Wednesday, November 14, 2007

NEONATAL JAUNDICE DAN PERAWATANNYA



Assalamualaikum Warahmatullah...

Ramai minta saya menulis artikel tentang bayi kuning atau Neonatal jaundice. Meletihkan sebenarnya menulis artikel perubatan ni sebab kena banyak berfikir, membaca semula dan membuat rujukan. Apa pun, kehadiran anda ke blog ini setiap hari membuatkan semua ini sangat-sangat berbaloi dan amat saya sanjungi. Terima kasih di atas sokongan anda. InsyaAllah akan ada artikel perubatan setiap sekali seminggu atau sekali selang dua minggu.


Pada kebiasaannya, kebanyakan bayi baru lahir dibawa ke klinik kerana penyakit kuning. Neonatal jaundice atau bayi kuning boleh mencecah sehingga 60% kelahiran. Bermakna setiap 6 orang bayi yang lahir akan menjadi kuning di dalam setiap 10 kelahiran. Dan pada kebiasaannya bayi ini menjadi kuning pada hari ke 3 selepas lahir dan semakin hilang selepas beberapa hari.



APA ITU JAUNDICE (KUNING)?
Jaundice berasal dari perkatan Perancis "jaune" yang bermakna kuning. Sel darah merah manusia yang terurai (kerana mati) menghasilkan partikel yang dipanggil bilirubin. Bilirubin ini adalah tidak larut air dan akan dihantar ke hati untuk diubah kepada menjadi larut air.

Setelah itu sebahagiannya akan dikeluarkan menjadi air kencing (Ya... sekarang anda tahu kenapa air kencing anda berwarna KUNING!!).. Sebahagiannya pula akan dibuang melaui najis melalui saluran hempedu (Ya.. sekali lagi anda sudah tahu apa fungsi hempedu dan kenapa najis anda bewarna coklat-keKUNING-kuningan!!)..


MENGAPA KEBANYAKAN BAYI MENGALAMI KEKUNINGAN?


Perkara ini seolah-olah misteri kepada kita. Kenapa kebanyakan bayi ini kuning? Ada 2 sebab utama.


1. Sel darah merah bayi (Fetal Hemoglobin)
Kajian menunjukkan sel darah merah bayi adalah berbeza dengan sel darah merah orang dewasa. Ia mudah terurai dan jangka masa hayatnya adalah pendek. Bilangannya juga berlebihan daripada biasa. Oleh itu, penguraian sel darah bayi yang tinggi menyebabkan kadar bilirubin yang meningkat pada hari ke 3.

2. Hati bayi
Hati bayi yang belum cukup matang juga menyukarkan proses penukaran bilirubin tak larut air kepada bilirubin yang larut air. Bayi pra-matang lebih cenderung terkena kuning sebanyak 80% daripada bayi lahir cukup bulan.

Ini dipanggil kekuningan secara fisiologi atau normal. Oleh itu, tidak hairanlah ramai bayi yang terkena kuning selepas 3 hari kelahiran.


APAKAH PENYEBAB LAIN JAUNDICE?

Ada banyak sebab-sebab lain untuk bayi baru lahir kuning. Sekiranya kekuningan datang terlalu awal contohnya hari pertama kelahiran, ini mungkin disebabkan oleh tersumbatnya pundi hempedu akibat kecacatan lahir (i.e biliary atresia).

Antara penyebab lain :-
  • Trauma di kepala disebabkan oleh kelahiran secara forceps atau vaccum
  • Jangkitan kuman di dalam darah (sepsis)
  • Jangkitan virus seperti Rubella atau Toxoplasma
  • Masalah Tidak Serasi dengan darah ibu (Coombs Positive)
  • Masalah dengan enzim darah merah (G6PD)
  • Hormon thyroid yang rendah (Hypothyroidism)
  • Masalah hati dan hempedu (biliary atresia, Dubin Johnson)
  • Jaundice disebabkan oleh susu ibu (setelah semua penyebab di atas telah dikenalpasti negatif)


ADAKAH JAUNDICE MERBAHAYA?

Sangat bahaya! Serum bilirubin yang berlebihan menyebabkan kernicterus. Ia adalah satu fenomena dimana bilirubin yang tidak larut tadi menembusi lapisan otak bayi yang kurang matang. Autopsi menunjukkan otak bayi yang meninggal dunia disebabkan kernicterus berwarna kuning!

Kernicterus dikaitkan dengan kadar kematian yang tinggi. Sekiranya selamat pun akan menyebabkan bayi menjadi lumpuh, pekak atau buta. Ketika di Institut Paediatrik, HKL, saya sendiri pernah melihat bayi dari satu keluarga cina mengalami sawan kerana kernicterus. Datang selepas 1 minggu kuning. Menakutkan...



