Wednesday, March 5, 2008

Cerita Pilihanraya 2008




Assalamualaikum..

Bahang pilihanraya umum 2008 kini semakin rancak dan panas. Lihat saja di kotak TV sekarang ini. Macam-macam ada....
Saya ada juga berborak-borak dengan pemerhati politik di Malaysia ini yang pakar dan juga bukan pakar. Apa pun saya ada pendapat saya yang tersendiri.

Anda tidak perlu bersetuju dengan pendapat saya kerana ini adalah pendapat saya sahaja. Sekiranya anda adalah penyokong BN atau Pembangkang yang tidak bersetuju, awal-awal lagi saya minta ampun dan maaf. Dan sekiranya anda bersetuju dengan pendapat saya, maka boleh beri sokongan anda di ruangan komen.

Pada pemerhatian saya, nampak lebih ramai kaum India tahun ini kelihatan "incline" kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) berbanding tahun-tahun terdahulu. Ini juga dipersetujui oleh kawan-kawan saya yang pergi ke ceramah PKR. Lebih ramai warga keturunan India hadir ke ceramah pembangkang. Lori-lori dan van yang membawa bendera PKR saya dapati pemandunya adalah golongan India. Saya juga pernah ke Rawang untuk satu urusan, tiba-tiba satu kumpulan bermotor yang terdiri daripada kaum India membawa bendera pembangkang dan menekan hon. Ini merupakan satu senario yang menarik. Mungkin ada "swing" daripada undi kaum India tahun ini sorotan tidak kepuasan hati mereka tentang beberapa isu.

Pihak PAS sebagai pembangkang nampak lebih rasional dan professional tahun ini. Muka-muka baru yang fresh dan professional menaikkan parti itu sebagai satu alternatif. Ada pendapat yang mengatakan, kehadiran lebih ramai professional dan anak-anak muda di dalam PAS meneutralkan banyak perkara di dalam parti itu yang dahulu pernah dilabel oleh BN sebagai parti kafir-mengkafir. Malah calon India wanita di Johor juga mengejutkan banyak pihak. Kenyataan akhbar daripada pemimpin mereka juga nampak lebih lembut dan bijak.

Saya pernah menjadi sukarelawan pemerhati untuk mengira undi suatu waktu dahulu. Saya bersama-sama kawan2 buat untuk seronok2 sahaja. Jikalau dilihat parlimen Kuantan dan Parlimen Pekan di Pahang, bagi saya itu sudah menjadi kubu kukuh Barisan Nasional. Bukan sebab apa. Pada ketika pembangkang hampir menyaingi undi BN, tiba-tiba datang berkotak-kotak undi pos yang dikatakan daripada tentera. Beribu-ribu undi pos itu HANYA mempunyai undi BN sahaja. Ulang suara - HANYA mempunyai undi BN sahaja. Saya tahu kerana, saya berada di situ sebagai pemerhati.

Pada pendapat saya, selagi undi pos diteruskan seperti sekarang, ketelusan itu nampaknya boleh dipertikai. Kalau satu mekanisme boleh dilaksanakan oleh SPR untuk meminda sistem undi pos kepada satu sistem yang lebih telus, maka ia adalah amat dialu-alukan.

Secara keseluruhannya, Barisan Nasional akan menang pada pilihanraya ini. Itu sesuatu pandangan yang realistik. Malah mereka wajar menang untuk meneruskan beberapa agenda Islam dan melayu. Cuma, saya merasakan bahawa adalah lebih baik Barisan Nasional tidak mendapat undi 2/3 majoriti di dalam pilihanraya ini.

Walaupun nampak menyusahkan kerajaan, tapi bagi rakyat, keputusan kerajaan yang adakalanya sewenang-wenangnya memutuskan sesuatu yang boleh menyusahkan rakyat dapat di timbang tara oleh suara pembangkang. Contohnya, sekurang-kurangnya, keputusan kerajaan untuk menaikkan harga minyak selepas pilihanraya akan mendapat tentangan daripada pembangkang. Oleh itu, saya amat berharap pihak pembangkang dapat menafikan undi 2/3 majoriti. Namun, secara realistiknya tampuk kekuasaan masih kepada Barisan Nasional.

