Thursday, September 11, 2008

Apa Itu Testimonial ??



Assalamualaikum,

Hari ini saya ingin menulis tentang testimonial di dalam konteks penjualan produk kesihatan. Testimonial merupakan satu penyataan yang dikeluarkan oleh pelanggan-pelanggan berkenaan keberkesanan sesuatu produk.

Contoh paling mudah ialah produk A mengeluarkan makalah tentang beberapa penyataan pelanggan mereka tentang setelah mereka makan produk A ini, penyakit kencing manis telah pulih sehingga mereka tidak perlu memakan lagi ubat-ubatan konvensional di hospital.

Oleh kerana saya pernai menyertai MLM dahulu, testimonial dianggap satu alat terpenting di dalam marketing MLM. Malah ia adalah "tools" utama di dalam para penjual barangan MLM untuk menjual produk mereka. Bukan sahaja MLM, malah pelbagai jenis perniagaan menjadikan testimonial sebagai satu cara pemasaran yang berkesan.

Saudara, saudari, tuan dan puan,

Walaupun apa pun yang diberitahu berkenaan sesuatu produk kesihatan, testimonial tidak boleh dianggap sebagai satu bahan bukti keberkesanan sesuatu produk. Ia bukan satu keputusan hasil daripada kajian perubatan yang sah. Ia sangat tertakluk kepada "biased" dan mungkin fakta yang ditokok tambah.

Anda sudah pasti melihat tentang satu produk B yang tertulis, menyembuhkan pelbagai penyakit seperti kencing manis, darah tinggi, sakit-sakit badan, lenguh, bisa, gout, sakit kepala, kembung perut, penyakit bongkok, jangkitan kencing, disengat lebah, darah kotor.. dan senarai ini berterusan kepada 1000 penyakit.

Kemudian diselitkan pula dengan sehelai kertas depan belakang dengan gambar beberapa orang dengan kenyataan-kenyataan seperti - " setelah saya makan ubat ini beberapa bulan, saya sudah boleh berjalan setelah terkena lumpuh selama beberapa minggu.."

Selepas itu diletakkan pula ayat yang terakhir dengan satu hadis Rasulullah - "Semua penyakit ada ubatnya kecuali tua dan mati". Bukankan ini satu permainan psikologi yang hebat?

Ubat tersebut mungkin berkesan untuk satu penyakit. Tetapi satu ubat berkesan untuk semua penyakit? apatah lagi kerana diletakkan di labelnya "ramuan herba terpilih?". Pernahkah anda terjumpa kesan sampingan daripada ubat-ubat dari herba terpilih itu? Saya pernah menulis dahulu tentang kesan sampingan pada ubat tidak kira ia ramuan herba ataupun tidak.

Pernahkah anda terjumpa satu ubat di hospital atau klinik yang tertulis : ATENOLOL - Ubat ini boleh menyembuhkan 1000 penyakit. Bukan sahaja darah tinggi, tetapi ia boleh meningkat daya seksual anda, menghindarkan dari penyakit kencing manis, gout, asthma, batuk malam, berak berdarah, kanser payudara, Aids... etc etc etc?

Tentulah tiada. Ubat itu sangat spesifik penggunaannya. Malah apa yang tertulis, kesan sampingan ubat itu pula. Ada muntah, sakit perut, cirit, alahan... Bukankah ini akan menakutkan pengguna? Jadi kenapa letak di situ?

Ini menunjukkan bahawa ubat-ubatan ini telah melalui proses kajian yang sangat ketat sehinggakan kajian itu boleh mengetahui apabila ubat itu masuk ke dalam perut, berapa peratuskan yang akan diserap di dalam badan dan berapa peratuskan yang tidak akan diserap. Berapa peratus yang akan menjadi bahan aktif ataupun dikumuh keluar dari badan. Di mana ia akan dikumuh.. samada di hati atau buah pinggang dan berapa peratuskah yang akan keluar melalui air kencing atau najis. Penelitian seperti ini hanya berlaku melalui kajian yang sangat mendalam dan mengambil masa yang lama.

Intipati daripada artikel ini ialah, anda boleh membaca testimonial sesuatu produk yang hangat dijual di pasaran. Syarikat pengeluar akan meletakkan pelbagai jenis penyakit yang mampu disembuhkan sehingga keseribu penyakit. Ada yang menggunakan teknik hadis Rasulullah untuk menguatkan cerita mereka. Kemudian ditambah pula dengan cerita-cerita bahawa ramai yang telah sembuh dengan ubat mereka.

Tetapi dengan pemahaman anda tentang artikel ini, saya mengharapkan anda patut kenal apa makna testimonial itu. Ia sekadar satu cerita daripada pesakit. Bukan hasil kajian berdasarkan cara yang saintifik. Oleh itu, jika ia satu cerita, maka anggaplah ia sebagai satu cerita.

Wallahu A'lam.

11 comments:

ijad said...

salam... apa khabar...

