Wednesday, July 25, 2007

Dr Kassim "The Miracle Healer"

Assalamualaikum..

Pernah dengar Klinik Kassim dan Zubaidah? Klinik ini terletak di Perumahan Kos rendah, flat Sri Kota, Bandar Tun Razak. Sekali melihatnya anda akan dapati bahawa klinik ini tiada bezanya dengan klinik-klinik swasta yang lain. Malah kedudukannya agak jauh ke dalam, kliniknya sempit dan keadaannya pun nampak usang. Pintu tandasnya dah rosak, kerusi di luar klinik muat untuk 10 orang sahaja dan waktu rawatannya 2 sesi - pagi 8.30 am hg 1.00 pm dan dibuka semula pd waktu petang 4.30pm hingga 9.00 mlm. Tak ada apa-apa yang menghairankan, tak ada apa-apa yang hebat pun...

Apabila saya ditawarkan lokum oleh Dr. Kassim sendiri, saya terima dengan perasaan biasa. Kadar bayarannya lebih tinggi daripada biasa iaitu RM 45/jam. Apabila hari yang dijanjikan tiba, saya pun ke klinik Kassim. Saya sampai pukul 4.25 pm. 5 minit lebih awal dan saya duduk kira-kira 20 meter dari klinik menunggu klinik tersebut dibuka. Tiba-tiba sahaja entah dari mana, saya melihat manusia, lelaki perempuan, kanak-kanak, kira-kira 15 orang datang menghampiri klinik dan berdiri di hadapan klinik. Tepat pukul 4.35 pm, pintu dibuka dan mereka menyerbu `masuk ke dalam klinik seperti orang berebut makanan untuk buka puasa.

Saya masuk ke dalam bilik rawatan. Bila buka sahaja komputer... "15 pesakit sedang menunggu!" perrhh... ramai.. Cabaran yang paling getir di klinik Dr. Kassim ini ialah semua pesakit sebenarnya nak jumpa Dr. Kassim.. bukan Dr. Azwan. Tiap-tiap kali pesakit masuk mereka akan berkata," Saya datang nak jumpa Dr. Kassim sebenarnya"... huuuu.... Yang itu tak pe lagi.... Yang paling pening.. "Dr., saya tak nak ubat lain... saya nak bagi ubat serupa yang Dr. Kassim bagi".... huuuu.... kenalah saya menelaah ubat-ubat yang telah lepas... tapi yang hairannya... kalau demam Dr. Kassim bagi ubat Paracetamol jugak... Kalau antibiotik ubatnya Amoxycillin jugak... kalau selsema ubatnya actifed jugak... kalau tahan sakit ubatnya Voltaren jugak... bukan ada ubat yang pelik-pelik pun... sama jugak... sehingga klinik sepatutnya tamat pukul 9.00 pm ada 10 pesakit sedang menunggu! Saya keluar klinik malam itu pukul 9.45 pm.

Pagi ini saya bertugas di sana lagi menggantikan Dr. Kassim. Kali ini saya lebih bijak. Saya akan sebut, "Saya akan bagi ubat serupa yang Dr. Kasim bagi, kaaakk...", sambil tersengih.... hehehe

Anda tentu takjub tentang reputasi Dr. Kassim ini. Saya sempat bertanya, pesakit yang datang tinggal di mana... ada yang jawab Damansara Heights... ada yang dari Sg. Pusu, Gombak... Ada yang datang dari Cheras... ada yang datang dari Kedah! Waahh.. rupa-rupanya Dr. Kassim ini ada reputasi sebagai "miracle healer". Kira-kira taraf bomoh lah ni... Kalau ada sapa-sapa yang sakit, datang jumpa Dr. Kassim gerenti baik... huuu... patutlah patient ramai...

Kalau di dalam bisnes... ini dipanggil "personalized marketing".. di mana orang datang ke klinik itu kerana kehebatan Dr. Kassim. So, Dr. Kassim begitu attached dengan pelanggan dan pesakitnya. Dan pelanggannya tanpa berbelah bagi akan datang ke klinik itu walaupun jauh. Itulah kehebatan "personalized marketing". Tetapi ada juga kelemahannya. Tanpa Dr. Kassim, maka klinik tersebut kurang rancak seperti biasa. (Mengikut kakak pembantu klinik, biasanya kalau Dr. Kassim ada lagi ramai!!)... Kalau diganti dengan doktor lain, maka klinik ini akan kehilangan pelanggan.. makin lama makin berkurang.