Kepada pihak pembangkang, menafikan majoriti 2/3 Barisan Nasional adalah satu kemenangan sebenarnya. Ramai yang mahu melihat ini termasuk saya sendiri. Kelantan mungkin masih dipegang oleh PAS walaupun ramai saya dengar anak-anak muda di KL yang ingin melakukan perubahan demi janji-janji pembangkang (BN). PKR juga mungkin boleh memenangi lebih banyak kerusi tahun ini.

Tetapi secara personal, saya sangat-sangat mahu melihat jawatan Ketua Pembangkang di serahkan oleh Lim Kit Siang DAP kepada Dato' Seri Anwar Ibrahim. Pada pendapat saya, jika DSAI menjadi ketua pembangkang, suara pembangkang akan menjadi sangat kuat. Pasti sesuatu yang menarik sekiranya Pak Menteri BN terpaksa mempertahankan sesuatu usul yang dibentangkan kepada Ex Boss mereka sendiri yang pernah memegang jawatan kedua tertinggi di BN dan Kerajaan.

Apa sahaja hujah yang tak konkrit, mengarut dan merugikan rakyat dapat dicerna dan dihadam oleh kedua-dua pihak dengan sama adil dan sama kuat. Jawapan tak beberapa bijak Sami Vellu seperti "kalau tak mau bayar tol, baik naik kereta lembu lah" mungkin akan kurang kedengaran. Dan ini diharapkan dapat memberi manfaat kepada rakyat.
(Macamana DSAI nak masuk parlimen tuh, satu misteri yang belum terungkap dan mungkin juga tak akan berlaku).

Perang saraf sekarang semakin menjadi-jadi. Tinggal lagi 3 hari, media memainkan peranan yang sangat besar untuk menaikkan mood pengundi silent majority. BN mahukan pengundi senyap ini ke kotak undi kerana mereka ini biasanya memberi undi yang memihak kepada BN. Mereka ini mungkin ibu atau suri rumah atau mereka yang hanya mendapat berita daripada arus perdana seperti TV, radio dan surat khabar. Kepada mereka yang berlebih-lebih letak iklan pilihanraya kat TV dan radio, saya ibaratkan macam pakai make-up lah - kalau pakai secara sederhana memang cantik... tapi kalau sapu bedak sampai seinci dan eye shadow berlebih-lebih sangat, orang jadi menyampah pula.

Apa pun selamat mengundi semua rakyat Malaysia 2008.

Wallahu A'lam.

10 comments:

Anonymous said...

saya setuju dgn doc,sekiranya pembangkang berjaya menafikan majoriti 2/3 BN adalah satu kemenangan besar berdasarkan senario kempen yg berat sebelah... wlau lambang dacing BN sepatutnya gambarkan sama berat..duit dah habis juta-juta..kalau tak menang tak tau lah...

BN akan buat apa saja utk menang dan yg terbaru bersekongkol dgn SPR batal guna dakwat di jari..

nak lepas perasaan bole?...dorang semua ni memang BANGSAT!!

Anonymous said...

Aku sangat setuju dengan pendapat ko yang hebat nih.. memang BN dijangka boleh membentuk k'jaan semula namun dengan harapan yang sangat tinggi agar suara pembangkang boleh kedengaran dengan lantang. Selepas itu kita pakat membangunkan kawasan kita sendiri dengan membawa kebajikan dan menyedarkan orang2 kampung bahawa Islam adalah cara hidup yang paling benar utk tamadun manusia yang unggul.

Anonymous said...

DSAI, tak bertandinglah Dr, mcmaner dia nak jadi Ketua Pembangkang

UNDI UNTUK SATU PERUBAHAN

Anonymous said...

saya juga tidak begitu cenderung kepada pembangkang atau BN
saya sangat bersetuju dengan dr azwan supaya pembangkang diramaikan lagi ahlinya di dewan parlimen itu
bagai mana dsAI nak masuk Parlimen?
pilihanraya kecil di permatang pauh setelah ahli parlimen meletak jawatan
(so saya doakan dr. wan azizah akan menang lagi)
tapi tak taulah kalau tak boleh pula ikut perlembagaan SPR yang begitu "flexible" ditambah tolak mengikut acuan sukahati tu

menyedihkanlah sebenarnya pilihanraya ni
yang mengundi dan dibayar tu tak rasa ke itu adalah bribery
mungkin dia amat perlukan wang
yang membayar pulak adalah atas arahan pemimpin...
pemimpin yang menerajui negara
betul ke namanya "pemimpin"?
bagaimana agaknya masa depan kita...

