Terlalu banyak kepercayaan-kepercayaan yang menjadi bualan dan buah mulut orang dan diturunkan dari satu generasi ke satu generasi tetapi sebenarnya kesasihannya tidak terbukti. Kepercayaan yang saya maksudkan tak lain dan tak bukan adalah kepercayaan-kepercayaan tradisional terutama oleh masyarakat melayu. Kebanyakan kita memegang kepercayaan-kepercayaan ini seolah-olah seperti beriman kepadanya dan sukar diganggu gugat walaupun kebenarannya boleh dipertikai.
Mungkin ini adalah kerana kepercayaan ini disampaikan oleh ibu dan bapa kita, atau orang-orang tua yang seangkatan dengan mereka menjadikan ia suatu kefahaman yang dogmatik dan "mesti percaya" sebab mereka lebih "makan asam garam dahulu daripada kita". Saya tidak mengatakan kesemua kepercayaan-kepercayaan yang menjadi pegangan kita itu salah. Ada yang mungkin benar dan mempunyai penjelasan yang logik dan saintifik berdasarkan pengalaman-pengalaman mereka. Tetapi yang menyedihkannya ialah terdapat kepercayaan tertentu yang menjadi amalan kita tidak selari dengan bukan sahaja sains tetapi juga agama Islam yang kita anuti.
Terdapat juga kepercayaan yang tidak beberapa karut atau tahyul malah ia adalah kepercayaan yang saintifik tetapi tidak betul. Kepercayaan saintifik ini meniti dari mulut ke mulut sehingga ia menjadi seolah olah betul. Peliknya yang saya lihat ia cuma berlaku pada masyarakat melayu sahaja.
Di antara kepercayaan karut masyarakat melayu :-
URIUri atau placenta adalah tisu yang melekat pada rahim ibu dan disambung ke badan bayi melalui tali pusat. Uri dikeluarkan selepas bayi dilahirkan dan masyarakat melayu Islam menanam uri-uri ini kebiasaannya di hadapan rumah. Kalau tanam jauh-jauh dikhuatiri akan mendapat jodoh daripada orang jauh juga. Terdapat kepercayaan bahawa uri kepada anak perempuan baru lahir di tanam bersama senduk dan sudu menyebabkan anak perempuan itu nanti pandai memasak. Saya pernah bertanya kepada mak saya berkenaan dengan uri saya dahulu, dia kata uri saya ditanam dengan buku dan pensel... tu sebab saya jadi doktor.. hehehe....
Ada juga uri yang dicuci dengan bersih dan diletakkan garam, kemudian diletakkan paku-paku dan sebagainya. Walaupun ada sesetengan orang tua berkata, perkara ini menjadikan anak lelaki mereka pandai bertukang tetapi ia ada kewajarannya.
Secara logiknya, dengan cara ini uri yang bersih boleh mengurangkan bau hanyir darah dan garam boleh mengurangkan bakteria sekaligus mengurangkan juga bau busuk. Ini boleh menghindarkan anjing-anjing dan binatang buas daripada mengorek dan mendekati kawasan uri yang baru ditanam. Paku dan barang tajam di sekeliling uri juga boleh menyebabkan anjing dan binatang buas hilang selera.
Secara logiknya, dengan cara ini uri yang bersih boleh mengurangkan bau hanyir darah dan garam boleh mengurangkan bakteria sekaligus mengurangkan juga bau busuk. Ini boleh menghindarkan anjing-anjing dan binatang buas daripada mengorek dan mendekati kawasan uri yang baru ditanam. Paku dan barang tajam di sekeliling uri juga boleh menyebabkan anjing dan binatang buas hilang selera.
TANGKAL
Adakalanya, kanak-kanak yang datang ke klinik memakai tali kuning atau tali hitam yang diikat di pinggang. Ada yang memakai tali di pergelangan tangan. Ini semua dipanggil tangkal dan ulamak berpendapat tangkal hukumnya haram dipakai kerana dikhuatiri menyebabkan syirik. Bila saya tanya kepada ibu bapa yang masih muda ini kenapa pakai tangkal, jawapannya ialah orang tua yang suruh. Kemungkinan perkara ini lumrah suatu waktu dahulu. Namun sekarang dengan adanya ilmuwan Malaysia yang ramai di dalam bidang agama, program agama spt forum hal ehwal Islam dan sebagainya, kepercayaan mengenai tangkal harus dibuang jauh-jauh dari kotak kepala kita. Sebenarnya kepercayaan kepada kuasa tangkal ini lebih banyak pada agama hindu dan buddha kerana pesakit kanak2 dari keturunan India dan cina rata-rata memakai tangkal yang serupa.
PENYAKIT ANEH ATAU BUATAN ORANG
Baru-baru ini kita dikejutkan dengan kenyataan aktres kita yang terkenal iaitu Azean Irdawaty yang mengalami kanser payudara. Mengikut ceritanya, aktres ini telah mengesan ketulan pada payudaranya beberapa tahun yang lepas. Namun beliau telah berjumpa dengan seorang bomoh. Bomoh ini menyatakan bahawa beliau telah terkena satu penyakit ganjil. Selepas itu tiada rawatan susulan dibuat.
Penyakit ganjil dan penyakit buatan orang ini juga sudah sebati dengan masyarakat kita. Bukan hendak menafikan wujudnya ilmu hitam di dalam masyarakat kita, tetapi kadang-kadang ia mengelabui pemikiran dan kewarasan kita di dalam bertindak.
Jikalau ada kedai melayu yang perniagaannya merosot pasti ia buatan orang. Jikalau ada lelaki bujang yang kahwin dengan janda... jaga-jaga.. pasti lelaki bujang tuh dah kena jampi mak ayah perempuan janda atau jampi perempuan itu sendiri.
Saya pernah berjumpa seorang pesakit kanser payudara. Beliau bukan calang-calang orang. Beliau lulusan Universiti Canada, dengan bahasa inggerisnya yang fasih. Namun sayangnya, ketika didiagnosed penyakit kanser payudara stage awal, beliau telah pergi berubat di kampung kerana diberitahu ia buatan orang. Sehingga kanser di payudaranya berulat (ye.. boleh nampak ulat).. maka barulah beliau ke hospital.. tapi sayangnya kanser tersebut sudah parah. Beliau meninggal selepas 2 bulan di Hospital. Kesian melihatnya menderita kesakitan setiap hari.
