Monday, September 24, 2007

Inflasi Oh Inflasi

Assalamualaikum...

Seperti waktu-waktu sebelum berbuka puasa seperti ramai orang, saya juga selalu ke Bazaar Ramadhan. Bukan kerana tiada orang masak di rumah, dan bukan juga kerana masakan di rumah tidak menyedapkan, tetapi dah jadi macam budaya pulak membeli kuih dan muih di Bazar Ramadhan. Kadang-kadang teringin pulak nak merasa air tebu dan air kelapa. Kuih popia goreng tuh macam memanggil-manggil.. tak sampai hati pulak kalau tak beli. Kesian kat anak dara yang jual kuih popia tuh...

Amalan saya membeli di Bazaar Ramadhan nih telah bermula sejak saya berada di Universiti beberapa tahun dulu. Mungkin masa tuh saya ada sikit duit di dalam poket untuk berbelanja. Saya tak berapa ingat pula mengunjungi Bazaar Ramadhan semasa saya kecil. Ada ke tidak budaya pasar Ramadhan ni masa tahun awal 80an dulu..

Tapi yang paling penting adalah keupayaan membeli dengan wang yang ada. Mungkin 10 tahun dulu, dengan wang RM 10, kita boleh membeli macam-macam. Beberapa tahun dulu saya masih ingat nasi ayam RM 2.50.. Air tebu RM 1.. Murtabak RM 1.. Kuih 5 biji RM 1... Sekarang harga ini mungkin terdapat di kampung-kampung sahaja.

Pada zaman sekarang, RM 10 mungkin tidak boleh membeli dengan banyaknya. Murtabak paling murah RM 2.00 sekarang. Ayam golek yang dibakar seekor yang dulunya RM 12 seekor dah jarang-jarang jumpa.. Yang ada ayam percik atau ayam bakar di potong empat dengan harga RM 6/ seketul (kira RM 24 seekor!). Mi goreng "bodoh" RM 2.00, Nasi ayam RM 3.80..

Adakalanya, harga tidak berubah. Tetapi yang berubah adalah saiz atau kualiti. Kuih 5 biji RM 1 sudah menjadi kecil saiznya. Popia 3 biji RM 1 pun dah makin kecil. Air tebu atau air kelapa semakin cair akibat dicampur dengan banyak air batu dan air gula tetapi masih mengekalkan harga RM 1- 1.50. Nasi lemak RM 1 menjadi semakin sikit.. kadang-kadang ada nasi sedikit, sambal dan telur dadar saiz 2cm x 2cmx 0.5 cm.

Ini bukan berlaku di Pasar Ramadhan sahaja. Saya adalah peminat Kentucky Fried Chicken daripada kecillagi. Saya makin perasan selain daripada harga yang semakin meningkat, ayam yang dihidang semakin kecil! (Atau saya yang makin besar!) Tapi saya perasan, sewaktu dulu kalau nak habiskan satu ketul ayam memang cukup puas kerana ayamnya lebih besar berbanding ayam goreng di rumah.

Setiap tahun pengurangan nilai ringgit berbanding nilai semasa barang yang dibeli setiap tahun disebut inflasi. Secara mudahnya inflasi adalah satu keadaan dimana nilai wang kita semakin kecil. Inflasi di Malaysia berada di takat 3%-6% setiap tahun yang bermakna nilai wang kita semakin mengecil setiap tahun pada kadar yang sama.

Ia adalah disebabkan wang yang terlalu banyak di dalam pasaran. Ini menyebabkan lebih ramai orang mempunyai wang dan mempunyai kuasa membeli yang tinggi. Apabila ini berlaku, kuasa ekonomi mula bertindak apabila pembeli lebih banyak daripada barang yang dijual, maka barang mula naik harga dan nilai wang secara relatif lebih rendah.

Rata-rata pakar ekonomi berpendapat jikalau kita mempunyai lebihan wang tetapi hanya menyimpan wang kita di dalam akaun simpanan sahaja, maka wang kita akan ditelan inflasi. Ini adalah kerana Bank memberi dividen yang tersangat rendah di dalam akaun simpanan serendah 2.8%-3% sahaja. Sekiranya inflasi mencecah 6% maka wang kita akan ditelan inflasi sebanyak 3%.

Salah satu cara kita menentang inflasi adalah dengan membeli hartanah yang naik harga. Sekiranya inflasi naik 4%, maka harga hartanah yang baik juga akan naik harga. Oleh itu, pemilikan hartanah sangat penting sebagai tembok untuk melawan inflasi.

