Friday, March 21, 2008

"Hero Yang Sejati"

Assalamualaikum...

Pertama-tamanya marilah kita sama-sama bersalawat ke atas junjungan kita Rasulullah SAW di atas memperingati kelahiran baginda.

Saya sempat menonton rancangan di dalam ASTRO melalui channel History yang bertajuk "The Prophet Mohamed". Memang kita biasa mendengar sirah Rasulullah yang diceritakan oleh Ustaz dan Ustazah di sekolah dahulu, TV mahupun radio. Namun, cara penceritaan Rasulullah daripada channel History ini tentulah sedikit berbeza daripada ceramah-ceramah yang biasa kita dengar.

Apabila kisah Rasulullah diceritakan daripada sudut pandangan masyarakat barat yang datangnya daripada penulis-penulis kristian dan diadun pula dengan komen-komen daripada cendikiawan Islam yang menuntut di barat, ia mengundang perasaan yang berbeza.

Rasulullah sebagai "Hero yang Sejati" adalah gelaran yang saya beri sendiri selepas saya menonton dokumentari tersebut. Bagaimana Rasulullah diceritakan sebagai seorang manusia biasa yang lahir di Makkah diangkat menjadi pemimpin kabilah arab dan akhirnya memimpin manusia di seluruh dunia adalah satu yang sangat luar biasa.

Orang-orang arab ketika itu memang terkenal dengan sifat bengisnya yang suka berperang, bergaduh, membunuh dan bangga dengan darah keturunan. Kaum arab ketika itu mungkin tiada bezanya dengan kaum arab di negara Palestin atau Iran dan Iraq pada tahun 2008 kini, berpuak-puak dan suka bergaduh.

Sungguh menakjubkan bagaimana Rasulullah SAW dengan mengunakan kebijaksanaan dan karismanya telah menggabungkan dua kabilah arab yang selalu berperang dan telah bermusuh bertahun-tahun lamanya iaitu Aus dan Khazraj sehingga berdamai . Pada hakikatnya, kejayaan Rasulullah SAW berjaya menamatkan musuh kedua-dua kabilah Arab ini dianggap sebagai satu kejayaan yang sangat-sangat luar biasa ketika itu. Bukan hanya setakat dua kabilah, beliau berjaya menggabungkan semua kabilah arab yang berpecah belah menjadi satu umat yang bersatu hanya dengan Iman kepada Allah yang satu.

Cuba bayangkan jikalau Rasulullah masih hidup sekarang. Beliau akan menggabungkan semua negara Arab seperti Iraq, Iran, Arab Saudi, Kuwait dan UAE menjadi satu kumpulan negara yang besar, mengenepikan perbezaan keturunan dan kesempadanan masing-masih di bawah ketuanan Rasulullah SAW?. Dapat tak anda membayangkan kehebatan Rasulullah SAW sekarang yang berdepan dengan musuh-musuh seperti negara USA? Itulah mungkin perumpaman yang boleh saya andaikan.

Maka, Selain daripada kehebatan Al-Quran, kekaguman mereka terhadap kepimpinan dan karisma Rasulullah yang berjaya menyatukan orang arab menyebabkan Islam tersebar dari mulut ke mulut dan akhirnya lebih ramai di antara mereka memeluk agama Allah. Rasulullah memegang tampuk kepimpinan yang berpusat di Yathrib dan akhirnya merebak ke Makkah dan seluruh Tanah Arab.

Setelah Rasulullah wafat, maka Islam berkembang pesat ke seluruh dunia seolah-olah Rasulullah masih hidup dan semangat Rasulullah itu dibawa ke mana-mana dengan panji Islam sehingga sekarang. Malah Rasulullah ada berpesan bahawa semoga orang Islam tidak menjadikan dia sebagaimana orang Kristian menjadikan Nabi Isa, iaitu sebagai tuhan, kerana mengikut Rasulullah SAW, beliau tidak lain dan tidak bukan adalah seorang manusia biasa sahaja.

Rasulullah SAW terlalu merendah diri. Beliau bukan sekadar manusia biasa. Beliau adalah Hero yang Sejati!

Wallahu A'lam.

8 comments:

syamsul said...

salam, minggu MaulidurRasul.Semangat,aspirasi,daya juang dan keprihatinan Baginda tiada tolok bandingnya. Saya sedang selesaikan bacaan buku Biografi Muhamad b Abdullah tulisan Prof Zulkifli Yusof (terbitan PTS), harap nanti dpt dikongsikan isinya dgn teman2 maya.Lagi banyak dibaca tentang Baginda, lagi banyak yg kita tidak tahu, Subhanallah.salam.Syamsul.

jrazlina said...

Off topic sket. Nk bgtau ibu kepada Ellie De'Heart Cupcake sekarang di ICU dan masih belum sedarkan diri setelah diserang demam denggi berdarah Khamis, 20 Mac di Hospital Serdang. Paru2 dan buah pinggang infected. Mari sama2 mendoakan agar beliau segera sembuh.

Anonymous said...

azwan ni maizy , nombor2 VIP tu ada 3G tak?
tolong check pda phone yang murah bawah RM 1000 boleh tak? O2 atom ke..
thanks
ahmadhumaizy77@yahoo.com

Dr Azwan said...

syamsul : boleh kongsikan. Saya akan link kan ke blog tuan nanti.

Jrazlina : saya dah contact. Alhamdulillah semakin pulih dengar kata. Acute renal failure (kegagalan buah pinggang) dalam denggi boleh menyebabkan kegagalan kekal kalau dibiarkan. Denggi adalah sangat bahaya.

Maizy, 02 sekarang dah kurang sikit orang Malaysia beli. tak famous sebab ada problem. Sony erricson P1i dalam RM 1240.

Semua no itu adalh 3G

Anonymous said...

Saya cuma nak tanya..kalau betul nabi Muhammad tu seorang yang sangat baik dan terlalu merandah diri.. menggapa pengganas islam suka membunuh kepada orang2 yang tidak bersalah...atas nama Muhhamad..wassalam

Dr Azwan said...

Thanks for the comment. I'll reply later

Dr Azwan said...

Thanks for the comment. I'll reply later

Hindi Choti said...


Hindi sexy Kahaniya - हिन्दी सेक्सी कहानीयां

Chudai Kahaniya - चुदाई कहानियां

Hindi hot kahaniya - हिन्दी गरम कहानियां

Mast Kahaniya - मस्त कहानियाँ

Hindi Sex story - हिन्दी सेक्स कहानीयां


Nude Lady's Hot Photo, Nude Boobs And Open Pussy

Sexy Actress, Model (Bollywood, Hollywood)

Related Posts with Thumbnails