Presiden Venezuela, Hugo Chaves yang lantang mengkritik Presiden Amerika Syarikat pernah membuat kenyataan baru-baru ini iaitu sekiranya Amerika Syarikat menyerang Iran, yang merupakan sekutu kepada Venezuela, harga setong minyak dunia boleh meningkat kepada USD $200 setong.
Itu adalah senario yang menakutkan sekiranya ia benar-benar berlaku. Berapa agaknya harga seliter petrol di Malaysia ketika itu. Usah ditunggu saat itu, ketika ini pun kita sudah risau dengan cerita minyak naik harga mulai tahun hadapan.
Untuk mengurangkan kerisauan yang bersarang di hati anda, saya ingin berkongsi beberapa tips penting yang saya petik daripada buku "The Money Book - A CAP Guide to Managing Your Money & More" terbitan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP). Ia adalah sebuah buku berbahasa inggeris yang anda "mesti beli" pada pandangan saya, kerana kepentingan isu-isu yang berkaitan dengan belanjawan diri dan keluarga berdasarkan situasi tempatan.
"MEMANDU UNTUK BERJIMAT"
Dengan memerhatikan tatacara di bawah anda akan dapati bahawa ia akan mengurangkan 30% hingga 50% penggunaan minyak kereta anda.
PEMANASAN ENJIN SELAMA 30 SAAT
- Panaskan enjin selama 30 saat sahaja. Enjin kereta panas lebih berkesan semasa kereta bergerak.
- Memanaskan enjin lebih 30 saat bukan sahaja membazir minyak tetapi boleh merosakkan enjin kerana pelinciran enjin lebih berkesan ketika kereta bergerak. (Kepada yang tak bersetuju... ni CAP yang bagitahu)
ELAKKAN MEMULAKAN PERJALANAN DENGAN KASAR
- Tekan minyak perlahan-perlahan ketika memulakan perjalanan.
PANDU DENGAN KELAJUAN SEDERHANA
- Tekan pedal minyak dengan lembut (lembut seumpama ditekan bulu ayam.. CAP yang tulis camtu)
- Memandu di bawah halaju perjalanan lebih menjimatkan minyak daripada memandu laju.
- Cuba kekalkan halaju kereta lebih daripada 35 km/jam
- Langkah gear dari gear 1 terus ke gear 3 atau 4 ketika kereta menuruni bukit atau melalui jalan rata.
- Tukar gear secepat mungkin ketika menaiki bukit.
- Apabila memandu secara automatik, tingkatkan halaju anda dengan segera
- Jangan andaikan bahawa anda perlu memandu di lebuhraya sahaja untuk menggunakan gear 5. Seboleh-bolehnya pandu dengan gear 5 di mana sahaja walaupun berada di dalam jalan yang kecil.
CARA MENAIKI BUKIT
- Memandu menaiki bukit lebih menggunakan minyak.
- Tingkat kelajuan sebelum menghampiri kawasan bukit.
- Momentum yang terbina hasil daripada kelajuan tadi memudahkan pendakian. Tidak perlu menekan pedal minyak terlalu kuat yang boleh menyebabkan pembaziran.
JAGA TEKANAN TAYAR
- Tayar yang tidak cukup angin menyebabkan penggunaan minyak yang banyak. Bukan itu sahaja ia boleh merosakkan tayar dan brek.
- Tayar yang mempunyai tekanan angin terlalu tinggi juga boleh merosakkan bunga tayar.
PILIH JALAN YANG SESUAI
- Jalan yang sesak, kerap berhenti boleh membuang masa dan minyak.
- Pilih jalan yang jauh sedikit, rata dan cantik daripada dekat tetapi berbukit, kasar dan sibuk.
- Cuba pilih tempat parking kereta anda paling hampir dengan pintu masuk bangunan yang ingin dituju.
Jalan raya yang kasar, berlubang-lubang dan tidak sekata menambah penggunaan minyak sebanyak 30%.
ANGGAR SITUASI PERJALANAN
- Cuba jarak kenderaan anda sekurang-kurangnya 2-3 kereta supaya anda tidak perlu kerap berhenti sekiranya kereta depan menekan brek.
- Brek secara kerap menyebabkan kereta menjadi perlahan. Minyak lebih banyak digunakan untuk memulakan kembali perjalanan.
- Minyak digunakan 6x lebih banyak untuk memulakan perjalan semula selepas kereta berhenti betul (keadaan pegun) daripada menekan minyak daripada kereta yang masih bergerak perlahan.
ELAKKAN MENUNGGU
- Sekiranya anda terpaksa menunggu seseorang di dalam kereta, matikan enjin.
- Lebih murah untuk menghidupkan semula enjin daripada menunggu 1 minit di dalam kenderaan dengan enjin yang masih hidup.
ELAKKAN RINTANGAN ANGIN
- Kereta yang dicipta dengan aero dinamik lebih lancar dan kurang rintangan angin. Oleh sebab itu ia lebih jimat.
- Untuk mengurangkan rintangan angin, sentiasa memandu dengan menutup tingkap sekiranya halaju melebihi 60 km/jam.
- Jangan membawa barangan terlalu berat. Berat melebihi 45 kg akan menggunakan minyak 1% lebih daripada biasa.
P/s Pssst... saya ada baca satu tips daripada surat khabar... Ia tulis.. kalau nak kurangkan penggunaan minyak.. selalu-selalu lah langgar lampu merah.. hehe :) .. Bukan saya cakap yer.. surat khabar tuh yang tulis... :)
7 comments:
baguslah tips ni. banyak amalan salah yang saya lakukan . tq :)
P/s Pssst... saya ada baca satu tips daripada surat khabar... Ia tulis.. kalau nak kurangkan penggunaan minyak.. selalu-selalu lah langgar lampu merah <<--- tang ni yg wat saya tepuk tangan gumbira ni.. muakakakakak!!
acik : yelah.. manalah kita sedar kan...
DeHeart : Eh betul laaa!!! gelak pulak! :O
salam dr azwan,
bagus tip ni...
semua tu kesilapan yang selalu pemandu buat tanpa disedari dan disedari...hehehe
De_kerinchi : yang mana satu.. yang bab tak langgar lampu merah ke? hehe..
btol ke hanya perlu panaskan enjin 30 saat sahaja??
Harap kerajaan boleh mengurangkan harga minyak sebab sekarang harga minyak dunia dah jatuh banyak tetapi minyak di negara kita masih sangat mahal.
Post a Comment