Tuesday, January 22, 2008

MENGIRA WAKTU SUBUR WANITA

Assalamualaikum Warahmatullah.

Ada yang meminta saya menulis artikel tentang waktu kesuburan wanita. Saya tahu ada yang dah sangat mahir.. kalau tak mahir takkan ada 6 orang askar kat rumah kan... hehe. Tapi yang baru-baru nak mencuba tuh tentu ada yang malu nak bertanya. Baik juga kalau tahu, InsyaAllah boleh kongsi dengan suami atau adik beradik atau anak-anak dara kat rumah.

Kitaran haid wanita adalah tajuk sangat penting masa student dulu dan selalu masuk soalan esei. Kalau ada pertanyaan, saya cuba jawab. Kalau tak dapat, maafkan saya, anda boleh tujukan soalan kepada pakar sakit puan.
KENAPA ANDA PERLU TAHU WAKTU SUBUR WANITA?
Ada 2 sebab utama :-
1. Untuk memudahkan mendapat zuriat
2. Untuk mengelakkan daripada mendapat zuriat.
Kedua-duanya adalah sama penting. Ilmu ini mungkin boleh anda sebarkan dan digunakan secara praktikal.

FAHAMI KITARAN HAID

Saya cuba permudahkan sebab kitaran haid ni agak kompleks dan payah sikit nak paham. Tetapi cuba fahami. Kitaran haid wanita berlaku setiap bulan secara puratanya ialah 28-30 hari. Tapi wanita masing2 ada kitarannya sendiri ada 25 hari ada yang lambat sampai 35 hari. Tetapi secara puratanya ialah 28-30 hari.

Terdapat beberapa fasa di dalam kitaran haid. Anda perlu memahami fasa ini.

Hari 1-4

Ini dipanggil fasa pengeluaran haid (menstruation) - ketika ini darah haid keluar. Hari pertama period adalah penting untuk diketahui kerana ia adalah di mana fasa ini bermula. Pada hari pertama haid datang, ia perlu ditanda di kalendar dan tamat selepas berapa hari. Sebaik-baiknya ditanda setiap bulan sekiranya anda ingin merancang untuk mengandung. Anda boleh mengagak kitaran period anda beberapa hari di dalam sebulan.

Hari 5-13

Ini dipanggil fasa follicular. Pada fasa ini, hormon estrogen meningkat. Ketika fasa follicular ini, darah akan berkumpul di dinding rahim dan menebal untuk persediaan mengandung. Di kawasan ovari pula, telur yang berada di dalam bekasnya akan menjadi semakin matang.

Hari 14

Waktu inilah satu proses peneluran yang dipanggil ovulasi berlaku. Telur akan terkeluar daripada sarangnya disebabkan oleh peningkatan mendadak sejenis hormon yang dipanggil Luteinizing Hormone (LH). Telur ini sekiranya tidak disenyawakan oleh sperma akan mati dan hilang. Sekiranya ia disenyawakan, ia akan turun melalu saluran falopio ke rahim.

Hari 15-28

Ini dipanggil fasa luteal atau fasa secretory. Selepas telur dikeluarkan dari sarangnya, sejenis hormone dipanggil progestrone di rembes daripada sarangnya (corpus luteum). Ini menyebabkan dinding rahim semakin menebal. Setelah progestrone semakin berkurang kerana tiada persenyawaan berlaku, maka dinding ini akan runtuh sebagaimana runtuhnya tembok Berlin. Proses akan mengalami kitaran semula pada hari 1.


BILAKAH WAKTU SUBUR?

Setelah anda faham kitaran haid di atas, waktu yang terbaik untuk bersama suami-isteri ialah pada hari ovulasi berlaku. Ini adalah kerana ketika itu telur baru sahaja keluar daripada sarangnya.
Bilakah secara tepat ia berlaku? Sebenarnya ia adalah lebih kurang 14 hari daripada hari pertama period seterusnya atau ketika fasa luteal bermula.
** (14 days from the 1st day of your NEXT period - NOT your previous period)

Tak faham? Macam ni. Katalah dia period 28 hari, maka hari subur ialah 28 hari - 14 hari = 14 hari. Jadi, hari ke 14 itu adalah hari subur. Katalah period bulan itu 30 hari, maka 30 hari - 14 hari = hari ke 16 ialah hari subur bukan lagi hari ke 14. Sekiranya periodnya 35 hari maka 35-14 = hari ke 21 adalah waktu suburnya.

