Wednesday, September 10, 2008

Harga Minyak Turun? Harga Barang pun Turun?



Salam,

Bolehkah harga barang-barang turun walaupun minyak turun?

Ada yang kata boleh, ada yang kata tak mungkin terjadi.

Datuk Shahrir Samad membayangkan bahawa sekiranya harga minyak dunia turun sebagaimana pada tahun 2006 iaitu dibawah paras USD 80 dolar setong, maka harga minyak Malaysia mungkin akan turun seperti sebelum ini iaitu RM 1.90 seliter. Ini mungkin sesuatu yang menggembirakan.

Buat masa ini, harga minyak di paras USD 106 setong dan kemungkinan semakin rendah.

Tetapi persoalan tuntas masih belum terjawab. Adakah harga barangan boleh turun?

Yang pertama, selain harga minyak yang meningkat, tarif elektrik juga telah meningkat.

Seperti saya tulis dahulu, bil elektrik di kedai saya naik dari RM 120 sebulan ke RM 180 sebulan disebabkan tarif elektrik yang meningkat. Adakah sewajarnya saya turunkan harga barang saya walaupun harga minyak sudah rendah sedangkan kos elektrik tetap meningkat?

Maka, sewajarnya sekiranya kos minyak turun, maka TNB patut menurunkan tarif elektrik secara sewajarnya. Ini kerana kos yang melibatkan Independent Power Plant (IPP) juga semakin menurun. Sekiranya harga minya turun ke taraf RM1.90, maka tarif elektrik juga patut turun seperti sebelum ini.

Yang kedua, adalah dari sudut penguatkuasaan. Tiada penguatkuasaan bermakna tiada bezanya minyak turun atau naik.

Ini adalah kerana peningkatan harga minyak secara mendadak baru-baru ini menyebabkan inflasi menggunung sehingga 8%. Maka untuk menarah gunung ini, memerlukan segala macam kekuatan daripada semua pihak terutama penguatkuasaan. Ini bukanlah tugas mudah.

Kita semua mengharap harga barang2 semuanya akan kembali pada tahap 2 tahun lalu. Tetapi secara realitinya ia mungkin sukar. Nasi mungkin sudah menjadi bubur.

Wallahu Alam.

10 comments:

Alia said...

sepanjang yang saya ketahui selama ini, tidak pernah penurunan harga barangan berlaku. kalau dah naik memang takkan turun. bertuah sangat kalau turun. mcm doktor kata la, kok ya pun harga minyak turun tp tarif letrik masih kat takuk tu juga, macamana peniaga nak turunkan harga. Apa pun kita kenalah menjadi pengguna yang berhemah dlm segenap sudut

kucau said...

harga barang turun??? dream on lerr. ker ade theory reverse inflation?

tuh la shahrir dulu naik byk2 , bagi rebett..... skrg ko plak yg srebet

Dr Azwan said...

alia : belum lagi sejarah kerajaan turunkan tarif elektrik kecuali free RM 20 yang diumunkan baru2 ni.

kucau : deflation ada kucau... aku pun nampak si Shahrir tuh serabut jer... hehe

Mrs. Amie said...

Doc.. klu kenaikan harga barang berdasarkan harga minyak, sepatutnya penurunan harga barang pun patut sama la klu harga minyak turun.. klu semua org berfikiran dan btgjawab terhadap isu mcm nie,mesti takde masalah...

tapi, dlm dunia realiti sekarang, takkan ada org yg turunkan harga brg..

Nazira Noran said...

Jangan bermimpi laa... mustahil la. harga cacing pun kalau naik takkan turun semula. hihi

Dr Azwan said...

Nazira : beli ngan saya cacing.. saya turunkan harga.

mrs amie : memang tak pernah berlaku pun

Saat said...

Sapa kata cacing tak turun harga. Turun teruk ooo... mau sakit jantung penternak cacing. Nasib baik la cacing ada 5 jantung, kalau tak dengan cacing-cacing sekali sakit jantung! hehe....

noorcahaya said...

nasi ayam goreng my peberet.. dulu RM3.50, bulan june naik 50 posen sbb myk nak naik ke myk dah naik time tu ek... b4 raya myk dah turun.. nasi ayam goreng naik lagik 50posen.. so sekarang dah RM4.50... dah hantar aduan kat kpdn hep... tak nampak ape2 perubahan pun.... doktor ade resipi nasi ayam goreng tak .hik hik hik

Dr Azwan said...

noorcahaya : RM 4.50 ytu hkira ok lah tuh.. yang kedai mamak jual nasi goreng ayam sampai RM 5.50 mih apa cerita. Ehh. nasih goreng ayam ngan nasik ayam goreng tak sama ker?

Huh... obvious sangat tak bleh blajar masak nasi ayam goreng ngan saya.... haha

Hindi Choti said...


Hindi sexy Kahaniya - हिन्दी सेक्सी कहानीयां

Chudai Kahaniya - चुदाई कहानियां

Hindi hot kahaniya - हिन्दी गरम कहानियां

Mast Kahaniya - मस्त कहानियाँ

Hindi Sex story - हिन्दी सेक्स कहानीयां


Nude Lady's Hot Photo, Nude Boobs And Open Pussy

Sexy Actress, Model (Bollywood, Hollywood)

Related Posts with Thumbnails