Tuesday, September 18, 2007

Keloid dan Perawatannya

Assalamualaikum..

Dah lama tak tulis tentang artikel perubatan. Hari ini mari kita bercerita berkenaan dengan "Keloid". Apabila kita terluka sebagai contoh terkena pisau, kesan parut yang terbentuk adakalanya timbul tetapi lama kelamaan ia akan menjadi rata dan hilang. Adakalanya parut akan timbul, tidak mahu hilang tetapi kesan parut hanya berada pada kawasan yang terluka sahaja.

Keloid adalah luka parut yang hidup. Ia menjadi timbul, membesar dan akhirnya keluar dari sempadan luka yang lama. Kadangkala ia boleh menjadi begitu besar sehingga menyebabkan rasa sakit, gatal dan kurang selesa. Bukan itu sahaja, ia boleh menyebabkan tekanan perasaan dan perasaan rendah diri kerana secara kosmetik ia boleh mengubah fizikal seseorang. Namun, secara medikal, ia tidak mengundang bahaya kepada nyawa.

Keloid boleh terhasil daripada luka terbakar, luka hirisan, luka yang terkena kuman, chicken pox (cacar), tempat vaksinasi (di bahu - biasanya bekas BCG), jerawat, malah luka-luka kecil. Bagaimana keloid boleh terjadi agak misteri. Ini adalah kerana walaupun di badan seseorang yang sama, luka di tangan kanan boleh menjadi keloid sedangkan di tangan kiri tidak pula menjadi keloid. Walaupun begitu, secara saintifik, keloid terhasil daripada penghasilan tisu parut seperti kolagen yang berterusan dan berterusan tanpa henti.

Keloid boleh berlaku di dalam keluarga. Ibu dan ayah yang ada masalah keloid, biasanya anak-anak mereka juga ada. Di Barat, keloid berlaku di kalangan keturunan Afrika berbanding orang kulit putih. Begitu juga di Malaysia. Kebanyakan kaum India mempunyai kulit yang senang terkena keloid, kedua melayu dan ketiga kaum cina. Anggota badan yang senang terkena keloid apabila luka ialah dada, telinga, bahu, leher dan muka.

Keloid sangat sukar diubati. Sehingga kini, merawat keloid mengambil masa yang panjang dan berterusan. Malah ketika saya bertugas di pembedahan plastik, ada pesakit yang menerima rawatan sejak dia di bangku sekolah Menengah sehingga mula bekerja. Ada yang failnya menjadi tebal kerana kekerapan ulangan menerima rawatan.

Sekiranya ia masih lagi menjadi tisu parut yang kecil dan mula berkembang tetapi masih di dalam sempadan lukanya (hypertrophic scar), rawatan seperti urut (massage) dan silicon patch boleh digunakan. Urutan perlahan pada parut tersebut (sendiri urut la baaang), 3-4 kali sehari dalam 1/2 jam ke sejam setiap hari ketika menonton TV atau membaca surat khabar, boleh memberi kesan positif dalam masa 3-4 bulan. Parut menjadi lembut, rata dan kurang gatal.

Cara yang lain ialah menggunakan silikon patch. Ia biasanya digunakan di tempat-tempat yang sukar dicapai seperti di kawasan belakang dan punggung. Tetapi boleh juga digunakan di tempat-tempat yang terbuka.

Di Jabatan Pembedahan Plastik HKL, selain daripada bantuan nasihat, terdapat juga rawatan suntikan yang dipanggil Triamcinolone Acetonide atau Kenacort. Ia sejenis suntikan steroid yang digunakan untuk memberhentikan penghasilan kolagen di dalam tisu parut. Steroid ini akan disuntik ke dalam keloid, kemudian pesakit akan datang semula untuk menerima suntikan selama 6 kali (satu kitaran) setiap selang 4-6 minggu.

Pembedahan juga dilakukan mengikut kesesuaian. Adakalanya luka keloid tidak sesuai dibedah. (Anda lupa ke - keloid terhasil daripada luka termasuk luka bedah!).. Adakalanya keloid yang dibedah boleh menjelma semula (50%) - malah datang dengan pembalasan dendamnya! Ia boleh menjadi sebesar bola golf!

