Ini adalah laporan program pemeriksaan orang asli di Gua Musang pada 1-3 Januari 2009 yang ditulis oleh Sdr Ridzuan Alias. Beliau adalah salah seorang peserta ke program tersebut.
***************************************************************************
LAPORAN AKTIVITI BERSAMA ORANG ASLI DI KELANTAN
Bersyukur kehadrat Illahi kerana dengan izinnya program bersama orang asli di Kelantan pada tanggal 1 hingga 3 januari 2009 dapat berjalan dengan jayanya. Program ini dianjurkan oleh Hospital Pakar Al-Islam dan Angkatan Belia Islam Malaysia(ABIM) yang bertujuan sebagai wadah pemantauan terhadap kesedaran agama di kalangan orang asli selain membuat pemeriksaan kesihatan terhadap mereka.
Seramai 30 orang telah mencurahkan tenaga mereka dalam program ini iaitu 3 orang doctor (Dr Azwan, Dr Wan Mohkzani, Dr Shazni), 5 orang paramedik dari Hospital Pakar Al-Islam, 7 orang penuntut fakulti perubatan dari Universitas Sumatera Utara (USU), 4 orang penuntut fakulti perubatan dari Universiti Teknologi Mara (UITM), ibu bapa kepada salah seorang dari dokt0r, 4 orang sukarelawan dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) serta 3 orang dari ahli OIA.
Program bermula pada 1 januari 2009 dengan bertolaknya peserta dari dua arah yang berbeza iaitu satu kumpulan dari Kuala Lumpur dan satu kumpulan dari Kota Bharu yang jumlah keseluruhan kenderaan adalah 5 buah. Kira-kira jam 4 petang kedua-dua kumpulan ini tiba di Pos Brooke iaitu tempat berkumpul kesemua peserta program. Lebih kurang jam 5 petang, peserta-peserta program bergerak ke Kg. Tuel dengan menggunakan 5 buah kenderaan pacuan 4 roda.
Perjalanan ke Kg. Tuel ini agak mencabar akibat dari cuaca yang tidak berapa elok dan akibatnya perjalanan terpaksa dihentikan kerana salah sebuah kenderaan tersangkut di dalam lumpur hasil dari kejadian tanah runtuh yang terjadi sebelumnya. Jadi, rombongan ini terpaksa berpatah balik ke Pos Brooke dengan terpaksa meninggalkan kenderaan yang tersangkut tadi. Perjalanan pulang juga agak mencabar kerana cuaca hujan yang semakin memburuk, keadaan yang gelap serta salah satu kenderaan yang sudah rosak pacuan 4 rodanya. Alhamdulillah dengan gigihnya rombongan berjaya tiba di pos walaupun terpaksa mengambil masa yang agak lama. Pada malam itu kesemua peserta berehat, makan malam dan diadakan sesi mesyuarat ringkas dan ta’aruf diadakan pada jam 12 malam.
Pada 2 januari 2009, solat subuh diadakan secara berjemaah, bacaan ma’thurat bersama-sama dan tazkirah ringkas oleh doktor. Setelah selesai makan pagi, peserta berangkat ke Kg. Sangwei bagi menjalankan sesi pemeriksaan kesihatan dan ‘Cak Rayak’ (Makan Besar) bersama orang asli. Acara diadakan di dewan dan seramai 83 orang asli yang hadir. Pada petangnya acara disambung di Kg. Jerdip dan di sini seramai 80 orang asli yang hadir. Pada jam 5.30 petang acara dihentikan dan peserta semua berangkat pulang ke pos untuk rehat dan bersihkan diri. Pada malamnya, solat berjemaah dan sesi tazkirah diadakan. Setelah makan malam, sekali lagi mesyuarat diadakan dengan diisi dengan presentasi mengenai Biro Kesihatan ABIM yang disampaikan oleh Dr Wan Mokhzani. Setelah itu, sesi perkongsian pendapat diadakan bersama peserta-peserta dan hampir jam 12 malam mesyuarat bersurai.
Pagi 3 januari 2009 diisi dengan solat berjemaah, bacaan m’thurat dan sesi tazkirah. Setelah sarapan pagi, pertemuan terakhir diadakan dengan ucapan ringkas dari beberapa peserta. Kemudian, kesemua 5 buah kenderaan berangkat ke Cameron Highland yang jaraknya amat dekat dengan pos sebagai destinasi terakhir sebelum pulang ke destinasi masing-masing. Kira-kira jam 12.30 tengah hari, semua berangkat pulang.
Akhir kata, terima kasih kepada semua peserta program yang sanggup meluangkan masa dan tenaga mereka untuk program berbentuk kebajikan yang mulia ini walaupun pelbagai dugaan dan cabaran yang berat terpaksa ditempuhi terutamanya bekalan air bersih yang tidak ada. Diharapkan program-program seperti lebih giat diadakan demi kebaikan seluruh umat Islam seluruh tanah air.
Disediakan oleh,
(MUHAMAD RIDZUAN BIN ALIAS-USU)
***********************************************************************
1. Di antara perkara yang tidak dapat dilupakan ialah tragedi tanah runtuh yang menyebabkan kami tidak dapat meneruskan perjalanan ke Kg Tuel dan menyebabkan sebuah kereta pacuan empat roda milik Islamic Outreach ABIM tersangkut di dalam lumpur selut. Tiada siapa yang cedera. Ini merupakan pengalaman berharga kerana sebelum ini saya sendiri belum pernah ada pengalaman tersangkut di dalam runtuhan lumpur.
2. Seterusnya, walaupun hujan mencurah-curah namun, tiada bekalan air bersih di dalam tangki-tangki di bilik air di surau dan dewan. Ini adalah kerana punca air di atas bukit yang membekalkan air ke dalam tangki, akan tersumbat oleh lumpur, daun-daun dan sampah sarap setiap kali hujan lebat. Air hujan cuba dikumpul tetapi tidak boleh menampung keperluan.
3. Ketiadaan air menyebabkan kami terpaksa merantau mencari air ke sekolah berhampiran (mujur ada sekolah pos brooke). Walaupun air berwarna coklat teh kerana bercampur lumpur, tetapi Alhamdulillah, banyak urusan "keduniaan" dapat dilaksanakan. Namun, selepas sehari, tangki air di sekolah akhirnya kering juga.
4. Akhirnya, sumber air kami dapati daripada satu tempat di hadapan rumah satu orang asli yang sumbernya di celah-celah batu bukit yang tidak terkesan oleh banjir lumpur. Itulah air yang digunakan untuk minum, membasuh dan mandi.
5. Kebanyakan orang asli yang datang ke klinik terdiri daripada kanak-kanak dan orang asli. Lelaki dewasa sangat kurang kerana bekerja. Lagipun, kampung yang kami pergi adalah secara "adhoc" dan pengumuman untuk melaksanakan klinik amal adalah secara minit terakhir.
6. Alhamdulillah, secara keseluruhan, program dapat dijalankan walaupun terdapat sedikit masalah di sini dan sana. Ini semua boleh berlaku kerana dasar kerjasama yang semangat sukarelawan yang ditunjukkan oleh semua pihak.

