Thursday, October 14, 2010

"Doktor Bukan Tuhan... Sahkan Jelah...."



Assalamualaikum,

Sekarang ini klinik dipenuhi dengan pemeriksaan bakal haji yang akan menunaikan haji ke Baitullah al Haram tidak beberapa lagi. Saya percaya, semua bakal haji masing-masing pasti berdebar-debar untuk menunaikan ibadah rukun Islam ke 5 ini. Maklumlah, ini adalah ibadah yang ditunggu-tunggu sepanjang umur dan mungkin ibadah yang dilakukan sekali seumur hidup.

Di dalam menjalani ibadah ini, bakal haji dituntut untuk menjalani pemeriksaan kesihatan. Ini untuk memastikan bahawa bakal haji sihat ketika berada di tanah arab. Mereka akan menjalani pemeriksaan darah dan fizikal. Setelah semuanya selesai, mereka akan menerima suntikan imunisasi meningococcal sebagai imunisasi wajib. Setelah itu, barulah mereka diluluskan untuk bertolak.

Bagi doktor-doktor yang memeriksa, ini merupakan satu tugas yang penting. Ini adalah kerana mereka perlu memastikan bakal haji sihat untuk menunaikan haji. Kebiasaannya, mereka yang pergi menunaikan haji adalah mereka yang sudah berumur. Kebiasaannya umur mereka 50 tahun ke atas. Yang muda-muda jarang menunaikan haji. Kalau ada yang muda pun, mereka ini kebiasaannya petugas tabung haji. Lain lah umrah, ramai yang muda lebih selesa mengerjakan umrah daripada haji memandangkan kesibukan waktu dan sebagainya.

Di dalam memeriksa bakal-bakal haji, doktor juga mengalami dilema tertentu. Sekiranya pesakit tidak sihat untuk mengerjakan haji, doktor terpaksa memberitahu pesakit untuk datang semula menjalani peperiksaan untuk kali kedua atau ketiga.

Untuk menggagalkan pesakit daripada menunaikan haji adalah keputusan yang sangat berat untuk dilaksanakan. Sekiranya pesakit betul-betul tidak sihat, doktor akan merujuk ke pakar untuk menilai semula samada bakal haji boleh dilepaskan untuk pergi ataupun tidak.


Ada beberapa perbualan menarik dan pengalaman untuk dikongsi semasa menjalankan pemeriksaan bakal haji. Bakal haji biasanya akan menjadi marah sekiranya doktor mendapati mereka tidak sihat dan mereka melihat seolah-olah doktor yang menghalang mereka pergi menunaikan haji.

Ada yang terkeluar perkataan.., "Doktor berdosa halang orang pergi haji, Doktor jawablah kat Akhirat nanti...", tempelak seorang pakcik yang sedang marah dengan muka yang masam.

Ini adalah kisah benar seorang doktor lain yang diceritakan kepada saya. kalau pakcik tu bagitahu saya camtu, terkedu juga saya nak jawab. Serba salah pun ada... Saya tanya semula doktor yang memeriksa tu, apa yang dia jawab kepada pakcik tu...

Doktor tu cakap , "Kalau saya lepaskan pakcik nanti, saya pulak yang berdosa.. Apa yang saya nak jawab kat Akhirat nanti?.."

Seorang yang mengandung tidak dibenarkan menunaikan haji (suntikan meningococcal perlu dielakkan ketika mengandung). Begitu juga mereka yang mengalami dementia (nyanyuk) ataupun kurang siuman. Seorang yang sakit kronik yang teruk tidak wajib menunaikan haji.

"Muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia kali ke 84, pada 15 Disember 2008 telah memutuskan bahawa:-

i. Pesakit yang menghidap penyakit kronik yang tiada harapan sembuh seperti pesakit buah pinggang yang menjalani hemodialysis adalah tidak wajib menunaikan ibadah haji.

ii. Pesakit kronik adalah wajib melaksanakan ibadah haji sekiranya berkemampuan dari sudut kewangan.

iii. Sekiranya telah sembuh daripada penyakit kronik, individu tersebut wajib menunaikan ibadah haji jika berkemampuan."

Masalah di dalam masyarakat kita ialah tidak menjalani pemeriksaan secara berkala. Mereka hanya datang untuk membuat pemeriksaan apabila di dalam kes-kes tertentu, contohnya ketika hendak pergi haji. Oleh itu, ramai yang datang dengan darah tinggi atau kecing manis yang tidak terkawal.