Oleh itu.... dengarlah nasihat doktor anda. Kalau dia kata tak boleh bedah.. tak boleh bedah lahhh... nak jugak bedah?... eeee... gerammnyaaa.. haaa..... sori lah.. angin pulak saya nih... bukan apa.. teringat masa jadi doktor kerajaan dulu... dah nasihatkan jangan bedah.. dia pergi carik doktor mana tah... bedah jugak.. bayar Ribu-Ribu... lepas tuh datang balik kat kita menyesal... benda tuh datang balik balas dendam... besar dan susah nak rawat... macam cerita jangan pandang belakang pulak.. ye dak..
Bukan apa, sebab jabatan plastik surgeri dealing dengan penyakit ini selalu jadi kami tahu serba-serbi banyak pasal penyakit ni... kebanyakan doktor di luar sana tidak berapa tahu sangat sebab jarang2 jumpa... nampak duit banyak... main bedah je lah.. sekarang, pesakit yang susah.

Selain itu ada modaliti perawatan lain macam laser, cryosurgery dan Radiation therapy! (Haaa.. silap-silap nak rawat keloid.. kena kanser pulak... ) yang saya pun tak tahu sangat. Canggih... tapi bak kata Prof Datuk Dr Ahmad Ridzwan Arshad (bekas Ketua Jabatan saya).. apa-apa kita buat pun.. gitulah rupanya... takde lah berkesan sangat pun... Tak pelah. Kita rawat sahaja, yang menyembuhkannya tu Allah. Doa lah banyak-banyak.

Wallahu A'lam.


47 comments:

liyanasuria said...

doc...nak tanya..sy ada amik suntikan steroid utk keloid..tiap2 bulan.last2, period tak menentu,setiap 15 hr, jerawat naik kat dagu.seme ni side effect ke...?huhuh.kesian sy ..baru kawin...nak pegnant pun takleh-peroid terabur

Anonymous said...

asslamualaikum..
doc,keloid tu ape??bahaya sangat ker??gambar kat telinga lelaki kulit gelap ke keloid??

zafranss said...

keloid kalu tak silap saya.. pertumbuhan parut yang extreme..say kita ada luka sebesar duit 5 sen, tp bila luka dah sembuh, parut membesar lebih dr saiz 5 sen,, tempat2 utk predileksi keloid ni biasanya di belakang telinga, bahu, belakang badan, dada.. ayah saya ada keloid kat dada dia .. besar buah duku adalah kot ..katanya doc yang merawat ayah saya tu, keloid takde bahaya yang significant, just masalah dr side estetika / kosmetik.. kadang2 dia boleh menimbulkan keadaan kurang selesa sebab gatal yang teramat sgt.. p/s : doc saya just nk kongsi pengalaman sebab ada ahli keluarga pernah alami n i find it out from medical books + internet..nyway, all da best doc azwan

kanzaki said...

salam doktor. Saya baru je dapat suntikan utk keloid ni 2 hari lepas utk keloid sebesar 1/2 cm dibahagian rahang saya. saya risau sbb keloid tu sekarang berwarne merah gelap dan nampak besar dari saiz asal (tapi x sakit atau rasa ape2). adakah ini normal? sbb rupenyer skang macam lagi besar dari asal dan saya takut ia x mengecil kembali. berapa lama perlu saya tunggu?

Dr Azwan said...

Keloid tak boleh hilang selepas 1 suntikan, ia mengambil masa 5-6 suntikan untuk mendapat kesannya. Itupun ada yang masih tidak berjaya. Itua dalah perkara biasa selepas suntikan.

matpiah said...

assalamualaikom doc...saya baru 3 bulan mengalami kebakaran 20% dibahagian muka dan kedua2 tangan.memang benar..keloid telah timbul dgn banyaknyer di tangan...adusss menyeksakan!!!hampir setiap mlm tak lena..kekadang lansung tk tidur.gatal...miang..terasa bahang bisa...walaupon telah dikurangkan dgn. tramadol 50mg dan juga ubat gatal (chlorpheniramin maleate 4mg)ia berdenyut...denyut...yuttt.Bila kah agaknyer dapat recover ni doc?..tk tahan dah nii!!

Anonymous said...

sye ada parut keloid kat lutut dan pinggang, hasil jatuh motor.masalahnye parut ni dah lama,tapi kadang2 ada rasa sakit menyucuk2 dan gatal.rasa nak cuba suntikan steroid tu,tapi nak tau kos dia kat hospital kerajaan,berapa yea?

