Wednesday, December 12, 2007

Kecik Macam Nyamuk Maaa...

Assalamualaikum.


Minggu lepas seorang wanita berbangsa cina berumur di dalam pertengahan 30-an datang berjumpa saya. Waktu itu jam hampir menunjukkan pukul 2 pagi. Bercakap di dalam bahasa inggeris (broken) yang saya kadangkala tidak beberapa faham, dia memperkenalkan dirinya dan bercerita serba sedikit tentang perniagaannya dan kedai yang baru dibuka beberapa hari yang lepas berhampiran klinik.


Kedai tersebut merupakan pusat kecantikan dan terdapat pelbagai produk kecantikan yang dijual. Suami wanita itu juga berniaga dan saya dapat rasa mereka ini agak kaya berdasarkan cara cakap dan pakaiannya. Tetapi itu bukan niatnya datang untuk berjumpa saya.

Wanita tersebut mula memberitahu masalahnya yang sebenar iaitu beliau sedang mengandung. Berdasarkan kiraan tarikh datang bulan terakhir dan ujian air kencingnya, saya menganggarkan bahawa beliau sedang mengandung 6 minggu.

Saya ucapkan tahniah. Tetapi saya terperasan sesuatu pada wajahnya. Mimik mukanya terpancar rasa risau dan gundah. Saya memulakan pertanyaan demi pertanyaan. Kenapa dan mengapa.


Akhirnya wanita itu memberitahu bahawa beliau tidak mahu kandungan itu. Keadaan beliau yang baru sahaja membuka perniagaan menyulitkan beliau untuk menguruskan semuanya. Lagipun beliau masih belum bersedia secara mental.

Daripada sejarah keluarga, beliau mempunyai seorang anak berusia 13 tahun dan 9 tahun. Ini bermakna kandungan ini mempunyai jarak beza 9 tahun daripada anaknya yang terakhir. Beliau mahu menggugurkan kandungan itu.


Posisi ini pula menjadikan saya jadi serba salah. Prinsip saya sebagai doktor ialah untuk menjaga nyawa seseorang. Wanita itu tidak ada sebab secara perubatan ataupun undang-undang untuk meggugurkan kandungan. Ini menjadikan sebab untuk pengguguran tidak berasas sama sekali. Lebih-lebih lagi beliau berkemampuan dari sudut kewangan dan sebagainya.


Saya menegaskan bahawa saya adalah seorang Doktor Muslim dan saya tak boleh berbuat seperti apa yang dimintanya. Saya cadangkan agar dia berjumpa doktor bukan Islam sekiranya dia ingin meneruskan hajatnya.
Dia memujuk beberapa kali tetapi saya tetap mengatakan bahawa saya adalah Doktor Muslim.
Akhirnya dia mengalah....

Sebelum meninggalkan klinik (telah dialih bahasa) :-

Dia : Doktor, you bagilah saya itu ubat

Saya: Maaflah puan, saya tak boleh buat itu macam

Dia : Alah, ini baru 6 minggu maa..

Saya : Tak boleh lah puan (macam kerang tersengih)

Dia : Itu benda masih kecik macam nyamuk maa....

Saya : ...........?? (tergamam)

Dia pun keluar daripada bilik sambil membebel sorang-sorang kat luar bilik rawatan.

Saya kenal ramai orang yang mengandung tetapi selalu gugur. Ada juga yang selalu berdoa dan mengharap untuk mengandung tetapi tak pernah dapat. Ada yang berpuluh ribu berhabis denganperubatan moden dan tradisional agar dikurniakan anugerah tuhan seperti wanita ini tapi masih tidak berjaya. Ada yang sehingga mengalami kemurungan, ada yang putus asa, ada yang masih terus mencuba...

Ada ke patut nyawa bayi diibarat cam nyamuk... betul lah minah ni.

Saya memandang ke jam... dah pukul 3 pagi... Mata dah hilang mengantuk... Lama betul nak tunggu subuh....

10 comments:

waterlily said...

Salam Doc,
Itulah masalahnya doc,yang ada anak cakap anak macam nyamok(haiyaa...manusia jenis apa tak tau)...yang macam ssya ni asyik tertunggu-tunggu...bila lagi..bila lagi..dah hampir dua tahun...penat saya nak menjawap soklan cepumas tu :D

Mirip said...

Dr, seorang kawan saya sedang bertarung dengan nyawa demi mendapatkan zuriat, sekarang masih di ICU HUKM.Sudah 3 mingu koma.Khabar terbaru, ada darah beku dalam paru-parunya,akibat usus yang pecah.Chronology- endometriosis-usus pecah-darah beku dalam paru-paru.Semuanya adalah kerana ikhtiar mereka untuk mendapatkan zuriat.Sedih saya membaca kata-kata wanita tersebut.

mohammed said...

assalamualaikum dr,
astagfirullah... sedih bila baca entry kali ni sbb kalo camni pemikiran manusia sekarang tak mustahil gejala buang bayi makin berleluasa.. disamakan zygot dgn nyamuk is too absurd... kalo tak nak awal-awal pakai le contraceptive, takde le accident..

ikhlas,
ZAiDi

Dr Azwan said...