SANTAU
Orang melayu ni memang suka main santau. Ada sahaja yang kena batuk darah. Orang cerita batuk darah dan muntah darah sampai keluar paku dan kaca. Kalau depan mata kepala kita nampak betul-betul objek tu... memang betul-betul santau. Tapi kalau setakat batuk darah, tak nampak apa objek yang terkeluar... adakah ia santau? Atau sebenarnya mungkin Tuberculosis atau batuk kering? Atau mungkin juga Kanser Paru-paru sebab merokok terlampau banyak? Jangan buat kesimpulan awal sehinggakan sebab-sebab yang lebih patut difikirkan tidak kita fikirkan.
BIBIR SUMBING DAN LELANGIT TERBELAH
Semasa di Jabatan Pembedahan Plastik di HKL, Cleft Lip atau Cleft Palate (Kesumbingan Bibir dan Lelangit) ini merupakan masalah kecacatan sejak lahir yang paling popular di sini. Semenjak lahir sehingga pesakit dewasa, rawatan susulan demi susulan diberikan. Bibir sumbing atau lelangit terbelah berlaku disebabkan otot bibir atau otot lelangit tidak bercantum pada tempat yang sepatutnya ketika proses janin berkembang. Faktor-faktor yang menyebabkan termasuk keturunan, mengambil ubat yang tertentu ketika mengandung, jangkitan, radiasi dan sebagainya.
Kepercayaan karut orang melayu bahawa bibir sumbing disebabkan kerana mulut ikan tersangkut pada mata kail yang dipancing ketika isteri sedang mengandung adalah sesuatu yang salah. Malah, ada juga yang menyalahkan ibu yang melahirkan.
"Tu lah kau, masa mengandung kau menyiang ikan.. tak hati-hati... kan anak kau dah cacat"...
Kesian kat ibunya. Sudahlah dapat anak cacat. Dituduh pula penyebab kecacatan anaknya. Mana ibu yang nakkan anaknya menjadi cacat. Sepatutnya kita memberi sokongan moral kepada ibu yang mendapat anak yang seperti ini. Lagipun penyakit ini boleh dirawat dengan pembedahan oleh pakar-pakar bedah plastik.
KENAN
Banyak sungguh jenis-jenis kenan di Malaysia. Kenan monyet, kenan gajah, kenan Ular, kenan burung dan macam-macam lagi. Kita mempercayai bahawa binatang-binatang mampu menyebabkan kecederaan kepada manusia di dalam proses kejadian manusia. Nak disedapkan cerita, dikatakan pula bahawa binatang yang di kenan kepada anak-anak yang lahir itu telah dizalimi oleh ibu-bapanya. Kalau benda ini benar-benar wujud di dalam Islam maka pasti banyak hadis-hadis atau ayat Qur'an yang menceritakan tentang kenan.
Banyak sungguh jenis-jenis kenan di Malaysia. Kenan monyet, kenan gajah, kenan Ular, kenan burung dan macam-macam lagi. Kita mempercayai bahawa binatang-binatang mampu menyebabkan kecederaan kepada manusia di dalam proses kejadian manusia. Nak disedapkan cerita, dikatakan pula bahawa binatang yang di kenan kepada anak-anak yang lahir itu telah dizalimi oleh ibu-bapanya. Kalau benda ini benar-benar wujud di dalam Islam maka pasti banyak hadis-hadis atau ayat Qur'an yang menceritakan tentang kenan.
Mengikut Professor saya di UIA, kenan ini sebenarnya budaya masyarakat Animisme yang masih wujud di dalam amalan-amalan kita sehari-harian. Ia telah membudayakan pemikiran kita agar takut kepada kekuasaan luar biasa haiwan. Islam telah meletakkan pemikiran kita lebih baik daripada penyembah haiwan.
MAKAN IKAN KERING SELEPAS BERSALIN
Berehat selepas bersalin amat dituntut. Ia amat perlu untuk mengembalikan bentuk badan ibu seperti sebelum mengandung. Proses pemulihan ini memerlukan masa yang panjang dan juga sumber nutrien yang berkhasiat dari pemakanan yang seimbang. Tisu-tisu yang luka memerlukan protein yang cukup dari makanan. Bayi yang baru lahir juga memerlukan susu ibu. Penghasilan susu ibu yang cukup lengkap khasiatnya tentulah dihasilkan daripada pemakanan ibu yang baik dan air yang cukup.
Kepercayaan orang-orang tua di dalam mengawal makanan dan air dengan begitu ketat kepada ibu-ibu selepas bersalin adalah berlawanan daripada objektif yang telah saya sebutkan. Pemulihan tubuh tidak akan berhasil sekiranya kita makan jamu tradisional sahaja. Sekiranya makan ikan kering dengan nasi putih dan air setengah gelas, tiada sumber protein yang mencukupi untuk pemulihan badan.
Kemudian, tidak boleh pula makan buah-buahan kerana sejuk dan sebagainya. Air pula minum sedikit. Maka selepas itu masalah sembelit pula timbul sebab kurang makan makanan berserat dan kurang air. Kesian orang yang bersalin, dah lah luka sana luka sini, makan pun ikan kering, air kena catu, kena sembelit pulak tu. Bukan kesian pada ibu sahaja, yang anak juga menjadi mangsa. Kerana kurang air dan makanan berkhasiat, susu pun kurang terhasil. Maka anak pun terkena tempiasnya, terpaksa minum susu lembu.
Saya ada menulispanjang di dalam artikel sebelum ini iaitu susu ibu vs susu lembu. Sila rujuk artikel tersebut di artikel pilihan saya.
DI ANTARA KEPERCAYAAN-KEPERCAYAAN LAIN
Tak semestinya kepercayaan-kepercayaan di kalangan melayu itu karut-karut. Ada yang "macam" saintifik, tetapi tak betul pun. Kepercayaan-kepercayaan ini bukan sahaja menyusahkan doktor kadangkalanya tetapi menyusahkan yang empunya badan. Antaranya:-
1. Kalau mengandung dan makan multivitamin, nanti anak jadi besar. Akhirnya kena bersalin melalui pembedahan. Jadi tak nak makan multivitamin masa mengandung.
2. Kalau anak-anak makan makanan yang masam macam epal atau limau nanti otak anak jadi lembab dan pelupa.
3. Kalau makan kicap atau minum kopi masa mengandung, anak jadi gelap. Sebaliknya kalau minum air kacang soya selalu nanti anak jadi putih.