Anonymous said...

assalamualaikum doc,
saya mempunyai masalah keloid di bahu (bekas suntikan BCG), dada dan belakang. saya tak kisah dengan kehodohan keloid2 tersebut. tetapi ianya amat gatal dan apabila digaru menyebabkan keloid lebih membesar; inilah yang sangat memberi tekanan kepada saya. jadi saya bercadang untuk mendapatkan rawatan suntikan steroid seperti yang doc sebutkan. tetapi, adakah rawatan steroid ini akan memberi kesan kepada proses konsepsi? kerana saya sedang mencuba untuk mengandung. takut pula jika disuntik dengan steroid akan memberi kesan negatif kepada kandugan atau menyebabkan saya tidak dapat mengandung. diharap doc dapat memberi pandangan. terima kasih.

Lina said...

Assalamualaikum doc..
Just nak kongsi pengalaman adenya keloid - di bahagian dada, lengan(akibat bcg) dan bahu. Byk tu.. mmg rasa tak selesa sbb kdg2 sakit berdenyut2 dan kdg2 gatal. Saya pernah guna silicon sheet tampal tp xde kesan. Pastu steroid injection..sakitnyaa mcm kulit melecur & rasa mcm disiat2. Kesannya parut bcg sy yg mcm lintah tu dah flat, tp kat dada parutnya mula2 flat lps tu naik balik, dan yg kat bahu tu membesar 2x ganda. Sy rasa serik buat injection w/pun dah 3x buat. Skrg ni saya cuma guna gel parut Mederma, nampak ada perubahan yg minimum (parut flat 10-20% je) maybe kena guna setahun lg kot. Td saya call laser clinic tanya cost rawatan laser, doc tu ckp 1 treatment cost around RM400 tp dia kata x brpa berkesan berbanding injection betul ke doc? Sy skrg ni rasa mcm nak try laser treatment la pulak sbb kurang sakitnya.

Anonymous said...

dr,
boleh tak dr tulis article berkenaan sejenis penyakit yg dinamakan 'carbuncle' atau yg biasa disebut sbg 'bisul raja'?

tq..

dino bravo

Shana said...

Dr. Azwan,

My litle daugther age 2 yrs, tersimbah air panas kat area dada & lengan. Sekarang luka semua dah sembuh cuma keloid tumbuh sekitar dada, bah & lengan.
Buat masa ni dia bwh treatment ngan HKL. Doktor pembedahan plastik HKL rujuk kes anak saya pd jurupulih cara kerja. So skang anak saya kena pakai Pressure Garment. Doc, sejauh mana keberkesanan pressure garment nie..?

Dr Azwan said...

Saya tak tahu kos suntikan di hospital sekarang. Saudara boleh telefon hospital dan bertanya di sana.

Tidak boleh suntik keloid menggunakan steroid ketika mengandung. Dikhuatiri mengganggu dan menyebabkan kecacatan bayi.

Lina : Jenis rawatan keloid ada banyak. So far keberkesanan adalah rendah. Injection kenacort inipun ada pakar berpendapat tidak berkesan. Apa pun silakan mencuba.

Shana : Pressure garment sangat penting untuk rawatan jangka panjang. Semasa saya di plastic surgery, anak2 yang mengalami masalah seperti anak puan, yang memakai pressure garment, parut yang timbul amat minimal dan sangat lembut. Ia juga mengelkkan dari contracture (atau jadi kerekot/ atau bengkok) berbanding sesiapa yang tidak mahu memakainya. Parut keras, timbul dan contracture mudah terjadi.

Apapun pressure garment memerlukan kesabaran ibu bapa kerana anak2 biasanya menangis kerana tidak mahu memakainya. JAdi ia adalah melibatkan kemahiran ibu bapa untuk memujuknya dengan cara2 mereka sendiri.

Oleh itu, sesiapa yang datang lagi 2 tahun dan berkata saya pakaikan perssure garment tetapi anak saya (yang berumur 2 tahun tu) tak suka... maka hasilnya pun anda "tak suka" juga la...

Shana said...

