Monday, December 31, 2007

Kisah FOMEMA dan Nikmat Hidup di Malaysia







Assalamualaikum...

Hari ini saya menggagalkan ujian kesihatan seorang lagi pekerja warga asing untuk pemeriksaan FOMEMA. Kali ini kerana satu penyakit yang ditakuti ramai iaitu HIV. Pesakit adalah seorang wanita dari warga negara Indonesia. Ada dua lagi warga asing yang akan saya gagalkan hari ini. Seorang warga Indonesia pengidap kencing manis dan seorang lagi warga Vietnam kerana Tuberculosis atau Batuk Kering.

Untuk sesiapa yang tidak mengetahui, FOMEMA ialah pemeriksaan kesihatan untuk warga asing bekerja di Malaysia. Kepada sesiapa yang mempunyai pembantu rumah, anda sudah tentu maklum. FOMEMA diuruskan oleh Pantai Fomema Systems, anak syarikat Pantai Holdings Berhad yang menjadi kontroversi beberapa tahun lalu kerana dibeli oleh syarikat gergasi dari Singapura.

Memang benar, surat khabar semalam menulis, kebanjiran warga asing ini membolot 30% daripada peluang pekerjaan daripada anak tempatan. Memang benar juga ada di antara mereka yang membuat onar di Malaysia dengan kadar jenayah yang meningkat. Ada juga yang menularkan penyakit yang jarang-jarang orang Malaysia hadapi. Baru baru ini pula Kementerian Kesihatan mengeluarkan data hampir 30,000 warga asing telah gagal dalam ujian FOMEMA kerana penyakit berjangkit dan penyakit2 lain. Itu yang dapat dikesan, bagaimana yang tidak dapat dikesan?

Secara hakikatnya, kehidupan pekerja asing di bumi sendiri memang amat susah. Peluang pekerjaan sangat kurang. Saya kadangkala timbul rasa kasihan kepada mereka. Ada di antara mereka terpaksa bergolok bergadai dari kampung untuk datang ke Malaysia. Saya diberitahu ramai dari Cambodea (Kemboja) yang datang ke Malaysia terpaksa berhutang ke sana sini untuk membayar tiket kapal terbang. Setelah segala susah dan payah, akhirnya mereka terpaksa pula kembali ke negara mereka kerana gagal di dalam ujian kesihatan.

Sama juga mereka yang datang dari negara lain. Mereka dijanjikan pulangan yang baik untuk bekerja di sini. Yang menyedihkan, ada yang berumur 17 tahun sahaja dan buta huruf. Bahasa Cambodia pun tak kenal, inikan pula bahasa malaysia atau bahasa Inggeris. Kalau dilihat dari sudut fizikal macam budak sekolah rendah sahaja. Agaknya kurang nutrien di dalam makanan. Bayangkan kalau mereka ini anak-anak anda sendiri!

Tidak ada masalah untuk menggagalkan mereka yang mempunyai penyakit berjangkit seperti HIV, TB dan Hepatitis. Itu tidak perlu kompromi. Semua doktor wajar mengikut prosedur yang ditetapkan. Sesiapa yang ingkar wajar dikenakan tindakan.
Cuma adakalanya, masalah kesihatan itu secara relatifnya tidak merbahaya. Saya pernah menggagalkan seorang warga Indonesia yang mempunyai "lazy eye". Kedua-dua matanya kurang nampak dan hanya boleh dibantu sedikit dengan penggunaan cermin mata. Namun, walaupun dibantu tahap penglihatan masih lagi rendah. Perkara sebegini memang menyukarkan saya untuk membuat keputusan samada menggagalkannya ataupun tidak. Keputusan untuk menggagalkannya akhirnya dibuat dengan perasaan berat hati. Jikalau diluluskan takut memberi bahaya kepada majikan pula. Diharapkan dia boleh bekerja semula di tempat lahirnya.

Apapun sempena tahun baru 2008, marilah kita bersama-sama memanjat kesyukuran kerana lahir di bumi Allah Malaysia. Walaupun kita berbeza agama, bangsa, ideologi dan fahaman politik, ada satu masa dan ketika kita patut boleh sama-sama duduk dan berbincang tentang bagaimana memakmurkan Malaysia ke arah yang lebih baik. Selagi kita tidak berada di bumi para pendatang warga asing yang berhijrah ke sini, kita pasti tidak tahu berasa nikmatnya hidup di Malaysia.
Bak kata Kumpulan Too Phat dan Yasin... Alhamdulillah... syukur.

4 comments:

Anonymous said...

Hi Dr,
Perlu pandangan doktor mengenai masalah pembantu saya. Dia didapati positive VDRL test dengan titre 1:4 dalam medical check Fomema dan dilabel Unsuitable.
Dari pengalaman doktor, sekiranya saya membuat rayuan kepada Fomema, adakah dia mempunyai harapan untuk berjaya kerana saya sudah mendapatkan 2nd opinion doktor yg mana katanya penyakit ini sangat 'mild' dan boleh diubati segera.

Memandangkan permit sementara yg sekarang tinggal kurang dari 3 bulan, adakah berbaloi usaha saya membuat rayuan dan mengeluarkan belanja perubatan untuknya?

eryanblt1406 said...

Assalamu alaikum, dokter
Status fomema unsuitable apa maksudnya ,dok ?.

IHSANAZRIN said...

Assalamualaikum Dr.,

Adakah pekerja asing yang ada previous TB dan tidak aktif tidak diluluskan fomema beliau. Saya cuma agak pelik kerana maid saya disahkan mempunyai previous TB untuk fomema kali ni. Bertahun2 renew fomema tak pernah di sahkan pun ada TB. Dan utk kepastian saya buat sendiri di HUKM dan disahkan oleh pakar radiologist bahawa tidak ada TB langsung even previous pun. Dan saya juga buat blood test beliau di hukm dan result menunjukkan ESR (sedimentation) beliau hanya 16mm/hr. Sekarang dah jadi masalah pada saya perlu extend lagi dia sementara nak tunggu fomema tentukan di pusat X-ray mana utk appeal. Harap Dr. dapat bantu masalah saya. Saya amat terkejut berkenaan perkara ini kerana setiap kali renew tak pernah ada masalah,ini bukan kali pertama beliau buat Fomema. Sekian,terima kasih

Anonymous said...

Jadi mcmana ya. Lepas x fomema? Maid sy skrg pn kes sama ni. Previous scar fibrosis. Tgh tggu result esr. Tp xpasti la kalau fomema nk lepaskan ke x

Related Posts with Thumbnails