Wednesday, November 18, 2009

Cara Yang Paling Sakit Untuk Mati..







Salam,

Saya menulis artikel ini di atas kejadian bunuh diri oleh seorang wanita berketurunan India yang meminum paraquat bersama anak-anaknya.

Membunuh diri adalah satu perkara yang diharamkan di dalam Islam. Sekiranya sesiapa yang mencabut nyawanya sendiri maka ia dianggap mati di dalam kekafiran. Mati dalam kufur maka natijah ialah api neraka yang akan menyiksa kita sampai bila-bila.

Di dalam beberapa hadis sahih Bukhari, ada disebut bahawa,"Siapa yang membunuh dirinya dengan racun, atau dengan besi atau yang sejenisnya, maka dia akan terus diazab dengan cara itu di hari kiamat...".

Sepotong hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A. yang bermaksud:

“Sesiapa yang terjun dari bukit membunuh dirinya, dia akan terjun ke dalam neraka jahannam kakal di dalamnya selama-lamanya. Sesiapa yang meminum racun membunuh diri, racun itu akan berada di dalam gengamannya, dia akan menghirup racun itu di dalam neraka jahannam kekal di dalamnya selama-lamanya. Siapa yang membunuh dirinya dengan besi, maka besi itu akan berada dalam gengamannya, dia akan menikamkannya di perutnya di dalam neraka jahannam, kekal di dalamnya selama-lamanya.” (HR al-Bukhari dan Muslim)

KENAPA MEMBUNUH DIRI?

Kebiasannya mereka yang mahu membunuh diri akibat jiwa yang terlalu tertekan, sedih dan tidak tenteram. Ada juga yang disebabkan oleh masalah keterhutangan yang serius sehingga diancam. Ada yang sudah rosak akalnya disebabkan ketagihan najis dadah. Wajar dikatakan mereka ini mempunyai masalah hati yang serius (dari sudut kerohanian). Sebab musabab mereka menghadapi tekanan perasaan ialah akibat putus cinta, pergaduhan, kematian yang tersayang, terasa dipinggirkan, tidak disayangi dan macam-macam lagi.

Maka mereka yang tidak bersabar, tidak menerima bahawa ini semua adalah ketentuan Allah, tidak beriman pada Qada' dan Qadar, maka mereka akan menghabiskan nyawa mereka dengan meminum racun atau melompat dari tempat yang tinggi.

BENARKAH MEREKA INGIN MEMBUNUH DIRI?

Walaubagaimanapun, tidak semua mereka ini yang secara zahirnya ingin membunuh diri berhasrat untuk membunuh diri. Kebanyakan mereka yang ingin membunuh diri sebenarnya tidak berniat membuat demikian.

Satu kajian menunjukkan bahawa ada sebilangan yang ingin membunuh diri sebenarnya berniat untuk menarik perhatian seseorang atau kumpulan tertentu. Sebagai contoh, seorang isteri mungkin memotong dengan pisau tangannya untuk menarik perhatian suaminya. Itu sebabnya kadangkala, tidak ada urat yang terputus, hanya sekadar kulit yang terluka.

Begitu juga ada yang berdiri di tepi bangunan yang tinggi tetapi akhirnya diselamatkan kerana mereka hanya mahu menarik perhatian orang ramai sahaja supaya mendengar isi hati mereka. Setelah isi hati mereka didengari oleh mereka yang terlibat maka kemungkinan mereka tidak meneruskan hasrat mereka untuk membunuh diri.

Semasa di di Hospital Kuala Lumpur, ramai juga anak-anak remaja perempuan yang masuk ke hospital kerana menelan 10 biji panadol sekaligus kerana putus cinta. 10 biji panadol mungkin tak boleh membunuh seekor bapak ayam pun, tetapi itu adalah cara menarik perhatian yang berkesan kerana ia boleh mendatangkan kemungkinan maut.

Ini dipanggil "para-suicide". Atau dipanggil dalam bahasa saya - bunuh diri acah-acah.