Terima kasih Dr. Azwan,

Alhamdulillah anak kecil saya itu setakat ini tiada masalah tuk memakai pressure garmentnya. Seperti yg dok. ckpkan ...kami kena pandai memujuknya. Hampir 2 bulan memakai pressure garment mmg ada perubahan +ve. Parut di sekitar dada & lengan semakin lembut & menipis. Tetapi di bahagian bahu semakin menebal.

Keloid juga tumbuh di bahagian tepi telinga & tepi pipi. Memandangkan bahagian tersebut sukar tu memakai pressure garment saya bercadang untuk menggunakan cica care di kawasan tersebut. Apa pendapat doktor, atau adakah cara lain untuk merawatnya. Saya pernah lakukan urutan tapi anak saya menangis dan meronta.

Sekiranya doktor kelapangan bolehlah lawati fotopages saya, dimana gambar ketika anak saya sakit, dan terkini ada saya masukkan.

Dr Azwan said...

Shana perlu berjumpa dengan pakar plastik untuk mendapatkan nasihat. Parut di telinga biasanya boleh dikurangkan dengan pemakaian sejenis klip di telinga, atau apa yang kami buat dahulu ialah merujuk kepada pakar orthodontist (saya tak brapa ingat) tapi mereka ini yang buat denture gigi. Mereka akan buat satu acuan khas untuk telinga yang boleh dipakai setiap hari seolah2 pressure garment juga. Apa pun, urutan perlahan2 menggunakan minyak zaitun setiap hari 15 minit 3 kali sehari juga boleh membantu melembutkan parut.
Untuk di bahu mungkin sesuai menggunakan ceca care tetapi kena berhati2 dengan alahan terhadap bahan silikon tersebut. Jika dah dewasa injection kenacort boleh dilakukan.
Wallahu Alam

Shana said...

Salam Dr. Azwan.

Mekasih sudi meringankan beban pikiran saya ni. Esok anak shana ada appoitnement ngan jurupulih tuk buat pressure garment baru. Keloid yg kat telinga tu... adalah di tepi telinga (masih bahagian muka lah). Kalo budak x leh buat eh doktor injection kenacort tu.
Saya ni x sampai hati tgk anak sya dlm keadaan mcmtu... rasanya semua ibu pun mcm tu kot.

Anonymous said...

assalamualaikum doc..
kt mane sy boleh mndapatkan plaster cica care tu?
lama dh cari tapi tak jumpa pn..

Anonymous said...

Salam Dr. Azwan,

Saya tak pasti samada ni keloid atau tak. Tapi saya ada parut di siku kiri akibat patah tangan. Dulu time baru2 lepas operate kesan bedah ni sangat gatal sampai saya garu sehinggakan timbul 1 parut. Parut ni makin lama makin besar. Tapi benda ni dah lama lbh krg 12 tahun so, sekarang ni dah tak rasa gatal lagi. Masalahnye, saya malu dengan parut ni... apakah cara yang terbaik untuk menghilangkannya? Adakah gunakan ubat atau plastic surgery? kalau ubat... ubat apa yang bagus?

Anonymous said...

-Intan-

Doc,sy mempunyai satu keloid di bahagian leher akibat accident.Sy menerima lebih kurang 100 jahitan di leher n telinga saya. Tp bhgian telinga sy xpulak trjadinya keloid. 2 tahun lepas,sy ade membuat suntikan shincot (xpasti ejaannye betul ke x..tp bunyinye mcm tu lar.. :-)) di bhgian leher sy dihospital swasta utk mendapatkan suntikan tu..first suntik,agak sakit..xley buka mulut..then after 4 suntikan agak ok...tp sampai skng keloid ni xilang2..n kekdg agak gatal n sakit. Sy ade memakai bio oil utk menghilangkan keloid berkenaan ttp,hasilnye ttp sama..masih xilang jgk..best treatment utk sy ape yerk? Thanks doc...!

Anonymous said...

ermm doc. sy ada beberapa parut keloid di bahu(bcg),dada dan blakang bdn. sumenye akibat dari chicken pox 13 tahon dulu. mcm usahe da saye wat la doc. injection, laser dan paling baru saye gune kri tretinon. dlm 2 minggu ni saye ade nmpak sket beza la. cmne pon saye nak tnye pendapat doc jgk, krim agak2 nyer betul2 berkesan ke???
saya risau la. rasa rendah diri sgt. especially ngn kwn2..

along19 said...

assalammualaikum doc. sy juga mmpunyai keloid kesan daripada exciden. apakah rawatan yg berkesan untuk menghilangkn keloid d muka kesan daripada jahitan?? keloid tersebut sepanjang 2cm, lebar 0.2cm. sejak ada keloid ne perasaan rendah diri sy makin meningkat. sy asyik mengurungkn diri sj d dalam rumah. adakah suntikan seteriod sesuai disuntik di keliod yg trdapat d muka?? adakah terdapat kesan sampingan jika seteriod disuntik d muka?? harap doc dpt membantu..