Ini adalah kerana fasa luteal pada kiraanya adalah biasanya tepat 14 hari setelah berlakunya ovulasi, sedangkan fasa folicullar boleh berubah2. Jadi waktu subur adalah 14 hari sebelum hari pertama period yang seterusnya. Sekiranya period anda adalah tetap 28 hari, tak jadi masalah untuk mengira waktu subur anda. Sekiranya period anda berubah-ubah, inilah timbulnya masalah mengira waktu subur.


CARA LAIN MENGETAHUI WAKTU SUBUR

Pada waktu subur, suhu badan wanita akan naik sedikit dalam satu darjah celcius. Juga terdapat lendiran cecair yang jernih daripada kemaluan. ini adalah disebabkan hormon yang meningkat ketika itu. Di Amerika terdapat kit untuk mengetahui kesuburan wanita melalui air kencing wanita tapi saya tak pernah jumpa lagi di klinik2 di K.Lumpur.


MENGANGGAR WAKTU TERBAIK UNTUK MENDAPAT ZURIAT

Oleh kerana telur atau ovum tidak mempunyai jangka hayat yang panjang, iaitu dalam lingkungan 1-2 hari sahaja, maka tingkap untuk mendapatkan zuriat adalah sangat terhad. Oleh itu Allah mencipta sperma dengan kelebihan yang lain pula.

Selain daripada berjuta-juta sperma dilepaskan (setiap seorang lelaki adalah jutawan!), ia juga boleh bertahan selama 3-5 hari. Ini bermakna, sekiranya suami isteri bersama 3 hari sebelum waktu subur, atau 2 hari selepas waktu subur, maka ada peluang untuk telur itu berjumpa dengan sperma yang hidup lebih lama.

Oleh itu, untuk mendapatkan zuriat, pasangan boleh bersama setiap malam (atau siang hari kecuali pada bulan Ramadhan) pada hari ke 11, 12, 13, 14, 15, 16 period untuk mendapatkan waktu optimum hari kesuburan sekiranya period anda datang 28 hari. Itu adalah menganggarkan waktu subur adalah pada hari ke 14.

Anda boleh cuba setiap bulan untuk beberapa bulan sekiranya tidak berhasil. Ini adalah untuk memastikan waktu subur adalah sesuai dengan waktu bersama anda.



MENGELAKKAN MENGANDUNG MELALUI CARA KIRAAN

Selain daripada untuk mendapatkan zuriat, ada pasangan yang ingin mengelakkan mengandung dengan cara mengira kalendar.
Untuk pengetahuan anda, cara mengira melalui kalendar adalah berisiko dan tidak beberapa tepat. Ini adalah kerana anda mungkin boleh tersilap kira, atau kedatangan haid yang tidak beberapa teratur menyebabkan tarikh subur lari dari kebiasaan.

Oleh kerana anda tahu sperma boleh bertahan selama 5 hari di dalam rahim (ada kajian menunjukkan 7 hari !), jadi 5 hari sebelum dan selepas hari kesuburan adalah waktu yang dianggarkan tidak boleh bersama isteri ataupun terpaksa menggunakan cara kontraseptif yang lain.

Ada juga yang meletakkan 3 hari sebelum dan selepas waktu subur. Ini lebih rapat dan lebih berisiko. Terpulang kepada anda sendiri. Seperti yang saya khabarkan tadi, cara ini tidak beberapa tepat dan mempunyai risiko yang tersendiri.


Saya harap info ini boleh membantu pasangan suami isteri menganggar waktu yang terbaik untuk bersama dan waktu terbaik untuk mengelak daripada bersama.



Selamat Mencuba!


467 comments:

«Oldest   ‹Older   401 – 467 of 467
Lunar Saphira said...

salam Dr..Saya umur 21..Berat saya lingkungan 50-51kg..Tinggi saya dalam 159..Saya sudah hari ke 38 masih tak datang period atau tanda2 nak datang..Normalkah tu??

Lunar Saphira said...

salam Dr..Saya umur 21..Berat saya lingkungan 50-51kg..Tinggi saya dalam 159..Saya sudah hari ke 38 masih tak datang period atau tanda2 nak datang..Normalkah tu??

shida said...

Salam doc...sy pn.inas..sy dah bkahwin hmpir 3 thn...dn msih blum dikurniakan zuriat...sy juga sudah mncuba clomid tetapi msih blum bjaya...sy juga under f/up dgn o&g...sbelum ini sy mempunyai masalah keputihan yg teruk..alhamdullilah sekarang sdh normal seperti biasa..dr.o&g mencadangkan sy mngamalkn sya cuci di dalam faraj dengan feminine wash lactacyd..sy ikot apa yg dr srh..cuma sy risau kndungan bahan itu akan menyebabkn ph faraj sy terganggu dn menyebabkan sperma yg msuk mati sblum smpai kpd ovum sewaktu hari subur saya...apa pendapat doc tntg pkara ini...