APAKAH PERAWATAN UNTUK BAYI KUNING?

1. Phototherapy (Terapi lampu)



Phototherapy adalah kaedah yang paling berkesan abad ini untuk mengurangkan kekuningan bayi. Ia adalah sumber cahaya biru dengan jarak gelombang (wavelength) kira-kira 450 nm. Dengan kaedah ini, bilirubin merbahaya ditukarkan kepada bilirubin larut air untuk dinyahkan daripada badan.

Cara menggunakan phototherapy dengan berkesan :-

  • Letakkan sumber cahaya kira-kira 35 cm - 50 cm daripada bayi

  • Buka semua baju bayi kecuali lampin
  • Tutup matanya
  • Lampu dibuka setiap masa 24 jam kecuali ketika mandi, minum susu, menukar lampin dan mengambil darah
  • Alih posisi bayi setiap 2-3 jam
  • Ada kajian menunjukkan terapi lampu boleh menyebabkan bayi kekurangan air maka memasukkan air melalui salur darah adalah satu kemestian.
  • Paras bilirubin hanya hanya boleh disukat dengan pemeriksaan darah sahaja kerana pemerhatian visual tidak tepat.
  • Risiko untuk peningkatan mendadak semula (rebound effect) boleh berlaku setelah rawatan lampu diberhentikan.

2. Exchange Transfusion (ET)

ET dilakukan sekiranya rawatan lampu tidak berjaya mengurangkan paras bilirubin. Kernicterus boleh berlaku sekiranya paras bilirubin tetap tinggi. ET ialah satu rawatan di mana darah bayi dikeluarkan secara perlahan-lahan oleh doktor secara manual melalui satu prosedur ringkas dan diganti dengan darah baru yang diambil dari bank darah. Proses ini memakan masa sehingga 5-6 jam. Semasa saya bertugas dahulu di bahagian paediatrik, ini adalah satu prosedur yang kalau boleh paling saya tidak sanggup lalui.

Di HKL ia biasanya dijalankan pada waktu malam bermula pada pukul 11 malam dan tamat hampir pukul 5 pagi! Itu untuk seorang bayi!. Doktor akan mengeluarkan darah bayi dengan perlahan-lahan melalui satu tiub yang dipasang di saluran darah di pusatnya (tali pusat masih baru lagi) dan memasukkan darah baru juga secara perlahan-lahan.

Bagi seorang doktor, prosedur ini sangat sukar kerana ia dijalankan pada waktu orang lain sedang tidur, anda berseorangan ditemani oleh seorang bayi (paling kurang... kalau ada jururawat yang temankan atau tolong buat anda kopi pun best jugak kan... tapi...) dan ia prosedur yang sangat-sangat perlahan untuk mengelakkan komplikasi



CAHAYA MATAHARI VS PHOTOTHERAPY?

Adakah meletakkan bayi yang kuning dibawah cahaya sinar matahari pagi boleh mengurangkan kekuningan? Apa pendapat anda?

Ada yang berkata, "kau dulu aku letak bawah matahari tulah.. takde apa-apa pun... " atau

"Buat apa kau nak siksa budak kecik tu... masuk hospital... letak bawah lampu.. kena cucuk sana sini... letak je bawah matahari.... "

Kadang-kadang idea-idea yang meruntun jiwa ni boleh juga masuk ke benak kita dan akhirnya akan melengah-lengahkan tanggungjawab kita kepada anak kita.

Pada hakikatnya, bayi dijemur di bawah sinar matahari ketika berada di rumah. Tiada ibu-bapa yang ingin membawa anak mereka ke hospital dengan niat menjemur anak. Oleh itu, tiada pengawasan yang sewajarnya untuk bayi tersebut ketika berada di rumah. Ibu-bapa pula berada di dalam zon selesa dan perhatian kepada anak pula berkurang.

Kenapa Phototherapy lebih baik daripada menjemur bayi di bawah matahari?