Anonymous said...

salam doc,
saya mengalami keloid ddisebabkan oleh kesan parut jerawat..kalaw x silap,saya menderita oleh penyakit keloid ini lebih kurang 4 tahun..penyakit keloid saya ini hanya terjadi di bahagian rahang pipi saya...oleh hal ini fikiran saya tergangu disebabkan oleh penyakit ini..sy telah mendapatkan rawatan di unit plastik hospital ipoh sehingga kini, langkah pertama doktor menyarankan saya menjalani pembedahan pembuangan keloid dan mengambil suntikan steroid setiap 6 minggu...sehingga kini saya telah mengambil kali suntikan dan hasilnya agak memuaskan..apa yang membuat saya musykil adalah dok mengatakan bahawa elaipun keloid sy ini sembuh,ia masih akan datang di masa depan..dan saya juga ingin mengetahui long-term effect kesan dr pengambilan steroid ke atas saya...

wassalam...
(alias)

Anonymous said...

salam...
apakah yang dimaksudkan dengan kri tretinon?????

Anonymous said...

salam doctor,,nak tanya sikit...arap jawab yer...sy ade parut...sejak kecil...parut terkena ekzos motor masa umo 4 tahun..skrg sudah umo 25tahun....mcm mana yer mahu hilangkan? laser treatment boleh ker?? hospital kerajaan boleh ker buat laser ni? klau boleh hospital mana?

Anonymous said...

Salam doc,
sy liza dari klang, sy ingin mendapatkan info tentang keliod nie, tunang sy mempunyai keliod di bahagian dada, kesian sy tengok dy.. bile sakit, tak bole nak buat ape2.. hari ni dye ade appointment dengan doc htar, doc ckap tak bole ilang, even operation dijalankan, ramai orang cakap makan daun pegaga elok, tapi buat mase nie dye belum cube lagi.. adakah penyakit ni penyakit keturunan, bab keluarga dye sume ade.. ape penyebab nye? cara terbaik mengatasi nye, bab sy tgk sekarang, keliod tue semakin membesar..

Anonymous said...

Salam buat smua, sy mengidap rasa sakit hampir 27 tahun, bukan setiap hari dia menyerang tetapi kalu dia kacau sampai tak tentu arah dibuatnya. Treatment steriod pun dh sy lakukn tp sempat buat dlm 4 kali ja sbnya lepas kena suntik sakitnya berminggu, x tahan boleh short otak dibuatnya. Selepas treatment, keloid tu ada juga surut tapi sakit masih ada, dan sekarang makin membengkak dan sakit. Keloid saya cuma dr suntikan bcg. Buat masa skrg saya betul2 perlukan ubat bagi hilangkn rasa sakit ni, sbnya sy x blh tumpukn perhatian pd keja dan keluarga, rasa mcm nk lari duduk sorang2. Kalu blh tlgla,

Hafazain said...

salam.. doc, saya mempunyai beberapa keloid. 3 biji bsar ckit la.. yg lain tu kecik2 mcm jerawat tp x mcm jerawat.. lebih krg 2 3 belas. kt belakang & dada.. kulit sya ni sensitif sgt.. ada beberapa org yg ckap la, da kna chicken pox, jd keloid pula.. (kawan2).. risau pula. sbb saya belum kena lg.. bingung.. cmna ek kalau da kena.. keloid tu akan tumbuh??

chinta_dyana8589 said...

salam doc..sy nk tanye, keloid ni boleh merebak ke kwsn lain x?? suami sy ade keloid yg agak besar di bhgian dada..sy risau la doc sbb nmpak cam teruk sgt..sy nk tau, ade x cara nk mencegahnya dari tumbuh???n klu bleh sy nk cari ubat yg mmg gerenti elok utk ilangkan keloid ni...bleh cdgkan?? atau maybe cara tradisional??

