihatan bersekongkol dengan keputusan SPR yang berat sebelah ini. Apa kata Pak Lah cuba pujuk Pengerusi SPR untuk membatalkan keputusan SPR menggunakan dakwat tersebut. Jikalau ini berlaku maka, keadilan kepada semua dapat dilaksanakan.
Psssttt .. Baca cerita Siti Nurhaliza dan Kempennya


Wallahu A'lam.

7 comments:

K@ssim Sel@m@t said...

Dr.Azwan, satu artikel/tulisan yang baik.

RM 3.4 juta? Satu pembaziran yang dilakukan oleh SPR juga kerajaan yang memerintah. SPR bukan semakin telus tapi semakin TERUK.

Sebagai rakyat/pengundi, fikir-fikiran sebelum memangkah undi nanti. Jangan sia2kan undi anda.

* tersengeh saya baca tentang CT berkempen...kehkehkeh.

Anonymous said...

Doc, memang rasa frust giler...nampak sgt desperadonya diorg, mlm td dlm tv3, kalu tgk penerusinya muka mcm byk sgt pakai makeup,aduh Ya Allah, tolong lah hamba Mu yg dizalimi ini, saya tunngu gak sape yg kena tangkap beli dakwat tu...PDRM kan cekap lagipun info mane depa beli dakwat tu, depa je yg tahu..tp ada lagi Yang Maha Mengetahui....

Jie said...

Salam Dr.

Masalah kita lagi satu...kita memilih wakil rakyat yang mewakili suara kita kepada pihak yang di amanahkan menjaga negara kita. Tetapi selalunya wakil rakyat kita akan menjadi wakil parti. Beliau akan mendengar suara parti dari berjuang mempertahankan suara rakyat yang memilihnya.

Anonymous said...

Doc, betul kata jie tue...'yg berhormat' sepatutnya kite tukar jd 'yg berkhidmat'jd sendiri mau ingat la, berkhidmat utk sape....

Dr Azwan said...

Abg Kassim : Langkah SPR merupakan langkah ke belakang. Di kala negara lain semakin maju menggunakan dakwat untuk mengelakkan penipuan, SPR Malaysia pulak cakap guna dakwat boleh menyebabkan penipuan. Pelik betul fikiran rakyat malaysia yang satu ini.

anynomous : yang saya dapat tahu, PDRM tak ada orang pun yang telah ditangkap. Cuma mereka mendapat aduan sahaja... berbekalkan aduan itulah Bos PDRM mencadangkan perkara yang tak masuk dek akal ini. Allah sahaja lah yang Mengetahui dan membalasnya...

JIe : Saya berpendapat, jikalau wakil rakyat itu baik, berbudi dan beragama, bertanding di atas tiket mana pun dia akan tetap jadi calon pilihan.

anonymous 2 : Macam cerita Jamali Syadat jadi MP.

Hindi Choti said...


Hindi sexy Kahaniya - हिन्दी सेक्सी कहानीयां

Chudai Kahaniya - चुदाई कहानियां

Hindi hot kahaniya - हिन्दी गरम कहानियां

Mast Kahaniya - मस्त कहानियाँ

Hindi Sex story - हिन्दी सेक्स कहानीयां


Nude Lady's Hot Photo, Nude Boobs And Open Pussy

Sexy Actress, Model (Bollywood, Hollywood)

Kisah Sukses said...

Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini YUSUF ISMAIL seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar IBU DARNA yg dari singapur tentan AKI RUSLAN SALEH yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dr hasil ritual/ghaib dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus dan menang RM.230.000 Ringgit ,kini saya kembali indon membeli rumah dan kereta walaupun sy Cuma pekerja kilang di selangor malaysia , sy sangat berterimakasih banyak kepada AKI RUSLAN SALEH dan jika anda ingin seperti saya silahkan Telefon AKI RUSLAN SALEH di 0812-43477455 Untuk yg di luar indon telefon di +62812-43477455, Atau KLIK DISINI 2D 3D 4D 5D 6D saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui AKI RUSLAN SALEH saya juga sudah bisa sesukses ini. Jadi kawan2 yg dalam kesusahan jg pernah putus asah, kalau sudah waktunya tuhan pasti kasi jalan asal anda mau berusaha, ini adalah kisah nyata dari seorang TKI, Untuk yg punya mustika bisa juga di kerjakan narik uang karna AKI Ruslan adalah guru spiritual terkenal di indonesia. Untuk yg punya rum terimakasih atas tumpangannya.

Related Posts with Thumbnails