Wednesday, December 5, 2007

THE HALAL PORK - PART 2

Assalamualaikum...

Sebelum ini saya ada menulis satu artikel tentang halal pork dengan logo halal dijual di Singapura. Di dalam website Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) sekali lagi isu logo halal ini dipertikaikan.

Untuk anda yang masih belum melihat halal pork ini , begini rupanya :-



Gambar yang sebelah kiri ialah daging babi yang dijual di salah sebuah pasaraya di Singapura dengan logo Halal dari Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS). Yang Di sebelah kanan pula ialah gambar PORKLOIN RIB (daging dari tulang rusuk babi) juga dengan logo dari MUIS tetapi bentuk logonya agak sedikit berbeza.

Untuk pengetahuan anda, JAKIM meletakkan MUIS sebagai badan halal yang diiktiraf dari negara luar termasuk badan-badan halal yang lain dari Thailand, Brunei dan sebagainya.

Sekiranya anda lihat logo di bawah :-


Logo atas sebelah kiri adalah logo MUIS yang diiktiraf oleh JAKIM. Terdapat warna-warni pada badan logo dan bukan sekata. Cuba bandingkan dengan logo di atas.
Persoalannya:-
1. Mengapa tiada kenyataan rasmi daripada dua-dua pihak tentang masalah Halal Pork ini? Adakah perkara ini tidak sensitif?
2. Tiadakah kajian yang dibuat berdasarkan DNA tentang masalah ini?
3. Terdapat 3 logo MUIS, ketiga-tiganya berupa bentuk yang berlainan. Mana satu yang betul? Kenapa tiada tahap piawai logo yang sepatutnya lebih ketat dikenakan.
4. Isu ini patut mendapat perhatian media massa kerana ia melibatkan orang Islam dan perkara sensitif iaitu halal dan haram. Jika ia haram, reputasi JAKIM sebagai pengiktiraf juga akan terjejas.
Wallahu Alam.

9 comments:

Nadlique said...

Saya masih ingat ada sekali tu, kawan saya pergi ke Melbourne. Dia singgah di kedai orang Cina ni. Dia cakap kat situ ada jual Pork Halal. Terkejut kawan saya dengar. Rupa-rupanya, persepsi dia org tentang halal ialah sembelih leher, tak kisahlah daging apa.

Satu lagi, sesetengah orang keliru dengan konsep halal ni. Ada yang ingat, orang Islam tak boleh makan daging babi sahaja. Daging lain takpe walaupun tak sembelih.

Kesimpulannya, kenalah berhati-hati.

Dr Azwan said...

Hmm... salah persepsi kan. Awak kat melbourne ker? Ambik course apa?
Masalah dengan daging pork halal ni ada sticker MUIS. tu yang musykil tu. Kalau ditulis halal tapi tak certified tu pun dah kira menakutkan. Tapi kalau Majlis Agama Islam approved - dah jadi isu besar ni.

Liza Ariff said...

Azwan, MUIS did not approve the PORK. the sticker was obviously scanned ... macam kat sini juga ada pihak yang tak bertanggung jawab scan logo halal JAKIM. What I'm trying to say is tak kira logo halal dari mana pun ada pihak yang dgn sesuka hatinya scan & paste on the product. For authentic halal logo sticker tak kira dari which organisation pun be it the US, South East Asia, Malaysia or Singapore ... make sure that the logo is printed on the cover not smack, licked & pasted on the packet. MUIS is very strict in issuing halal certificates. food stalls owned by Muslims are not given a halal certificate if they serve any form of liquor. Moral of the story is whatever you buy, whereever you buy it from be careful (1) look for authentic halal logo (2) read the ingredients. to be honest with this is a practice i seldom see among my malay muslim friends when they are in malaysia, baik yang dari singapura mahupun dari malaysia. BE CAREFUL read before you eat.

Liza Ariff said...

Salaam, if you need further clarification & have further inquiry please visit http://www.muis.gov.sg

Liza Ariff said...

taken from http://www.muis.gov.sg/faqs/

Q: I received an email showing the photo of 'Pasar Fresh Pork (Air Flown)'. The product packaging had the Muis Halal certification mark on it? Can Muis clarify?

A:The ‘Pasar Fresh Pork (Air Flown)’, packed for NTUC Fairprice Co-operative Ltd, 680 Upper Thomson Road, Singapore 787103, is not Halal-certified by Muis. Our investigations at eight NTUC outlets on 31 October 2007, immediately upon receipt of this feedback from a member of the public, revealed that the said product did not bear the Muis Halal certification mark.

Please be informed that Muis is working with the police on this matter. It was reported by Channelnewsasia on 1 November 2007 that the NTUC Fairprice had filed a police report over what it claimed as an act of mischief to tamper with the packaging of the pork product.

Dr Azwan said...