Mereka yang ada percubaan para-suicide jangan dicabar, kerana mereka akhirnya akan jatuh kepada kategori suicide juga sekiranya masalah semakin meruncing dan tidak diselesaikan.

PARA SUICIDE YANG AKHIRNYA MEMBAWA MAUT

Apabila kita berbincang mengenai para suicide, saya rasa amat sedih kerana ramai yang pada awalnya sekadar mahu gertak-gertak sahaja dan mahu menarik perhatian orang akhirnya membawa kepada kematian. Ini kerana mereka tersalah cara.

Meminum paraquat, iaitu sejenis racun rumpai adalah salah satu cara yang paling-paling bodoh untuk melakukan para-suicide.

Saya ada pengalaman di HKL, seorang anak perempuan berketurunan India berumur belasan tahun bergaduh dengan ibunya hanya kerana benda yang tersangat-sangat kecil. Oleh kerana dia ingin menunjukkan tanda protes kepada ibunya, ditelannya sedikit paraquat. Sedikitnya cuma separuh daripada penutup kecil paraquat itu sahaja. Anak itu mengaku dia meminum sedikit sebagai mahu menarik perhatian ibunya. Tetapi langkahnya silap dan akhirnya mendatangkan kesan yang menggerunkan.

Pada awalnya, kawasan yang terkena paraquat seperti mulut, tekak dan perut akan luka seperti kesan terbakar. Itu pun sudah cukup tersiksa kerana dia tidak dapat makan kerana mulutnya terbakar dan terpaksa bergantung kepada makanan cecair di dalam salur darah.

Saya ketika itu menjangka, ia hanya berhenti setakat itu, tetapi satu demi satu masalah mula timbul. Di dalam masa 3 hari, buah pinggangnya mula rosak dan menyebabkan dia terpaksa menjalani dialysis. Beberapa hari selepas itu hatinya pula rosak. Dan akhirnya dia meninggal dunia. Ini semua gara-gara insiden pergaduhan kecil anak-beranak dan meminum sedikit paraquat. Seolah-olah filem Bollywood.

KESIMPULAN

Saya selalu menasihatkan kepada wanita yang ingin acah-acah membunuh diri.. Jangan minum paraquat. Jangan minum paraquat. Jangan minum paraquat!!

Anda akan mati di dalam keadaan kesakitan yang teramat-amat sangat dan keaadan yang sangat menghibakan.

Malah beratus ganda lebih teruk lagi daripada itu... Anda akan minum paraquat berkali-kali di akhirat kelak. Sedangkan satu kali minum pun sudah cukup menyiksakan...

Wallahu Alam.













11 comments:

Nora said...

Salam..
ish2..minum paraquat mati sec perlahan2..xke terseksa namanye..huhu..

Nukilan ida said...

yup..terkejut juga dengar berita mengenai satu keluarga itu..
tq for sharing

amin007 said...

ooo, percubaan bubuh diri boleh acah-acah ker???

Dr Azwan said...

Dr Azwan : Hidup pun susah... mati pun susah...

Unknown said...

sungguh menyeksakan tgk org mati minum paraquat...saya pernah tegok wife minum paraquat sebab suami dia curang...sunggoh x berbaloi...

Anonymous said...

pale hotak korang la.. berat mata memandang berat lagi bahu memikul.. ape yg korang tau/fhm sal org yg nak bunuh diri?

azri said...

Orang bunuh diri mungkin terpaksa lakukan semua tu sbb tiada pilihan...atau tekanan yg amat berat..

azri said...

Betul tu...msti diorg ada sbb nk bunuh diri...

azri said...

Dua2 susah....

Unknown said...

bila tiada jalan penyelesain contoh nya pesakit HIV, dgn stigma masyarakat, apa lagi jalan yang dia ada?? selain mnum paraquat?? jika berbalik pda hukum, mmg sakit.. tp di dunia pon dah merana.. apa lagi harapan hidup di dunia..

Unknown said...

jln yg sukar

Related Posts with Thumbnails