4. Makan ais dan aiskrim boleh buat anak jadi demam (walaupun begitu memakan aiskrim atau gula2 berlebihan boleh merosakkan gigi anak dan mak ayah kepada anak. Ais kadangkala boleh menyebabkan batuk kepada pengidap asthma)
5. Kalau anak demam, kena pakai baju tebal-tebal. "Anak saya sejuk doktor", jawab ayah. Tapi kalau sejuk takkan suhunya mencecah 40 darjah?. Mana lagi sejuk.. 37 darjah atau 40 darjah? Kalau pakai baju lagi tebal, suhu anak semakin meningkat dan boleh menyebabkan sawan demam. Buka baju anak dan basahkan dengan air suam aatau air paip. Air ais tidak digalakkan kerana dikhuatiri menyebabkan hypothermia (suhu terlampau rendah).
6. Kalau anak kecil kalau tak pakai barut nanti masuk angun perutnya.
7. Ibu yang ada asthma boleh menjangkiti anaknya melalui susu ibu. Atau kepercayaan asthma boleh berjangkit.
8. Kalau kaki terseliuh tak diurut nanti akan masuk angin. Jadi pesakit jumpa saya selepas terseliuh akan bertanya, boleh urut tak doktor. Bengkak kaki selepas terseliuh bukan sebab masuk angin tetapi proses kerandangan (inflamasi). Tisu membengkak adalah biasa selepas apa-apa injury. Malah kalau urut lagi bertambah bengkak.
9. Kaki yang patah boleh baik jika pergi tukang urut atau bomoh patah?. Ada sesetengah patah yang tak mungkin boleh diluruskan tanpa penggunaan simen. Terutama kalau patah cara "spiral" atau patah riuk. Jika patah itu cuma dislocation sahaja, maka memang boleh menggunakan teknik manual (kira urutlah kalau ikut org melayu). Saya pernah ke Indonesia, diceritakan, ketika itu zaman gawat di sana. Mereka kekurangan wang, jadi bomoh menjadi pilihan utama untuk merawat patah ketika kemalangan (Ya,bomoh patah ada juga diIndonesia). Dan beberapa bulan dan tahun selepas itu, ramai pesakit-pesakit yang berjumpa bomoh kembali ke hospital kerana kaki sebelah pendek, tempang yang teruk sehingga ada yang tak boleh berjalan.
10. Mengambil air tulang belakang boleh menyebabkan lumpuh. Ini kena dihuraikan dengan panjang lebar. Ia tersebar di kalangan masyarakat melayu sehinggakan terkeluar perkataan "Biar anak saya mati, jangan ambil air tulang belakang dia"... pergh.. terjadi kat diri saya masa saya houseman dulu. Ini kena ada satu lagi artikel yang boleh ditulis... kalau saya rajin... hehe.
Tapi tuan puan, orang cina ngan india kat Malaysia ni pun masuk hospital ambik air tulang belakang jugak, orang putih kat england tu, kat US pun masuk hospital ambik air tulang belakang gak... takder pulah dengar jadi lumpuh.. jadi gila... orang melayu kita ni jelah allergik sket pasal air tulang belakang nih. Ini kita cerita lain kali.
Tapi tuan puan, orang cina ngan india kat Malaysia ni pun masuk hospital ambik air tulang belakang jugak, orang putih kat england tu, kat US pun masuk hospital ambik air tulang belakang gak... takder pulah dengar jadi lumpuh.. jadi gila... orang melayu kita ni jelah allergik sket pasal air tulang belakang nih. Ini kita cerita lain kali.
11. Kalau anak baru lahir kena kuning, minum susu kambing. Ini pun saya akan buat satu artikel lagi nanti. Maaf ye penjual susu kambing.
Saya mendapati masyarakat melayu lebih percaya kepada sanak saudara atau ipar duai daripada doktor atau pakar perubatan. Ini adalah kerana kelemahan bangsa kita di dalam kajian-kajian dan pembacaan bahan-bahan saintifik. Kadangkala, sejak kecil lagi kita diterapkan dengan benda-benda tahyul. Kebanyakan ibu-bapa melayu mengklasifikasi anak-anak yang bertanya dan tidak bersetuju dengan cara dan budaya tahyul ini dianggap melawan cakap orang tua dan menderhaka.
Saya hairan, adakah tuan-tuan akan menghantar kereta yang rosak ke Chef Farid untuk bertanya resepi macamana nak betulkan enjin. Atau anda suka bertanya bagaimana nak masak roti perancis kepada mekanik belakang rumah anda. Wajarkah anda bertanya adakah sesuai makan ubat multivitamin ketika mengandung kepada saudara mara anda dan bukan doktor? Fikir-fikirkan.
52 comments:
hmm...uri anak saya nanti saya nak letak laptop la, ngan hanset ada wifi skali tu. lagi cepat pandai kot! belum meniarap lagi,dah pandai tulis blog.hehehe
Best cerita doktor hari ni, banyak yang akak belajar.
Salam Dr. Azwan,
saya bersetuju dengan artikel doktor, banyak perkara negatif yang perlu di nyahkan dari pemikiran melayuraya.
Sebetulnya saya berpengalaman didalam stuasi perbomohan yang berkaitan Hospital ni.
Ada dua peristiwa yang saya benar-benar alami, ialah semasa berada di Hospital Uiversiti, Saya turut serta dalam kumpulan pemerhati untuk misi mengubat penyakit yang dikatakan terkena santau atau busung....yang sebenarnya "Liver Cancer": Acara ini telah mendapat kebenaran dari pihak Hospital. Memang menakjubkan dengan kaedah tradisional, nampak nya ia berhasil mengurangkan kesakitan pesakit yang terpaksa di cucuk hidup-hidup dengan jarum besar ditubuh pesakit untuk mengeluarkan cecair kumuhan yang menyebabkan perut menggelembung. Ternyata cecair ini dapat dikeluarkan dan mengurangkan kesakitan walaupun tidak dapat menghalang kematian...Al-fatihah untuk yang telah meninggal dunia.