  • Phototerapy bersinar selama 24 jam, menukarkan bilirubin kepada bentuk yang tidak merbahaya setiap masa kecuali waktu minum susu, tukar lampin, mandi dan ambil darah
  • Berapa lama bayi boleh dijemur di bawah matahari? Bayi hanya boleh dijemur pada waktu pagi selama 3 jam? 4 jam? paling lama 5 jam? Bagaimana dengan baki 20 jam lagi?
  • Bagaimana anda hendak memeriksa paras bilirubin sekiranya anda begitu selesa berada di rumah menjemur anak? Adakah cukup dengan pemerhatian visual anda sahaja?
  • Antara sebab kekuningan bayi meningkat ialah dehydrasi iaitu bayi kekurangan air. Sinar matahari boleh menjadikan dehydrasi bertambah teruk kerana suhunya itu. Sedangkan di hospital, dehydrasi boleh dibendung dengan menambah air melalui saluran darah.
  • Keputusan untuk mengadakan Exchange Transfusion atau ET boleh dibuat sekiranya pesakit di hospital menjalani rawatan lampu, berbanding sekiranya pesakit hanya berada di rumah.
  • Ujian darah boleh dilakukan serentak ketika menjalani rawatan lampu untuk mengenalpasti sebab-sebab kekuningan samada ia adalah jangkitan, masalah hati atau sebagainya.

SUSU KAMBING VS SUSU IBU?

Terdapat pendapat bahawa susu kambing boleh mengurangkan kekuningan yang dialami oleh bayi. Walaubagaimanapun, rata-rata pendapat mengatakan bahawa ini adalah petua orang tua-tua, cara tradisional atau mengatakan ia adalah satu keajaiban. Tidak ada penjelasan secara saintifik. Malahan, petua berjemur bawah matahari pagi mempunyai penjelasan yang lebih saintifik berbanding cerita susu kambing. Diharapkan ia bukan taktik penjual susu kambing untuk meraih keuntungan.

  • Apa yang ada pada susu kambing menjadikan ia begitu ajaib? Jika ada kajian tentang susu kambing, saya yakin ia tidak ada perbezaan yang besar dengan susu ibu atau susu lembu. Susu ibu lebih berpotensi menjadi ubat kepada penyakit kuning kerana ia makanan sempurna kepada bayi. Malahan, susu kambing mempunyai zat-zat galian yang lebih tinggi yang tidak sesuai dengan tumbesaran bayi.
  • Ada yang memberi susu kambing yang belum dipasteurkan, dinyahkuman atau dimasak!. Memberi susu kambing mentah yang tidak pasti status kebersihannya mengundang bahaya kepada bayi.
  • Perut dan usus bayi yang masih belum matang tidak sesuai diberi selain daripada susu ibu. Jika susu lembu yang telah bertahun-tahun digunakan itu pun boleh menyebabkan allergi kepada bayi, bagaimana pula susu kambing? Alahan boleh membawa maut! (Baca artikel ini oleh Pusat Racun USM)
  • Secara fisiologi, kekuningan bayi akan hilang selepas 5-6 hari walaupun dia tidak diberi minum susu kambing. Sekiranya bayi diberi minum susu kambing pun, kekuningan yang tinggi boleh menyebabkan kernicterus. Jadi tidak ada bezanya secara perbandingan.

Saya harap artikel ini boleh membantu anda meneruskan kehidupan anda dengan sedikit pengetahuan yang dapat dikongsi bersama. Apa pun keputusan anda sekiranya anda menghadapi masalah seperti di atas adalah bergantung kepada ilmu pengetahuan anda sendiri.

Neonatal jaundice seperti penyakit lain boleh mendatangkan padah kepada sesiapa yang tidak mengetahui. Sekiranya anda sangat mementingkan cara tradisional untuk merawat penyakit ini, maka itu adalah keputusan anda. Ilmu perubatan semakin meningkat maju. Janganlah disebabkan pendirian anda menyebabkan bayi yang tidak berdosa menjadi mangsa.

Wallahu A'lam.




39 comments:

Anonymous said...

SALAM,
dr azwan, sihat?
hihi, bila baca ni teringat saat2 cemas plus tension masa lepas bersalin hari tu
fatimah amani lahir 5 minggu awal drpd due, tapi alhamdulillah berat semua ok. doktor2 pun tanya awak ni kira betul ke LMP dulu? tapi saya mmg kira betul
masa 2nd day baru pakar paediatrik datang beritau yang ada bahagian di kepala f.amani ni lembut..tu tanda mmg lahir belum cukup harile tu..
day 3 suspect kuning tapi tak tinggi
dah bawa balik rumah day 5 nurse datang suruh cepat2 bawa ke hospital. di hospital ampang mmg tinggi bilirubinnye..terjumpa dr mariati kat situ, dia pakai batch abim lagi...:)
3hari duk situ stabil, balik rumah
then terus bersiap nak balik ke pahang
kat pahang pun nurse datang tgk suruh bawak pi hospital temerloh
duduklah saya di sana dgn f.amani...

