Saturday, June 9, 2007

SAYA NAK BUKA PHARMACY ONLINE - Sila Beri Pendapat Bernas Anda!

Assalamualaikum semua bloggers!

Setelah membaca beberapa buah buku daripada penulis terkenal berkenaan dengan business online dan ditambah pula dengan keinginan saya yang sejak dari dulu lagi ingin membuka sebuah farmasi, saya merasakan sudah sampai masanya saya ingin membuka sebuah farmasi secara online.

Berkonsepkan farmasi yang menjual over the counter dan prescription drugs serta barang gifts dan beauty, saya ingin mengenengahkan "Guardian" dan "Watson" yang berbentuk online. Sebagai langkah pertama, saya mengambil rakan kongsi - iaitu seorang ahli farmasi di salah sebuah hospital kerajaan. Kami sedang mencari idea-idea baru, kreatif dan effektif untuk memantapkan lagi cadangan saya ini.

Saya ingin menggunakan exabytes sebagai hosting, dengan mengambil promosi ebizgold sebagai hosting kami nanti. Kami juga akan menggunakan kaedah pembayaran melalui kredit kad menggunakan khidmat worldpay.

Antara barang yang akan dijual ialah medical equipments seperti alat mengukur tekanan darah, mengukur glukosa, alat2 bantuan seperti tongkat, kerusi roda dan tilam angin untuk pesakit strok, alat bantuan asthma seperti mesin nebuliser dan aerochamber. Kami juga akan menjual ubat-ubatan seperti pil pelangsing, vitamin, ubat dan alat mencegah kehamilan. Di samping itu kami juga akan menyediakan barangan untuk kecantikan diri seperti produk penjagaan kulit, kuku dan rambut, gifts dan perfumes. Kami akan cuba menjual dengan harga yang lebih rendah dan lebih diskaun daripada pasaran. InsyaAllah..

Delivery akan menggunakan penghantaran secara pos dengan jaminan... walaupun kami belum boleh membayangkan bagaimana ia boleh dilakukan dengan berkesan... tapi kami akan cuba mencari penyelesaiannya.

Sehubungan itu, saya ingin meminta pendapat pembaca samada projek ini boleh dijalankan atau tidak, cabaran2 yang mungkin dihadapi (selain daripada kos), tambahan idea2 bernas daripada saudara/i, dan apa apa sahaja komen yang boleh memperbaiki dan mengembangkan lagi idea yang sedia ada.

Komen anda didahului dengan ucapan terima kasih.

DR. AZWAN.

7 comments:

Anonymous said...

technically would be difficult/expensive. legally is still not clear if ur talking bout malaysian law. ill choose something else. did u know someone getting rich by selling small equipment ie bluetooth device over the net? that would be more practical and less hasle

Dr Azwan said...

Ok kucau good idea... aku memang jual bluetooth.. cuma belum cukup promotion lagi... aku tengah pikir the technicality of the pharmacy online... nampak susah tapi kalau berjaya... manalah tahu

Anonymous said...

Dr, susah nak cari orang Islam yg buka farmasi. nak2 kat tempat saya kat penang ni. Tapi sejak saya dok kat perlis, ada lah few farmasi org melayu.
Teruskan usaha. sentiasa mengikuti perkembangan Dr.

Anonymous said...

Bukak jer Dr, saya sokong.. manalah tau dapat sambutan nanti kan bagus.. belum cuba belum tau.. akan datang pembelian online nie akan diterima ramai di m'sia ..tengok lah nanti..

shufi said...

Assalamualaikum, Dr Azwan...

Saya memang sokong sangat idea bernas Dr Azwan tu utk buka online farmasi. Saya suka pada orang yang ingin mengembangkan perniagaan melalui internet kerana saya juga dalam bidang tersebut dan berharap agar lebih banyak laman web atau kedai online oleh rakyat Malaysia diwujudkan supaya kita dapat bersaing secara global dengan lebih hebat. Sekiranya Dr Azwan inginkan bantuan untuk setup website yang diinginkan saya dgn berbesar hati membantu dgn pakej terbaik dari Webd Biz Solution. Dari A-Z dgn kos yg rendah. Insyaallah niat murni Dr akan mencapai kejayaan. -shufi-
webmaster@webd.biz

Dr Azwan said...

Sebenarnya setelah perbincangan dengan teman farmasi saya, memang sangat sukar hendak dilaksanakan. Kebanyakan transaksi tidak dapat dilaksanakan kerana memerlukan preskripsi yang difaks atau dihantar melalui email. Senario di malaysia yang terlalu banyak farmasi danklinik yang juga menjual ubat lebih menyukarkan keadaan. Apa pun shufi saya akan hantar email. Saya ingin berniaga handphone melalui internet menggunakan sistem kredit card atau ecommerce. thanks

PHARMACIST said...

hi Dr.Azman,

i read your blog. First of all its illegal to open online pharmacy without a proper registration with malaysian law.

However, it is possible to open up if your pharmacist friend has a pharmacy outlet registered under pharmacy board. Then you can proceed to do online business as a part of your pharmacy.

Regards,
Friend from Pharmacy Enforcement Unit.

Related Posts with Thumbnails