Jika dilihat contoh Klinik Idzham, "personalized marketing" tidak banyak berlaku. Dr. Idzham meletakkan pekerjanya di kliniknya dan pesakit datang walaupun tanpa kehadiran Dr. Idzham. Mungkin akhirnya "personalized marketing" hanya wujud selepas itu di mana pesakit mahu berjuma doktor yang bertugas iaitu "pekerja" Dr. Idzham dan bukannya Dr Idzham sendiri. Dengan cara ini, Dr. Idzham boleh membuka 10 cawangan di merata tempat dan mengawalnya di pejabatnya di Gombak.
Walaubagaimanapun, "Personalized Marketing" biasa berlaku di dalam early level of business terutama di dalam bidang perkhidmatan atau servis seperti kedai gunting rambut, atau klinik. Bergantung kepada kebijaksanaan kita untuk keluar dari level ini dan mengagih-agihkan tanggung-jawab kepada pekerja pekerja kita.

Perbezaan Dr. Kassim dan Dr Idzham menjalankan bisnes agak jelas. Dr. Idzham tidak meletakkan emotional attachment pesakit kepadanya tetapi mengagihkan tanggungjawab itu kepada pekerjanya. Beliau bergerak sebagai ahli business di dalam level yang berlainan.
Sedangkan Dr. Kassim menjadikan pesakit attached kepadanya dengan penuh kepercayaan dan emosional dan merawat pesakitnya dengan memberi seluruh tenaga,masa dan jiwanya kepada pesakit. Inilah kisah Dr Kassim - "the miracle healer"....










7 comments:

Anonymous said...

takpe,Dr Azwan 10 akan dtg mungkin jd hebat mcm Dr kasim jugak. nanti patient dtg, "tak kira!! saya nak Dr azwan jugak!" haha

Anonymous said...

Assalamualaikum,
Salam Perkenalan Tuan Doktor.
Saya klik link drpd blog Encik Bahtiar trus sampai sini. Saya salah seorg pesakit Dr Kassim sampai le ke anak saya ni, mungkin sbb personal touch dia tu yg buat org rasa sembuh (psychologically). Tp skang saya dan famili ke Klinik Salleh hampir dgn kedai Baker's Place sbb crowd tk ramai dan Dr dia mmg sempoi.. ha ha ha..Semoga sukses selalu Dr! ikhlas ZAiDi

Anonymous said...

assalamualaikum...dr izwan...sy adalah pelanggan setia klinik kassim...sy selalu promote klinik dia dgn kawan2,sedara mara...sebab dia seorang yg mesra dan rajin melayan pelanggan..dan murah juga kos perubatan yg perlu di bayar..adik saya pula pelanggan setia klinik dr salleh...hehehe..soh ye saya seorang jururawat pelatih...

Dr Azwan said...

Zaidi : Tu lah. KlinikKassim tuh kalau nak jumpa.. bukan main lama. Kan customer yang setia cam Zaidi dan lari ke klinik lain...

Soleha : Semoga jadi jururawat yang baik. InsyaAllah. Ni Kem Dr kassim vs Kem Dr Salleh nih...

Anonymous said...

sy yuyun..sy nk tnye..ape mksud sume nie?bila msukkan tarikh jd salah plak..nk2 yg ke 3 count tu..


1. Beginning of last menstrual period: (required)Select a date

For more accurate ovulation dates, please fill in your previous 2 menstrual periods.

2. First day of previous menstrual period:Select a date
3. First day of preceding menstrual period: (about 3 months ago)

azman51 said...

Salam! Adalah pelarisnya. Cukup adab sopan santun. Ada doanya, doa bila menjamah pesakit & sbgnya. Allah swt yg menyembuh, kita hanya perantara shj. Inilah holistic medicine. Boleh amalkan.

Anonymous said...

Sy Dr Anak sulung usia baby lg n skrg Anak sulung dah 14 tahun ..Dari duk cheras n dah pindah Putrajaya Masih lg jumpa doc kasim..anak2 semua serasi dgn ubat2 doc Kassim.. walaupun p klinik pakar tp ubat doc kasim jugak serasi dgn Anak2..mmg xcari doc lain dah..doc Kassim the best..penuh kasih syg ..mesra dgn pesakit.. walaupun kadang2 nurse dah bg hink2 Masa borak2 lama sgt ..hihi

Related Posts with Thumbnails