SEMEMANGNYA saya SANGAT BERSETUJU dengan pendapat dr tentang lebih baik duduk bawah cahaya lampu daripada cahaya matahari..
mmg duduk hospital tu saya jadi suka pulak sbb duduk dgn baby je...n kadang-kadang husband datang.kat ampang lagi best sepanjang masa husband tunggu...hihi...takda orang lain sibuk2 sbb mmg parent baby je boleh masuk...
memang bila duk hospital kita lebih perhatian pada anak kita
di rumah lebih relaks
saya ni lebih mendengar nasihat nurse

mungkin sebab my mum pun nurse maternity

mmg adala org yang suruh bagi minum susu kambing, suruh jemur, mandi dengan pelbagai tumbuhan.
gelaran untuk f.amani-puteri serai, puteri kuning dll
sampai saya lebih tension duduk di rumah daripada hospital...
tapi takpalah, semuanya dah berlalu..nak buat camana mak saya yang nurse tu jauh di mata, berkhidmat jauh di perantauan..
alhamdulillah f.amani skrg ni sihat, walaupun agak kurus..
my mum said yang penting sihat walaupun kurus..
oklah dr, dh jadi macam luah perasaan pula

moral of the story: mmg kdg2 hospital tu tempat lebih baik untuk kita berehat dan lebih beri perhatian terhadap penyakit kita dan anak kita..jumpa kawan2 yang sama nasib atau lebih teruk...kita jadi lebih bersyukur...
tapi janganla diminta duk hospital tu..lama2 bosan juga
duduk untuk berehat sekejap dan beri perhatian kepada kesihatan...
kesihatan ni penting untuk teruskan kehidupan,ibadat dan lain2 aktiviti kita..

Sekian
wassalam
mrs.wira

Anonymous said...

terima kasih banyak2 atas info ini. very useful .

Dr Azwan said...

Alamak Mrs Wira - ni dah sama panjang ngan artikel ni... haha...

Apapun pengalaman yang dilalui sangat berharga untuk kita ingat semula. Ia menjadikan kita lebih bersedia dengan cabaran... Sekurang-kurang kita tahu, selain daripada cara menjemur atau mandi rempah... minum susu kambing.. ada cara lain yang lebih baik dan berkesan pada zaman sekarang. Inilah mesej yang saya nak put across fikiran ibu-bapa muda sekarang.

de_kerinchi said...

salam dr azwan,

Artikel yang bermaklumat...

saya tertarik tentang perbezaan dan kesan antara penggunaan rawatan kaedah perubatan moden dan tradisonal...

Kalau boleh artikel sebegini diperbanyakkan untuk memberi pengetahuan yang lebih mendalam lagi tentang perubatan seumpama ini...

Anonymous said...

Terigt pengalaman saya dgn Luqman dulu. Walaupun duduk bwh lampu.. kat spital.. dan saya kene bayar bilik utk single occupancy plus meal for myself sbb nk temankan anak (first baby la katakan), but yet hubby and I takble tido mlm coz dia asyik nangis. Sekejap2 tersentak lps tu nangis. Sian dia. Everytime plak kitaorg kene redakan tangisan dia.

Then I realised smtg is not right with the net covering his eye utk hold kapas tutup mata sbb rasa ketat kat bhgn kepala. Few days lps dh kuar hospital, ada documentari psal jaundice kat tv baru la kitaorg tau napa dia takble tido sepanjang mlm. Psal drg salah pakaikan net tu, sepatutnya hanya masuk di kepala dan terus ke mata utk hold kapas, mcm pakai topeng zorro tu. Somehow the net is covering his whole head yg buat dia rasa tak selesa. Yela, tempurung kepala dia kan blom firm lagi psal tu dia tak comfy kot.

That was SJMC ok..baya mahal tu, bkn hospital kerajaan. I think they shd hv more course on usage of hospital aids. What a shame they don't know how to use it the right way.

Dr Azwan said...

Jrazlina : Hmm... problem with hospital bayar and 1st class at certain centres, ialah Doktor jarang-jarang ada atau datang melawat. Pakar datang round 2-3 times a day. The rest of the days, diharapkan staff-staff nurses sahaja. Ada yang baru dan tak ada pengalaman. My friend pergi bersalin kat Hospital Pakar Kajang, doktor tak ada, end up husband dia yang sambut. Mujur suami-isteri doktor jugak... Dapat discount tau.. tak ingat berapa tapi banyak jugak! You pun patut mintak... at least 20%! huhu..

De Kerinchi : Dah lama nak tulis. Baru ada kesempatan..

