Thursday, July 12, 2007

MEMBELI RUMAH DENGAN "NO MONEY DOWN"

Assalamualaikum...

Sebenarnya konsep "No Money Down" di dalam membeli rumah adalah suatu yang wujud walaupun di Malaysia ia tak begitu popular. Ia banyak diperkatakan oleh pelabur hartanah di luar negara seperti Robert G. Allen dan Dr. Dolf De Roos. Milan Doshi dan Azizi Ali juga ada menulis tentang "No Money Down" di dalam pelaburan hartanah.


KEBIASAANNYA 10% DEPOSIT DIPERLUKAN

Pada asalnya, sebelum saya membaca buku2 tentang pelaburan hartanah, saya ada terfikir, macamana nak beli rumah kalau tidak dapat menyediakan wang sebanyak 10% untuk deposit. Jikalau saya yang baru sahaja memulakan kerja, bagaimana saya ingin mengeluarkan sebanyak 10% itu kerana simpanan pun tidak sebanyak itu. Bayangkan untuk membeli rumah RM 200,000 kita perlu ada RM 20,000. Tak campur dengan bayaran peguam, duti dan sbgainya. Kalau begitu, memang susah untuk kita membeli rumah, kerana bank hanya mengeluarkan sebanyak 90% financing sahaja...

Tetapi seperti kata Robert T. Kiyosaki - "Money Dont Make You Rich" , "Financial Intelligent Makes you Rich". .. Saya mula membaca buku2 pelaburan hartanah oleh penulis dari luar negara. 6 tahun dulu, mana ada penulis tempatan yang menulis tentang pelaburan hartanah lagi... Jadi buku-buku luar negaralah yang menjadi rujukan saya. Walaubagaimanapun, manfaat nya tetap ada. Saya mula memahami konsep No Money Down dan cara2 membeli rumah tanpa menggunakan deposit.



RUMAH PERTAMA SAYA MENGGUNAKAN "NO MONEY DOWN"

Rumah pertama saya ialah Oakleaf Park Condominium di Bukit Antarabangsa. Harganya untuk dijual ketika itu ialah RM 135,000. Masa itu saya begitu bersemangat untuk membeli rumah untuk pelaburan. Ketika itu saya baru memulakan tugas sebagai seorang doktor. Saya masih belum ada kemahiran untuk membeli rumah ketika itu, bagi saya lokasi tidak penting! Yang penting ialah untuk membeli banyak rumah sebanyak mungkin. Bagi saya SEKARANG, Bukit Antarabangsa bukanlah lokasi yang menjadi pilihan saya walaupun dengan harga yang rendah.

Ketika itu, PJD Development mahu menjual unit saya dengan cepat. Ini adalah kerana keseluruhan unit telah pun dijual kecuali dua unit kosong. Harga yang saya beli adalah harga bumiputera. Saya tidak cukup kemampuan untuk mengeluarkan RM 13,500 ketika itu. Tetapi, saya telah bersekongkol dengan manager Oakleaf Park ketika itu, untuk menukar harga jualan iaitu 10% lebih dari harga asal iaitu RM 148,500. Saya menghantar permohonan ke RHB Bank dan akhirnya pinjaman 90% iaitu RM 135,000. Walaupun 90% tetapi sebenarnya Saya mendapat pinjaman 100%!! Tak ada pembayaran deposit 10%. Cuma saya kena membayar hampir RM 4000++ untuk bayaran peguam dan lain-lain.

Kini saya membayar RM 1000 sebulan kepada bank+ RM 100 untuk maintenance, dan kini unit ini disewa sebanyak RM 1200 setiap bulan.



RUMAH KEDUA MENGGUNAKAN NO MONEY DOWN

Membeli rumah menggunakan konsep No Money Down tidak semestinya tidak menggunakan deposit. Ya, jangan ingat kalau No money Down anda tak payah keluar duit langsung... itu adalah separuh betul. Kadangkala, anda harus mengeluarkan deposit dahulu. Tapi the best part is , deposit anda dipulangkan. Jadi berapa wang anda yang habis? Tiada...

Saya telah membeli sebuah hartanah 2 tahun lalu iaitu Vistana Condominium di Jalan Pahang berhadapan GHKL dan bersebelahan dengan Grand Season Hotel dan Vistana Hotel. Di hadapannya terdapat sebuah monorel dan dibelakangnya berhampiran dengan LRT Titiwangsa. IJN dan PUSRAWI juga hampir. Ketika saya terbaca iklan tersebut, harga yang diletakkan ialah RM 220,000. Saya bepeluang untuk berjumpa dengan ejen rumah tersebut seorang berketurunan india. Apabila saya mengetahui bahawa tuan rumah dari Singapura, saya pun menekan harga sehingga turun RM 200,000. Untuk pengetahuan anda, sekiranya tuan rumah dari luar negara ini kebanyakannya tidak tahu akan nilai harga pasaran propertynya. Jadi peluang sangat besar untuk tawar menawar sehingga ke takat paling rendah. Dan biasanya mereka terdesak!