Walaupun begitu, sekiranya berlaku deflasi, ia juga tidak baik kerana, apabila kekurangan wang di dalam pasaran, pembeli tidak mahu membeli dan menyimpan wang mereka sahaja, menyebabkan harga barangan menjadi murah, dan kerancakan ekonomi tidak berlaku. Ini juga boleh merugikan negara.

Wallahua'lam.

8 comments:

ida said...

assalamualaikum dr azwan, saya ida daripada tampin kojo gomen hospital..
saya memang tertarik nak baca ur blog and today baru dapat masa dan kelapangan to read your blog.
bila dah baca banyak skit then only i know that u resign masa bulan puasa last year..mesti perlu semangat yg kuat..
saya sendiri rasanya will follow ur footstep sebab rasanya terkongkong keje dgn goverment..
any tips that i can follow?
time kasih atas nasihat2 yang diberi di blog.. adayang saya ambil untuk dipraktikkan..
that all from me..

ps: saya actually nak cari hp dlm ur blog ni tapi lain plak yang dibuek..rasa2 pun macam nak buat tempahan kuih.. masih diterima lagi ke??

Dr Azwan said...

Hai Ida... Saya ada kawan nama kak Ida dari Tampin gak.. Duta emas gamat Emas... Kuih untuk ditempah masih boleh diterima. Jauh gak kat Tampin nak menghantar :)... Nak berhenti government ker? Kena timbang dulu buruk baiknya. Walaupun saya berhenti government, isteri saya keje government.. dia cikgu. Kalau dah sebelah kaki ada bisnes dengan keuntungan yang baik... baru berhenti. Itupun kena siap-siapkan insurans dan sebagainya. Terima kasih melawat blog saya.. Harap dapat berkongsi cerita dan pengalaman :)

Iwan said...

Betul Kata Dr. Tu Makin Lama Nilai Duit Kita Tu Di Mamah Oleh Inflasi Dulu Duit Minyak saya rm30 boleh la tahan 2-3 hari skrg rm30 satu hari pun dah sakit kalau dah hari hari mcm mana la pula yer semenjak Kerja Di CIMB Wealth Advisors Baru La saya tau mcm mana nak lawan dgn kadar inflasi skrg nie kita tak tau masa akan datang mungkin skrg kuih 3 rm1 2-4 tahun akan datang rasa rasa 2 rm1 kita boleh tengok org yg kerja swasta lepas pencen aje mesti kerja balik sebab tak mampu nak tanggung kos sara selepas pencen

Berbincang Dengan Kami
Kami sedia membantu dalam membuat perancangan kewangan simpanan persaraan melalui kaedah sistematik, iaitu Perancangan Kewangan Persaraan. Kami bersedia memperkenalkan program simpanan yang sesuai dengan keperluan anda.

Perkhidmatan adalah percuma.

Hubungi Perunding Pelaburan kami : 017-6127471 (Iwan)

Iwan Fadzly
( CIMB Wealth Advisors Unit Trust Consultant )

Iwan said...

Simpanan Hari Tua
Adakah Simpanan Hari Tua Mencukupi?
Jika anda memerlukan pendapatan RM2,500 sebulan bagi menampung semua perbelanjaan pada masa ini,berapa banyakkah jumlah simpanan yang diperlukan 20 tahun akan datang?
Adakah anda bersetuju, RM2,500 tidak mencukupi setelah mengambil kira faktor kesihatan semakin merosot dan kos perubatan yang semakin diperlukan? Adakah anda bersetuju,akibat inflasi, kuasa beli kita semakin menurun setiap tahun?
Andaikan kadar inflasi adalah 3.5% setahun berapakah nilai RM2,500 dalam masa 20 tahun akan datang? Setelah dikira, jumlah RM2,500 adalah hampir bersamaan RM5,000 pada tahun 2020!!!.

Inflasi Musuh Utama
Harga semakin meningkat setiap tahun. Tiada Kerajaan dalam dunia yang dapat mengawal kenaikan harga 100%. Kerajaan hanya dapat mengawal kenaikan harga secara melampau sahaja.