Anonymous said...

Hi doctor,I'm deepa (india), pada tahun 2012 saya melahirkan anak perempuan dengan mengunakan forcep, pada tahun 2013 saya mengandung lagi dan saya mengugurkan anak kedua kerana anak pertama masih kecil dan saya bekerja di Singapura,tetapi sekarang saya menghadapi masalah prolapse uterus,saya ingin hamil lagi adakah saya boleh hamil seperti biasa dengan prolapse uterus? Saya masih belum mengandung lagi..Sudah pun cuba urut masih sama..apakah cara baik untuk sembuhkan prolapse uterine? Tolong saya doctor..

Anonymous said...

Pada bulan lepas period saya on 27th jun,bulan ini pula 29th adakah itu normal doctor?bilakah waktu subur saya bulan ini?harap reply..tq

Unknown said...

Salam doc..sy br keguguran kandungan 21weeks..sebelum ni dah pernah gugur 6weeks..maknanya dah 2kali sy gugur..bilakah waktu sesuai untuk pregnant semula?perlu ke tgu 6bln?umo sy dah 30thn

SHIKIN said...

salam doc, kalau saya dtg haid selama 12 hari, kitaran haid saya di kira dr hari pertama saya dtg haid pd bulan september hingga haid pertama bulan october ka? mcm tu ka kita kitaran haid?

Unknown said...

Salam doc. Maaf ye nak bertanya.xtau la lari tajuk atau x. Tp sy ada kemusykilan.
Adakah kuantiti air mani mempengaruhi kehamilan? Ini perkhawinan ke2 sy. Ms pkhawinan pertama, bekas suami punya air mani..terlalu2 banyak..sampai kena lapik dengan kain pelikat.dan kain akan basah lencun. Manakala pkhawinan baru air mani suami sgt sedikit..xperlu lapik pun..mmg sgt sgt sedikit.adakah ini mempengaruhi kuantiti sperma? Adakah peluang utk sy hamil dgn situasi ini? Sy punye seorang anak dgn suami pertama.

Unknown said...

Salam doc. Maaf ye nak bertanya.xtau la lari tajuk atau x. Tp sy ada kemusykilan.
Adakah kuantiti air mani mempengaruhi kehamilan? Ini perkhawinan ke2 sy. Ms pkhawinan pertama, bekas suami punya air mani..terlalu2 banyak..sampai kena lapik dengan kain pelikat.dan kain akan basah lencun. Manakala pkhawinan baru air mani suami sgt sedikit..xperlu lapik pun..mmg sgt sgt sedikit.adakah ini mempengaruhi kuantiti sperma? Adakah peluang utk sy hamil dgn situasi ini? Sy punye seorang anak dgn suami pertama.

Unknown said...

Makanan yang Harus Dielakan Ketika Haid. (Datang Bulan)
http://lemangpanas90.blogspot.my/2015/06/makanan-yang-harus-dielakan-ketika-haid.htm

Unknown said...

Hi Dr...sy dah 3 thn kahwin blm ada anak..sblm kahwin period 7 hari..skrg 5 hari shj dan purata kitaran haid tdk sama setiap bln...August period sy 13-17..Sept 10-14..Oct 4 hb...mmg ssh nk tahu waktu subur....Dr blh nanti sy...

Unknown said...

Assalamualaikum Doktor,

saya nak tanya..saya bersama suami saya pada 13/9-16/9 (waktu subur) dan sepatutnya saya datang haid pada 27/9 tp pada 25/9 darah keluar hanya 3 hari. tapi lepas sminggu saya buat UPT result tunjuk -ve and 8/10 saya scan, doc tak nampak apa-apa. apa yang perlu saya buat?

Unknown said...

Assalamua'laikum.. mcm kes sy..
Sy gugur pd 15 ogos 2015, dan period 1st selepas gugur pd 21hb sept 2015.. dan period kdua 15hb okt.. jarak 1st period n 2nd hny 24hr.. utk period ke3 ni dh lebih kiranya tp sy was2.. adakah period sy dh lewat utk period ke3 ni..

Unknown said...

