Thursday, January 15, 2009

Orang Islam Umpama Buih di Lautan


Justify Full



Salam,

Saya amat tertarik dengan tulisan saudara Zaini Hassan di dalam ruangan Utusan Malaysia semalam yang bertajuk siapa orang Islam dan Siapa Orang Yahudi. Pada kebiasaannya tulisan beliau tidak menarik perhatian saya, tapi fakta yang beliau tulis tentang Yahudi dalam artikel itu amat menarik untuk dikongsi.

Jika dilihat, orang-orang yahudi merupakan personaliti yang terkemuka di dunia. Malah orang Yahudi mempunyai harta berbilion-bilion USD dan Sang Zionis mampu untuk membeli pelbagai senjata melalui proksinya di seluruh dunia.

Bagaimana orang Yahudi ini boleh menimba kekayaan, kemahsyuran dan kedudukan? iaitu melalui pendidikan dan ilmu pengetahuan. Mereka boleh mempunyai nama yang pelbagai, malah mungkin kita tidak dapat mengenali mereka melalui nama mereka pun, tetapi ilmu dan pendidikan mereka sangat mengagumkan.

Bagaimana dengan kedudukan orang Islam sekarang? Kita mempunyai 1.44 billion penganut Islam di seluruh dunia, tetapi negara Islam hanya mempunyai 500 buah universiti iaitu 1 universiti untuk 3 juta umat Islam. Dan melalui satu kajian, tiada satu universiti pun di dalam 500 universiti itu mendapat kedudukan di dalam 500 universiti terbaik dunia.

Sedangkan di US mempunyai 5700+ buah universiti. India mempunyai 8000 universiti. Dan umat yahudi hanya berjumlah 14 juta. (1 orang yahudi bersamaan 100 orang Islam).

Penguasaan Zionist dan Yahudi terhadap Palestin membuka mata kita bahawa, telah jelas bahawa bangsa arab dan orang Islam sangat mundur di dalam apa jua segi. 14 juta orang yahudi sahaja di dunia ini tetapi dapat menundukkan 1.4 billion orang Islam yang tak mampu berbuat apa-apa. Malah telinga kita ditarik, dan hidung kita dijentik pun, kita tidak boleh berbuat apa-apa selain daripada melihat sahaja.

Benarlah hadis Rasulullah:

"Hampir tiba suatu zaman di mana bangsa-bangsa dari seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang kelaparan mengerumuni hidangan mereka." Maka salah seorang sahabat bertanya," Apakah karena jumlah kami yang sedikit pada hari itu?"
Nabi saw, menjawab,"Bahkan, pada hari itu jumlah kamu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di lautan, dan Allah akan mencabut 'rasa gentar' terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan melemparkan ke dalam hati kamu penyakit al-wahnu.
"Seorang sahabat bertanya, 'Apakah itu al-wahnu itu, ya Rasulullah?' Rasulullah saw, menjawab, "Cinta dunia dan takut mati." (Hr Abu Dawud dan Ahmad)



Wallahu Alam.





3 comments:

adi_aussie said...

Marilah kita bersama-sama mengaminkan doa imam kepada rakyat Palestin sambil menyaksikan video di blog saya.
Pastikan anda menghabiskan video tersebut untuk mengetahui kenapa kita mesti memboikot barangan yang untungnya disalurkan kepada Israel.

syamsul said...

salam
lama tidak ke udara.
sesungguhnya benar, Islam itu datang dahulunya dlm keadaan asing, dan akan sampai masa Islam akan dianggap asing semula di akhir zaman ini.
selemah2 Iman itu apabila kita tidak redha dgn apa yg sdg berlaku pada sdra kita di sana.tk

Hindi Choti said...



Hindi sexy Kahaniya - हिन्दी सेक्सी कहानीयां

Chudai Kahaniya - चुदाई कहानियां

Hindi hot kahaniya - हिन्दी गरम कहानियां

Mast Kahaniya - मस्त कहानियाँ

Hindi Sex story - हिन्दी सेक्स कहानीयां


Nude Lady's Hot Photo, Nude Boobs And Open Pussy

Sexy Actress, Model (Bollywood, Hollywood)

Related Posts with Thumbnails