Untuk mengawal darah tinggi dan kencing manis bukannya boleh mengambil masa satu malam atau dua. Ia adalah masalah multifaktor, oleh itu pengawalan makanan, perubahan cara hidup dan mengambil ubat-ubatan adalah saling berkait. Ia juga mengambil masa yang agak lama dan berterusan.

Sedangkan bakal-bakal haji inginkan hasil yang segera dan cepat. maklumlah mereka terpaksa menghantar kad kesihatan tersebut ke bangunan tabung haji untuk mendapatkan kelulusan.

Adakalanya, si suami sihat tetapi isteri pula mengalami masalah. Begitu juga sebaliknya. Bagaimana suami yang sihat pergi menunaikan haji sedangkan isterinya pula yang sama-sama berdaftar terpaksa ditinggalkan. Begitu juga seorang isteri tidak boleh pergi menunaikan haji sedangkan suaminya pula yang tidak sihat ditinggalkan di rumah. Padahal sudah berjanji bersama-sama untuk pergi ke Mekah.

Ada seorang pesakit wanita memarahi doktor, "Alaa.. Doktor bukan Tuhan... Doktor sahkan sajalah... ", apabila didapati bahawa tekanan darah beliau sangat tinggi dan tidak terkawal.

Kesihatan bukanlah hak kepunyaan doktor untuk diberikan. Ia adalah hak Allah kepada kita. Kita semua setuju.

Di dalam Qur'an Surah Asy-Syuara ayat 80 disebutkan "Apabila Aku Sakit, Dia yang Menyembuhkan"..

Kita kena faham tentang tanggungjawab Tabung haji sebagai pemegang amanah untuk menguruskan bakal haji. Sekiranya semua para doktor meluluskan mereka yang tidak sihat untuk menunaikan haji, cuba bayangkan petugas haji yang terpaksa menjaga beribu-ribu orang jemaah haji di sana. Sekiranya di dalam cuaca Malaysia ini pun, ramai yang boleh jatuh sakit, di tanah arab yang cuacanya kering, berhabuk dan panas, risikonya adalah lebih lagi.

Untuk memastikan keselesaan jemaah untuk menjalankan ibadah, para petugas terpaksa bersenggang mata, berhempas pulas dan sebagainya di dalam senggang waktu yang tertentu dan di dalam ketidak cukupan yang ada. Justeru, sekiranya ramai jemaah jatuh sakit teruk, terkena strok, kena sakit jantung tiba-tiba, sakit buah pinggang, menjadi kurang siuman dan sebagainya, maka petugas ini yang akan menjalankan tanggungjawab mereka. Ini menyebabkan kekurangan petugas pula untuk menjaga jemaah yang lain untuk menjalankan ibadah.

Jadi, usahlah marahkan doktor sekiranya anda tidak sihat dan tidak boleh menunaikan haji. Ia adalah ujian Allah kepada kita semua. Allah yang berikan kita sakit, dan Allah jua yang menyembuhkan. Tentulah ada hikmahnya yang diberikan. Mungkin untuk menguji kita di dunia bagi mengurangkan dosa-dosa kita.

Saya juga ingin menasihatkan bakal-bakal haji yang mungkin akan dipanggil untuk melihat kaabah dari jarak dekat untuk membuat persiapan awal, bukan dari sudut kewangan sahaja, tetapi dari sudut kesihatan secara berkala. Sekiranya rawatan yang diberikan awal dan penjagaan penyakit menjadi lebih mudah, maka lebih mudah untuk doktor menjalani pemeriksaan kepada bakal haji.

Wallahu Alam...




2 comments:

Choy HH said...

Salam sejahtera,

Penulisan yg bagus ! Semoga ramai yg membaca penulisan anda ini, biar mrk sedar sedikit, maksud agama & tuntutan agama yg sebenarnya (maafkan saya sekiranya sy tersasul pd kata- kata, maklumlah sy agak jahil dlm aspek keagamaan) .

Gelak sy membaca penulisan sahabat saya ini, great writing !
Sy kongsikan entri ini pd FB :)

Bro, next time when we meet, saya ingin tahu bagaimana bro respond kpd " kata - kata " tersebut (dlm penulisan anda tadi) ,hehe.

Take care,my friend !


ChoyHH

Hindi Choti said...


Hindi sexy Kahaniya - हिन्दी सेक्सी कहानीयां

Chudai Kahaniya - चुदाई कहानियां

Hindi hot kahaniya - हिन्दी गरम कहानियां

Mast Kahaniya - मस्त कहानियाँ

Hindi Sex story - हिन्दी सेक्स कहानीयां


Nude Lady's Hot Photo, Nude Boobs And Open Pussy

Sexy Actress, Model (Bollywood, Hollywood)

Related Posts with Thumbnails