Anonymous said...

assalamualaikum dr azwan,

mengikut cerita ibu bapa sy, masa sy lahir dulu sy dpt jaundice yg sgt teruk dan najis sgt pale (pucat). mungkin liver sy belum matang sepenuhnya lagi masa tu.hehehe

sy dapat blood transfusion cuma sy tak sure samada itu ET atau tidak,mungkin ET. dan paediatrician yg merawat sy suruh mak ayah sy cuba bagi minum susu kambing. alhamdllh, jaundice hilang. mungkin satu keajaiban tuhan.hehe

alhamdllh. kalau tak, dpt complications of kernicterus ler sy. kuikuikui. :)

Dr Azwan said...

Wsalam baikksss...

Ya.. itu mungkin disebabkan saluran hempedu terganggu ke, jaundice yang disebabkan halangan.

Keajaiban tuhan bukan sebab awak minum susu kambing tuh.. keajaiban tuhan ialah paediatrician tuh yang cadangkan ayah awak idea minum susu kambing tuh ha ha...

Tapi itu mungkin 20 tahun dulu... skarang paediatrician dah tak cadangkan idea macam tuh lagi. Kalau ada yang cadangkan... satu lagi kejaiaban tuhan...

:). Tapi saya rasa masa tuh dah ada treatment lampu atau ET dah. Susu kambing tu "interframe" jer tu.. hehe.

Anonymous said...

assalamualaikum dr azwan,

artikel yg bagus dan penerangan yg jelas. saya juga berpngalman 4 mlm menjaga damia yg kena kuning 2 hari lepas lahir 1 tahun 9 bulan lepas. puncanya kurang air kerana susu kurang that time. sama cam rafiza cemas + tension krn kita pun masa tuh masih lagi lemah dan sakit. lagi2 dok hospital gomen yg takleh org lain temankan...saya sering nangis juga waktu tu..maklum ler damia anak sulung..takde pengalaman...suami atau mak takleh tolong teman...alhamlah lepas damia dpt rawatan phototeraphy kuning beransur hilang. skrg almdlah saya sedang mengandung ank kedua..cuma kalu boleh dr azwan bagi petua pemakanan yg boleh diamalkan oleh ibu-ibu mengandung utk mengelakkan bayi yg bakal lahir nnti kuning. ok dr, terima kasih byk2. wasalam

Anonymous said...

asslakm...dr. boleh tak saya nak tahu kenapa ea ibu yang mengandung harus lakukan pemeriksaan thyroid???????

Anonymous said...

salam doctor azwan,
Anak saya sendiri dapat jaundice sejak dia lahir selama 1 bulan (mmg pasal bfd).Tapi very mild la..

Satu lagi alternative,yang paed ckp ialah,guna ubat untuk epilepsi tapi dlm dos yang sedikit. dlm 5% mcm tu.My paed ckp diorang dah buat research yang ubat tu boleh ubati jaundice.

selain itu ada jugak doctor yang suruh stop bfd atleast 48 hrs,cos nak tgk condition macam maner.tapi at the same time kena teruskan pam susu n simpan.

Pasal susu kambing,yes mmg takder kajian yang mengatakan bahawa dia boleh mengubati jaundice,tapi melalui pembacaan saya,saya dapati susu kambing jauh lebih bagus dari susu lembu,esp dari kandungan lemaknya and etc.

Mmg kena jaundice kita kena kerapkan bfd,anak saya sampai 5.5kg (pada usia 1 bulan,naik 2kg) cos saya asyik bfd cos dia da jaundice.Tapi pada masa yang sama saya mkn halia tapi saya tak amik ape2 jamu.

So far,ape yang paed ckp ialah if bfd jaundice kita tak payah risau..ye ke?cos normally bilirubin nye mmg rendah pun.

Unknown said...

salam doc..

memang bagus n berguna posting nih... sorry tak mintak kebenaran dulu.. saya ada linkkan posting doc ni kat blog saya... thankss....

Anonymous said...

Salam Dr Azwan,

Harap dapat membantu saya..saya cuma nak bertanya bole ke kita beli lampu biru di kedai hardware utk buat phototheraphy treatment di rumah?

Any idea on the specification of the lamp? watt? size? or instruction to use.

FYI, my newborn was ditected with jaundice after 2 days of birth because of vacuum and now da discharge coz kami tak tahan bayar mahal..minta tolong sangat2.

Plz dr, kalau bole balas ye..

Dr Azwan said...

nadia abas : anak saya 3 orang daripada 4 orang, semua kena kuning dan semuanya di rawat di Hospital kerajaan di GHKL dan juga di hospital Ampang. Bayaran rawatan cuma RM 60.00 sahaja. Sebagai seorang doktor, saya berpuas hati dengan rawatan tersebut. Saya tak pasti kenapa Nadia tak nak pergi Hospital kerajaan.

