Thursday, May 28, 2009

Fakta Menangis dan Ibu Mertuaku..






Salam,

Saya pernah bertanya kepada ketua jabatan ophtalmology yang juga pakar mata satu soalan penting semasa saya masih belajar dulu.

Betulkah jika kita menangis telalu kerap kita akan menjadi buta?

Persoalan ini saya tanyakan kerana ada satu filem Tan Sri P.Ramlee bertajuk "ibu mertuaku" memperlihatkan Kasim Selamat menjadi buta akibat menangis.

Oleh kerana pakar mata tersebut bukan seorang yang berbangsa melayu, kemungkinan besar beliau tidak menonton filem Tan Sri P.Ramlee.

Dan kemungkinan besar juga, pemikiran beliau tidak "bias" kerana beliau tidak dibesarkan dengan filem Tan Sri P.Ramlee.

Justeru, kemungkinan besar juga jawapan beliau adalah berdasarkan ilmu mata yang tulin (Lagipun dia ketua jabatan mata).

Jawapannya : jeng.. jeng.. jeng..

Secara fakta, air mata dicipta untuk mencuci mata dan membasahkan mata. Mata yang kering seperti penyakit keratitis akan menyebabkan mata rosak.

Begitu juga sekiranya kelopak mata kita tidak berfungsi dan tidak boleh tertutup (seperti kes melecur) dan sebagainya, mata akan menjadi kering dan menyebabkan mata rosak. Ini boleh diubati dengan meletakkan air mata tiruan (artificial tears) secara kerap.

Apabila mata masuk habuk dan sebagainya, kita dapati air mata keluar untuk membersihkan mata dan mengeluarkan habuk tersebut. Ia adalah satu mekanisme atau sunatullah.

Sekiranya mata ini banyak menangis, maka air itu hanya akan mencuci mata kita.

Oleh hal yang demikian, kontrari dengan "filim" Ibu Mertuaku, semakin mata banyak menangis, kita tidak akan jadi buta. Malah, mata kita akan bertambah bersih dan cantik. Paling tidak pun, ia tidak akan menjadikan mata kita buta..

Persepsi kita tentang cerita "Ibu Mertuaku" sekarang sudah berubah..

Waahh... spoil betul fakta ni..

Wallahu Alam.

14 comments:

Anonymous said...

Salam dr,

Menarik artikel ni..tapi bagaimana pula dgn kisah Nabi Allah Yaakub yang menangis sampai buta matanya terkenangkan Nabi Yusuf a.s..pada saya mungkin kalau menangis yang melampau akan menjadi buta...

D'Rimba said...

Mungkin P Ramlee hanya jadikan ia sebagai metafora sahaja kerana dia memang seorang budayawan dan pemikir dalam setiap karyanya ada penerapan nilai mendidik anak bangsa.

Kujie said...

macam Myth-Buster kat Astro tu pula.

Anonymous said...

salam,

Sikassim jadi buta bukan disebatkan banyak menangis tetapi juga dengan tekanan perasaan tetapi filem ini mengajar kita tentang pentingnya kesihatan.

wwww.sworldnetmy.com
http://moneytechnic.blogspot.com

Amin007 said...

kalau macam tu
boleh menangis banyak-banyak lepas ni

heheheh

Anonymous said...

isyyy... rase nak nangis pulak baca artikel ni. kui kui kui...

Dr Azwan said...

Belum lagi ada manusia menangis sehingga menjadi buta selain dari Nabi Yakob dan Kassim Selamat.

Tan Sri P.Ramlee mungkin mendapat ilham dari kisah nabi Yaakob.

Mungkin ada pendapat lain dari Pakar Mata... ?

Anybody?

D'Rimba said...

P Ramlee tetap penggiat seni yang berjaya mendidik anak bangsa melalui karya filemnya cukup bermakna penuh nilai-nilai mendidik jiwa baik lakonan mahupun lagunya.P Ramleeeeeeeeeeeeeee, terpaksa kuseru namamu kerana dunia seni makin membarah bernanah di jiwa bangsa.

Anonymous said...

ermm...sy penah baca majalah mastika kalo xsilap pd taun 1990-an yang ada sorg ni nangis ditinggalkan suami / suami meninggal (xingat) hingga jadi buta..dia ckp dia nangis siang dan malam..mula2 mata jadi kabur saja n akhirnya jadi buta.. -->akmar

Razak Bin Ramli said...

Sebut pasal P.Ramlee ini adalah lagi
perkara yang boleh direnungkan bersama bertapa geniusnya P.Ramlee.
Filem Bujang lapuk.Mari kita perhalusi. Apakah perkataan yang terbina hasil gabungan ALIF MIM NUN WAU? Kepada anda yang buta jawi, mari saya bantu. ALIF MIM NUN WAU membina perkataan yang berbunyi AMNU. Biasa dengar perkataan AMNU? Boleh juga disebut UMNO. Ya.. UMNO lebih biasa kita dengar dan lihat.
Nah..Nampaknya jelas P.Ramlee cuba menyamakan UMNO dengan sarkis. Jika benar begitu maka seluruh warga Malaysia dari dulu hingga sekarang hidup di dalam keberuntungan yang amat hebat. Kenapa? Kerana kita tidak perlu membeli tiket untuk melihat ahli sarkis beraksi saban hari.

Satu persoalan timbul. Mengapa P.Ramlee bertindak sedemikian? Kebetulankah?

Al Fatihah untuk seniman agung tersebut. Dan juga untuk seluruh muslimin dan muslimat yang telah pergi mendahului kita.

Razak Bin Ramli said...

Ramlee, Ajis dan Sudin tiba di hadapan sebuah sekolah dewasa. Pada papan tanda sekolah itu tertera ayat ‘Sekolah Umum Buta Huruf’.

RAMLEE : (SAMBIL MENUNJUKKAN KE ARAH PAPAN TANDA SEKOLAH) Yang itu apa macam bacanya?

SUDIN : Alif Mim Nun Wau…. Alif tendang wau…. Oooo..Ini sarkis…

RAMLEE : Aik? Begitu punya panjang tulisnya..Bacanya pendek..Sarkis?

SUDIN : Yang panjang tu bunganya aje..

AJIS : Eik? Baca pun pakai bunga?

SUDIN : Ye la..Tak kan hutang je pakai bunga?

Basyir K. said...

mgkn sebab tu Rasulullah suruh klu bace qur'an, menangislah ... klu x mampu, buat2 lah menangis ... sahabat nabi pun ramai yg lembut hatinya, bila dengar @ bace qur'an je terus menangis ...

Dr Azwan said...

Saya belum baca biografi P.Ramlee. Tapi saya setuju jika ada penulis yang boleh mencari kisah hidup P.Ramlee dan menyelami kisah hidup nya secara jujur termasuk pandangan politiknya, keadaan kewangannya, dari mana beliau mendapat dana filemnya, keuntungan dan kerugian dari filemnya, pemikirannya tentang masa hadapan Malaysia dsbg. Sesiapa yang berauthority perlu mengkaji pemikiran P.Ramlee cepat sebelum lebih ramai daripada rakan rapatnya meninggal dunia.

along said...

saya selalu menangis...sib baik nangis tak membutakan...thanks untuk fakta ini :-)

Related Posts with Thumbnails