Anonymous said...

betul tu doc, makeup lebih2 pun tak elok gak, mcm nak cover yg tak elok je... saya cari yang natural beauty...ape2pun sgt stuju dgn doc...

Anonymous said...

Assalamualaikum......
Tertarik saya dengan topik di atas. Saya ni bukannya fanatik sangat pasal politik ni tapi kekadang tu ada jugak yang tak puashatinye. Saya kiranya nak berkongsi cerita ler ni.Saya asalnye orang pantai timur. Selalunya tiap2 kali datang pilihanraya, akan timbul ler isu ni. Orang2 kuat politik kat kampung akan sibuk menelefon kita yg dibandar ni untuk tanya balik kampung ke tidak. Dan selalunya apa yang di beritahu....." kalu mung balik, kito v pitih ". Saya bukannya apa, bila dah berjanji pada saya kena ler di tepati. Tup! Tup! bila dah habis mengundi bayang pitih langsung tak nampak, dengan orang2 nye sama hilang. Dah habis mulut manisnye sebelum oilihanraya. Nak kata inginkan sangat duit tu tidak ler tapi kecewa ler jugak bila dah jadi macam ni. Dengar cerita, kali ni pun sama gak.Kita tengok ler macam mane nanti........

Anonymous said...

assalamualaikum dr...
pendpt yg sgt bernas dan saya amat2 bersetuju dgn dr...
Sy adalah pengundi di pantai timur. Seblm ni saya berbalah bahagi samada utk balik kg bagi tujuan mengundi. Slps shj membaca blog dr, saya rasa terpanggil utk balik mengundi...masa depan negara utk bakal anak cucu kita terletak di tangan kita semua..."rakyat m,sia yang layak utk mengundi"

Mengundilah secara bijak...

Anonymous said...

nice opinion btw doc.
really pissed off w mainstream media nowadays...thankfully we hv internet.

Dr Azwan said...

kumb@ng : Marah betul kumb@ng. Macam tulah rasanya kalau ada pengadil berat sebelah kan. Kat Johor baru2 ni ada pengadil bolasepak kena pukul. Ada gak orang Johor yang marah kalau pengadil berat sebelah. Ingat kan orang Johor jenis tak kisah.

anonymous : Untuk membentuk ketamadunan yang unggul, negara perlu bersih dan nampak bersih. Kepimpinan melalui kemenangan yang tidak adil atau "syubhah" takut-takut tak mendapat keberkatan.

wan : Tu sebab saya kata misteri... kalau2 jadi bagus jugak.

anonymous 2 : Saya rasa kalau Wan Azizah bg seat dia kepada Anwar Ibrahim, mungkin ada orang cabar dalam mahkamah atau mungkin ada pilihanraya kecil semula - selepas Anwar layak bertanding nanti. Wallahu A'lam.

anonymous 3 : Undi tak boleh dibeli dengan duit setakat RM 300-400. Undi umpama maruah. Kalau nak jual maruah juga kena ikut jejak pemimpin yang menang dengan bayar RM 1 juta. Barulah berbaloi. keh keh...

Anonymous 4 : Selamat mengundi. Ada ke tiket bas nak balik nih?

anonymous 5 : Thanks to Bill Gates, MOchael Dell, Googles experts, Yahoo experts and all their companion that make the world more "FAIR".

Anonymous said...

sy just nak citer psl indians skrg...betul ckp doc..hr tu sy naik teksi ngan kwn g kajang n bykla poster2 pilihanraya nih..pastu kitorang ckpla pasal ahli politik yg bertanding kat ctue,pastu tetibe pakcik teksi india tu pun ckp die nak undi pas...terkejutla jgk,sbb die indians tp undi pas...nampaknyer pakcik teksi pun dah blh melakukan perubahan...syabas inspektor sahab!!

Related Posts with Thumbnails