Waterlily : Baru nih kawan saya seorang doktor baru sahaja bersalinkan anak. 2 kali gugur. Kali ke 3 menjadi. Masa saya houseman dulu, kawan houseman saya 3 kali gugur. Akhirnya, mengandung kali ke 4 ambik cuti tanpa gaji. Alhamdulillah selamat. Stress boleh memainkan peranan. Yang terbaru masa borak2 baru nih, ada kawan cerita, pasangan ni baru dapat anak lepas 10 tahun kahwin... huu.. terasa sebak dengar.
Pakar sakit puan yang expert bab reproduktif ni pun, ramai yang tidak boleh mengandung.. kuasa tuhan...

Mirip : sedih saya dengar. Ada ibu sanggup bertarung nyawa untuk melahirkan seorang anak. Di HKL ada seorang wanita yang mengalami masalah genetik pendarahan (berdarah tak mahu berhenti) meneruskan keputusan untuk melahirkan anaknya. Setelah persediaan yang begitu rapi oleh Pakar HKL dan Pakar darah dari Pusat Darah Negara, akhirnya bayi itu selamat dilahirkan. Yang sedihnya, ibunya meninggal selepas beberapa hari kerana pendarahan walaupun mendapat rawatan optimum. Dapat juga melihat wajah anaknya sebelum menghembus nafas terakhir. Sedih...

Zaidi@mohamed : Betul. Merancang itu penting. Kalau dah jadi, kena terima Rezeki Allah. Perancang keluarga ada berpuluh2 jenis. Gunakanlah.

Fazla@onepiecebakery said...

First of all blog ini jatuh pada hari lahir saya ...kena plak tgk episod hidup yang macam ini..mmg tak tahan.

Kebetulan me n my wife did chat before abt how some of the chinese businesses treat their children. Kalau zmn dedulu lagi la..diaorg terus je kasi anak adopted by other family (tak kira bangsa..sbb org kampung kan rapat2x). Alasan mmg cam tu la...berniaga,tight budget..takleh tampung...

At least kasi adopted are far more better then killing!..Na'uzubillah.
Ketabahan seorang doktor...semoga Dr dikuatkan iman dan dimurahkan lagi rezeki.

Atiesya said...

Salam alaik..itulah manusia ni mmg x pernah bersyukur..org xde anak pulunlah nak anak..tp dia ni sanggup nak bunuh zuriat sendiri, malah di samakan pulak dengan nyamuk..apa maaa org macam nih?

rusydan said...

ada s-org kawan tanya saya, macam mana rasanya bila dah dapat tau mengandung (sebab saya masih dalam housemanship, dan plan saya adalah bila selesai tempoh ini). Saya senyum dan bagi tau dia, it depends whether you want it or not.

Having a child can mean a gift, or a burden, it's all about someone's perception in the end. In fact, orang Islam ni bertuah, sebab bila ditemukan dengan rintangan pun, itu adalah 'rezeki' - pahala kesabaran, keredhaan, usaha. Bukankah Tuhan dah janjikan, setiap kesulitan itu ada nikmatnya? Cuma kita hendak terima ia sebagai satu rezeki atau tidak sahaja.

Dr Azwan said...

Fazla@onepiece bakery : Orang melayu ada yang miskin pun tak sampai hati bagi anak kat orang lain kan. Bagi kat adik beradik jer.

Atiesya : wsalam. Mak ngan bapak nyamuk...

Rusydan : betul. Ia melihat di dalam perspektif air si dalam gelas separuh penuh atau separuh kosong. Orang yang melihat sesuatu benda dengan positif akan mendapat hasil yang positif. Allah mengabulkan apa yang hambanya fikirkan.

Myluv-Sylvia said...

hi dr.
saya baru je follow blog dr. tu yg terjah semua post yg ada.
terkejut dan sedih dengan kenyataan amoi tu. sampai ati dia kata kecik mcm nyamuk. nasib baik dr. yg dengar. kalau saya.. saya akan iring dia sampai pintu kereta dan kata. "terima kasih dan jgn datang lagi". (gara2 geram).

Hindi Choti said...


Hindi sexy Kahaniya - हिन्दी सेक्सी कहानीयां

Chudai Kahaniya - चुदाई कहानियां

Hindi hot kahaniya - हिन्दी गरम कहानियां

Mast Kahaniya - मस्त कहानियाँ

Hindi Sex story - हिन्दी सेक्स कहानीयां


Nude Lady's Hot Photo, Nude Boobs And Open Pussy

Sexy Actress, Model (Bollywood, Hollywood)

Related Posts with Thumbnails