Wednesday, August 19, 2009

Kuih Raya UmmuSofeya 2009





Salam,

Kuih raya UmmuSofeya telah kembali tahun ini dengan beberapa perubahan baru dari tahun lepas. Selain daripada rupa ice lemon cookies yang baru, kami memperkenalkan anda winter sonata cookies dan green coco-oat untuk halwa rasa anda.

Bukan itu sahaja, kami juga menyediakan 3 tambahan menu kerepek, iaitu kerepek ubi masin, kerepek ubi pedas basah dan kerepek pisang tanduk untuk dimakan bersama kuih raya kami.

Namun begitu, kami masih mengekalkan 4 kuih raya terbaik kami yang ternyata mendapat sambutan hangat dan reputasi yang tersangat tinggi sepanjang 3 tahun ini.

Ummusofeya bakery telah mengedarkan sampel-sampel di beberapa hospital, pusat rawatan dan sekolah-sekolah. Oleh itu, pihak kami tidak dapat menyediakan lagi sampel-sampel untuk tujuan pengedaran. Namun, sekiranya berminat menjadi pengedar, sila hubungi saya untuk keterangan lanjut. Kami amat mengalu-alukan kerjasama anda.




Winter Sonata

Rasanya seenak namanya. Bak kata omputeh sesat- cinta musim salju. Anda pasti akan terpegun dengan rupanya yang bukan sahaja cantik, tapi keenakan rasanya yang berintikan adunan berperisa kismis dan disaluti coklat putih dan coklat masak. Ia pasti akan menaikkan selera anda (ya, dan tahap gula anda juga). Sekali cuba pasti tak lupa. RM 22 sebalang.



Ice Lemon Cookies

Ice lemon cookies adalah ciptaan kuih raya terbaik kami yang diadunkan dengan tepung suji, perasa lemon sejati dan minyak sapi. Anda bukan sahaja terpikat dengan rupanya, tetapi juga rasanya yang unik. Harga RM 22 sebalang.


Green Coco-Oat Cookies

Kami gabungkan adunan ini dengan kacang kelapa kering dan Oat untuk rasanya yang lebih berperisa. Resepi ini dicipta dengan mengurangkan gula (rasanya tidak terlalu manis) supaya pesakit diabetik boleh menggemarinya.


Semprit Millenium

Semprit millenium adalah resipi asli semprit yang diberi nafas baru dengan kehadiran coklat putih dan beras coklat berwarna warni. Amat digilai oleh kanak-kanak dan juga diminati oleh yang berusia (terutama yang tidak bergigi). Harga RM 22 sebalang



White Chocolate Capucino

White Chocolate Capucino adalah satu lagi kuih raya UmmuSofeya yang digubah mengikut selera semasa. Ramuannya diperkasakan dengan perasa capucino dan adunan campuran cornflakes dan kacang tanah. Ia kemudiannya dihiasi dengan coklat putih dan coklat hitam untuk menambahkan perisa. Kegaringannya pasti membuatkan anda tidak mahu berhenti mengunyah! RM 22 sebalang.

Chocolate Cornflakes

Hitam-hitam si tampuk manggis, makin hitam semakin manis. Itulah hakikat yang paling sesuai untuk Chocolate Cornflakes ini. Setelah disadur dengan sekata di dalam coklat, cornflakes kemudian disejukkan di dalam peti ais selama beberapa lama dan dihias dengan hundreds and thousands. Kerangupannya dikekalkan dengan cara itu. Cubalah, anda pasti teruja. RM 22 sebalang.

Tart Nenas Gulung

Tart Nenas Gulung Ummusofeya sangat popular di kalangan pelanggan. Ia tidak cair di mulut, tetapi cair di perut. Inti nenasnya adalah dimasak sendiri di rumah menggunakan resepi ibu. Untuk peminat tart nenas, sebalang pasti tidak akan memuaskan hati anda. Beli 3 balang untuk memastikan anda mendapat kepuasan yang anda inginkan. RM 22 Sebalang.


Walnut Chocolate Chips

Resipi ini telah diubahsuai untuk memastikan ia tidak terlalu manis. Dengan resipi yang diubahsuai, coklat chips enak dan kacang walnut yang diimport, maka menjadikan rasa walnut chocolate chips di antara yang terbaik di pasaran. Ia sangat berbaloi dengan wang yang anda bayar. RM 22 sebalang.


Almond London Cookies

Almond London Cookies ini dijaga kualiltinya dengan saiz yang besar. Selama 3 tahun, Almond London kami menerima tempahan yang paling tinggi selain tart nenas daripada pelanggan yang sama secara berulang-ulang. Rasanya sangat enak. Ia juga dihiasi dengan potongan halus almond (nip). Saya masih mengekalkan rupa bentuknya dan ramuannya yang asli.

Kerepek Pisang Tanduk
RM 14/setengah kilo

Kerepek pisang tanduk sekarang sangat sukar untuk dicari. Oleh kerana rasanya yang sangat sedap dan begitu rangup, ia merupakan pilihan utama untuk juadah raya. Beli sekarang, harganya mungkin meningkat jika anda beli menjelang raya.

Kerepek Ubi Pedas Basah
RM 9.00/ setengah kilo


Kerepek ubi masin
RM 8.00 / setengah kilo



Sekiranya berminat hubungi 012-9597074 (Dr. Azwan), 012-3198574 (Pn. Azah) atau email: abiteha@yahoo.com.

11 comments:

noorcahaya said...

gelihati ayat2 promote doktor nih.. siap perli org kencing manis pon ade....

Unknown said...

Its look like good delicious,i love cookies.

~ The Author ~ said...

Saya saya saya.......saya nak jadi pengedarrr. Dr. ada diskaun tak.

Dr Azwan said...

thanks to all.. penghantaran ke kawasan lembah Klang, untuk 5 balang ke atas.

ezza erisa said...

tart nenas tu sebalang berapa? mcm tak nampak je harganye...huhuhuh

Dr Azwan said...

erisa : RM 22 sebalang. Bila nak hantar, pembeli tetapkan. Nanti InsyaAllah saya uruskan. 5 balang percuma penghantaran.

Dr Azwan said...

Saya tunggu Zaity contact saya.. mana Zaity ni

myfamilybiz4u said...

mcm sedap jeee kueh tu...hu3.pengahantaran percumaaa ade disekitar mana ye?

Dr Azwan said...

Kawasan lembah klang masih percuma. Asalkan pembelain 5 balang ke atas.

Azrina Mat Talib said...

di mana boleh sy dapatkan kuih² ni direct ye sbb kalau nk penghantaran percuma, sy tidaklah plan nk beli smp 5 balang dan ke atas.

Dr Azwan said...

kat petronas taman len seng, cheras. Jumpa di sana. call saya dulu

Related Posts with Thumbnails