Assalamua'laikum.. mcm kes sy..
Sy gugur pd 15 ogos 2015, dan period 1st selepas gugur pd 21hb sept 2015.. dan period kdua 15hb okt.. jarak 1st period n 2nd hny 24hr.. utk period ke3 ni dh lebih kiranya tp sy was2.. adakah period sy dh lewat utk period ke3 ni..

Unknown said...

Assalamua'laikum.. mcm kes sy..
Sy gugur pd 15 ogos 2015, dan period 1st selepas gugur pd 21hb sept 2015.. dan period kdua 15hb okt.. jarak 1st period n 2nd hny 24hr.. utk period ke3 ni dh lebih kiranya tp sy was2.. adakah period sy dh lewat utk period ke3 ni..

Unknown said...

Salam dr.
Nk tnye..adakah kebarangkalian utk dia pregnant tu takde jika kami bersetubuh smnggu sebelum dye period dan sehari sebelum haidnya datang..mohon pencerahan ..trma kasih

Unknown said...

Salam dr.
Nk tnye..adakah kebarangkalian utk dia pregnant tu takde jika kami bersetubuh smnggu sebelum dye period dan sehari sebelum haidnya datang..mohon pencerahan ..trma kasih

Unknown said...

bukan priod smpai 28 kitaran haid kita..contoh hari 1st haid smpai next haid bln depan..tu la kitaran...

Unknown said...

bukan priod smpai 28 kitaran haid kita..contoh hari 1st haid smpai next haid bln depan..tu la kitaran...

Unknown said...

Info menarik dan mudah difahami,tq☺️
http://www.ceritakami.com/kundasang-ranau-sabah-sentiasa-menjadi-pilihan-percutian-nan-indah/

Unknown said...

salam doc.. sy anne 23 tahun.. sy maseh tak phm cara utk mhitung bila proses kesyburan sy... period sy teratur n x penah miss period tiap2 bln... katakan lh bln ni sy period pd 01/01/16 & 07/01/16(habisperiod),pd tarikh bila kah sy subur?? adakah dsebabkan faktor usia boleh menyebabkn kurang subur?? sbb husband dh menjangkau umur 46 n sy sndiri 23.. sy baru 2 bln kawen n ingin mengandung... tlg doc jelas kan lagi kpd sy ttg kitaran haid n wktu ksuburan nya.. tq

mza fruits&vegetable artistic said...

Salam dr.sehari sahaja selepas darah haid saya habis saya terus melakukan bersama suami...adakah kemungkinan saya akan mengandung?

mza fruits&vegetable artistic said...

Salam dr.sehari sahaja selepas darah haid saya habis saya terus melakukan bersama suami...adakah kemungkinan saya akan mengandung?

adriana said...

ASSALAM DR
SAYA AYU DARI JOHOR
SAYA INGIN BERTANYA TARIKH PERIOD SAYA PADA 1/2/2016
SAYA MEMPUNYAI SEORANG ANAK BERUSIA SETAHUN 2MINGGU DAN MASIH MENYUSU BADAN
SAYA TERINGIN UNTUK MENDAPAT SECOND BABY.
SEMNJAK BERSALIN KITARAN HAID SAYA TIDAK MENENTU.
KADANG2 CEPAT/LAMBAT
SAYA INGIN TANYA DR BILA WAKTU SUBUR SAYA UNTUK BERSAMA DENGAN SUAMI?
TARIKH PERIOD SAYA PADA 1/2/2016

TQ

adriana said...

ASSALAM DR
SAYA AYU DARI JOHOR
SAYA INGIN BERTANYA TARIKH PERIOD SAYA PADA 1/2/2016
SAYA MEMPUNYAI SEORANG ANAK BERUSIA SETAHUN 2MINGGU DAN MASIH MENYUSU BADAN
SAYA TERINGIN UNTUK MENDAPAT SECOND BABY.
SEMNJAK BERSALIN KITARAN HAID SAYA TIDAK MENENTU.
KADANG2 CEPAT/LAMBAT
SAYA INGIN TANYA DR BILA WAKTU SUBUR SAYA UNTUK BERSAMA DENGAN SUAMI?
TARIKH PERIOD SAYA PADA 1/2/2016

TQ

adriana said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Assalamualaikum... Saya nak tanya...pg td..saya bersama suami..then..wati siang...keluar lendir dr miss v saya...adakan lendir it tanda saya senang subur atau sebaliknya..last period saya 23/1...TQ

Unknown said...

Assalamualaikum... Saya nak tanya...pg td..saya bersama suami..then..wati siang...keluar lendir dr miss v saya...adakan lendir it tanda saya senang subur atau sebaliknya..last period saya 23/1...TQ

Unknown said...