Saya tak rasa diorang jual lampu UV light tu kat kedai hardware. Kalau kat medical equipment company mungkin ada tapi mungkin dalam rm 4-5k sebiji.

Ada servis sewa lampu tu kat rumah, tapi sapa nak monitor bilirubin baby tu di rumah. Saya tak rasa awak mahir untuk monitor.

Saya suggest nadia pergi hospital kerajaan. Hari kedua kuning perlu bagi lampu cepat.

Thanks.

Anonymous said...

Salam Dr Azwan,

Trima kasih banyak2 atas jawapan, saya da check baby saya di hospital kerajaan dan bacaan billirubin adalah 175..tapi mata anak saya masih kuning-kuningan..dan saya terlupa sgt2 nak tya doctor di situ pasal hal ni dan adakah patut kita buat blood test jika mata dan badan masih kuning?

Untuk pengetahuan doc, anak saya sudah 9 hari.

Terima kasih atas nasihat dan advise..really appreciate it.

Thanks
Nadia

Pootz in Boots said...

Salam...
Both my kids jaundice lama... my first born was yellow for 14 weeks but tak tinggi reading so tak hospitalised and the second born was for 8 weeks... umur 3 hari kene warded for phototherapy. Alhamdulillah la kat Klang GH tu very comfortable, cheap and staff kat situ semua supportive. After 48 hours discharged tapi masih kuning. Both cases doctor diagnosed as breast milk jaundice... But since I ni memang jenis tak makan apa2 ubat/jamu/herbs..... and bagi minum breastmilk fully, my doctor told us not to worry sebab baby's growth and responses semua okay.... walaupun orang2 keliling bising2 kata bahaya la itu la ini la....suggest susu kambing, ubat singseh, halba... I malas nak ambil pot sangat sebab memang dah consult doctor(s) and have them tested all the time.... I memang apa2 mesti nak jumpa doktor la.... tak suka worry over nothing or over the wrong thing....

Anonymous said...

Assalamualaikum,

Dr Azwan,
saya sedang prepare ceramah untuk bidan kampung dan artikel ini sangat membantu.

Anonymous said...

salam dr azwan..
anak saya mengalami juandice setalah 4 hari kelahiran.setelah rawatan fototherapy selama 2 hari, anak saya dibenarkan balk..
maslah skrang dia dah mncapai umur 20 hari, tp thp jndce masih tinggi..adakah kemungkinan jangkitan kuman @ sbgnya?
harap dapat membantu..

hafez

Anonymous said...

Salam.Dr.Azwan, saya nak tanya.Anak saya skrg sudah masuk 6 bulan.masa baru lahir, dia kena jaundis hampir 1 bulan lebih.aritu saya ada berjumpa doktor di hospital, sbb anak saya masih belum meniarap dan dia suka mengeraskan bdn dia.dokt kata mgkn anak saya mempunyai masalah pembesaran otak.Bln 2 ni,doktr akan buat MRI keatas anak saya.adakah ini disebabkan masalah kuningnya yang lama tu.

Dr Azwan said...

ida : Harapnya tiada apa-apa. Tetapi jaundis memang boleh merosakkan otak, mengganggu tumbesaran dan rencatan motor. Harapkan yang terbaik dan selalu lah follow up untuk mengetahui keadaan sebenar anak.

Anonymous said...

DOKTOR.....MUNGKIN PERTANYAN SAYA NI LARI DARI TAJUK PERBINCANGAN. SAYA MELAHIRKAN BAYI PADA JUN 2008 DAN BAYI SAYA CACAT TIADA TEMPURUNG KEPALA. DIA DILAHIRKAN AWAL DALAM TEMPOH 1 BULAN DIHOSPITAL KETIKA KANDUNGAN BERUSIA 8 BULAN. KINI SAYA TERINGIN UTK MENGANDUNG LAGI. APA YANG MESTI SAYA LAKUKAN? SEKARANG SAYA HANYA MENGAMALKAN MENGAMBIL ASID FOLIK 5 MG SEKALI SEHARI. ADAKAH IANYA MENCUKUPI?

Unknown said...

Salam doktor.sy nk bertanye berkenaan situasi anak sy. Pada awal kelahiran baby sy mengalami jaundis.namun selepas kurang 2 minggu bacaan nya turun sehingga tidak perlu membuat pemeriksaan darah lg.kini bayi sy telah berumur 1 bulan 20hari.namun begitu didapati terdapat kesan kuning dimata dan muka baru2 ini.sy mmbuat pemeriksaan doktor baru2 ini.walaupun bacaan nya di bawah paras bahaya iaitu sebanyak 70.tetapi doktor mengatakan agak pelik krn bacaan direct bilirubin adalah sbyk 50.dan bayi sy masih mengalami kekuningan.apakah sebab hal ini brlku dan adakah ia berbahaya terhadap ank sy.