Kejadian kedua saya menerima panggilan telefon dari pihak Hospital Sungai Buloh, yang meminta saya hadir untuk melihat keadaan adik saya dengan segera tanpa memberitahu apa sebenarnya yang berlaku. Setelah menghadirkan diri ke Hospital, kelihatan seorang doktor dan beberapa orang misi duduk ketakutan sambil memantau adik saya dari jauh. Mengikut kata doktor, adik saya meracau dan dirasuk mengakibatkan dia diikat ke katil pesakit. Yang merisaukan mereka ialah adik saya dan katil pesakit itu terangkat dan terapung beberapa kali...Kemudian saya bergegas mencari imam setempat untuk memulihkan keadaan. dia dapat memulihkan keadaan dan memberi barang berupa tangkal untuk dipakai. keadaan terkawal untuk beberapa hari, kemudian terjadi kembali, akibat adik saya menanggalkan tangkal tersebut akibat malu. disini saya beranggapan jiwa yang lemah menyebabkan sering terjadi gangguan hestria, malah penglibatan mahluk halus juga tidak boleh dinafikan keberadaan nya. Tangkal itu bukan untuk dipercayai kekuasaan nya, tetapi ia hanya sebagai medium perantara dan sokongan, agar membentuk jiwa manusia lebih yakin dan kuat agar tidak terasuk lagi ( manusia lebih yakin pada benda yang nampak dari yang tidak nampak). Penggunaan nya pada dasar nya hanya satu permainaan fikiran bukannya kepercayaan secara total.
Perkara sebegini hendaklah diperbetulkan kearah melayu maju....
Ehh... btol la doktor. Klu minum susu kacang soya nnt anak jd putih. Tgk anak2 saya.. putih2 jer hehehe. Joking.
Saya byk ambil tau foo fah dan susu kacang soya sewaktu mengandungkan anak pertama, tp tdk dgn anak kedua. Bezanya kulit anak kedua lebih sensitif dan dia juga pernah menghidap ekzema berbanding anak pertama, kulitnya lebih bersih, cantik dan tdk sensitif. Psal kacang soya ke?
menarik artikel ni :)
cuma kita yang bukan doktor ni kurang pasti la pulang nak "melawan" cakap orang tua dalam bab begini. senyum ajelah.
"adakah tuan-tuan akan menghantar kereta yang rosak ke Chef Farid untuk bertanya resepi macamana nak betulkan enjin"
ini mmg byk berlaku. hehe... dalam semua disiplin.
Pakdi : Thanks pakdi. :) Banyak benda yang tak yah jadi doktor pun boleh tahu benda tuh tak betul. Kadang2 banyak sangat benda tak betul sampai tak tahu mana betul mana salah.
Jrazlina : wah wah.. tu kira ada eksperimen tuh.. saintifik betul.. anak kedua tuh termakan lebih kicap.. hehehe:) Eczema adalah keturunan. Biasanya eczema kurang kalau strict dengan penyusuan susu ibu. Kalau bagi susu lembu awal2 senang kena allergik
De_kerinchi : banyak jugak pengalaman awak nih jadi assistant bomoh. Boleh cerita lagi... Orang meracau atau restless boleh jadi banyak sebab selain "dirasuk". Orang baru lepas kemalangan pun boleh meracau, demam tinggi pun boleh meracau, darah berasid pun boleh meracau, kurang oksigen pun boleh meracau, pesakit mental pun boleh meracau... so, banyak sebab. Meracau akibat dirasuk adalah sebahagian kecil daripadanya sahaja. Saya percaya teknik acupuncture. Ia ada ditulis di dalam jurnal ilmiah perubatan.(tapi yg awak cerita tuh bukan akupunktur kan)..
Kak Roshatika : Thannk you kak.. saya lagi banyak belajar dari artikel akak...
Raiyan : Awak tanam ngan tshirt ngan gelang awak tuh skali.. jadi jutawan tshirt ngan gelang cam maknya gak... hehehe :)
article yg mnarik :D nenek sy seorg bidan yg agak tkenal la kt kwsn sy ni tapi skrg dh pencen sbb dh lanjut usia. sy penah tlg dia basuh uri. dia basuh uri n campurkn garam n asam keping utk mgurangkn bau busuk. then balut dgn kain puih. dlm family sy mostly uri dihanyutkn ke dlm sungai yg luas or laut. unik x? ms nk hanyutkn tu.. niat la apa yg kte hrpkn utk anak kte tu..
Salam Dr. Azwan,
Saya sebenar nya bernasib baik kerana dapat membaca banyak artikel yang berguna di dalam blog Dr. ni.
Saya beruntung kerana saya hidup dipersekitaran yang memberi peluang kepada saya untuk mendekati dan mengkaji unsur-unsur mistik dan kerohanian ini dari sudut ilmiah dan logik akal.
Saya tidak percaya 100% kepada bomoh apatah lagi tangkal-tangkal kerana saya juga terdidik di dalam persekitaran moden dan sibuk . Dahulu nya saya tidak percaya pada benda-benda karut ini, tetapi setelah mengalami nya untuk pertama kali dan untuk sekian kali nya menyebabkan saya tertarik untuk mendalami kajian hubungan mistik dan kerohanian terhadap manusia dan alam. Banyak bomoh menggunakan unsur menipu mental pesakit dengan aksi luarbiasa mereka dan pesakit mudah percaya kerana mereka mempunyai tahap kesedaran mental yang rendah. Contoh Aksi mengeluar darah dalam telur memang terang-terang wujud unsur penipuan malah ada kursus untuk membuat perkara sebegini (Saya pun mampu melakukan nya..heheh).
Rasuk adalah akibat mental atau jiwa yang lemah. Kekurangan oksigen, orang yang gila, darah berasid atau senang cakap pesakit yang sakit mempunyai tahap mental dan jiwa yang bercelaru dan lemah, ini memudahkan mereka membayangkan sesuatu yang tidak wujud dan mempercayai nya, kehadiran mahluk jin akan menambahkan kekusutan ini. Ini menyebabkan unsur-unsur tersebut mempunyai kaitan dengan kekuatan diri seseorang. Macam kes hesteria, “kebanyakan nya” bukan disebabkan rasukan jin,tetapi kerana wujudnya keadaan jiwa dan mental yang tidak seimbang dan kacau yang membolehkan pesakit berimginasi yang bukan-bukan. Saya percaya saintis memang tidak boleh menerima fonomena berkaitan mistik sepenuhnya, tetapi mereka juga tidak dapat menerangkan fonomena ini dari segi logik akal malah kajian moden mereka pun kadang-kadang bukan sesuatu yang muktamad dan banyak ketidakpastian. Malang nya kejadian api membakar peralatan rumah di Malaysia tempoh hari yang di dakwa berpunca dari gas tidak dapat dibuktikan benar kerana tiada sokongan yang serius dari pihak berkaitan atas alasan kekurangan dana padahal hasil kajian tersebut adalah amat penting untuk memperbetulkan minda orang-orang kita.
