Wednesday, December 5, 2007

Kok... Kita Kan Serumpun Pak!

Assalamualaikum Warahmatullah...

Segelintir pemimpin negara Indonesia kadangkala suka menunjukkan ciri-ciri kurang rasional mereka apabila mempertikaikan sesuatu isu. Perbalahan kadangkala bertitik punca dari perkara remeh yang dicanang seolah-olah ia sesuatu yang sangat besar.

Sekiranya timbul sesuatu isu besar untuk dibincangkan, pemimpin mereka akan cepat melenting. Beberapa tahun 2005, Indonesia telah menghantar kapal perang dan kapal selam mereka ke perairan Malaysia. Bukan perkara kecil tuan dan puan, siap hantar pasukan tentera dan kapal perang. Apa yang mereka cuba sampaikan dengan menghantar kapal perang? Jangan main-main dengan kami? Kalaul kami bosan dengan kamu, kami akan serang?

Isunya boleh diselesaikan di meja rundingan. Petronas memberikan konsesi minyak kepada Shell bagi kawasan yang dipertikaikan pemiliknya iaitu Pulau Ambalat. Bukan itu sahaja, sudah banyak kali bendera Malaysia dibakar dengan teriakan "Ganyang Malaysia". Malahan ada yang sudah mengisytiharkan perang kepada Malaysia. Ini tindakan yang terdesak.

Isu berkenaan budaya pula ialah nyanyian Rasa Sayang yang dipertikaikan kerana digunakan Malaysia sebagai lagu promosi Malaysia Truly Asia. Menurut salah seorang pemimpin di sana, lagu Rasa Sayang berasal dari Maluku Indonesia. Ada yang mahu pampasan diberikan dan ada yang mahu izin kerajaan di Indonesia untuk menggunakan lagu tersebut.

Masalahnya sekarang negara Indonesia sendiri tidak dapat menunjukkan bukti hakcipta lagu tersebut kerana ia adalah lagu rakyat yang digunakan oleh kedua-dua buah negara sejak turun temurun. Ada ketika apabila orang Filipina juga pernah menyanyikan lagu tersebut di majlis kebudayaan di luar negara!

Yang terbaru ialah berkenaan dengan tarian Endang dan Barongan yang menjadi pertikaian kedua-dua negara setelah dipersembahkan di sebuah persembahan kebudayaan di Osaka Jepun. Buat masa ini, tarian tersebut telah dihentikan untuk memberi laluan kepada perbincangan dua hala Malaysia Indonesia berkenaan isu ini.

Kita mungkin faham sekiranya terdapat rasa tak puas hati Indonesia tentang beberapa isu kebelakangan ini melibatkan warganegara mereka yang behijrah di Malaysia (kes juri karate dipukul). Juga mungkin tentang persepsi mereka tentang layanan buruk sesetengah majikan di Malaysia. Itu hanya kes-kes yang terpencil di bandingkan dengan kebanjiran warga Indonesia yang bekerja di Malaysia, sehingga kini bilangan mereka melebihi seluruh warga negeri Perlis!

Jikalau mereka sibuk mempertikai sumbangan warga kerja Indonesia kepada pembangunan ekonomi Malaysia, adakah mereka hendak menafikan sumbangan Malaysia juga terhadap ekonomi Indonesia? Berjuta-juta wang Malaysia di bawa keluar ke Indonesia setiap hari! Apa yang mereka ingin nafikan?

Cuba lihat kumpulan penyanyi dari Indonesia, sebut sahaja kumpulan yang mana pasti ada lagunya berkumandang di radio di Malaysia. Malahan yang tidak popular di negara sendiri datang ke sini untuk menjadi popular. Beberapa minggu lagi, Konsert Kumpulan Dewa di bandar-bandar utama di Malaysia akan berlangsung. Tiket-tiket percuma sedang diedarkan di Radio ERA.

Tuan- puan, Indonesia sedang meng"ganyang" kita di sana. Kita pula sedang menyusukan kera di hutan, sedangkan anak kita kelaparan! (Saya pernah terbaca tulisan seorang penulis blog di Indonesia - tulisannya 10x lebih celupar daripada tulisan saya).