Assalamualaikum... Saya nak tanya...pg td..saya bersama suami..then..wati siang...keluar lendir dr miss v saya...adakan lendir it tanda saya senang subur atau sebaliknya..last period saya 23/1...TQ

Unknown said...

Assalamualaikum... Saya nak tanya...pg td..saya bersama suami..then..wati siang...keluar lendir dr miss v saya...adakan lendir it tanda saya senang subur atau sebaliknya..last period saya 23/1...TQ

Unknown said...

Salam doc. Maaf kalau pertanyaan ini agak ketertelaluan. Isteri saya baru lepas keguguran kandungan 6minggu. Dalam 7 hari lepas gugur. Darah dah berhenti dan kami bersetubuh. Ada kemungkinan boleh mengandung ke kalau saya ter 'tembak' dalam. Mohon pencerahan.

Unknown said...

Salam doc.
Kalau buat hubungan seks dengan isteri betul2 pada hari atau selepas 1 hari terakhir period,adakah isteri akan mengandung?

Anonymous said...

Assalamualaikum doktor,,sy perasan dah lame doktor xaktif diblog,,,pertanyaan ramai orang maseh xberjawab,,,sy ni musykil satu perkara,,,suami sy sering keluar outstation dan jarang kami bersetubuh,,,saya bersetubuh dgn dia pd akhir 31/01/2016(kebetulan sy peod tp dah hujung2 tp still ade darah selepas bersetubuh byk tompokan darah ats katil) ,, kemudian bulan dua kami xde berjumpa langsung ini kerana dia bekerja diluar,dan sy period pada 20/02/2016(peod mcm biase,byk dan sakit sggugut cume abes lebih lambat dr biase),,,kemudian pd 10/03/2016,kami bercuti di Mersing,dan bersetubuh,disebabkan suami penat,kami bersetubuh tige kali straight pd hari pertama bermalam,esoknye kami lebih banyak berehat dan keluar berjalan shj,,kemudian bulan tige saya xperiod,,sy tggu tarikh sepatutnye period xde pun yg keluar,,sbb sy senggugut yg agak teruk,,jd sy da bersiap sedia dgn ubat than sakit dan sbgainye,,sy pelik dan maklum pd suami,,suami sy yg ketika itu berada jauh dr sy sbb kerja,mnyuruh sy test prgnat gune kaedah UPT,,double line,,kami bukan main seronok,,kmudian tggu suami pulang,kami pg scan,,scan awl menunjukkan da 5mggu pregnt,,utk makluman doktor,kalau nk dibandingkan dgn tarikh kami bersetubuh tu sy pregnt awal seminggu,,sy keliru doktor,,balik rumah,suami suruh sy mengaku dan jujur ade ke sy bersetubuh dgn org laen,,,puas sy menanges dan menidakkan pertuduhan itu,,sy ni seorang wanita yg berkerjaya,,pg sy di opis,dan mlm sy ade mguruskan bisnes kecil2 an,,mase utk diri sndri pun sy xde,anak berumur 5tahun seorang tu pun,sy bawa kesana kemari demi bisnes sy tu,suami sggup mngatakan akan buat DNA tuk mncari tawu hal sebenar,,sy sndri skrg ragu2,,adakah baby ni sgkut yg waktu hujung bulan januari ari tu,,sbb kalau dikire dr 10/3/2016,,sy mmg pregnant awal seminggu,,skrg kandungan da mencecah 9minggu,,sy sgt buntu,,,tolong bantu sy doktor,,email sy norlita08@yahoo.com

-bella-

Unknown said...

Salam doc..sy nk tanya..sy bru brkhwin bln 5..period sy sblm kwen 2.4..lps sy kwen period sy 14.5..lps tu sy lwat 5 hri..sy ingtkn pregnnt tp sy chck ngtf..sy dtg period 18hb 6..btol k trkh sbur sy 21hb..kitrn haid sy 35 kalo kira yg last..ade potensi x sy mngndung dlm masa trdekat ni..sy kje nurse dkt kpj ampng..pe yg sy thu 14 hri kiraan dri trikh pertama period tu utk thu trkh kite sbur...btl k? Kalo slp hrp dperbetulkn..tq doc..

Unknown said...

Salam doc..sy nk tanya..sy bru brkhwin bln 5..period sy sblm kwen 2.4..lps sy kwen period sy 14.5..lps tu sy lwat 5 hri..sy ingtkn pregnnt tp sy chck ngtf..sy dtg period 18hb 6..btol k trkh sbur sy 21hb..kitrn haid sy 35 kalo kira yg last..ade potensi x sy mngndung dlm masa trdekat ni..sy kje nurse dkt kpj ampng..pe yg sy thu 14 hri kiraan dri trikh pertama period tu utk thu trkh kite sbur...btl k? Kalo slp hrp dperbetulkn..tq doc..

