Monday, November 26, 2007

HYDROQUINONE - Mengapa Diharamkan?

Assalamualaikum Warahmatullah...

Pada 21 November yang lepas, keluar berita pembatalan pendaftaran untuk produk Syarikat Sendayu Tinggi iaitu sabun berjenama Cool and Lightening kerana mempunyai sejenis racun yang dipanggil Hydroquinone. Di sini saya sertakan sedikit potongan artikel berkenaan tentang pengharaman tersebut yang disiarkan oleh Utusan Malaysia:-

KUALA LUMPUR 21 Nov. – Produk kosmetik jenama Cool and Lightening Soap keluaran Sendayu Tinggi Body dan Skincare (M) Sdn. Bhd. adalah antara barangan yang dibatalkan pendaftarannya oleh Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) Kementerian Kesihatan.

Produk itu dikesan mengandungi racun berjadual hydroquinone yang boleh menyebabkan pigmentasi dan risiko kanser kulit. PBKD dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini memberitahu, bahan itu juga boleh mendatangkan kesan sampingan seperti kemerahan dan perubahan warna kulit selain kulit menjadi terlalu sensitif.

Sebelum daripada peristiwa di atas iaitu pada tahun 2000, Syarikat Nouvelle Beauty Centre juga telah didapati melakukan kesalahan yang sama oleh Kementerian Kesihatan. Dua daripada tiga barangan kosmetik mereka iaitu Night cream dan Peeling cream telah didapati mengandungi bahan beracun hydroquinone.

Apapun ramai selebriti menggunakan hydroquinone. Salah seorang selebriti terkenal di dunia yang dikatakan menggunakan Hydroquinone ialah Michael Jackson.

Sebelum kita pergi lebih jauh, apakata kita mendalami serba ringkas tentang warna kulit.

BAGAIMANA WARNA KULIT TERHASIL?

Secara normal fisiologi, warna kulit berasal daripada melanin yang merupakan pigmen berwana coklat kegelapan. Melanin dihasilkan daripada melanocytes yang terletak di bawah kulit. Selain daripada kulit, ia juga menjadikan rambut berwarna gelap. Cahaya matahari menjadikan lebih banyak melanin dihasilkan di dalam kulit menyebabkan kulit menjadi semakin gelap (tanned) ketika lama berjemur di bawah cahaya matahari.

Melanin sangat penting kepada kulit kerana ia bertindak sebagai pelindung cahaya matahari. Melanin melindungi cahaya Ultraviolet yang merbahaya daripada menembusi lapisan dalam kulit.


APAKAH ITU HYDROQUINONE?

Hydroquinone ualah sejenis persediaan bahan kimia yang boleh didapati di dalam kosmetik. Penggunaan hydroquinone adalah untuk membunuh melanocytes, sejenis sel yang bertindak menghasilkan melanin. Untuk itu kulit akan kelihatan cerah dan semakin putih.

Di Malaysia terdapat 2 jenis Hydroquinone yang dibenarkan oleh Kementerian Kesihatan iaitu Hydroquinone 2% dan Hydroquinone 4%. Peratusan (2% atau 4%) adalah merujuk kepada kandungan hydroquinone di dalam persediaan itu. Adakalanya peratusan hydroquinone boleh mencapai sehingga 10%.

Mengikut sumber Pusat Racun Negara, syarikat kosmetik hanya dibenarkan menggunakan hydroquinone 2% sahaja. Untuk hydroquinone 4%, ia boleh digunakan dengan arahan atau preskripsi daripada doktor. Pakar kecantikan juga tidak dibenarkan menggunakan hydroquinone 4%.

BAGAIMANA HYDROQUINONE DIGUNAKAN?

Cuma Hydroquinone topikal atau jenis sapu di kulit adalah persediaan yang dibenarkan di Malaysia. Pada kebiasaanya ia disapu pada kulit 2 kali sehari iaitu pada waktu pagi dan sebelum tidur.

Ia tidak boleh digunakan berhampiran mulut atau mata. Ia juga tidak boleh digunakan pada kesan terbakar cahaya matahari (sun burn) ataupun di tempat luka.

Kesan perubahan boleh dilihat di dalam masa 4- 6 minggu. Ketika menggunakan hydroquinone, kulit akan menjadi sensitif dan cahaya matahari hendaklah dielakkan.

