Thursday, December 27, 2007

Azam Tahun Baru 2008






Assalamualaikum.

Semenjak berkenalan dengan penulis-penulis buku seperti Osman Affan, Mohd Farid dan Mohd Suhaimy dan Nimoiz TY, saya berasa terpanggil untuk menjadi penulis seperti mereka. Mereka memberi semangat kepada saya bahawa menulis buku bukan perkara yang mustahil seperti yang disangka-sangkakan.

Pada pendapat saya menghasilkan buku adalah satu legasi kepada masyarakat dan bangsa. Sekiranya ada sekelumit ilmu boleh dikongsi, maka kita sama-sama berkongsi. Oleh itu, dalam keadaan bertatih ini, saya sedang merancang-rancang hendak menulis sebuah buku. Temanya sudah ada tapi saya belum pasti lagi apa tajuk yang sesuai. Yang pastinya ia bukan buku berbentuk fiksyen kerana saya memang tidak beberapa pandai menulis tema fiksyen. Mungkin buku tersebut lebih berbentuk ilmiah. Tetapi saya risau juga, maklumlah kalau buku ilmiah ini sambutan tu agak dingin sahaja. Puas juga kena memikirkan tajuk yang "catchy" dan isi yang menarik. Ini mungkin azam tahun baru saya untuk 2008.

Di dalam beberapa bulan ini, saya akan mengisi masa lapang untuk membaca lebih banyak buku berkaitan, mengkaji, bertemu lebih ramai orang dan menulis. Oleh itu, pengisian blog mungkin tidak sekerap dulu. :). Bak kata pepatah, perjalanan beribu-ribu batu bermula dari satu langkah. Masa yang kurang memang mengekang banyak perkara kepada saya. Masa yang ada pula perlu dibahagikan kepada keluarga, bisnes, program perubatan & sukarelawan dan jemaah. Itu adalah masalah kepada seseorang, tapi ia juga adalah cabaran kepada seseorang yang lain. Bergantung kepada bagaimana kita melihat samada gelas air separuh kosong atau separuh penuh. Semuanya di dalam fikiran.

Diharap anda semua dapat memberi sokongan dan galakan yang tidak berbelah bahagi kepada saya. Semoga mendapat keredhaan Allah di tahun baru yang mendatang. Terima kasih :)
Wassalam

10 comments:

Osman Affan said...

Assalamualaikum.

Dr. Azwan, rasanya orang macam Dr memang tidak ada masalah kalau hendak menulis. :)

Saya memang setuju tentang perkongsian ilmu tu. Sedar atau tidak, apabila kita menulis, kita berusaha menerangkan sesuatu ilmu dengan cara yang mudah difahami.

Apabila ilmu mudah difahami, ilmu itu lebih mudah dikuasai. Apabila ia sudah mula mudah dikuasai pula, dapatlah kita menjadi salah seorang penyumbang kepada usaha memandaikan bangsa (seperti misi PTS). :)

Selamat menulis Dr Azwan!

pakdi said...

tidak mahu menulis buku perubatan yang boleh membantu orang awam secara mudah?

macam masalah cacing. macam perut kembung budak. tidak boleh tidur. dsb :)

Dr Azwan said...

Osman Affan : Terima kasih lah bang. Osman salah seorang pemberi inspirasi kepada saya. Dengar kata nak join PTS buat translation... dah dapat ke?

pakdi : idea pakdi boleh difikirkan. Dah banyak buku cam tuh sebenarnya tapi jarang jumpa dalam bahasa Melayu. Pakdi tak nak menulis ker? Bakat menulis pakdi hebat...

mohammed said...

Assalamualaikum Dr,
Alhamdulillah selepas balik bercuti di rumah mertua di Sabah byk membuka mata kpd peluang-peluang yg hanya menjengok sekali dalam jangka masa hidup yg singkat ni.Good luck on your quest doc, i'll start on mine soon after...

ikhlas,
ZAiDi

Osman Affan said...

Dr Azwan... dah lulus ujian dan dah hadir kursus pertama hari tu. Sekarang cuma menunggu arahan seterusnya. Sambil-sambil tu boleh buat kerja lain.

Hmm... makin menarik la kalau tak ada dalam bahasa Melayu ye? lebih besar peluang nak laku kalau kena caranya. :)

Dr Azwan said...

Mohamed : jauh balik Sabah. bagus kalau dapat jumpa minum teh :). Boleh borak panjang...

Osman Affan : Bidang penterjemahan mempunyai ruang yang besar untuk diterokai. Saya lihat di Indonesia, semua buku diterjemah. Kalau kita boleh buat di Malaysia, mungkin Bahasa Malaysia boleh menjadi bahasa ilmu.

pakdi said...

mmg sudah ada tawaran menulis. tetapi saya terpaksa tangguhkan dulu atas beberapa sebab peribad :)

Raiyanz said...

bila nak mula menulis?saya tak sabar nak beli buku doc :)!

boleh juga tulis buku berkisar pengalaman doc, pernah baca tak buku "travelogue haji'? terkesan dihati...

Dr Azwan said...

Pakdi : kalau pakdi buat buku mesti ramai yang beli. Maklumlah ramai peminat. Peserta cashflow guarantee beli punya.

Raiyanz : Apa khabar ibu yang sedang mengandung? dah start update blog balik nampaknya :). Buku tuh baru berangan jer... tengah sibuk dengan benda lain pulak.

Hindi Choti said...


Hindi sexy Kahaniya - हिन्दी सेक्सी कहानीयां

Chudai Kahaniya - चुदाई कहानियां

Hindi hot kahaniya - हिन्दी गरम कहानियां

Mast Kahaniya - मस्त कहानियाँ

Hindi Sex story - हिन्दी सेक्स कहानीयां


Nude Lady's Hot Photo, Nude Boobs And Open Pussy

Sexy Actress, Model (Bollywood, Hollywood)

Related Posts with Thumbnails