Assalamualaikum,
Terkejut tak tengok tajuk kat atas.. haa... penyewa dari neraka... Itulah.. kalau baca buku-buku daripada property investor terkenal macam Azizi Ali dan Rhenesial Leong, mesti ada tajuk spesifik perihal penyewa dari neraka ini. Pendekata, kalau anda tidak pernah berjumpa penyewa dari neraka ini, anda belum layak digelar tuan rumah...
Baru-baru ini ada cerita hebat kisah seorang penyewa rumah berbangsa cina, meminjam Ah Long sebanyak RM 10 000 dan menyamar seolah-olah dia tuan rumah. So, selepas beberapa bulan tidak bayar sewa, dia pun menghilangkan diri. Sekarang ini tuan rumah yang betul2 pula yang juga berbangsa cina dikejar Ah Long. Dah lah tak dapat sewa rumah, kena kejar pulak ngan Ah Long... nasib-nasib..
Saya membawa tajuk ini sebab saya juga baru lepas terkena penyewa dari neraka nih.. Masa mula-mula masuk memang layak di gelar "blue chip tenant". Untuk tuan-puan yang tak belum biasa ada rumah sewa, blue chip tenant ni adalah gelaran untuk penyewa kelas 5 bintang. Personaliti baik, menjaga harta rumah kita macam harta sendiri, tak menyusahkan kita kerana boleh menguruskan rumah kalau ada masalah sikit2 dan yang tersangat penting bayar setiap bulan tepat pada masanya tanpa disuruh.
Penyewa saya ini menyewa di Kondominium Oakleaf Park, Bukit Antarabangsa dengan sewa RM 1000 sebulan. Rumah saya tu kondominium lengkap dengan perabut termasuk kitchen cabinet, sofa, hood, hob, tv, astro, washing machine, peti ais dan 3 aircond. Semua bilik lengkap dengan katil dan almari. Toilet ada water heater. Toaster dan Rice cooker pun ada! Dia nih suami isteri dengan 4 orang anak. Sewa dibayar oleh syarikat, jadi saya nampak mudahlah untuk saya mendapat bayaran bulanan tepat pada masanya.
Pada bulan yang lepas, setelah 6 bulan, seorang lelaki yang mengaku setiausaha kepada penyewa terbabit menelefon. Beliau menyatakan bahawa penyewa telah membeli sebuah rumah 2 tingkat dan mahu berpinda serta merta. Beliau meminta deposit sebulan dikembalikan. (Ada setiausaha penyewa saya ni!). Saya terlalu sibuk ketika itu dan meminta masa untuk melihat dulu keadaan rumah.
2 minggu selepas itu, saya dan agent saya (sdr Francis ) apabila melihat keadaan rumah yang ditinggalkan.. MasyaAllahhhh.. Terasa nak pengsan..
Dinding terkopak dengan cat tertanggal, kesan paku di sana dan sini. Kotornya Nauzubillah.. Daki kat dapur nak dekat seinci. Yang paling sedih, sofa saya banyak kesan koyak sehingga terkeluar kapasnyaa... Kaki sofa patah. Lepas tu vernition blind yang saya letak di ruang tengah dicabut. Sinki kat bilik air kena pecah. Semua dinding kotor. Salah satu pintu bilik rosak teruk dengan kesan pecah menggunakan mungkin hammer. Hood saya dah rosak satu motornya. Peti ais yang baru 3 bulan saya ganti sebab dia kata peti ais lama telah rosak, pun tercabut sana-tercabut sini. Ada bunyi seolah-olah macam dah ada problem. Baru je 3 bulan beli, semua kaca almari TV dicabutnya.. Bil elektrik ditingalkan RM 130. Bila air dalam RM50. Yang pelik sekali, pintu dapur yard di cabutnya! pintunya tersadai kat lantai... apasal mamat ngan minah ni... mental ke apa...
Saya garu kepala melihatnya. Francis (my agent) pulak nak bawak customer tengok rumah. Nak tak nak saya terpaksa upah seorang warga Indonesia dan kawan-kawannya untuk membersih rumah, mengecat semula, menampal kembali mana-mana yang terkopak dan terpaku. Semua mentol2 yang rosak diganti. Pintu bilik diganti baru dengan sinki juga diganti baru. Yang itu habis RM 750. Sofa diganti dengan sofa full leather 2nd hand RM 400 + RM 200 untuk dihantar cuci oleh professional = RM 600. Rincih2 lain, nak ganti itu dan ini, RM 50. So total semua RM 1400. Campur bil air dan api = RM 1580 semuanya. Lupa pulak- vernition blind kena RM 200 untuk diganti = RM 1780.
Mujur ada deposit rumah RM 1000 + 500 (utiliti) = RM 1500. Jadi, tak payah haraplah deposit tuh dapat balik. Sekarang anda dah nampak kepentingan deposit kan? Walaupun saya kena keluar duit sendiri RM 280. (Dia bayar deposit RM 2000- tapi bayar agent RM 1000, tinggallah RM 1000)
Alhamdulillah, tenant baru saya merupakan company dari Australia. Local company dia mahukan sebuah apartment yang dekat dengan Ukay Perdana. Ternyata, unit saya bagi mereka amat menarik. Saya sewakan dengan RM 1200 sebulan. Penyewa kali ni adalah Australian yang berkunjung sebulan 2-3 kali sahaja untuk menguruskan projek di Terengganu. Wakil syarikat berjanji akan menjaga apartment dengan sebaik-baiknya. Untuk menunjukkan komitmen saya, saya menggantikan hob yang baru, washing machine baru dan menambah satu lagi water heater. Saya menggantikan katil dan wardrobe dengan yang "macam baru" yang saya beli dari Ellie deHearT Cup cakes dari Puchong. Habis lagi RM 2500. Dan tenant baru saya signed agreement 1+1 semalam dan menyerahkan deposit.
Takpelah asalkan saya tak keluar duit seposen pun ke bank untuk 2 tahun akan datang. Malah dapat RM 100 extra positive cashflow.
Alhamdulllilah.....
P/s - Kepada anda yang ingin membeli TV 2nd hand dari Elli deHeart Cup cakes dari Puchong .. sila rujuk add ini http://useditem.fotopages.com/.
3 comments:
salam Dr. Azwan,
Macam tulah karenah penyewa ni, Ada yang takda etika sebab tahu rumah tu bukan rumah mereka. Inilah risiko yang perlu diambil oleh para penyewa apa lagi dalam kes Dr. yang punya rumah sewa full furnish. Lagi satu deposit memang penting..tanpa deposit risiko memang berada ditahap tinggi....
MasyaAllah.. ngeri baca ur entry this time!!!! patut la doc fening jer.. eheheheheh...
Ha pasal TV & my other used stuffs tu.. mari laa ramai² kot ada yg ter berkenan di hati.. for TV tu bleh nego lagi... :D
De Kerinchi : Tulah.. orang kat Malaysia ni ada sikit kurang kalau dapat barang2 free.. guna sakan lepas tu rosak tak nak tanggungjawab. Kita bagi dia pinjam untuk kesenangan dia gak...
Elli De Heart : Kawan2, Elli nih jual barang harga lelong.. mari, mari mari.... Semua barang ada.. lampu, tv, penangkap lipas, bekas bawang... macam-macam adaaa.. (Ehemm.. bila nak bagi upah cup cakes..ehemm hemm..)
Post a Comment