Pendek kata segala benda tahyul ni menjadi disebabkan kepercayaan seseorang yang boleh mempengaruhi tindak balas mental, jiwa dan seterusnya reaksi anggota badan.
p/s: Dr. saya bukan assistan bomoh…hehehee…saya hanya suka melihat gelagat bomoh dan pesakitnya selain itu dapat menimba sedikit pengalaman untuk catatan dan panduan hidup agar tidak mudah ditipu, insyallah banyak lagi cerita yang tak masuk akal tapi benar yang boleh saya kongsi bersama.
Nani suke entry yang ni.. hehe, ramai sangat yang nani kenal suke cakap ngarut2 mcm yang dr tulis tu..jadi nani akan terangkan kat diorang betapa tak best nye kepercayaan karut ni sume!
De Kerinchi : Terima kasih kerana sudi berkongsi pengalaman. Bagus juga kalau ada para bomoh di luar sana yang ada sedikit inisiatif untuk mengetahui perkara2 saintifik. Mungkin boleh membantu. Baru2 ini ada seorang pakcik jiran saya yang pengsan tiba2. Oleh kerana pemikiran orang melayu ni tak beberapa saintifik, terus dituduhnya kena santau atau kena buatan orang. Mujur ada kat situ seorang pegawai bulan sabit merah, setelah diperiksa, rupa-rupanya pakcik ni berpenyakit kencing manis dan mengalami masalah hypoglisemia atau kekurangan gula di dalam darah. Akhirnya dibawa ke hospital. Setelah dimasukkan gula, alhamdulillah sekarang sihat kembali. Kalau dibiarkan lama untuk dibawa ke tempat tak tentu arah dsbg apalah yang akan terjadi. Mungkin boleh kena stroke dan meragut nyawa. Inilah yang perlu saya jelaskan, kepentingan saintifik melebihi kepentingan mistik. Terutama kepada perkara yang involve nyawa.
Nani : Canggih nya nama.. Hanna J. Potter.. wow.. J. tu singkatan untuk apa yer.. Harry potter punya adik kembar la nih.. hehe.. Kepercayaan karut boleh diubah melalui pendidikan yang saintifik.. InsyaAllah.
Al Qamaru : Saya tak pernah lagi dengar orang hanyut uri kat laut. Adat ini berasal dari mana ye... Atau ada salasilah keturunan yang tertentu? Saya nak tahu untuk menambah ilmu..
Salam Semua,
Dr Kerinchi, apa jenis imam pakai tangkal ni..?? Ish ish.. Ni lagi satu masalah orang melayu, buat bende syirik. Sebenarnye ada hadith pasal tangkal ni. Memang la menjadi tangkal tu, tapi itu semua kerje shaitan nak suruh kita percaya bende yang haram (Bila kita pakai tangkal je, elok je dia tak kacau kite).
Senang je, lain kali pasang Quran, dan bacakan ayat-ayat ruqyah. Tapi jangan pasang quran skali je. Pasang SETIAP MASA sampailah syaitan tu betul2 surrender and lari dan tak balik2 lagi dah. Kalau diorang lari past balik semula, ha pasang lagi quran. Sebab shaitan ni pun banyak kategori kekuatannya. Ada yang baca ayat skit dah gelabah panas, pastu lari. Ada tu memang panas sangat tapi dia tahan jugak. So teruskan pasang quran sampailah syaitan tu dah tak tahan sangat dengan panas tu.
Ye tangkal tu boleh membawa kepada syirik. Saya selalu nampak pesakit pakai tangkal. Saya kadang2 menegur. Tapi kadang2 takde kekuatan nak suruh mereka tanggalkan. Saya ada seorang Specialist Paediatrik di Institut Paediatrik HKL, Dr Kamarul Azhar kalau tak silap. Dia ni mesti suruh patient tanggalkan tangkal kat pinggang atau lengan setiap kali dia jumpa patient... Dia akan berdakawah kat mak ayah pasal tangkal sehingga ada yang tanggalkan. Bila agaknya boleh ada kekuatan macam tuh...
Dr.,
tulisla artikel ttg anak kuning minum susu kambing tu..
Bila dah berhenti tulis artikel berat nih.. susah nak mula balik.. takper nanti saya tulis yer
Salam,
Untuk anak sulung saya, mertua sediakan tangkal untuknya tanpa pengetahuan saya. Namun saya tidak pernah percaya dengan 'keupayaan' tangkal tersebut. Semoga untuk anak kedua saya yang bakal lahir Feb 2008 (InsyaAllah), tiada lagi 'gelang' seperti itu yang di hadiahkan oleh mertua kepada cucunya.
Baru-baru ni dr Asri Mufti perlis ada tulis pasal tangkal yang haram. Boleh cek artikel dia pasal haram tangkal. Saya ni tak ada kekuatan nak gunting tangkal lagi, tapi ada paediatrik specialist HKL Dr. Kamarul Azhar kalau tak silap, sesiapa masuk wad paeds pakai tangkal, dia potong saja... huhu.. tuh hebat...
Sebenarnya apa yang berlaku semasa memakai tangkal atau meminum ubat ubatan tradisional tu..adalah "Plasibo Effect"...
maksudnya kepercayaan dalam diri kita sendiri..."ok dah makan ubat..lepas ni oklah..padahal terdapat banyak kejadian seperti si ayah yang patah kaki tak boleh jalan hanya mampu terbaring tengok tv bersama anaknya,tiba tiba berlari mendapatkan anakya yang hampir jatuh ketika bermain di tepi tingkap yang tingginya cuma 2kaki dari aras tanah...ini kerana si ayah sudah tidak memikirkan kecederaan yang dialaminya.Inilah yang di namakan "ubat palsu"..