Kesan pencerahan hydroquinone bertahan hanya selama 4-6 bulan dan tidak berkekalan. Oleh itu, penggunaan krim haruslah berterusan.

Sekiranya tiada kesan selepas 3 bulan, aplikasi hydroquinone perlu diberhentikan.


MENGAPA HYDROQUINONE BOLEH MEMBAHAYAKAN KESIHATAN?

Pada tahun 2006, FDA (Food and Drug Association) di Amerika telah mencadangkan untuk mengharamkan penjualan hydroquinone 2% kepada orang ramai tanpa kebenaran doktor. Ini bermakna hanya doktor sahaja yang boleh meluluskan penggunaan hydroquinone walaupun dengan kekuatan 2%. Walaupun ia masih di dalam cadangan, tetapi ini menunjukkan bahan ini boleh mendatangkan bahaya dan tidak sesuai dijual tanpa preskripsi.

Jika digunakan sedikit, antara kesan sampingannya ialah kesan terbakar dan merah pada tempat yang disapu. Adakalanya kulit tersebut menjadi lebih gelap dari sebelumnya sebelum ia lama kelamaan berkurangan.

Kesan allergi kepada hydroquinone juga telah dilihat kepada si pemakai. Allergic contact dermatitis adalah alahan kulit apabila terkena ubat ini. (lihat gambar sebelah)

Ochronosis adalah satu penyakit kulit yang jarang-jarang berlaku ketika menggunakan hydroquinone. Ia menyebabkan kulit menjadi tebal dan hitam di tempat kulit terdedah kepada bahan itu. Ia biasanya berlaku kepada orang kulit hitam.

Walaupun tiada data yang lengkap kepada manusia, eksperimen kepada binatang menunjukkan kaitan di antara hydroquinone dengan kanser kulit. Ada juga hypothesis (belum dibuktikan) yang mengaitkan bahan ini dengan kanser leukemia. Ini adalah kerana hydroquinone adalah hasil metabolite daripada penguraian benzene, sejenis penyebab kanser.

Penggunaan hydroquinone oleh ibu mengandung dan yang sedang menyusu harus dielakkan kerana tidak ada kajian khusus telah dijalankan.

APA PENDAPAT ANDA?

Mungkin anda ingin menilai semula penggunaan hydroquinone di wajah anda setelah segala fakta ini dibentangkan. Sekiranya hydroquinone hanya dibenarkan pengambilan secara preskripsi, ia adalah satu langkah yang wajar. Ini kerana kebaikan pengambilannya jauh lebih ringan berbanding dengan keburukannya.

Wallahu A'lam.




31 comments:

Anonymous said...

tq doc, good info... :)

Anonymous said...

oh begitu rupanya.. bagaimana pula dgn pemutih deodorant nivea? utk ibu mengandung adakah berbahaya?

Dr Azwan said...

Kumb@ng : terima kasih

anonymous : Hmm.. saya tak pasti lah... kena tengok ingredient dulu. Problemnya kadang2 dia tulis hydroquinone 2% tapi yang sebenarnya dalam kandungan isinya tu berlebihan... tapi nivea tuh tak pasti

Anonymous said...

salaam, am i right to assume that benzene causes cancer too? hmmm so please tell what can i spread on my skin that is not hazardous to my body ???

Dr Azwan said...

Yup. Hydroquinone also known as benzene-1,4-diol similar aromatic ring structure with phenol, another derivative of benzene. So benzene plays a big part in gasoline. It is a known carcinogens for Leukimia. For your body... U can try minyak zaitun haha... boleh di sapu sambil dimakan.. ekeke :)

Anonymous said...

Assalamualaikum Dr.

Boleh sy copy topik yg Dr. tulis?..kebanyakanya menarik...untuk panduan bersama.

Dr Azwan said...

Boleh :). Tapi sebab kebanyakan artikel ini 70% adalah hasil tulisan saya sendiri. Kalau boleh diarlah hakcipta terpelihara ye dan ditulis sumbernya. Lagi baik tolong promo kawan2 datang blog ni :) ok.

Anonymous said...

Dr,

Thanks for sharing.
Terlalu byk sgt produk skrg ni sampai xtau yg mana OK yg mana KO.

Anonymous said...

ello... nak tumpang tanyalah Doc...ada tak apa apa ubat yg bagus utk hilangkan parut2 kudis disamping mencantikkan kulit..especially kulit kaki...
biar mahal pun takpe, janji berkesan..