Unknown said...

Salam doc..sy nk tanya..sy bru brkhwin bln 5..period sy sblm kwen 2.4..lps sy kwen period sy 14.5..lps tu sy lwat 5 hri..sy ingtkn pregnnt tp sy chck ngtf..sy dtg period 18hb 6..btol k trkh sbur sy 21hb..kitrn haid sy 35 kalo kira yg last..ade potensi x sy mngndung dlm masa trdekat ni..sy kje nurse dkt kpj ampng..pe yg sy thu 14 hri kiraan dri trikh pertama period tu utk thu trkh kite sbur...btl k? Kalo slp hrp dperbetulkn..tq doc..

Anonymous said...

Salam...sy x faham cara kiraan subur tu..saya merangcang kerap tsasar..kiring jer darah haid.contoh dia lpas 2 hari habis haid buat tu hamil..yang saya tahu lpas haid sminggu baru lh sangkut kn..mkslh skrng haid saya x betul n darah saya pun jnis tlalu cikit n cepat habis..just 3 hari dh bhenti..saya nk kira kitaran yg dktr ajar sy x fhm..pning gak la..sy nk thu time lpas haid wktu mane yang subur..harap dktr dpt bntu saya.t.kasih

Unknown said...

Salam , saya dan isteri sudah 4 tahun berkhawin , masalah dia masa datng haid , haid nya tak teratur , kadang2 4 ari , kadang 3 ari , apabila haid tiba , seluruh perut dan punggung dia sakit , darah kluar pun agak gelap wrna nya . Mnta dktor beri info lanjut pd.saya dan isteri

Aznie Ruslan said...

Saya period 21/7-29/7
Dan selang beberapa hari pd 3/8-15/8 period sy terjadi lg
Dan pd 14/8 sy bersama suami
Boleh kah terjadi kehamilan?

Aznie Ruslan said...

Saya period 21/7-29/7
Dan selang beberapa hari pd 3/8-15/8 period sy terjadi lg
Dan pd 14/8 sy bersama suami
Boleh kah terjadi kehamilan?

Unknown said...

Slm Dr azwan...kte nk tyer...sya dh bkhwn nk msk 2thn dh tp msh blm ada brita gmbira lg...mcm2 usaha dh dbuat tp still jugak dpt result yg hampa..smpai kn sya dh suami pergi ke klinik luar utk mmbuat chekup...slps mmbuat pmriksaan doktr mndapti sya ada ktumbhn tp xbrpa bhya...slps hbs sesi pmriksaan n pnergn dri dr trsbt sya dbri pil subur n pil acid folix slps bbrpa minggu jwpn sya stlh mkn ubt tersbt msh jugak mhmpakan..atasan saranan doktr trsbut skirnya nya sya msh juagak blm prgnnt dia mnyrh sya mkn lg ubt trsbt...tp kli ke2 sya mkn dos pil trsbt dtambh dr 2...jd 3bji kita telan...igtkn akn brhasil..tp msh jugak hampa...slain itu sya jugak pnh guna cra urtn tradisional utk burut dbhgian prt tp jwpn smpai skrg msh jugak sma..jd skrg ni sya nk mtk pndptn dr doktr utk mnyeesaikan mslh agar sya & suami dpt mmilki zuriat dlm tahun ni?

Unknown said...

Contoh bulan nie awak start period tgl 10 bulan depan plk awak start period tgl 10 maknanya 30 hari..
Atau bulan nie awak period tgl 10 dan depan plk start tgl 8 maknanya 28 hari..����semoga dpt mmbntu ����

Linda said...

Assalammualaikum Doc,

Sy Pn. Linda, sy nk mntk sedikit advise dr doc klu tidak keberatan. Setahun yang lepas sy selamat melahirkan baby boy secara normal. Dan sehingga sekarang masih menyusu bdan walaupun tidak sepenuh nya (demand baby tinggi). Bru stop fully BF sebulan yng lepas.

Sekarang sy dan suami merancang untuk menmbah lgi cahaya mata. masalah disini sekarang kitaran period sy 38 hari, jika dibandingkan sebelum mengandung ia agak teratur. Mcm nie, bulan sebelum nie period sy dtg pd 27Hb August, then next period pada 3hb Oktober. normal period sy 9 hari. So agk2 waktu kesuburan saya utk bulan selanjutnya pada brpe hb ye?