ini sering terjadi dikalangan masyarakat kita masa kini yang terlalu memanjakan diri dengan ubat2tan tradisional dan hospital...sebenarnya ubat2tan tradisional seperti meminum telur ayam mentah agar sakit tekak berkurangan..tapi bagaimana dengan skit perut?..seperti yang kita maklum telur yang tidak dimasak mengandungi bakteria yang memungkinkan perut memulas,cirit birit,keracunan makanan dan sbg..tapi pada pendapat bomoh2 sakit tekak yang disantau orang telah turun ke perut dan ini menandakan santau tersebut payah diubati...padahal cuma sakit perut akibat daripada memakan makanan yang belum dimasak..dan banyak lagi contoh2 yang kita semua maklum...ubat2 hospital pula mengandungi dadah,walaupun ia dikawal namun daya tahan dalam badan kita akan tergugat kebolehannya menahan sakit secara semulajadi..contohnya..tak boleh tidur malam mengakibatkan sakit kepala dan terus membuat keputusan memakan ubat tidur dimana ubat2 tidur tersebut telah melemahkan sistem pertahanan dalam diri kita.Namun apa yang perlu dilakukan adalah sentiasa relaxkan minda kita dengan aktiviti2 yang sihat..itu sudah tentu membuatkan fikiran kita menjadi tenang dan apabila fikiran kita tenang anggota badan turut merasa tenang..dan apabila kita sudah tenang boleh tidur dah...(amboi banyaknya tenang)
bak kata pepatah "Mencegah lebih baik daripada mengubati"
Placebo effect memang ada di dalam perubatan. Ia jadi bahan kajian utk menentukan keberkesanan satu ubat. Ubat sama-sama warna merah dan sama bentuk dan saiz diberi kepada 10 orang pesakit darah tinggi. Tapi hanya 5 sahaja ubat yang ada kandungan ubat darah tinggi, lagi 5 adalah placebo iaitu cuma ubat replika saja. Mana2 darah tinggi yang turun setiap kali makan ubat maka itulah kesan ubatnya, mana yang turun sementara tapi naik semula atau tak turun2 dipanggil placebo.
Betul - makan ubat tahan sakit bila perlu.
baru2 ni ada kawan bertanya, apa pendapat saya tentang cara perubatan secara ghaib, contohnya pangamal perubatan tu hanya dengan mengurut daun saja dapat menyembuhkan penyakit. jadi, dia takkan sentuh pesakit. dia kata ramai orang dah cuba, semua baik. apa lagi, saya pun bangkang habis-habisan, logik akal sapa lagi yang urut kita kalau bukan jin. sbb dia kata, kita akan rasa sakit bila orang tu urut daun tu. orang2 tu sembuh saja je ALLAH nak uji.setuju ?
doc..ape sbenarnye motif psg barut ktk baby ekk?sy tnye kwn yg barut baby dia,dia kate xnk bg msok angin..doc pon xbarut anak doc kan?
1 lg..ade doctor yg btau,gen kancer leh diforward kpd anak if mak yg ade cancer tu myusukan anak dia..nenek + mak+ mkck sy de breast cancer...so doctor tu ckp,klu sy de gak cancer tu, n susukan bakal anak sy, anak sy tu pon kmungkinan besar leh dpt gen cancer tuh..so wuts ur opinion lak bout dis?
anonymous : Saya pun tak tahu apa fungsi sebenar barut. Kata org2 tua untuk mengelakkan angin. Ada yang sampai umur 6-7 bulan pun pakai barut. Saya tak pernah pakaikan anak barut untuk semua anak-anak saya. Tapi tak ada masalah kalau puan nak pakaikan anak barut.
Kanser payudara tidak merebak melalui susu ibu. Puan patut tanya doktor tu, kalau macam itu kenapa anak-anak lelaki cuma 1%-2% sahaja yang kena kanser payu dara? Berbanding 98% yang terkena kepada perempuan? Anak-anak lelaki pun minum susu ibu.
Puan patut beri saya nama doktor itu dan dari mana kerana saya akan buat laporan hal ini kepada kementerian.
a'aa ekk..x tpikir lak nape org laki xkne.hmm...xnk lah sy btau name doc tuh..coz dia kwn baik ayah sy..eheheh..tu andaian dia je kot..
hmm..klu ikot certain org,myb kanser tu jd sbb susu yg tkumpul tu kan??tol x?
papehal,doc telah bg 1 kenyataan yg tlh mhilangkan runsing sy..heheh..thx!whatever it is,sy still kne wat cek up coz my late mum,aunty and grandma already have it..klu doc wat artikel hal kanser ni,msti rmai nk bc
Sebenarnya kalau perempuan tak menyusu ibu lagi senang kena kanser. percaya tak?
Buatan orang???
saya pernah mengalaminya sendiri kes buatan orang ni...9 bulan lamanye..pelbagai dugaan ditempuhi.Alhamdulliah berjaya juga diatasi...ape lagi pregnant laa...hahahhah jgn marah..nak tengok gambar baby saya.klik my blog.http://aimanhakim08.blogspot.com/2008/04/hari-ini-dalam-sejarah.html
thank you... ada jugak yang seronok kena buatan orang... haha! baby yang comel dan cute!
assalamualaikum..terima kasih di atas blog doc..saya baru terjumpa blog ni..alhamdulillah banyak juga info yg saya dapat..cuma nk tanya pendapat doc, adakah mengurut bayi dibolehkan (urut dengan tukang urut, bkn urut sendiri)? sblm ni anak saya kerap menangis,terutama waktu ptg dan awal malam. saya menyangka anak saya terkena kolik. nyaris2 juga mak mertua saya nk bawa buat tangkal tp saya & suami buat dont know je ngn pelawaannya. akhirnya saya bawa anak berjumpa tukang urut (kiranya famili punya tukang urut peribadi la).. anak saya diurut seluruh badan. mmg la bby menangis masa kena urut tp puas ati kerana anak saya dh kurang menangis..kata tukang urut tu, mungkin leher@tengkuk baby saya tersalah urat.
p/s doc, saya ada emel pada doc ttg nefrothic syndrome, pohon penjelasan doc ye.
maaf terpanjang pulak komen
Sitimus : Email puan belum sempat baca. Sibuk sangat. Maaf.
Mengurut baby boleh dilakukan sendiri. Saya dulu pun mengurut anak-anak saya semasa bayi walaupun takkerap. Betul, ia boleh mengurangkan colic kalau betul caranya. Ada cara urutannya di dalam phamplet Johnson-johnson kalau dapat carik memang bagus. Mengurut bayi boleh mendatangkan keyakinan, sebagai salah satu cara komunikasi dengan anak dan mengurangkan colic.
Bagi saya tak perlu jumpa pakar urut untuk urut bayi.
Salam Dr.