Berbalik dengan perbezaaan pendapat, saya pernah berada di Indonesia dan melihat cara mereka memilih pengerusi untuk MPR (Majlis Perwakilan Rakyat) yang disiarkan secara langsung waktu itu. Pemilihan itu sahaja berlangsung begitu lama, dengan perdebatan demi perdebatan demi perdebatan. Begitu agrresif. Untuk memilih seorang yang duduk di kerusi itu sahaja, dah cukup letih kita melihatnya. Mereka memang mempunyai begitu banyak masa untuk tujuan itu.

Walaupun begitu, hakikat kelahiran negara Indonesia patut kita fahami. Negara Indonesia lahir daripada pelbagai perjuangan menentang imperialis Belanda secara peperangan. Sebelum itu mereka telah dijajah oleh Inggeris dan Portugis. Kemudian menentang tentera Jepun secara peperangan juga. Telah ramai terkorban, darah banyak tumpah.
Tidak seperti Malaysia yang lebih bersikap demokrasi (dengan pilihanraya-nya), toleransi dan bertukar-tukar perjanjian dengan penjajah. Kita banyak menggunakan akal dan budi bicara sehingga termeterai kemerdekaan dengan pihak Inggeris. Tidak hairan, rakyat Malaysia kaya dengan tolak ansur. (Ramai di Indonesia anggap Malaysia mengkhianati Indonesia termasuk Bung Karno kerana bersekongkol dengan British)

Tata budaya kita walaupun kelihatan sama dengan negara seberang tetapi sebenarnya mempunyai watak yang banyak bezanya. Walaupun kita dikatakan serumpun oleh kerana asal nenek moyang yang sama, tetapi sikap kita yang suka bertolak ansur, lemah lembut dan bersopan menjadi jatidiri kita amat berbeza. Ini yang menjadikan orang melayu Malaysia lebih disukai di negara Arab berbanding melayu Indonesia. Tak percaya? Tanya mana-mana warga Arab di Al-Azhar Mesir.

Apabila, melihat semula semua ini, saya terfikir, konotasi "kita serumpun" sudah tidak lagi sesuai untuk memanifestasikan budaya kita yang pada asalnya sama. Ini adalah kerana sekiranya Indonesia mula mempertikai dan menghalang lagu "Rasa Sayang" dan beberapa tarian lagi dipersembahkan untuk memperkenalkan Malaysia yang "kononnya" serumpun dengan Indonesia dengan alasan yang remeh -temeh, menunjukkan kita bukan lagi serumpun. Ya, mungkin kita "sebaja" tapi bukan "serumpun".


Wallahu A'lam.

11 comments:

sebol said...

kalau orang malaysia dan indonesia lebih bijak

kawasan situ patutnya kerjasama pertamina dgn petronas.

tiada unsur asing.

Dr Azwan said...

Sebol : good point of view!

Dr Azwan said...

Sebol : good point of view!

dinswok said...

Orang indonesia ni memang macam tu. Cepat kecoh. Sebab media diorang sudah macam tu. Tambah lagi dengan pemimpin diorang yang macam. Semua MACAM TU.

Diorang marah kita panggil mereka dengan panggilan "Indon" atau "mat/minah indon." Bagi mereka, pekataan "indon" di malaysia dalam konotasi rendah membawa maksud yang hampir sama dengan "negro" di negara barat. Sedangkan mereka tak tau bahawa pekataan "indon" HANYA SINGKATAN kepada "indonesia."

Pasal kes wasit karate indonesia ari tu dipukul PDRM, kecoh satu republik! Sedangkan diorang tak sedar, MAJORITI rompakan bank di malaysia dilakukan oleh orang indonesia jugak. Tapi kita masih cool... TAkde pon nak melenting.

Oh lupa nak bagitau... orang indonesia panggil kita "MALINGSIA." Dipercayai pekataan "maling" diambil dari dialek Sunda yang bermaksud "pencuri."