cheng said...

salam. anak saya dh setahun mengalami keloid akibat parut terkena air panas.saya nak tanya ada x pantang dr segi pemakanan utk penyakit keloid? chtnya: x blh mkn telur @ etc yang boleh menyebabkan rasa gata @ keloid membesar..tq

Nurul Fatihah said...

salam doc,

saya baru dpt tau semalam yg saya ada keloid (sebelum ni saya tak tau apa benda keras mcm jerawat bengkak berwarna hitam tumbuh di bahu kiri kanan, di dada depan dan juga di rahang pipi. selain dari injection, perawatan apakah yang boleh saya guna?? saya malu dengan suami yang sangka itu adalah jerawat yang dah mengeras. bagaimana untuk menghilangkannya??

Shahzan said...

salam doktor. tahun lepas saya sapu ubat pada leher dan belakang bahu saya untuk menghilangkan tahi lalat. selepas saya apply, saya dapat rasakan sense of burning kat kedua-dua kawasan tersebut. tahi lalat hilang, namun kawasan tersebut berair seketika dalam 2-3 hari. dalam lebih kurang 2 minggu, kulit sy membengkak,lalu menjadi round shape clump. adakah ianya juga dikategorikan sebagai keloid? saya ragu kerana ia tidak pernah gatal, dan tidak pernah membesar lg. ia konstant 1 cm sehingga kini.

Anonymous said...

Assalamualaikum....sy dah ada keloid nie sejak usia 12 tahun,kesan dr suntikan bcg. Kemudian 3 tahun lepas, sy kena chicken pox pd usia 24 tahun. Azabnya masyaallah...rasa nk mati pun ada..Dlm tempoh penyembuhan, tgn sy gatal gak usik bintik2 yg tumbuh. Ada yg sy kutil mcm kudis. Akibatnya bekas bintik2 chicken pox tue jd keloid. Byk gak. kt dada, paha dan muka.Dlm beberapa bulan lepas, sy alami alahan...kulit sy jd merah dan gatal2...terutama kt leher berdekatan dgn parut. Doktor bg ubat sapu. Setiap hari sy sapu kt bhgn yg gatal sehinggalah terkena pd keloid yg ada kt muka. Lama2 baru sy perasan sejak sy letak ubat sapu gatal tue,keloid yg ada di wajah sy makin mengecil dan nipis sampai skrg. Skrg sy dah x guna ubat sapu tue sbb alahan dah hilang tp keloid kt muka still mcm 2, kecik dan nipis. Tak membesar seperti biasanya...

Alang Shafirah said...

wah ubat apa tu??sy pun ade keloid sebesar duit 5 sen, rimas gak rasanya, kdg2 trfkir nk buang, da dua kali jmpa dktor, dua2 dktor ckp xyah buang, kalo suntik pun tkut mendtgkan kemudaratan pd dri sy cthnya prubahan perasaan, kesihatan dan sbgainya, jd sy biarkan cmtu je..ada kat dada, wrna merah jambu...geli jek tgk....kalo ade pape ubat utk keloid ni, inform2 la...nk gak hlgkan klo blh..

mOOn said...

Salam. Just nak berkongsi pengalaman.

Saya dah 2 kali buang keloid nie. Tahun 2008 dan 2010. Keloid kat telinga. Besar duit seposen. Parut tindik subang. Sampai sekarang menyesal tak kesudah kenapa la pergi tindik dah tahu telinga sensitif. Betul cakap Dr, nak kecutkan dia pergi inject Steroid kat hsopital.

Sebelum buang, saya inject sebulan sekali.. Ada kot dalam 6 kali inject, bila dah nampak kecut Dr saya cakap boleh buang. So operated la. Lepas dah buang kena datang hospital lagi untuk suntikan yang sama supaya tak naik lagi. Saya hanya pergi 3 kali saja kot tak silap, appoinment dng Dr lepas tu terus saya dah tak pergi, sebab syoq keloid dah hilah terus belagak tak nak pergi inject dah. Kesanya, lepas setahun, tempat parut tu tumbuh keloid lagi. Yuhuuuuuu. Padan mukaaa!!!!