Maaf doc tye soalan mcm nie..dan maaf tulis msg pnjg2 nie... :)
Terima kasih

Anonymous said...

Assalam doc.. saya ni period tak teratur.. sblm2 ni ok dtg nt setiap kali lps 3 bulan dtg haid,nt mst akn selang 1 bulan xperiod..lps tu dtg blk mcm biasa..saya skrg merancang nk tmbh ank lagi sorg..agak ssh jugak ek period x teratur ni.. pening saya fikirkan mslh ni.

Unknown said...

Awok nii

Unknown said...

Awok nii

Unknown said...

28hari tu adalah kitaran haid..

pau said...

Salam doc..sy ingin meminta cadangan doc ada tak supplement yg boleh diambil untuk menambahkan kesuburan selepas period bg meningkatkan peratusan utk hamil?

Unknown said...

Salam Dr. Sya nak tnya sya bru je bsalin 2blan lpas..skrg ni sy tgh dtg fasa haid yg ptama.. Sy dtg 23hb feb 2017..dn haid sy kering 27hb smalm.. Tp sy da bsama dgn suami sy mlm tadi.. Sy takot ade yg kedua. Adkah tu wktu sy subur n bole pregnt?

Unknown said...

Dr sy nak tnya kalo sy bsama suami pda hri ke 5 wktu haid sy kering bole mgandung ke? Hri ptama sy period 23hb dn sy habis 27hb dn mlmnya sy bsama.. Sy takot pregnt lgi sbb ank sy bru 3bln la dr.. Adkah mse tu waktu subur sy ya dr. ??

Unknown said...

Salam dr.
Sy nk tnya jika sy bsama dgn suami sy pda hri ke5 haid tpi dah kering adkah tu waktu subur sy?? Sy dtg haid pda 23hb dn kering pda 27hb dn mlmnya sy bsama suami.. Tapi suami sempat kluarkn.. Tpi sy curiga takot sy hmil kli ke2..sbb ank sy bru 3buln..adkah bole pregnt doc ?dn adkah itu waktu subur sy?

AnnamTillJannah said...

Macam mana nak tahu kitaran tu..
Dr boleh terangkan tak.. kalau perkiraan sy.. sy period 11 aribulan 2 smpai 18 aribulan 2.. so 8hari..
Kalau ikut perkiraan sy ia jadi 29 ari kitaran sy.. btul ke doc ?? Please terang kn..

Anonymous said...

Misalnya doktor, saya Ada rasa tanda2 nak datang bulan, tpi sy bersama suami, kemudian tanda2 datang bulan tu Ada, sekejap tkde... Jdi mcm mna ye,, adakah sya Akan mengandung?

Anonymous said...

saya baru berkahwin pada bulan sept.2016 dan nak masuk bulan ke 9 usia perkahwinan saya. belum dikurniakan zuriat lagi. saya ada buat pemeriksaan biasa di klinik sakit puan pada bulan Jan 2017. doktor tidak periksa darah disebabkan alasan usia perkahwinan masih awal lagi. cuma ada buat scan rahim. doktor kata semua ok. saya dibekalkan pil asid follic selama 6 bulan.sejak dari mengambil pil tersebut. period saya jadi tidak stabil. dahulu kitaran haid saya 28 atau 29. tetapi sekarang kitaran haid saya bulan feb 32 hari, bulan march 27 hari, bulan april 30 hari dan bulan mei pada hari ke 23 telah datang haid. maknanya hanya 22 hari. soalan saya:
1- normal atau tidak kitaran mcm ini?
2- jika tak menentu hari kitaran, bagaimana nak tentu kan waktu subur saya?
3- pada 25 Ogos 2017 saya akan datang untuk temujanji kedua saya dengan doktor sakit puan. apa yang perlu saya minta kepada dia untuk ujian kesuburan sebab saya tak tahu rawatan kesuburan itu ada yang mcmana? bila baca jawapan doktor beritahu kena check darah. tapi doktor yang dulu tak ambil pun darah saya.
4-ada kesan tak jangkitan fungus di faraj untuk mendapatkan zuriat?
5- saya tidak ada lendir, keputihan dan perlu guna alat bantuan untuk melicinkannyer semasa bersama suami. ini normal atau tidak?

sekian.. :)

Unknown said...

contoh klau priod kluar 29 atau 30 hb smpai 5hb brstbuh adkh subur wktu itu? selng satu hri hbis priod brsma suami...