Ada satu kejadian yang berlaku terhadap saya suatu ketika dahulu..kemalangan yang menyebabkan pergelangan kaki bengkak dan terasa bisa yang teramat sgt..Pergi berjumpa doktor dan hanya diberi kain pembalut,krim dan suntikan..2 hari saya merana kesakitan walaupun dah telan ubat tahan sakit..masuk hari ke 3 gi jumpa pakar urut kt umah MARA Pantai Dalam..Katanya dah masuk angin..terus dicapainya minyak kambing gurun..Nak ringkaskan cerita esok saya dah bole berjalan ! Percaya?
salam..
saya pun tgh menderita sakit kaki selepas terseliuh semasa bermain futsal.. mak saya kata, urat dah masuk angin sbb tak urut terus lepas main.. ntah lah, betul ke? kalau pegi klinik, dia bagi ubat apa ye utk hilangkan sakit kaki ni? ni dah masuk seminggu lebih sakit kaki..
perlu banyakkan cara-cara untuk merawat mati pucuk bagi lelaki
as'kum,doc..
sawan vs rasuk..
saya ni ingin kepastian tntang penyakit sawan ni...
adakah penyakit sawan ni berkaitan dgn pengsan,urat-urat mengejang,sesak nafas..dan meracau2.. saya kurang percaya dgn rasuk2 ni...ataupun sumua simptom2 td berkaitan dgn sawan atau penyakit ape seakan dgn nye...
as'kum,doc...
sawan vs rasuk...
adakah simptom2 penyakit sawan ni adakah ia berkaitan dgn pengsan,sesak nafas,urat2 mengejang tangan menjadi kaku..meracau..bdak remaja kena tak penyakit ni..saya kurang percaya dgn rasuk merasuk ni.. atau ade penyakit yg seakan dgn simptom2 ni...
as'kum doc..
sawan vs rasuk
pengsan,sesak nafas,urat-urat mengejang,tangan jadi kaku,meracau.. adakah ini gejala penyakit sawan atau penyakit seakan dgn nya.. dah 6 blan adik saya menhidapinya..bawak pi bomoh katanye antu lar mcm2 antu lar menumpangnye... dh pi buang kononnya..tp skang pun jd jgak... dia masih sekolah menengah..dah bawak hospital pun same jagak,katenye stress...stess sampei ketahap itu ker,pastu dia selalu mengadu waktu tido kena tindih... please doc selesaikan masalah ni.. saya ngan family dah buntu...
as'kum doc..
sawan vs rasuk
pengsan,sesak nafas,urat-urat mengejang,tangan jadi kaku,meracau.. adakah ini gejala penyakit sawan atau penyakit seakan dgn nya.. dah 6 blan adik saya menhidapinya..bawak pi bomoh katanye antu lar mcm2 antu lar menumpangnye... dh pi buang kononnya..tp skang pun jd jgak... dia masih sekolah menengah..dah bawak hospital pun same jagak,katenye stress...stess sampei ketahap itu ker,pastu dia selalu mengadu waktu tido kena tindih... please doc selesaikan masalah ni.. saya ngan family dah buntu...
boleh juga dia main main macam mane nak tanam uri.
aku tengah pening ni.
ok gak kata doktor kita taruk garam .
bukan apa nanti haiwan lain tak lalu nak makan.
ada lagitau kalu letak tempurung lagi bagus tapi aku ingat ok gak sebab kalau mayat kita letak dalam keranda tapi uri ni kecil jadi kita letaklah dalam tempurung.
bagus gak idea org dulu2
Dear Dr..
Pasal Uri tuh, org kampung sy sebut tembuni...hehehehehe..fam ktrg pun amalkan amalan kat uri anak tuh bekalkan sekali ngan pensil n kertas...bertujuan anak2 tuh akan pandai besar nanti....actualy benda ni xpenah diceritakan secara terbuka seperti yg DR. buat..tu yg rase teruja nak commenr...(nana_yoong)
Doc macam mana lak amalan bersengkak?-berurut menolak rahim keatas slps bersalin? mak oi.. punyalah sakit..slps lahirkan 1st baby dulu saya beria-ia tak nak sengkak n bg alasan kat mak, 'mat saleh' tak sengkak pun..mak jawab,'diaorang minum alkohol'..dlm hati saya aik! minum alkohol boleh naikkan blk rahim keatas ke?nak buat cam mana org tua...nak tak nak kena gak sengkak..amik kau merah tgn bidan tu saya genggam (psl menahan sakit)
Now tgh pregnant 2nd baby tak taula apa lg alasan nak bg. Doc bole bg idea tak? saya pernah tnya doc kat klinik tp doc mmg tak galakkan cause merbahaya tp dia tak bgtau detail.
salam Dr..
saya nak mntak Dr terangkan kat saya sebab-sebab terjadinya baby dalam kandungan ananchepaly berturut2..sebenarnya saya mengalami mslaah tersebut. semasa mengandung anak pertama, Dr telah detect anak saya ananchepaly...saya teruskan kandungan sehingga lahir..anak hanya hidup 2 jam selps lahir.selepas beberpa bulan melahirkan, saya disahkan hamil skali lg..pd usia kandungan mencecah 4 bulan lebih saya pergi scan kat pusrawi..alngkah terkejut &sedih bila Dr sahkan anak kedua sy turut ananchepaly type 1..saya mengambil keputusan untuk menggugurkan kandungan..saya takut & fobia untuk mengandng lg..ada saudara saya bgthu kes mcm ni disebabkan ekoran 'jin' yg menumpang kat umah sy..Dr ada tanya kan pd sy samaada bekalan asid folic cukup @x semasa mengandung..utk pegatahuan Dr, sy mengamalkan folic asid selepas melahirkan baby pertama hgga Dr detect anak kedua bermaslah yg sm..ujian kencing manis jg dibuat n keputusannya...xde kencing manis semasa ngandung..
harap Dr jelaskan lebih terperinci lg ttg mslah yg sy alami..wassalam
Saya cukup simpati dengan masalah yang puan hadapi. Kebiasaan anenchepaly tidak akan hidup lama. Kebanyakan akan mati di dalam kandungan dan sekiranya lahir hanya akan hidup beberapa jam sahaja disebabkan masalah pernafasan. Kejadian mengandung 2 kali anenchephaly boleh berlaku dengan insiden sebabnyak 3% (rendah sebenarnya). Ada juga kemungkinan puan memounyai masalah genetik yang belum dikenal pasti (wallahu A'lam). Puan dinasihatkan untuk mengambil dos asid folik yang tinggi 1-2 bulan sebelum mengandung anak seterusnya. Teruskan mencuba.
Berkenaan tentang jin yang menumpang di rumah, saya rasa bukan jin sahaja yang menumpang di rumah kita, malaikat pun ada juga. Jin tidak boleh memudratkan kecuali dengan Izin Allah. Wallahu A'lam.
salam wbt... sye terpanggil utk membuat komen mengenai beberapa perkara...