Bila dah tumbuh mula la pergi cari Dr, kali nie saya pergi ke klinik swasta, dia nak buang tapi dengan bayaran rm2000. Aiyoyo. Dulu buang kat hospital kerajaan Rm15 jee, tapi take time la, kena tunggu smpai keloid tu betul betul kecut baru boleh buang, ambik masa dekat setahun jugak laa..

Last last saya pergi hospital Sg Buluh. Macam biasa Dr tak akan buang terus, dia akan bg injection sampai kecut. Dalam 5, 6 kali inject kecut la dia. So terus buang.. Lepas tu, macam biasa, bila telinga dah cantik, keloid dah hilang saya dah tak pergi hospital untuk ambil injection bagi tak naik lagi. Hasilnyaaaa, hari ini.. Tadaaaa!!! naik lagi!!! hahaha... Sukanya ada keliod..

miaa said...

@moon: waa.. scary laa dgr citer keloid awak tuu..

saye pun ade keloid jugak, tp nak tau lah, kalau kite biar je keloid nii die akan membesar xingat dnia k doc? takut laa camni.. da laa sye takut jmpe doc (TT)

doc, keloid ni xbahaya kan? die xboleh menyebabkan kanser kan?

Anonymous said...

salam doc,

sy pun ada keloid akibat dr minor operation utk buang lump kat breast. masuk tahun kedua lepas operation, keloid naik bertimpa2...skrg keloid tu dah sakit2 dan gatal. sy br jek refer kat hospital govt...tp lambat lak pggl appointment...bln 9 nanti. adoii lambat nyer.

cuma sy nak tanya doc, betul ker pesakit2 keloid ni mudah dijangkiti kanser?? dan pesakit keloid tidak boleh makan ikan haruan yg terkenal dlm merawat luka spt luka bersalin???

Anonymous said...

Salam doc,
Penah dengar Scarprin Gel tak? Ia khusus utk parut keloid, 100% silicone base product. Actly sejak thn lepas lg rancang nk beli tp kena direct online dr USA, mahal RM200 lebih termasuk kos pghntaran, tu yg terbantut. Tapi semalam sy dh jumpa ada org jual online dari Penang, COD hanya RM195, so terus la beli. Baru mencuba smlm dan pg td. So far xde rasa alergic. Harap doc dpt buat researh mengenai product ni.

Anonymous said...

Salam. Saya pun alami nasib yg sama. Keloids yg begitu serius di dada dan di bahagian rahang akibat jerawat yg teruk. Setelah menjalani suntikan steroids sejak 2003 yg amat menyakitkn selama 3 thn (sbln sekali), saya cuba rawatan laser. Tp tiada tindakbalas positif. So skrg saya cuba sapu krim dermatix. Dah sbln tp blm ada tnda2 nak sembuh. Any suggestion?

Anonymous said...

Salam..
saya pun ada keloid gara2 injection BCG mse darjah 6, adik saya pun sama. slalu rasa gatal2.. & brdenyut2,
& yg lawak nya.. bila tgk tv..
saya mintk tlg adik saya garu kan keloid, lps abes tu turn saya pulak garu dia punya keloid. haha saya xtau lah org lain mcm mana? ada atau tak pengalaman yg sama?
sebelum ni penah operate kasi buang, hmm..hampeh! naik balik keloid tu! buang duit jek
& lps tu kwn syorkan, utk rwatan injection. Rm50 sje sekali inject. hah yg tu ada kesan.
baru sekali inject, nmpk kecut da. cuma rsa sakit lps inject mcm kne bakar kulit tu. gila sakit ..sampai nangis2 saya dkt rumah menahan sakit. doc ada ckp utk buat tiap bln, maybe 6x mcm tu (mengikut saiz keloid).. saya pulak yg tak teruskan rawatan.. hasilnya .. tadaaa ....
keloid naik lg.. aduhai nasib.. nasib..

yoli sham said...

saya boleh menbantu anda untuk mengatasi masalah penyakit keloid dgn cara mengamalkan alkalete ia dapt mengurangkan bengkak dan masalah gatal dan sakit pm saya 0139402072 untum mencuba alkalete

fancy adora said...

