Monday, January 12, 2009

Apa dah Jadi?






Salam,

Apa dah jadi?

900 orang sudah terkorban.

3000 orang tercedera.

40% daripada 3000 orang cedera parah dan dijangka menghadapi maut.

20,000 kehilangan tempat tinggal.

Sempadan Mesir-Gaza hanya dibuka sekali sehari dan itupun untuk tujuan perubatan.

Hanya satu ambulan dibenarkan masuk dalam sehari.

Bantuan UN diberhentikan selepas kenderaan mereka di bom Israel.

Hospital mengalami keputusan bekalan ubat-ubatan, darah dan semua pekerja perubatan bekerja berhari- hari tanpa henti.

Hosni Mubarak dan Mahmoud Abas sedang berjabat tangan dan tersenyum.

Orang Israel melihat tragedi pengeboman di Genting Gaza seperti permainan bunga api dan bersorak riang.

Apa yang anda dapat simpulkan sekiranya, satu kawasan seperti di genting Gaza, semua sempadan ditutup utara selatan barat dan timur, termasuk lorong tikus dan semua penduduknya di bom dengan senjata perang termasuk senjata kimia yang paling canggih di tengah-tengah. Selepas itu media barat mencanang bahawa yang menjadi mangsa adalah masyarakat Israel.

Bukankah ini dipanggil pembersihan etnik? Atau pembunuhan besar-besaran? Adakah ia tidak sama dengan cerita orang serbia bunuh bosnia?

Hamas tak boleh dibunuh. Sebab Hamas adalah inspirasi penduduk Palestin. Anak-anak yang membesar di dalam kegilaan pembunuhan ibu dan ayah mereka di Palestin adalah pelapis-pelapis Hamas. Mereka merupakan semangat kebebasan Palestin itu sendiri.

Sebagaimana Israel mentakuti Hamas, begitu juga kerajaan Mesir mentakuti Ikhwanul Muslimin. Hamas umpama bayang kepada kepimpinan Ikhwan. Sekiranya Ikhwan dibenarkan bertanding sebagai satu parti politik di Mesir, sudah pasti tentunya kerajaan di mesir akan tumbang sebagaimana tumbangnya Fatah kepada Hamas.

Oleh itu, Mesir yang mentakuti Ikhwan melihat bahawa sekiranya Hamas dibiarkan berleluasa maka sudah tentu Ikhwan juga akan mengikut jejak lagkah Hamas. Apatah lagi kepimpinan Hamas dan Ikhwan terdiri daripada golongan peniaga yang kaya, ahli cendekiawan yang mempunyai PhD dan mempunyai jaringan-jaringan terbesar di seluruh dunia.

Apa yang orang Islam sudah laksanakan setelah 2 minggu pengeboman Israel terhadap Palestin? Genjatan senjata pun belum terlaksana. Nak hantar bantuan pun tak boleh sebab kerajaan Mesir masih menutup pintu masuk. Ada bertan-tan ubat masih tersangkut di lapangan terbang masih belum di bawa masuk. Ada ramai doktor dan petugas perubatan yang syahid di Palestin.

Bilakah negara2 Islam ingin berbuat sesuatu yang lebih bermanfaat kepada saudara kita?

Wallahu A'lam.

9 comments:

Anonymous said...

Salam.sedih melihat penderitaan penduduk palestin.air mata tidak tertahan.sayu melihat nyawa anak-anak kecil mati dalam keadaan hina dan terseksa.hanya doa yang dapat dipanjatkan.semoga ALLAH memberi sinar pada mereka.

noorcahaya said...

Smlm tgk berita, mmg sakit hati bile dgr jawapan dari yahudi laknatullah tu.. menyakitkan hati.. sekarang sedang sebarkan brg2 israel yg mesti diboycott oleh kita...

pakchaque said...

dr tak dapat join operasi kemanusiaan ke sana ka? kadang2 terfikir apa yg mampu kita sumbangkan kalau segala bantuan yang kita salurkan disekat..

akhirnya yang ada doa senjata mukmin..

di celah2 tu tertanya juga, kalau zaman sahabat, Allah turunkan bantuan secara direct, apa agaknya kesalahan kita sekarang yang menyekat lagi bantuan kerajaan langit..

Anonymous said...

Saya ada dengar berita, Mahmud Abbas 'terkejut' dengan serangan israel kat Gaza. Hai, setakat 'terkejut' aje? Yang kena bunuh tu org palestin ke 'plastik dalam tin'? Mahmud Abbas tu pulak bukan org Palestin ke?

harry said...

kuasa membeli ditgn kita...oleh itu kita mesti boikot barangan israel laknat itu...

sesiapa ada perniagaan atau servis yang perlukan kaedah jualan pantas dan saya sarankan cuba
pakejkan produk/servis dgn guna sistem jualan matriks...

sesiapa nak tahu lanjut cuba dowlot maklumat sistem ku ngh siapkan...

www.jualbeli.org/propsal1-smartE-biz.doc

adi_aussie said...

Kita semua boleh bantu rakyat palestin...selain sembahyang hajat,derma...dan salah satunya spt saudara harry kata, bukan saja barangan Israel..tetapi sekutunya sekali USA kita boikot..anda semua tahukan jumlah dollar setiap tahun USA bayar tax barangan ke Israel..
Tanah palestin adalah tanah Islam.

Ini ruang sharing kesihatan terbaru..

http://complexwadi.blogspot.com/

Mak Iti kawan Yus said...

Mahmoud Abbas duk kat Tebing Barat. Gaza ni dah terpisah dari Tebing Barat dengan Israel kat tengah-tengah. Aspirasi orang Palestin adalah Hamas sebab tu dia menang masa pilihanraya kat Gaza. Fatah dan PA adalah pemerintah yang korup. Dalam Fatah ada Mohamed Dahlan yang cuba korang 'google' sangat2 disayangi oleh US dan Israel. Mohamed Dahlan ni ada bisnes kat London.Israel bagi senjata dan bantuan kepada Mohamed Dahlan utk memerangi Hamas ttp tidak berjaya malahan Hamas telah mengalahkan Fatah di Gaza. Tebing Barat dibangunkan agar orang2 Palestin sendiri menjatuhkan Hamas di Gaza ttp tidak berjaya juga. Aku terbaca dalam al jazeera, orang Fatah yang 'mark'kan rumah2 pemimpin Hamas utk di bom oleh Israel. Hanya dua kemungkinan bagi Hamas, menang atau mati syahid.

Dr Azwan said...

Kerajaan Mesir-Fattah ni akan terima akibatnya kerana dosa-dosa mereka bersekongkol dengan Isael.

Tu sebab org arab tidak boleh bersatu, kerana ada orang-orang yang gila kuasa seperti ini. Serupa dgn zaman jahiliyyah dahulu.

Hindi Choti said...



Hindi sexy Kahaniya - हिन्दी सेक्सी कहानीयां

Chudai Kahaniya - चुदाई कहानियां

Hindi hot kahaniya - हिन्दी गरम कहानियां

Mast Kahaniya - मस्त कहानियाँ

Hindi Sex story - हिन्दी सेक्स कहानीयां


Nude Lady's Hot Photo, Nude Boobs And Open Pussy

Sexy Actress, Model (Bollywood, Hollywood)

Related Posts with Thumbnails