Friday, September 7, 2007

KUIH RAYA UNTUK DIJUAL!!

Assalamualaikum....

UmmuSofeya Bakery ingin mengumumkan jualan kuih raya buat julung-julung kalinya pada tahun ini. Kuih Raya ini adalah campuran daripada "My Mom's Recipe" dan juga resipi Chef yang sangat terkenal di seluruh Kuala Lumpur yang namanya terpaksa saya rahsiakan untuk mengelakkan gangguan mental kepada Chef tersebut.

Jangan risau... tiada bahan-bahan terlarang yang boleh membuat anda ketagih kepada kuih raya kami ini. Jiakalaupun anda ketagih.. saya boleh beri jaminan, bukan kerana saya telah meletakkan bahan-bahan terlarang seperti kus-kus dan sbgnya.. tetapi ketagihan anda disebabkan oleh rasanya yang segar dan sedap...

Untuk permulaan, saya akan mengumumkan 6 kuih raya atau cookies yang dihasilkan fresh dari dapur UmmuSofeya Bakery yang bakal menjadi kegilaan anak-anak muda dan tua. Nasihat saya... Order cepat-cepat sebelum terlambat!
All time Favourite. Almond London buatan Malaysia. Harga RM 18 untuk 50 biji. RM 36 untuk 100 biji. Kacang Almond sebiji untuk setiap Almond London. Cuma... kacang Almond tu tak dibeli kat London... kat kedai belakang rumah jer... Kalau tak kena letak harga guna currency Pound Streling.
Satu lagi All time favourites... Tart Nenas. Gebu dan inti banyak. Harga pun sama RM 18 untuk 50 biji dan RM 36 untuk 100 biji. Anda kena cuba kuih tart nenas ini kerana kami telah mencipta resipi tart nenas yang boleh cair di mulut... hmm... macam M&M pulak la kan... Tahun depan kami akan mempelopori Tart Nenas bewarna-warni termasuk warna pink!


Chocolate Chips ini memang rangup. Kalau makan tak boleh berhenti. So, kena beli banyak sikit. Kalau anda biasa beli biskut Famous Amous kat shopping Complex.. well, ini sedap sikit la daripada itu... dan harganya cuma RM 18 untuk 50 biji dan RM 36 untuk 100 biji sahaja.



Memperkenalkan UmmuSofeya Chocolate Cornflake. Cornflake yang rangup dan disalut dengan coklat yang lazat. Harga pun sama RM 18 untuk 50 biji dan RM 36 untuk 100 biji. Ada colourful 100 and thousands... anak anda pasti menyukainya.

UmmuSofeya Chocolate Marble Cookies.

Anda pasti menyukainya. Walaupun sukar untuk membuatnya kerana menggunakan 2 jenis coklat yang berlainan dengan 3 adunan campuran, kami komited untuk membawakannya kepada anda dengan harga yang sangat berpatutan. RM 18 untuk 50 biji dan RM 36 untuk 100 biji.

Resipi kuih gunting UmmuSofeya dari Pekan, Pahang. (Gambar sampel 30 gram)

Percayakan anda, maklong saya berjaya menghabiskan kuih gunting ini dalam sekelip mata ketika sedang menonton drama Janji Diana!. Ya.. Campuran herba-herba istimewa daripada resipi asli Pekan, Pahang akan menawan deria rasa dan hati anda. Harganya RM 10 setiap 500 gram.


Proses kuih gunting istimewa UmmuSofeya Bakery ditimbang untuk dijadikan sampel.


Kuih Tart Nenas yang dimasukkan di dalam bekas plastik untuk diedarkan kepada pelanggan.


Kuih raya ini boleh ditempah melalui telefon ke Pn. Norazah 012-3198574 atau saya 012-9597074. Atau anda boleh hantarkan email ke abiteha@yahoo.com. Segala penghantaran di dalam kawasan Lembah Klang adalah percuma sekiranya pembelian melebihi 200 biji.

13 comments:

ummi zufayri said...

menarik ni...boleh dipertimbangkan.. :)

Dr Azwan said...

Takpe.. bab timbang menimbang biar saya yang buat... puan Order sahaja! :)

Raiyan said...

pergh....terliur tengok...
cantik saprah.

Dr Azwan said...

Saprah tuh apa agaknyer... ni tak paham orang perlis sorang nih.. Kata dah beli mixer.. bila nak start jual kuih raya?

Raiyan said...

saprah tu kain lapik meja lor...

mixer n oven dah beli. dok start gakla amik order.tapi buat tart nenas gulung aje.takdan letak dlm blog sebab buat sample serata org perlih dan kawan2 yg kenal aje.
nanti saya amik gambo mcm kuih doc yer.ilang pulak bateri digicam ni.aduss

pakdi said...

mcm mana biz kuih raya?

hepi ramadhan :)

Dr Azwan said...
This comment has been removed by the author.
Dr Azwan said...

Raiyan : Pergh.. buat sampel serata perlis tuh... banyak tuh... buat sorang2 ker dah ada pekerja? Taknak mengendeng kat Dato Sri Shahidan ka.. manalah tahu rumah terbuka tahun nih dia order kuih awak...

Pakdi : Wah 1st time jual kuih raya ni memang best... banyak la order. dah ada 100 balang kena siapkan by next week. Pakdi taknak beli kuih raya ko?

matniaga said...

Selamat Hari Raya dan Selamat buat kuih raya, Dr!

Dr Azwan said...

Matniaga : Selamat Hari Raya. Camne bisness sarang burung nih...

cyclonmaster said...

camane ko hantar kuih kalo di luar kawasan ni? Cam aku di sarawak. Camane ko hantar? Pos laju ke?

Norfarah Hayana said...

salam...
wow kuih raya yang nampak menarik...bole test tak?pastu taknak cr dealer ke?hehe klu rase2 nak...dan sy pun berminat ni...sila email sy farahnordin@gmail.com

ezza erisa said...

Kalu order bila penghnataran neh? Terasa mo mengunyah tart nenas neh..hehe

Related Posts with Thumbnails