Unknown said...

Salam doktor..sy ingin mendptkn kepastian..
last suci dr period 19/6/2017..hari kedua selepas tarikh berkenaan sy bersama suami..selepas lima hr selepas tu sy mengalami kekejangan perut dan keputihan yg melampau..blh ke ada kemungkinan utk mengandung?

Terima kasih sekiranya doktor sudi menjawab soalan sy.

Unknown said...

Assalamualaikum Dr, saya nak bertanya, wanita kalau habis period adakah boleh hamil jika bersama and pancut dalam dan boleh ke hamil jika 2 kali pancut dalam..

Shahida said...

Assalamualaikum dr.
Saya ada soalan. Jika waktu haud saya dalam kitaran 25 hari, sebagai contoh, haid saya sebelum ini jatuh pada 11/12/17 kemudian saya datang haid lagi pada 4/1/18, dan ia normal setiap bulan, bolehkah saya tau bila waktu subur saya sebab saya gunakan aplikasi calendar period dan waktu suburnya lebih cepat dan kurang dari 14 hari. Saya punyai waktu yg terhad untuk bersama dengan suamj kerana kami pjj.

Unknown said...

assalamualaikum doktor..pendarahan haid saya selama 21 hari saya bermula 19/12/17
berakhir pada 8/1/18... bila tempoh subur saya?

Unknown said...

assalamualaikum doktor..
dari first time period hingga sekarang, tempoh haid saya antara 15-20 hari.. untuk bulan disember 2017, pendarahan haid saya selama 21 hari bermula 19 dec 2017 berakhir 08 jan 2018..saya nak tahu tempoh subur saya dalam tempoh bermula 09 jan 2018.. -urgent

Anna said...

Salam
D.r Azwan

Maaf. .. Saya nak bertanya. . , tadi pagi saya pergi klinik untuk mengambil suntikan perancang keluarga 3 bulan. . . Selepas 12 jam saya di berikan suntikan tersebut.
. , suami saya ajak “bersama” dan suami saya “pancut dalam”. . .

Soalan saya. . , adakah saya akan hamil selepas “pancutan itu @ sebaliknya. . ? ? ?

Sebab suntikan perancang itu baru 12 jam saya ambil untuk kali pertama. . .

(risau hamil lagi sebab baby baru 3 bulan & saya bersalin ceaser)

Yaya said...

Salam doctr azwan,cycle priod sy agak lame ..adakah normal..saya period 11/3/2018..jangka masa peroid kluar 5 hari..untuk bln yg setrusnye period sy dtg smula pada 17/4/2018..adakah cycle kitaran period saya 36 hri or 37 hari..adakah normal...mohon penjellasan doct..

Unknown said...

Assalammualaikum.. Tumpng sya nk bertnya
Kitaran haid saya 28 hari kdng 30 saya nk thu .. Mcmna nk kira 14 hri tu ??
Sya mula untuk buln mei ni 8/5 ?? Jd mcmna sya nk kira ?? 8/5- (14 hari ke kira ) atau mcmna ?? Saya guna app kesuburan dari enternrt tpi sya ragu tkut slh tkut btul .. Jd blh tolong sya

Cool@net$$ said...

Salam doc, sy xfhm kiraan waktu subur dan x subur, tp sy nak tnya waktu time haid,seawl hari kedua waktu haid, bila berhubungan intim, risiko utk hamil kemungkinan blh terjadi ka?

Cool@net$$ said...

Salm doc, blh ka sy hamil bila sy dlm keadaan waktu haid, dan sy berhubungan intim d seawal dua hari waktu haid,

nfz said...

Salam dr azwan, harap dr masih aktif di blog ni..

Saya ada consume acid folic dan selepas mkan acid folic haid saya teratur selama 3bulan..tepat 28hari haid akan datang..tp masuk bulan ke 4 haid saya lewat hampir dua minggu.. Upt negative dan darah haid tiada cuma bila letih atau stress akan ada darah itupun sedikit sahaja.. Adakah ia normal dr??

nfz said...

Salam dr azwan, harap dr masih aktif di blog ni..

Saya ada consume acid folic dan selepas mkan acid folic haid saya teratur selama 3bulan..tepat 28hari haid akan datang..tp masuk bulan ke 4 haid saya lewat hampir dua minggu.. Upt negative dan darah haid tiada cuma bila letih atau stress akan ada darah itupun sedikit sahaja.. Adakah ia normal dr??

«Oldest ‹Older   401 – 467 of 467   Newer› Newest»
Related Posts with Thumbnails