Dr Azwan said...

ibu_sufi : memang betul Kena pilih betul2. Kalau salah pilih...

Otai : Mungkin vitamin E cream dapat membantu. Atau makan vitamin c setiap hari boleh mencantikkan kulit. Salah satu cara lain, jumpa doktor untuk rawatan hydroquinone.

mryms said...

Doc, sy ada pakai krim kunyit dari thailand, botol dia kecik jer, warna putih dan merah. harga 4.90. merbahaya ker?

Saat said...

Penggunaan hydroquinone dalam kosmetik pencerah kulit mungkin setinggi 95% (berdasarkan jenama); maksud saya bukan 95% hydroquinone, tapi 95% produk pencerah. Separuh dari produk tersebut mendakwa ia adalah natural product, setengah lagi tak declare manakala terlalu banyak yang false declare. Unit penguatkuasa farmasi KKM sentiasa membuat rampasan malah serbuat kepada premis dan penjual (termasuk farmasi) dalam usaha mengawal penggunaan hydroquinone pada kosmetik. Hampir 80% dari rampasan yang dibuat adalah positif mengandungi bahan tersebut manakala majoriti yang positif mengandungi lebih 4% hydroquinone.

Di kalangan bahan kosmetik yang dijual di tepi jalan atau pasar malam, hydroquinone boleh ditemui pada produk berjenama terkenal yang diciplak (produk palsu).

Analisis bagi bahan ini biasanya dijalankan dengan menggunakan kaedah UV spectroscopy. Amat mudah tapi berkesan. Biasanya hydroquinone yang dikesan bukan pada paras ambang - tak perlu buat analisis mendalam pun dah mampu membuktikan kandungan hydroquinone yang tinggi.

Itu semua sikit fakta saintifik yang boleh saya kongsikan, tapi saya tak berapa suka menggunakannya. Saya lebih suka menggunakan cara simple untuk melihat perkara ini - tak ok ke apa yang Allah beri kepada kita? Kulit saya coklat tak ada kuning langsung. Nak kata putih jauh sekali. Alhamdulillah saya bersyukur. Isteri saya kulitnya putih sikit. Alhamdulilah dia boleh terima saya jugak (hehe). Jadi kepada 'sipemburu kulit putih' saya nak tanya, nak buat apa kulit tu sebenarnya?

Unknown said...

assalamualaikum dr.
saya mempunyai masalah kulit berjerawat, setelah mencuba banyak produk kosmetik dan akhirnya tiada kesan yang diharapkan saya beralih utk membuat rawatan dari pakar kulit.
saya diberi ubat roccutane dan set pencuci beserta krim muka. soalan saya.
Apakah kesan pil roccutaine?adakah ia merbahaya? kerana pengambilannya memerlukan nasihat dari doktor sahaja.
soalan kedua saya, setelah memakai krim yang diberikan dr pakar, saya dapati kulit saya kemerahan dan doktor tersebut menasihatkan saya agar tidak terdedah kepada matahari.. pada pendapat saya dr tersebut juga menggunakan produk yang mengandungi hidrokuinon. tiadakah ubat yang dapat memulihkan tanpa penggunaan hidroquinon?

terima kasih doktor

Nurnilam Sari said...

mohon share info ini....

erintzeone said...

mohon juga mao sharing ye doc..

Anonymous said...

Salam..... saya seorang pelajar dan m'hdp mslh resdung klt &muka yg b'jerawat.sya t'pengaruh dgn rmai kwn yg m'ggunakan produk maxi-peel kluarn dr pilipina yg tiada klulusn dr kmentrian kshtan mlaysia yg m'ngandungi hydroquinone 4%,kwn2 saya mndpt hsil yg bgitu baik stelah mggnaknnya.sy turut truja untk mggnaknya ttp sy xykin dgn mslh resdg n kulit mka sya.apkh pendpat doc ttg mslh sya?adakah produk ini sesuai untk sya atau tdk..tq..

Anonymous said...

sya pon dh guna produk maxi-peel ni. mmg berkesan kulit jadi putih n licin.parut jerawat pon ilang n jerawat dah x timbul dah..nak tinggal produk ni saynag sebab produk lain yg saya dh guna x ada tindak balas pon, kompius.. ~

Anonymous said...

salam.. sy pun mgalami masalah jerawat.. dah byk produk sy try semua xberhasil.. tp bila try produk maxi peel ok la pulak.. tp rupanya produk maxi peel ni ada yg PALSU dan ASLI... yg asli dpt kelulusan KKM. Sy pun keliru samaada produk ni mmg merbahaya atau tak?????