Adakah Kaedah Simpanan Anda Berkesan?
Tanpa mengira usia, anda dinasihatkan melabur sekarang juga.Bila anda melabur awal, keajaiban wang menjadi berganda akan berpihak kepada anda. Setiap ringgit yang dilaburkan pada hari ini,bermakna semakin semakin tinggi anda boleh menggunakan simpanan di masa hari tua.
Kaedah dan Tempoh Pelaburan.
Mari kita melihat keajaiban berganda. Jika anda menyimpan sebanyak RM50,000 dengan kadar pulangan 6% setahun,wang anda akan menjadi RM160,355 pada tahun tahun ke-20.

Tetapi dengan jumlah yang sama jika dilaburkan dengan pulangan 10% setahun,wang anda akan menjadi RM336,375 dalam masa 20 tahun. Perbezaannya adalah RM176,020.Oleh itu, pilihan pelaburan dan tempoh melabur adalah "harta berharga" dalam merancang simpanan persaraan.

ramzi said...

hmm...topic yang menarik.inflation, mmg akan affect semua org, kami student kat sini pun terasa gak, especially bulan puasa mcm dr azwan bagitau tu. mmg btul harga makanan dah naik, tapi mi goreng bodo ade lagi rm1, hehe...kene pandai cari je. Scholarship pn baru nak naik, tu pun category B kot (IPT luar Klang Valley/bandar2 utama), mungkin tak naik byk sgt

saya ade ternampak satu gerai jual nasi beriyani, nasik byk, ayam besar, sayur ok - harga dalam rm 4.20, saya kira murah la tu, tp yg jual tu syarikat taj kedai mamak multichain tu. point is, mungkin salah satu cara nak kurangkan harga adalah by mass production, mcm syarikat tu buat la kot. rasenye dia amik je lauk kat kedai dia tu. the more the production volume, the cheaper the price that the consumer will get kn?

deflation. pernah ke terjadi? macam mustahil je...

Dr Azwan said...

Iwan : Hai.. free advertising nampak! kua kua... tak per tak per... semoga dapat banyak customer. Betul tuh... itu sebab di dlam artikel saya "sederhana atau di bawah paras sederhana", saya merasakan untuk mencapai pendapatan yang selesa ketika bersara adalah penting mempunyai reserve RM 1 juta di dalam simpanan, supaya keuntungan bulanan yang terhasil adalah lebih kurang RM 8k-10k sebulan, cukup untuk kita hidup dengan selesa ketika persaraan. Tidak perlu meminta-minta daripada orang atau pun anak sendiri. Itu adalah termasuk inflasi. InsyaAllah.

Ramzi : Restoran Taj tuh masa saya student ada satu kedai jer.. lepas Mydin bukak.. cawangan dia bertambah sampai siap bukak kedai Foto Taj.. dah diversify.. Kedai cendol sebelah mydin belakang Taj bukak lagi ker.. hmm.. nyam nyam..

Hindi Choti said...


Hindi sexy Kahaniya - हिन्दी सेक्सी कहानीयां

Chudai Kahaniya - चुदाई कहानियां

Hindi hot kahaniya - हिन्दी गरम कहानियां

Mast Kahaniya - मस्त कहानियाँ

Hindi Sex story - हिन्दी सेक्स कहानीयां


Nude Lady's Hot Photo, Nude Boobs And Open Pussy

Sexy Actress, Model (Bollywood, Hollywood)

Kisah Sukses said...

Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini YUSUF ISMAIL seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar IBU DARNA yg dari singapur tentan AKI RUSLAN SALEH yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dr hasil ritual/ghaib dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus dan menang RM.230.000 Ringgit ,kini saya kembali indon membeli rumah dan kereta walaupun sy Cuma pekerja kilang di selangor malaysia , sy sangat berterimakasih banyak kepada AKI RUSLAN SALEH dan jika anda ingin seperti saya silahkan Telefon AKI RUSLAN SALEH di 0812-43477455 Untuk yg di luar indon telefon di +62812-43477455, Atau KLIK DISINI 2D 3D 4D 5D 6D saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui AKI RUSLAN SALEH saya juga sudah bisa sesukses ini. Jadi kawan2 yg dalam kesusahan jg pernah putus asah, kalau sudah waktunya tuhan pasti kasi jalan asal anda mau berusaha, ini adalah kisah nyata dari seorang TKI, Untuk yg punya mustika bisa juga di kerjakan narik uang karna AKI Ruslan adalah guru spiritual terkenal di indonesia. Untuk yg punya rum terimakasih atas tumpangannya.

Related Posts with Thumbnails