Tuesday, October 26, 2010

Pakai skirt, dedah tubuh di Itali boleh didenda RM2,000

Ini kalau dibuat di Malaysia ni, ramai lah yang akan bising. Terutama kalau dilaksanakan di Kelantan. Melanggar hak asasi manusia dan sebagainya. Pasti keluar surat khabar dan TV selama beberapa hari... ada komen?

Dipetik di sini..

NAPLES: Sebuah bandar di pesisir pantai selatan Itali bercadang melarang pemakaian skirt pendek atau pakaian menjolok mata dalam usaha pentadbirannya menjaga akhlak penduduk setempat.

Datuk Bandar Castellammare di Stabia, Luigi Bobbio, berkata jika peraturan itu dilanggar, pesalah boleh dikenakan denda di antara RM97 dan RM2,000.


“Peraturan ini dikhususkan kepada individu yang gemar berperangai buruk atau sukar mengawal diri sendiri,” katanya, semalam.


Castellammare di Stabia adalah bandar terbaru di Itali yang cuba mengawal perlakuan penduduknya daripada kegiatan tidak bermoral, seperti meminum arak di jalanan, bermain bola sepak di tempat awam atau menghina tuhan.

Turut bakal dilarang adalah berjemur di pantai.


Di beberapa bandar lain, amalan bercium dalam kenderaan, memberi makan kucing terbiar dan memotong rumput pada hujung minggu turut dilarang. - Agensi

5 comments:

qishie said...

malaysia tah bila tah nak buat. hmmph~

TUKANG KATA said...

cukup memberi iktibar :)

Dr Azwan said...

mungkin tak akan dibuat..

Anonymous said...

Kalau buat, nanti akan ada golongan yg kata tindakan ke zaman batu. Oppresion of human right..dan segala mak nenek alasan

Anonymous said...

KENAPA TIDAK CUBA UNTUK MELAKSANAKANNYA..PERKARA YANG BAIK UNTUK KEBAIKAN.SUDAH LAKSANAKAN BARULAH TAHU APA IMPLIKASINYA SAMADA BAIK ATAU TERBAIK.. YEAHHH.

Related Posts with Thumbnails