1. berkenaan dgn makan benda masam boleh jdi pelupe, ingatkah doktor tntg khidupan nabi yg tak suke makn benda masam kerana sabda nabi saw akan buat kite jd pelupe.
2. sy merupekan pengamal perubatan trdsional dari moyang sye...sye sendiri pernah mnyaksikan bagaimana tulang paha yang patah teruk kedua2 belah kakinya boleh disembuhkan dalam masa 40 hari..mngkin sedare perlu research yg lebih mendalam.... tq
Anonymous : kalau tuan dapat sertakan hadis tersebut, amatlah membantu sebab saya tidak terjumpa lagi dan dapat diterangkan sanad hadis kalau boleh.
2. Dalam masa 40 hari, tulang boleh sembuh, cuma belum sembuh sepenuhnya. Biasanya 60 hari keatas. Tapi dalam masa 40 hari InsyaALlah dah boleh bergerak.
3. Mereka yang pergi ke bomoh patah, tetap akan sembuh, InsyaAllah kalau tak ada osteomyelitis atau jangkitan tulang (kalau ada patah melibatkan luka terbuka). Tetapi ada yang tidak bernasib baik- cantuman semula tulang yang patah tidak lurus betul2. Ini mengakibatkan kaki menjadi pendek sebelah. Saya banyak terjumpa di Pahang semasa saya belajar dahulu. Banyak juga di Indonesia. Wallahu Alam
salam Dr,
terima kasih atas pandangan dan nasihat..
sy nak tanya Dr ttg asid folic dos 5mg yg dibekalkan oleh klinik kerajaan.nak tnya, ia perlu dimakan 1 biji skali sehari je ke?cukup ke dengan mkn sbiji skali shari?
ttg jin tu, baru2 ni sy ada berubat dgn sorang ust ni..bila dia chek2 je, tgk2 saka belah ayah sy.'mambang' 2 berpusat di perut.tapi ust 2 dh bunuh 'mambang' 2. sy yakin pd Allah semua ujian ni ada hikmahNYA yg kita lom tahu.ada org kata sy n suami dh ada saham di akhirat sane, AMIN..tpi itulah, sbg manusia, sy nak ikhtiar agar makhluk2 halus ni xmemudaratkan kesihatan kami skeluarga..moga Allah terima doa kami dan jadikan anak2 kami nnT anak yg soleh n solehah sempurna sifatnya..AMIN
last sunday adalah 2nd visit ke klinik utk rutin check up, mengikut kiraan doctor saya dah hamil 8 minggu oleh itu masa sesuai utk check heart beat baby..tetapi doctor tidak dapat kesan heart beat baby..dan doctor kata "kita tangguh lagi seminggu, dan sekiranya masih tidak dapat mengesan heart beat baby maka pregnancy ini not successful" muka doctor panic dan bayangkan perasaan saya ketika itu..lagilah panic..saya kini sangat gelisah dan emosi sangat terganggu sejak itu maklumlah takde pengalaman lagi..so doctor bilakah masa yg sesuai utk kesan heart beat baby ini? doctor pesan supaya saya tidak "kencing" pada hari itu kerana nak buat scan, punyalah sakit perut tahan kencing sejak bangun pagi tapi result nye sangat menghampakan..dan lagi doctor itu telah sukat "sarung" dan sarung itu berusia 7w4d apakah maksud itu?..
saya melahirkan anak pertama secara pembedahan kerana kedudukan anak saya melintang.. masa saya mengandung saya menjahit bantal beby, dalam 2 set. (1 set merangkumi 1 biji bantal kepala dan 2 biji bantal peluk..)
apa yang membuatkan saya terkejut, apabila keluarga sebelah lelaki dtg menziarahi saya lps 3 hari bersalin dorang menyalahkan saya sebab telah menutup pintu keluar untuk beby lahir akibat dari perbuatan saya menjahit bantal. mereka kata kabus bantal yg siap diisi dan kemudian dijahit merupakan punca kedudukan baik melintang. kalau nak betulkan semula kedudukan beby kena tebuk semula bantal tu. perli2 mereka pada saya, sedih gak rasa. cuma hanya kuar dari mulut saya masa tu : "takpelah, syukurlah dua-dua selamat(anak & ibu)" . terdiam dorang!!!
82 - puan patut tersenyum dan jawab itu adalah kepercayaan karut orang orang dahulu kala. Ada ramai orang lahir anak melintang dan yang bestnya mereka tak reti menjahit pun...
assalamualaikum..saya nak tye Dr.
apakah jalan penyelesaian yang boleh kita ambil supaya kepercayaan karrut tidak diamalkan?
SALAM DR.
Saya sangat tertarik dgn artikel Dr ini. Rata2 dlm masyarakat kita MELAYU ni memang mereka sangat percaya dgn amalan2 sebegini. Saya pernah bertegang leher dgn mertua saya tentang penanaman uri ank saya. Mereka menyuruh menanamnya di hadapan laman dgn pensel buku jarum dan senduk serta sudu supaya apabila anak perempuan saya membesar akan menjadi seorg yg pandai belajar, memasak dan menjahit. Saya katakan kpd beliau bahawa semasa uri saya ditanam tidak pula ibu saya sertakan semua benda itu tetapi saya seorg yg sgt gemar menjahit dan memasak. Ehehehe.... lagi satu semasa saya mengandung, saya ditegah utk mengambil vitamin yg diberi oleh Dr kerana menurut mertua saya nanti ank yg bakal saya lahirkan akan besar di dlm perut dan susah utk saya bersalin nanti tetapi saya berdegil juga dan berkali2 saya menerangkan kpd mereka bhw tubuh saya sendiri memerlukan semua itu dan juga ank didalam kandungan saya. Alhamdulillah ank perempuan saya lahir dgn berat badan 2.25kg dgn ketinggian 47cm dan menurut Dr yg menyambutnya, ank saya sehat walaupun kecil. Sekarang ini ank saya telah berusia 10 thn dan dia merupakan pelajar yg No 3 tinggi dikelasnya.
boleh bagi tak punca kepercayaan tahyul dalam masyarakat sekarang...??minta pertolongan..
Assalaam.. w.b.t.. mohon keizinan drpd owners blog untuk sy mengambil maklumat mengenai kepercayaan karut di dalam blog ini.. T.kasehh.. Jzakallahu Khairon Kathira.. =')
Salam dr..sy # midshaft femur n tibia.dah buat ILN.boleh x kalo doktor sarankan jenis pemakanan utk sy? Dan saya bleh mnum kopi x? Terima kasih
Post a Comment