Salam Dr Azwan,
saya ada masalah keloids di bahu akibat bcg....lepas tumbu satu di belakang dan bawah perut akibat cacar...tak besar sgt.....tapi sekarang ni yg buat saya risau sbb tumbug byk kat perut....tak tau apa yg trigger dia sampai tumbuh byk mcm tu.....Dr boleh tolong bagi cara2 pencegahan yg saya boleh amik supaya dpt slow down kan sikit pertumbuhan keloids tu...selau gatal mencucuk...saye letak minyak jerslin...alhamdulillah tak gatal.......rawatan mcm silicon tu klu cari di farmasi..ader ke atau kene cari di hospital

Anonymous said...

I get my keloid after bedah utk buang bisul raja kat dada. its weird sbb bntuk dia sekarang cm butterfly.huhu. But for me ia ttp ugly n annoying. urghhh.. kne buang sblm kawen, tkut husband geli nti.:-(

norsham said...

sy kena keloid sejak umo 7 tahun lagi..masa tu sy kena sbb ms dpt enjection drjh satu tumbuh mcm bcg gak la..pas2 kat telinga sbb slh msk subang dh jd ketumbuhan..satu lagi dpt ms kena chckn pox.so kire ade 3 tmpt la sy kena keloid tu..tp alhmdllh kat telinga doc sggest kan sy kena operate bg buang keloid tu tp alhmdllh keloid dh xtmbuh kat telinga lagi..keloid dekat pggng ms kena chckn pox pun sentiasa enjection almhmdllh die dh kecut sndri cuma ade tggl kesan yg xskit lagi..cuma keloid dekat lengan skt sntiasa ade kdg2 smpai nk nanges die puye berdnyut tu perhgg..tp setiap bulan sy akn fllwup kat hkl smpai la ump 14thun sy trs stop sbb sy xlrt sebulan skali kena enjection je.. so skrg bile terasa makin besar keloid dekat tgn ni baru la tergerak hati nk google..ingt xrami tau psl keloid ni.. ubat2 cam cica care sume tu sng ke nk dpt kat farmasi?? atau dpt kat kilinik2 jer..??

zilaaaaa said...

aslmkm
sy ingin bertanya, pesakit keloid ni boleh mengandung x?sbb lepas mengandung confirm akan ade luka..dan luka itu boleh menjadi keloid x?

Anonymous said...

Saya ada pengalaman ksluarga yg semua ada keloid. Bila bersalin,don wori..kalu bersalin normal xde koid pd kws vagina kita. Kuasa Allah.klu operate mmg ada parut kat perut.

Anonymous said...

Sy ingin kongsi pnglaman.sy pun ada keloid. Memg frust coz dia mkin besar. Sy cuba prubtan islam. Pernah dgr kan habbatussauda ubat bg sgala pnykit kcuali mati..so sy ambil alternative ni untuk gna minyk habbatussauda utk urut stiap mlm sblm tdo.. blih nmpk colour dia fade ke arah warna kulit asalnn nipis skit.tp..ia memg ambik masa lama..skrg pun half kiloid saya nipis skit..whatever pun...thats d only alternative yg x sakit n selamat.
Moga bermanfaat....

Anonymous said...

Sy ingin bertanya.... Sy ada keloid.. Parut keloid itu berada di saluran Kencing. Jadi bila Parut itu membesar, sy tidak dapat buang air kecil dgn sempurna.. Air Kencing akan keluar dgn perlahan. Setiap mgu sy perlu masuk kan tiub agar parut tu tak tumbuh dalam saluran kencing. Terjadi disebabkan luka semasa koma (pakai beg kencing). Adakah sebarang rawatan untuk hentikan parut keloid Dr tumbuh. Sy amat brharap jawapan nya kerana tlh mnghidapnya hampir 5thn.

rose said...

Salam doc..mcm mne nk krg kn gtal kt parut keloid?sy xthan asyik nk garu je ni...gatal pastu mcucuk2... keloid mmg dr family ek?sbb adik sy pon de jd...klu luka dia jd parut bsar mcm tu..klu kte garu tmpat yg gatal dia akn jd lg bsar ke?sy ade mslah ni dr darjah satu akibat dr parut cacar..sampai skrg umur sy 28..skrg makin mbesar n pnjg...sy ingt nk operate tp tkut lak bla doc ckp mgkn jd lg bsar....sy xtahu nk bt mcm mne ni...malu pon ade sbb parut smakin mbesar dkat bahu n paha..byak lak tu parut sampai 6 parut kt badan sy...

Related Posts with Thumbnails