Anonymous said...

salam dr..
saya juga salah seorg pngguna produk maxi peel..mmg kesannye sgt elok dgn kulit sy..dan jerawat2 juga makin kurang...sbnrnye produk ni boleh digunakan atau tidak??

the gojess mummy said...

Salam doc. Sy baru terbaca blog ni. Tp sy rase mnyesal krana telah tlnjur mgunakn produk yg mngndungi hydroquinone ni. Skrg adlh hari yg ke 10. ksan mmg amt mnyakikan dan sy rase pnuh pndritaan.tp utk hr ni sakit dah bkurang.tp msey ade pgelupasan dan pnegangan.adkh sy ptot benti mgunknnya???

the gojess mummy said...

Sy pon tgh guna ni.sakit sgt.bila kesan dy pulih spenuhnya?

Anonymous said...

ooo...bukan ke hydroqinone digunakan untuk org yg ade hyperpigmentation ke?? so hydroquinone should be depigmenting agent..

Anonymous said...

thanks doc for your info,

just to share, sebenarnya wanita carik produk pemutihan bkan utk bleaching tapi nak buang kulit mati, and tak dinafikan most products letak depigmentation agent like hydroquinone etc, and claim letak sikit tapi dosagenya sebenarnya lebih daripada yg dibenarkan oleh KKM.

sangat berharap if doc boleh buat one article, khusus on max peel sebab dah banyak yang terkena.

Anonymous said...

Dok. Sy ada masalah hitam di celah peha yg sangat ketara .kulit sy ni kuning langsat kehitaman tu terlalu ketara . Boleh ke sy cuba pakai cream alonex mempunyai 2% hydroquinone ?

Anonymous said...

I thought michael jackson used monobenzone, not hydroquinone. Monobenzone is more hazardous.

Firdz Herb N Beauty Sdn. Bhd. said...

Saya sekarang tengah guna produk maxi pee,day cream n toner, hari ni hari ke 4,,,memang pedih gila,muka jadi merah mcm kena api,mengelupas gila buleh tarik kulit sekeping2,,mcm mana nak terus kan ka nak stop trus?

Anonymous said...

Assalamualaikum Dr,
Bagaimana pulak dengan patient yang ada vitiligo? Macam situasi sy ni dah 95% depigmentation di sbbkan vitiligo. sekarang ni dekat muka belum depigment sepenuhnye. sy ade pergi ke dermatologist, dia ade suggest Monobenzone yg mn mengandungi hydroquinone 20%,40%,60%. Jadi patutkah vitiligo patient guna cream ni memandangkan sy sgt depress dengan keadaan sy yg mana tiap2 hari kene makeup.

Tolong advice Dr.

BATINI IDRIS said...

Assalamualaikum Dr,

Walaupun tulisan doktor ini di terbitkan pada tahun 2007 ianya sangat berguna kepada pengguna produk kecantikan khususnya. saya merupakan salah seorang yang mengikuti tulisan Dr di blog ini. Saya amat tertarik dengan tulisan berkenaan dengan Hidrokuinon mungkin kerana bersesuaian dengan bidang saya. Artikel ini menjadi bahan rujukan saya untuk handout kepada lebih 150orang perunding kecantikan di Malaysia khususnya. Walaubagaimana pun saya berminat untuk mengetahui lebih lanjut, Izinkan saya dapat berhubung dengan Dr, melalui email/phone pun boleh. Saya sedang meneliti bahan-bahan untuk handbook bagi perunding kecantikan. Saya harap Dr. Azwan dapat membantu.

wannurbatini@gmail.com
0148407005

Unknown said...

Saya pakek 2 Minggu apa harus di per hentikan juga saya takut ? Apa masih bisa di hentikan dan ganti ke

Anonymous said...

Doc nak tanye, produk mane yg available di Malaysia yang mengandungi HYDROQUINONE? Trimas

Unknown said...

Doc .... I have vitiligo ... and want to remove the3 dark patches especially on my face and arms .... very very grateful if u can recommend a product and solve this problem .... Thanks ... Harry

Related Posts with Thumbnails