Thank you MIs Liza. I will post this matter to PPIM. thank you.

Anonymous said...

salam
dr. azwan

terpanggil nak bagi komen bila baca dalam chatbox seorang chatter komen pasal JAKIM tak p check sendiri.tunggu panggil baru check.

sebabnye ialah dari segi prinsipnya dalam Islam, kita tidak boleh mengadu domba.saja2 nak cari kesalahan orang lain. then dan-dan tu juga nak hukum orang.Islam datang dengan hikmah.macam kalau ada orang berzina atau melakukan kesalahan lain, tugas kita yang pertama adalah menegur kesalahan yang berlaku depan mata tu terlebh dahulu.dan bukan nya pergi panggil 3 saksi lain untuk menjatuhkan hukuman zina.

berbalik kepada BWY, barang kat dalam kedai tu bukan semuanya melalui tapisan JAKIM.pada pendapat saya, barang yang ada logo halal je yang melalui tapisan JAKIM. yang lain tu MUNGKIN kebanyakannya melalui KPDNHEP or lain2 saluran.
kalau kita dapat lihat di pasaran, banyak barangan makanan dan juga lain2 yang terjual kita pun tak tahu daripada mana datangnya. dan tak tahu pun kehalalannya dan kesannya terhadap kita..

saya menyokong pendapat dr yang mengatakan BWY hanya menjual produk, kita sebagai pengguna ni harus dicukupkan dengan ilmu untuk memilih mana yang baik untuk kita.

dalam kes BWY ini juga, kita sebagai pengguna yang ada ilmu, kena pandai memilih. untuk kemudahan kita pada masa akan datang, saya cadangkan untuk disenaraikan barangan yang tiada logo halal itu untuk diserahkan kepada JAKIM.biar JAKIM siasat produk tu terlebih dahulu dari segi halal dan adakah telah masuk ke Malaysia melalui saluran yang betul..

masalah nye di sini ialah tiada undang2 atau peraturan yang mengatakan bahawa setiap makanan yang dihasilkan di malaysia atau masuk ke malaysia perlu melalui tapisan JAKIM ataupun PPIM ke..

kalau adapun undang2 atau peraturan sebegitu akan wujudla birokrasi di mana proses menentukan kehalalan sesuatu barang itu akan berlaku terlalu lama.

oleh itu, ingin saya tekan sekali lagi bahawa menjadi tanggungjawab kita sebagai pengguna untuk mencukupkan ilmu dalam memilih apa yang terbaik buat kita dan generasi akan datang.
bila dah nampak sesuatu yang syubhah itu, elakkan.
kerana yang syubhah itu menghampiri haram.

Ok dr.
Ni dulu. Saya pun belum cukup ilmu untuk nasihatkan org lain..
Dengan rendah hati saya memohon maaf kalau ada yang saya cakap ni menyinggung perasaan orang lain.

# Lebih baik kita mencari sesuatu yang dapat menyelesaikan masalah daripada meletakkan kesalahan itu ke atas seseorang...tingkatkan ILMU, jangan marah2...

Dr Azwan said...

Malam tadi pukul 10pm ada forum tentang "logo halal diragui". Sangat bagus. 3 ahli panel, 1 org dari JAKIM, 1 dari KFC dan 1 lagi dari PPIM. Sebenarnya JAKIM hanya bagi logo halal kpd syarikat yang mahu produknya ditulis Halal. Ia adalah voluntary process - bukan paksaan dari JAKIM.

JAKIM akan memeriksa syarikat yang memohon proses halal dan memantau kehalalannya dengan pemeriksaan2 setiap beberapa kali setahun. Sekiranya ada aduan maka laporan tersebut akan diperiksa di dalam masa 24 jam daripada tarikh aduan.

Malah KFC sendri telah melalui proses ini. Menurut wakil forum KFC, KFC sendiri mempunyai panel shariah dalaman yang terdiri daripada bekas-bekas mufti untuk memantau proses kehalalan secara 3 peringkat.

Oleh itu, JAKIM tiada kuasa untuk memberi logo halal sekiranya company produk tersebut tidak memohon sijil halal dari JAKIM. Ia adalah proses vouluntary.

Wakil PPIM menasihatkan sekiranya pihak tertentu meragui kehalalan satu produk itu kerana tidak mempunyai sijil JAKIM maka usah beli produk tersebut.

Hindi Choti said...


Hindi sexy Kahaniya - हिन्दी सेक्सी कहानीयां

Chudai Kahaniya - चुदाई कहानियां

Hindi hot kahaniya - हिन्दी गरम कहानियां

Mast Kahaniya - मस्त कहानियाँ

Hindi Sex story - हिन्दी सेक्स कहानीयां


Nude Lady's Hot Photo, Nude Boobs And Open Pussy

Sexy Actress, Model (Bollywood, Hollywood)

Related Posts with Thumbnails