Penilai bank menilai harga pasaran untuk Vistana Condominium ini untuk unit saya yang fully furnish (dah siap ada semua perabot dah!) ialah RM 240,000. RM 40,000 kurang! Betul2 bernasib baik saya nih. Saya membayar deposit sebanyak RM 20,000 kepada peguam penjual. Saya membuat pinjaman RM 220,000 dan sekali lagi bank favourite saya RHB meluluskan 90%. (Sebenarnya saya baik ngan Mr.Liew - banker kat RHB tuh... tapi sekarang dia dah pindah ke Hong Leong..sob.. sob.. ).. RM 20,000 akhirnya dipulangkan setelah tamat transaksi. ( Penjual menjual RM 200,000 tapi atas S&P tertulis RM 220,000... so baki RPGT yang dibayar oleh penjual sebanyak RM 1000++ adalah di atas tanggungan saya... ). Saya membayar bank RM 1200 sebulan dan maintenance RM 280 sebulan, saya sewakan dengan RM 1600 sebulan.



BUKANNYA TIDAK GUNA DUIT LANGSUNG

Jadi, membeli dengan no money down bukannya tanpa duit tetapi juga melibatkan pembayaran peguam, itu dan ini yang mencecah hampir RM 6000 bergantung kepada harga rumah. Walaupun begitu, wang deposit RM 10% dapat disimpan untuk kegunaan kita seterusnya.

Sebenarnya saya ada membeli rumah saya seterusnya dengan meminjam 10% daripada nenek saya... Kua..kua..kua... tapi saya tak nak cerita kat sini.. malu.... hu hu.. (Ini pun cara nak elak bayar 10% deposit tapi kena bayar kat nenek lak ngan ansuran interest free).... saya tak nak beli tapi nenek saya yang paksa.. kan dah kena pinjam duit... hehe

Nasihat saya kepada anda... anda boleh membeli rumah dengan cara di atas untuk tujuan pelaburan.. bukan untuk membeli rumah untuk tinggal sendiri. Oleh kerana terdapat pembayaran2 lain untuk membeli rumah seperti apa yang telah saya sebutkan, jadi adalah lebih baik simpanan untuk perkara-perkara lain telah cukup solid. Jika tidak anda jadi cam saya... hari-hari makan tulang buat sup.. kua kua..

9 comments:

Anonymous said...

Doc

A very interesting entry.......tak terpikir pulak boleh beli rumah cara ni....

OK nanti saya nak cuba jugak lah...

Dr Azwan said...

Boleh unclej... tapi sebaik-baiknya kena study tempat tu dulu. Untuk investment cari rumah yang kita boleh negotiate 10% below market. So bila di evaluate, 10% extra tu boleh cover untuk 100% loan. Tu sebab investor tak beli rumah dari developer, investor beli rumah selalunya 2nd hand. Sebab mrket value dah tau...

Anonymous said...

good article. cuma saya nak mintak penerangan lanjut utk cow tim ngan bank pastu bank mana yang senang nak buat camtu???

Dr Azwan said...

OO.. actually nak buat rapport ngan banker ambik masa yang lama.. (ada yang ajak lunch woo)... macam saya saya pun tak tahu apa chemistry saya ngan Mr Liew tuh.. kalau perempuan lain lah kan... ini lelaki.. saya dah buat 2 pinjaman dengan RHB termasuk pinjaman ASB dan rumah.. dan rekod saya ngan RHB clean jer... saya bukak akaun syarikat pun through dia, tak payah ada referal (best betul kalau baik ngan banker)... saya ada personal hp dia.. so kita jadi geng lorrr..

Dr Azwan said...

Untuk kes beli rumah dari developer... kita bukan cow tim dengan bank tapi cow tim dengan developer... mintak developer mark up price supaya dapat harga 100%. Walaubagaimanapun, tak semua developer yg buat cam tuh...ada developer yang tak nak cow tim kerana nak jaga reputation. Biasanya developer baru atau developer yang desperate sangat nak jual unit yang senang buat cam tu.. dan developer yang buat macam tuh biasanya kepada bank yang dia ada panel dalam tuh.. bukan sebarang bank...

Anonymous said...

nak tanya sikit ni...camne plak kalo owner tu tikam belakang,mintak amount yg dkat s&p tu...?

Dr Azwan said...

Untuk pengetahuan tuan, memang kalau beli dengan jumlah wang yg lebih dari S&P akan ada masalah. Oleh itu sebelum pembelian dibuat., akan ada perbincangan diantara peguam pembeli dengan peguam penjual... ya.. jangan buat urusan atas percaya sahaja. Dan yang memegang baki wang dan sebagainya adalah peguam dan bukan penjual... jadi wang baki akan dipegang oleh peguam penjual dan diserahkan kepada peguam pembeli. Semua transaksi adalah dibutirkan...

Unknown said...

Hi. Saya baru baca article ni. Saya pun buat cara yg sama jugak. Suruh ajen naikkan harga supaya dpt 100% loan. Tp masalahnya skrg, ajen masih tetap suruh bayar 3% dari harga rumah sebagai deposit. Another 7% bayar lepas loan approve. Macam mana nak elak utk bayar deposit 10% ni?

Unknown said...

Hi. Saya baru baca article ni. Saya pun buat cara yg sama jugak. Suruh ajen naikkan harga supaya dpt 100% loan. Tp masalahnya skrg, ajen masih tetap suruh bayar 3% dari harga rumah sebagai deposit. Another 7% bayar lepas loan approve. Macam mana nak elak utk bayar deposit 10% ni?

Related Posts with Thumbnails