Ehsan Zakaria said...

ya,saya setuju Dr, memang testimonial penting untuk meyakinkan bakal pembeli untuk melanggan produk kita. saya sendiri apabila membuat promosi ttg produk Alpha Lipid saya ni, terpaksa mencari-cari testimonial penyakit khusus yg ditanya oleh pelanggan, jika apa yang dicari tiada dalam brochure. jadi, ia situasi menang-menang, pengguna sebenarnya faham keadaan promosi yang memerlukan testimonial, supaya mereka sendiri yakin untuk gunakan ia.

dan seperkara lagi, kebanyakan pengguna menganggap semua produk rawatan/penyembuhan penyakit adalah UBAT. sebenarnya tidak. anggapan ini menyebabkan mereka berhenti mengambil produk tersebut apabila penyakit hilang atau surut, dan mencarinya semula apabila penyakit datang kembali.

sekian.

Anonymous said...

testimonial ni adalah satu kaedah marketing.

tapi biasalah, benda apa pun, kalau ditipu dan exagerate, jadi makan diri balik.

so, kena lah ambik testimonial yang asli dan ikhlas. sbb ada kesannnya juga pada marketing effort tu nanti.

Pakdi
http://pakdi.my

Hamba Allah said...

Jangan nanti sampai satu tahap ubat tepi jalan/MLM ni siap sertakan sekali RCT(their version lah)..: )

Kujie said...

Saya tak pernah percaya, satu jenis ubat/produk itu dpt menyembuhkan berpuluh penyakit sekali gus....tiap sesuatu mesti ada kegunaan utk sesuatu juga..

ubat sakit perut berkesan utk perut saja..bukan kaki..:p

Anonymous said...

Betul, sebenarnya semua iklan perubatan ini perlu dapat kelulusan Lembaga Iklan & Ubat. Kalau produk & testimonial MLM biasanya depa redah aje. Mereka ni dikira melanggar Seksyen 3(1) (a) Akta Ubat (Iklan & Penjualan) 1956 (disemak 1983) yang menyatakan " no person shall take any part in the publication of any advertisement referring to any article or articles of any description, in terms which are calculated to lead to the use of the article or articles of that description as a medicine, a appliance or a remedy for the purpose of a) prevention or treatment of the diseases and conditions of human beings as specified in the schedule; b) practising contraception among human beings;, c) improving the condition of functioning of the human kidney or heart, or improving the sexual function or sexual performance of human beings; d) diagnosis of a disease as specified in the schedule . Wallahua'lam

Anonymous said...

oleh kerana untuk sembuh dari sesuatu penyakit maka saya terpaksa mencuba jua produk MLM berpandukan testimonial yg dibaca.. tapi malangnya semua sia2..termasuklah produk luar negeri cthnya kalawalla.. utk sembuhkan penyakit psorisis.. setelah berbelanja beribu ringgit membeli produk ini.. sedikitpun penyakit saya tidak sembuh...boleh kah Dr tulis artikel mengenai psorisis dan perawatannya.thanks

Dr Azwan said...

Psoriasis - penyakit yang susah nak sembuh. InsyaAllah ada masa bleh tulis.

Alpha lipid skarang tengah famous. Bagus sebagai supplement. Tapi jangan anggap ia ubat.

Anonymous said...

Hampeh! aku ingat testimoni tu ubat ke kueh! rupe2nyer bukti dripda pelanggan..

Hindi Choti said...


Hindi sexy Kahaniya - हिन्दी सेक्सी कहानीयां

Chudai Kahaniya - चुदाई कहानियां

Hindi hot kahaniya - हिन्दी गरम कहानियां

Mast Kahaniya - मस्त कहानियाँ

Hindi Sex story - हिन्दी सेक्स कहानीयां


Nude Lady's Hot Photo, Nude Boobs And Open Pussy

Sexy Actress, Model (Bollywood, Hollywood)

Kisah Sukses said...

Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini YUSUF ISMAIL seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar IBU DARNA yg dari singapur tentan AKI RUSLAN SALEH yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dr hasil ritual/ghaib dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus dan menang RM.230.000 Ringgit ,kini saya kembali indon membeli rumah dan kereta walaupun sy Cuma pekerja kilang di selangor malaysia , sy sangat berterimakasih banyak kepada AKI RUSLAN SALEH dan jika anda ingin seperti saya silahkan Telefon AKI RUSLAN SALEH di 0812-43477455 Untuk yg di luar indon telefon di +62812-43477455, Atau KLIK DISINI 2D 3D 4D 5D 6D saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui AKI RUSLAN SALEH saya juga sudah bisa sesukses ini. Jadi kawan2 yg dalam kesusahan jg pernah putus asah, kalau sudah waktunya tuhan pasti kasi jalan asal anda mau berusaha, ini adalah kisah nyata dari seorang TKI, Untuk yg punya mustika bisa juga di kerjakan narik uang karna AKI Ruslan adalah guru spiritual terkenal di indonesia. Untuk yg punya rum terimakasih atas tumpangannya.

Related Posts with Thumbnails