Monday, October 13, 2008

Ayat-Ayat Cinta





Assalamualaikum,

Saya tak berpeluang menonton filem yang mendapat anugerah filem terbaik ini disebabkan kerja. Ramai yang melihatnya melahirkan rasa kagum.

Ini sebuah filem yang diangkat terbaik di Indonesia dan saya kira di Asia. RM 3.6 juta telah dipungut pada hari minggu pembukaan tayangannya di Indonesia dan RM 80 juta (SD 40 juta) telah dipungut di seluruh tayangan di Singapura dan di Malaysia sahaja menghampiri RM 15 juta.

Kalau tengok dari iklannya, sudah pasti ramai yang tertunggu untuk melihatnya. Filem ini mengangkat martabat filem Indonesia ke arah satu martabat yang tinggi. Tentulah jauh lebih tinggi daripada filem Malaysia yang gah dengan filem Jangan Pandang Belakang dan Cicak Man nya.

Filem ini penuh dengan mesej yang sarat, menampilkan elemen keislaman yang fundamental tetapi tetap bermotifkan cinta tetapi cinta yang lebih agung.... bukan Cinta Fotokopi atau Main Main Cinta.

Nampaknya filem Ayat-ayat cinta arahan Hanung Bramantyo yang berasaskan novel dengan tajuk yang sama tulisan Habiburrahman El Shirazy telah meletakkan martabat filem ini seperti filem-filem hebat di Iran yang sering memenangi banyak anugerah terbilang.

Bilakah Malaysia ingin menghasilkan karya agung seperti ini dan mendapat sambutan penonton yang mengagumkan. Bagaimana taraf karya ini dibanding dengan karya Yasmin Ahmad (yang terlalu banyak adegan bercium dan skrip yang selalu menghentam melayu dan Islam?)

Kenapa kita nak menghasilkan satu karya yang menang anugerah di sana-sini tapi kutipan yang corot di pawagam? Itu adalah pertanyaan sini Sdr Afdlin Shauki apabila ditanya suatu waktu dulu selepas berakhirnya satu anugerah Filem Malaysia. Ketika itu filemnya tewas di tangan sebuah filem lain yang kutipannya lebih rendah.

Genre filem Ayat-ayat cinta mungkin adalah jawapannya...

Wallahu A'lam.

14 comments:

Acik Aminbakish said...

sekiranya Doktor membaca novelnya pasti Doktor merasakan apa yang disampaikan di dalam novel jauh lebih halus dan menyentuh jiwa berbanding daripada yang ditayangkan di dalam tv. Pada saya watak Aishah tersasar dari apa yang digambarkan di dalam tv.

Pun begitu ada satu komen menarik yang dicatatkan oleh pengunjung blog saya tentang filem ini. Saya mohon izin untuk copy paste ke sini, jika doktor keberatan, Doktor boleh delete. Terima kasih :)

Penolakan pengajuan ijin suting Film Ayat-ayat Cinta di Mesir oleh Pemerintah setempat membuat saya tergerak untuk membaca novel laris ini.

Ketika membaca bab pertama, ekspektasi saya terhadap novel ini sangat tinggi. Seting novel di Mesir dan lika-liku perkuliahan di Universitas Al Azhar bagaikan oasis di tengah padang pasir novel chic lit dengan dominasi seting kehidupan hedonis kota besar. Harapan saya, meskipun judulnya sangat melankolis, novel ini akan menggambarkan perjuangan seorang mahasiswa Indonesia dalam meraih cita-cita di Universitas Al Azhar.

Namun di bab berikutnya ekspektasi saya semakin menurun. Sang tokoh utama digambarkan sebagai mahasiswa sesuci nabi dan mengalami banyak sekali mukjizat. Yang sangat menggelikan, kisah 25 rasul dianalogikan secara telanjang dalam kehidupan sang tokoh utama.

Adalah Fahri seorang khadim kiai dan batur santri, keturunan petani miskin asal Jawa yang entah bagaimana (tidak diceritakan sama sekali) bisa kuliah S2 di Universitas Al Azhar.

