Thursday, October 23, 2008

PUSPAKOM OH PUSPAKOM!






Assalamualaikum,

Ini adalah kisah benar.

Terdapat seorang lelaki yang tidak dikenali mempunyai sebuah kereta yang tidak digunakan (disimpan di garaj) selama lebih setahun. Satu hari dia membuat keputusan untuk menghidupkan semula road tax - mungkin sebab dapat rebat dari kerajaan.

Apabila dia pergi untuk menghidupkan insurans nya, bank meminta dia untuk membuat pemeriksaan PUSPAKOM ke atas keretanya.

Kebetulan, beberapa hari sebelum itu, tingkap keretanya itu dipecahkan oleh pencuri ketika dia meletakkan kereta di hadapan rumah.

Kereta tersebut dihantar ke bengkel dan dicaj RM 150 untuk tingkap tersebut.

Kebetulan tuan punya bengkel yang mahir selokk belok pengurusan kereta ini menawarkan diri untuk membantunya membuat pemeriksaan PUSPAKOM.

Menurutnya, beliau ada kabel di dalam PUSPAKOM. Pakej gerenti lulus dengan harga RM 300.00. Mungkin kerana kesibukan masanya, beliau bersetuju.

Malam itu sendiri, jam 9pm beliau menerima panggilan telefon bahawa pemeriksaan keretanya sudah siap.

Keesokan harinya beliau diminta membayar RM 450.00 (tambah lagi RM 150 daripada harga yang dipersetujui) untuk pemeriksaan PUSPAKOM tersebut. Katanya kerana terpaksa membeli borang extra (??) yang berharga RM 150. (Lupa nak bagitahu - kalau ikut normal prosedur di bawah RM 100 - bukan RM 450).

Lagipun keretanya dikatakan sudah lama, ada leaking sana, leaking sini. Jadi perlu duit lebih untuk menutup sebelah mata.

Saya tak kenal orang yang terlibat.

Saya nak tanya kepada orang PUSPAKOM yang menerima wang itu. Kemana wang itu hendak dibelanjakan? Untuk bagi makan anak isteri? Untuk buat beli buku dan pakaian anak ke sekolah?

Hairankah kalau ada anak murid baru umur setahun jagung yang menendang cikgunya di perut?

Wallahu A'lam.

9 comments:

Anonymous said...

Sebenarnya bukan org puspakom uy ambil duit tu...org w'shop tu yg ambil. Kereta dah repair semua dan saya percaya boleh lulus macam biasa saja. Saya baru lepas buat inspection utk lori syarikat... sekarang dah tiada agen2 dah...mungkin reda untuk sementara. Tunggu lah tak berapa lama lagi akan muncullah semula ulat2 ni. Biasanya pekej gerenti lulus tu kereta tak payah repair apa pun...gerenti lulus... kereta tak masuk utk inspection pun. Parking kat luar pagar je. Lagi satu mana ada borang-borang lain kalau nak inspection... kena tipu ajelah orang-orang yang yg banyak duit ni....

Anonymous said...

Kalau gitu, tukang rumah yg buat atap dsbgnya tu juga subahat le dalam "mark up" harga barangan ? Kalau tidak mana kan ada bumbung rumah tercabut di tiup angin ?

Anonymous said...

rebate cuma RM625 jek, tak berbaloi tolak semua expenses yg dia buat hari tu... pasal duit tu kemana.. sendiri mahu ingat... nak share ngan doctor, agak2 kemana semua bunga api dan mercun yg dirampas oleh kastam pergi...
a) Dilupuskan
b) Simpan (setiap tahun pasal rampas bende ni mmg hebat cerita ni)
c) Bagi sama rata kat kaum kerabat
d) Juallah.. dpt gak duit tepi utk raya...

Agak2 doctor.. mana satu jawapan dia.... saya ada kisah benar pasal ni.. hehehe

Dr Azwan said...

anon 1 : cam tuh ker? kereta duduk kat luar pagar jer. Mungkin diorang share 50-50.

anon 2 : tak paham sebenarnya point awak. Harga sebenar check puspakom cuma RM 75 kot.. bukan RM 450.00. Kalau fail tambah RM 25.00. Point atap itu tidak difahami. Mintak dijelaskan.

akutak suka : saya ni bersangka baik... jawapannya A. Betul ker? hehehe

Anonymous said...

Saya pernah lupuskan mercun yg kastam rampas tu. Best wo! hehe...

Anonymous said...

Ikut pengalaman saya dulu.. workshop tu yg ambil lebih.

Najah Farahin said...

eeei...
takutnya bab2 duit nih. nanti jadi darah daging bila dibelanjakan
-najah-

Anonymous said...

Doctor baik sgtlah..malas nak layan... jangan mare ....

Nora said...

saya rase die wat bakar tiap2 thn tuk thn baru ari merdeka..hehe
suke tgk bunga api..
heee..

~nora~

Related Posts with Thumbnails