Walau apa pon, aku tetap bangga menjadi rakyat malaysia. Sebab kita lebih mengenali erti SOPAN SANTUN.

Dr Azwan said...

Dinswok : Saya dah tengok website www.malingsia.com tuh.. penuh kebencian dan irihati. Biarlah diorang dengan cara diorang. Cara kita lebih membawa kemajuan. Kita buat mengikut acuan tersendiri. Bila dah tak ada kerja lain nak buat, syaitan mula lah menggoda, masa terlalu banyak dan benci dan hasad jadi mainan.. minta dijauhkan. Harap warga Indonesia yg datang ke Malaysia punya harga diri lebih daripada yang ditunjukkan di web tersebut...

FINAL SOLUTION said...

Indon2.. wat malu jer status negara teramai umat islam.. tp...? sesama jiran pon die ajak perang... Indon2

Penyulawa said...

pembantu rumah Indonesia dianiaya majikan, mendapat perhatian dan dibela, bagaimana pula pembantu rumah indonesia yang menganiaya majikan??? Dijaga sebaiknya tapi kita ditipu, kita keluar bekerja, dia keluar membawa lari segala duit dan barangan berharga... Mereka masih x nampak.

sabri said...

Apa yg saya perhatikan isu ini adalah isu irihati ,sakithati dan mencari kesalahan org lain diatas kelemahan sendiri.Dgn bermodalkan isu TKI , ahli karate yg dikarate polis masalah pulau ambalat ,lagu rasa sayang pun jadi hal, bagaikan modal utk melepaskan rasa marah dgn masalah yg tak henti2 melanda mereka.Bencana alam ,kemiskinan, perang sesama sendiri.Shinggakan tak jemu2 mengulangi ayat Ganyang Malaysia. Sakit gak hati kekadang hehehe!

Anonymous said...

Bersabarlah kita dengan mereka. Tidak semua orang Indonesia macam tu. Jangan kita balas kejahatan dengan kejahatan juga. Tambahan pula sebahagian besar mereka adalah saudara seagama kita. Perasaan marah memang ada, terutama bila mengenangkan jenayah yang mereka lakukan kat sini. Ramai dikalangan rakan-rakan yang dirompak dirumah mereka. Geram betul bila mendengarnya. Tapi kenapakan mereka merompak? Siapakah yang mengizinkan ianya terjadi? Mudah-mudahan Allah lindungi kita dari segala bencana.

Hindi Choti said...


Hindi sexy Kahaniya - हिन्दी सेक्सी कहानीयां

Chudai Kahaniya - चुदाई कहानियां

Hindi hot kahaniya - हिन्दी गरम कहानियां

Mast Kahaniya - मस्त कहानियाँ

Hindi Sex story - हिन्दी सेक्स कहानीयां


Nude Lady's Hot Photo, Nude Boobs And Open Pussy

Sexy Actress, Model (Bollywood, Hollywood)

Kisah Sukses said...

Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini YUSUF ISMAIL seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar IBU DARNA yg dari singapur tentan AKI RUSLAN SALEH yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dr hasil ritual/ghaib dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus dan menang RM.230.000 Ringgit ,kini saya kembali indon membeli rumah dan kereta walaupun sy Cuma pekerja kilang di selangor malaysia , sy sangat berterimakasih banyak kepada AKI RUSLAN SALEH dan jika anda ingin seperti saya silahkan Telefon AKI RUSLAN SALEH di 0812-43477455 Untuk yg di luar indon telefon di +62812-43477455, Atau KLIK DISINI 2D 3D 4D 5D 6D saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui AKI RUSLAN SALEH saya juga sudah bisa sesukses ini. Jadi kawan2 yg dalam kesusahan jg pernah putus asah, kalau sudah waktunya tuhan pasti kasi jalan asal anda mau berusaha, ini adalah kisah nyata dari seorang TKI, Untuk yg punya mustika bisa juga di kerjakan narik uang karna AKI Ruslan adalah guru spiritual terkenal di indonesia. Untuk yg punya rum terimakasih atas tumpangannya.

Related Posts with Thumbnails