Unknown said...

Assalamualaikum...mnta maaf kerana mencela..just nk bg pandangan... sy dlm hal perubatan ni sy cerewet ckit...ilmu sains dan ilmu agama islam adalah selari...dan kebanyakan ilmu sains pun diambil dr ilmu agama seperti al-quran dan hadis....cuma kebelakangan ni sy lihat byk fakta sains yg kurang bertepatan dgn ilmu yg diajarkan oleh nabi kita nabi muhammad s.a.w...sedangkan sains dan alam semesta smua ni dtgnya dr al-quran dan hadis.....dan fakta sains ni plak byk dikaji oleh org yg bkan beragama islam dan sdah semestinya membelakangkn kebenaran al-quran dan hadis utk kepentingan agama masing2....seperti susu kambing...rasullah sendiri dan cucunya diberikan susu kambing..tp tiada masalah penyakit...dan satu contoh lg sy prnah mnta pendapat seorang doktor ttg pemakanan...adakah masalah jika kita mkn makanan laut dan darat serentak...seperti mkn ayam dan ikan serentak..tp jawapan beliau x der masalah...dlm perut pn dia akn dihadam secara biasa dan tidak ada apa2 kesan pn...tp dlm hadis ada mngatakan rasullah tidak menggalakkan kita mkn makanan laut dan darat serentak..kerana ada kesan jangka panjang...dan kdg2 di hospital pn pesakit di beri mkn daging dan telur dlm satu hidangan...dan sdah semestinya ia adalah menu sihat kerana pihak hospital akn mnjaga makanan yg diberi kepada pesakit..berlainan dgn cara rasullah..salah satu cr pemakanan rasullah..rasullah x kn mkn telur dan daging serentak...dan sdah semestinya ader sbabnya...dan smpi skrg rasullah adalah ikon kesihatan yg perlu dicontohi disebabkn cr pemakanannya...berbanding dgn cara pemakanan yg dianjurkn oleh doktor2 skrg...tp sy masih mngkaji dan masih mngambil separuh kebenaran yg diberi oleh fakta sains sekarang....di harap kita bleh belajar dn ambil iktibar dr ikon kesihatan kita nabi muhammad s.a.w...tq

Anonymous said...

Terima Kasih banyak banyak atas pengetahuan penuh bermakna dan dijadikan antara bahan rujukan untuk isteri saya, semoga Allah memberkati dan merahmati Dr. Azwan sentiasa.

Anonymous said...

sy ingin bertanya doc.sy telah bersalin pd usia kndungan 37 minggu secara czer kerana mslh IUGR namun pd usia kandungan 28 mggu sy telah d beri 2 dos suntikan utk mtgkan paru2 baby.anak sy lahir dgn berat 2.1kg dan d dapati kuning pd hari ke 3.anak sy telah mnjalani fototerapi kerana bcaannya lbh dr 200 dan telah dua kali mnjalani fototerapi dlm tempoh 2 mggu.kini anak sy sudah sbulan lbh dan kuning masih tidal turun iaitu masih dgn bcaan 200 lbh.sy sudah memberi sampel darahnya dan urin dan d dapati anak sy mpunyai mslh hati yg blm matang. sy ingin tahu apa tindakan yg akan d lakukan slps mngetahui mslh anak sy ini.sy masih mneruskn pnyusuan secara kerap .

eijay said...

Tqvm Dr ..very gud info..if every pregnant mother get this info..sure severe jaundice can b reduce...

mkamar said...

Salam Dr,
Terima kasih for the good info. BAnyak menbantu untuk anak saya baru lahir kena Jaundice. Alhamdullilah dah sihat . Saya menggunakan khidmat HomeTherapyy.com (www.hometherapyy.com) untuk sewa mesin phototherapy boleh rawat kat rumah. Tak payah duduk hospital. Nasib baik ada

Unknown said...

Salam Dr,
saya nak tanya dari mana saya boleh dapatkan info pasal "properties of bilirubin". sekarang ni saya sedang mencari "electric conductivity, relative permittivity and relative permeability of bilirubin".
harap Dr dpt membantu.

Unknown said...