Kisah hidup Fahri ibarat kisah hidup di negeri dongeng. Dengan kesalehan, kebaikan hati, kecerdasan dan kedewasaan yang luar biasa, Fahri yang digambarkan sebagai laki-laki miskin, berperawakan dan bertampang biasa saja sangat disukai oleh gadis-gadis cantik, cerdas, dan terbaik di sekitarnya.

Ekspektasi saya terhadap novel ini sirna di bab tujuh belas. Digambarkan saat Fahri berdoa agar ada seorang gadis yang meminangnya, keesokan harinya Aisha seorang gadis sangat cantik keturunan Jerman-Turki, cerdas, solehah, dan belakangan diketahui sangat kaya yang dikenalnya di kereta Metro meminangnya melalui paman Aisha. Mendengar Fahri sudah menerima pinangan Aisha, Nurul mahasiswi cantik asal Indonesia yang merupakan putri seorang kiai ternama di pesantren di Jawa Timur merasa sangat menyesal hingga mengirimkan surat yang meminta Fahri untuk menjadikan dia sebagai istri kedua.

Tanpa sepengetahuan siapa pun, Maria seorang gadis Koptik (Arab Mesir yang beragama Kristen) yang sangat cantik, tetangga Fahri yang hafal Al Quran juga diam-diam memendam cinta yang sangat dalam kepada Fahri. Begitu merananya, Maria sampai sakit akut karena kehilangan semangat hidup.

Sebaliknya Noura, gadis muslim Mesir berambut pirang yang sangat cantik yang diselamatkan Fahri dari siksa ayahnya justru sangat membenci Fahri. Noura yang digambarkan masih bersekolah di tingkat lanjutan atas sangat mendendam karena cintanya ditolak oleh Fahri. Dengan fitnah yang keji, Noura berusaha menjebloskan Fahri ke dalam penjara Mesir yang digambarkan sangat sadis.

Sejujurnya dari segi cerita, novel ini hanyalah Another Cinderella Story tidak berbeda dengan tipikal cerita sinetron-sinetron televisi nasional saat ini. Seharusnya, dengan seting perkuliahan di Al Azhar dan kehidupan di Mesir, ide cerita bisa lebih dari sekedar kisah cinta ala Cinderella. Menurut saya, penulis terlalu gegabah untuk mengatakan novel ini sebagai novel pembangun jiwa.

rajazainudin said...

Mungkin satu yang dapat di banggakan Drama Malaysia,ialah:-

Crte nya berkisar di tempat makan dan minum.

cuba perhatikan dalam beberapa saat saja crte bermula,kita akan melihat pelakon nya berdailog sambil makan dan minum.

Tak kira lah di Hotel,Kafe,Rstorn.pejabat,di rumah,warung,di ladang dimana saja mengikut kesesuian jalan crte nya.

Habis satu babak ke babak lain fokus nya makan minum,minum makan,makan minum,minum makan.,makan minum,minum makan dan begitu lah seterusnya.

Hebat,Mana ada dunia lain yg.dapat mencipta Drama begitu.,sambil makan sambil minum berdailog di tambah sedikit dgn memek muka, siap satu Drama,.

Kita yg. menonton,bukan sahaja bangga klu bole TV nak di pecahkan dan buang kat longkang saja.

Amalina said...

salam,
sy juga tak tgk filemnya tapi baca novelynya. mmg first class. setelah berthn lama sy tak baca novel krn ceritanya yg stereotype, bila baca ayat2 cinta mmg tak rugi. COntent.

Dr Azwan said...

acik dan rajazainudin : kalau si pengkritik yang kritik ayat2 cinta tuh tengok cerita "cinta kolestrol", "main-main cinta" ngan "cinta fotokopi", apa agaknya dia nak tulis...

Ingat satu filem Malaysia lakonan Ning Baizura masuk pawagam Indonesia.. pengkritik Indon komen.. filem Malaysia jauh 20 tahun di belakang Indonesia...

Kena ada orang macam Kabir Bahtiar.. baru filem Malaysia naik sket..