4 hero di hari kedua. . Semuanya sudah mandi. Bagaimana mandi? Usah ditanya.
Dari kiri Shahril (Jururawat Al-Islam), Dr Azwan, Azli (maintenance officer Al-islam) dan Amin (Pembantu klinik). Atas Land Rover - En Shamsul dari Islamic Outreach ABIM. Beliau boleh berbahasa Temiah (bahasa suku orang Asli).

Mengagihkan barangan ubat-ubat dan keperluan lain. Saya memang tak boleh naik atas atap land rover tu. Bukannya gayat. Risau jer, maklumlah Land Rover lama.... Dah lah satu tersangkut kat jalan ke kg tuel malam sebelumnya.
Di Kampung Sangwei. Dr Shazni (tudung hijau muda) dan Siti Hajar (pelajar perubatan tahun 4 USU) sedang memeriksa pesakit. Bukan saja saja nak letak gambar ni. Kebetulan pula pilihanraya Kuala Terengganu baru berakhir, so gambar ni dah tak beberapa releven sangat. :)
Ni gambar di Kg Sangwei. Ini dipanggil "Cak Rayak" di dalam bahasa suku Temiah atau dalam BM nya ialah makan besar. Mereka jarang-jarang makan ayam atau nasi. Kebiasaannya makan ubi setiap hari. Kami akan masak nasi, ayam dan sayur dan cedokkan di dalam pinggan yang mereka bawa sendiri dari rumah. Mereka akan datang beramai-ramai untuk tujuan ini.
Ini di kampung Jerdip. Dr Wan Mokhzani (Doktor USM) sedang menjadi perunding kepada adik-adik pelajar perubatan UiTM tahun 4 yang sedang memeriksa pesakit. Kami terjumpa kes-kes seperti HFMD (penyakit tangan, kaki, mulut) dan multinodular goitre di sini.
Setelah menjalani pemeriksaan doktor, tibalah tugas jururawat-jururawat memberikan ubat (kali ini farmasi kita cik saadiah tak dapat nak ikut). Ada 3 jururawat dari al-Islam iaitu SN Fauziah, SN Adibah, SN Shahril dan seorang pembantu klinik Amin yang menguruskan dispensari.
Inilah pasukan untuk bantuan perubatan Orang Asli di Pos Brooke kali ini.
Wallahu Alam.

6 comments:
menarik...tentu banyak pengalaman...
harapan saya, satu hari nanti saya akan ikut program2 begini...
salam doc,
is it possible for someone who does not have any medical background to join this kind of thing in the future? doe sit have to be ABIM member as well? jez curious...thx!! moga apa yg dilakukan mendpt keberkatan... :)
u're working at KBMC yea...
br lg eik kt sn?
be4 this im working there alsooo
Ye wahidah. Skarang kat Princecourt kan. Best ke kerja sana? Ada kerja kosong ke? HeHe :)
salam dr azwan, lama tak mengikuti perkembangan blog ini.
tulisan mengenai program di perkampungan org asli amat menarik... saya yang tinggal di sekitar serdang/putrajaya dan bandar baru bangi tidak banyak terdedah dengan aktiviti seperti ini... semoga allah membalas jasa kalian...
salam ziarah..
bila dr azwan mau berkunjung ke pos tuel lg?
Post a Comment