Salam Dr,
saya nak tanya dari mana saya boleh dapatkan info pasal "properties of bilirubin". sekarang ni saya sedang mencari "electric conductivity, relative permittivity and relative permeability of bilirubin".
harap Dr dpt membantu.

eag@wancha said...

terima kasih atas penerangan doktor. cuma saya ada sedikit soalan. anak saya sudah berumur 8 hari dan bacaan kuning meningkat walaupun duduk bwh lmpu. Dari 299 ke 325 dlm 4 jam. berat bdn lahir 3.19kg dan hari ni 3.5 kg. so saya anggap anak cukup susu ibu. berak pun kerap warna kencing pun jernih. darah saya AB+. bolehke anak saya dapat rhesus - sbb atuk dia drh AB-. makcik saya ada thyroid. dan perlu ke saya bgtau info ni pada doktor yg merawat anak. dan soalan terakhir apa maksud susu ibu yg menyebabkan anak kuning.?mohon doktor bantu jelaskan. sekian terima kasih.

eag@wancha said...

terima kasih atas penerangan doktor. cuma saya ada sedikit soalan. anak saya sudah berumur 8 hari dan bacaan kuning meningkat walaupun duduk bwh lmpu. Dari 299 ke 325 dlm 4 jam. berat bdn lahir 3.19kg dan hari ni 3.5 kg. so saya anggap anak cukup susu ibu. berak pun kerap warna kencing pun jernih. darah saya AB+. bolehke anak saya dapat rhesus - sbb atuk dia drh AB-. makcik saya ada thyroid. dan perlu ke saya bgtau info ni pada doktor yg merawat anak. dan soalan terakhir apa maksud susu ibu yg menyebabkan anak kuning.?mohon doktor bantu jelaskan. sekian terima kasih.

Unknown said...

Askum...dr sy nk tanya...hr ni dh hr ke 20 sy melahirkn ank sy..tp masih ada kuning lg last cek hr tu kuning dia dr 232 ke 167...minggu depan sy kena g klinik lg cek kuning dia..mslhnya dr blh ke sy mkn set bersalin seperti jamu2 tu..ape kesannya klu sy mkn jamu tu klu ank sy masih kuning lg,walaupun dh turun

Unknown said...

Askum...dr sy nk tanya...hr ni dh hr ke 20 sy melahirkn ank sy..tp masih ada kuning lg last cek hr tu kuning dia dr 232 ke 167...minggu depan sy kena g klinik lg cek kuning dia..mslhnya dr blh ke sy mkn set bersalin seperti jamu2 tu..ape kesannya klu sy mkn jamu tu klu ank sy masih kuning lg,walaupun dh turun

Atiq said...

Salam Dr Azwan,

Ibu pernah bercerita bahawa saya juga pernah mengalami jaundice. Hampir melakukan et, tetapi semasa persediaan dijalankan, alhamdulillah kadar bilirubin saya menurun secara tiba tiba. Dr ada menyebut faktor mungkin disebabkan kuman dalam darah. Dari kecil sampai sekarang kulit saya sensitif dan juga sering sakit juga alahan dan ibu selalu kata mungkin darah saya kotor disebabkan kuman.

Pada pendapat doktor ada kah perkaitan antara keduanya?

Unknown said...

Assalamualaikum dr. Saya nak tanya. Biasa pesakit g6pd sampai umur berapa?? Atau seumur hidup?

Unknown said...

Asalamualaikum Dr. Terima kasih atas perkongsian ini, saya amat risau kalau anak saya yg baru berusia 4hari ini kena demam kuning alhamdulillah buat setakat ni tak kena lagi harap x kena lah. mmg ada niat utk saya jemur kat matahari atau nak bagi susu kambing. cuma saya bagi ibunya minum.
baby lelaki yg lahir ni kerap menyusu mmbuatkan puting ibu melecet serta sakit macam kurang susu pun ada . ada tak cara nak bagi susu ibu tu banyak.
terima kasih dr.
saifullah
019-3927169

Anonymous said...

assalamualaikum doktor apa yang membuatkan kuning tu rebound ehh after guna phototherapy??sbb saya ada jugak dpat info for mother yang mnyusu sbb deaorg makan benda yang panas so kuning tu akan rebound betul ke?? benda yang panas tu mcam halia, kambing..ada yang kata bawang pown boleh bwat baby kuning rebound klau si ibu makan bnda2 cmtu..betul ke??sbb kan menyusu

Saliza sachari said...

terima kasih doktor, thankz infonya, sangat membantu ibu-ibu seperti saya

Unknown said...

Assalamualaikum..sy ingin mendptkan kepastian. Apakah beza lampu dihospital dgn lampu biru yg mentol pendek tu? Bole digunakan ke katas baby?

Related Posts with Thumbnails