Anonymous said...

sy setuju sgt dgn DR. selama ni sy cuma dengar dan lihat sinosis cite ni dlm akhbar. tp bila tgok kat tv aritu sy trus suka. esok arinya trus surf cari novel asalnya. bila baca novel lagi best. tp mmg la tak sama sgt jln cite novel dan filem.tp apa pun cite ni membuka mata sy ttg indahnya islam dan cinta kerana Allah.bilalah malaysia nk buat filem yang mcm tu.ini sume byk yg mengarut adalah.setakat ni belum ada satu pun filem malaysia yg meninggalkan kesan dlm diri sy atau teringat2 ttg ke'best'san nya filem tu.komen2 dr penonton org malaysia bukan utk mengutuk membabi buta ttg filem malaysia, cuma utk komen yg positif agar diperbaiki kelemahan.

suehoney said...

saya dah tengok filem ayat2 cinta ni dulu lagi dalam youtube. memang saya suka sangat cerita ni. selain aweknya yang cun bangat (kih..kih..kih..), seronok plak tengok filem ada ayat campur2 indonesia & bahasa arab.

dari malaysia, selain bukit kepong, saya rasa filem 'sepi' sangat menarik & sangat cantik. dah lama saya tak memuji filem malaysia (drama2 malaysia ok la). tapi lepas tengok 'sepi' pandangan saya dah berubah. masih ada harapan untuk filem-filem malaysia. saya harap selepas ini akan ada produk filem dari malaysia yang seindah 'sepi'

zaila said...

Salam Dr,

Saya pun mcm org lain jugak, lebih suka novel dari movie AAC ni.
Bila baca novel, penghayatan dia lain macam sikit...

Saya stuju ngan Dr, kena ada ramai pengarah/ produser mcm Kabir Bhatia -- filem yg simple tp penuh mesej :)

Dr Azwan said...

suehoney : Bab awek2 cun tuh, saya setuju bangatt!!

sepi saya tak tengok lagi tapi saya tengok "cinta". Power gak. Terkedu kejap bila habis tgk cerita tuh. Ada gak cerita yang berkualiti kat Malaysia nih...

Zaila : Kabir Bahtia tuh orang Malaysia ke?

zaila said...

Apa yg saya tau, Kabir Bhatia tu org India tp dah menetap kat Msia (kawen ngan org Msia) -- if I'm not mistaken.

Anonymous said...

Dari dahulu sehingga sekarang, ramai orang melayu mengangkat sangat kehebatan filem Indonesia.bahkan ada yg terikut-ikut dgn percakapan begitu juga para pelajar ketika berpidato.malah stesen TV megah menayangkan drama mereka sedangkan mereka sendiri tidak memandang akan drama kita.begitu juga , walaupun dah bertahun menetap di sini, pendatang izin masih dengan telo kerana kita sendiri terlalu terikut-ikut dgn gaya mereka

chekila said...

stuju dgn pandangan filen jasmin ahmad byk mghentam or melayu dan islam...
klu pun die sndiri ade sejarah pahit tntang melayu...sye rase tak perlu lar mengaibkan islam itu sndiri....

Ocean Fire said...

Saya ada jugak menonton filem ini dan x dinafikan ia memang sebuah filem yg hebat..Cuma saya sedikit musykil, bolehkan orang kafir diislamkan ketika sedang koma? Dan setelah Fahri menikah dengan Maria, saya perasan di belakang pergelangan tangan Maria masih ada lambang salib..Rasanya Islam tidak berkompromi dalam hal-hal sedemikian..Yg halal dan haram itu sememangnya jelas..Betul x?

Badrus ghozaiwa said...

Film ayat ayat cinta Indonesia punya ini Memang yg terbaik , Jauh dari Film Malaysia yang Borring sangat nak tengok , cuba tengok sinetron2 milik Indonesia di youtube , Best sangat cite dia , ada cite budak school , cite muslim smua nya best ... pemain film Indonesia semua cuun :D

Hindi Choti said...


Hindi sexy Kahaniya - हिन्दी सेक्सी कहानीयां

Chudai Kahaniya - चुदाई कहानियां

Hindi hot kahaniya - हिन्दी गरम कहानियां

Mast Kahaniya - मस्त कहानियाँ

Hindi Sex story - हिन्दी सेक्स कहानीयां


Nude Lady's Hot Photo, Nude Boobs And Open Pussy

Sexy Actress, Model (Bollywood, Hollywood)

Related Posts with Thumbnails