Monday, March 24, 2008

Dato' Zuraidah Atan & Dato' Salleh Majid Berkata :-






Assalamualaikum,

Saya tertarik untuk berkongsi dengan anda tentang perbincangan dengan 2 orang ahli ekonomi di dalam rancangan biz wrap radio 24 iaitu Dato' Zuraida Atan dan Dato' Salleh Majid pada Jumaat malam yang lepas. Saya memang meminati Dato' Zuraidah Atan sebagai moderator biz wrap setiap minggu kerana english yang accent ala-ala orang UK tu, mukanya yang ala-ala chinese dan wataknya yang sentiasa ceria. Bestlah Dato' Zuraidah - Boleh tak buat kakak angkat dan mintak autograf?.. boleh ker Dato'?

Ok Ok.. kembali ke topik. Tersasar pulak.

Jadi topik yang dibincangkan pada segmen Jumaat lepas ialah berkenaan krisis sub prima di US dan credit crunch. Adakah ia akan memudaratkan ekonomi di malaysia. Ceritanya tentulah panjang, cuma saya ingin tuliskan beberapa isu yang dari kacamata saya yang saya nampak menarik.

Maaflah, saya bukan ahli ekonomi, jadi mungkin pandangan saya agak tersasar. Saya ingin berkongsi pandangan. Oleh itu, para pembaca boleh memberi komen.

Salah satu perkara yang menarik yang dibawa oleh Dato' salleh Majid adalah keadaan ekonomi USA yang sedang mengalami recession. Menurut Dato' Salleh, krisis ekonomi yang melanda USA sekarang adalah hampir sama dengan masalah krisis ekonomi di ASIA dan khususnya Malaysia pada tahun 1998. Ketika itu, pakar ekonomi di IMF dan USA telah mencadangkan kepada ASIA agar negara masing-masing meningkatkan BLR ataupun Base Lending Rate. Ini menyebabkan Bank Negara menaikkan BLR sehingga ke 12% ke atas yang menyaksikan banyak syarikat gulung tikar.

Secara ironinya, pada masa ini krisis ekonomi yang sama berlaku kepada USA pula. Tetapi Dato' Salleh Majid merasa hairan, kenapa pakar-pakar ekonomi di USA mencadangkan potongan kadar interest. Ini telah berlaku di mana kadar interest telah dipotong dengan banyaknya daripada 6% ke 2.5% sekarang. Kenapa di dalam keadaan ekonomi yang sama pada waktu itu di ASIA dan sekarang di USA, 2 dasar polisi ekonomi yang berbeza diamalkan?

Dato' Zuraidah dan Dato' Salleh juga ada mengucapkan tahniah kepada Dato' Shahrir Samad yang memegang portfolio Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. Mengikut Dato' Salleh Majid, Dato' Shahrir akan menghadapi masalah yang besar untuk mengawal harga barangan pada tahun ini.

Peningkatan harga minyak dunia pada tahun ini adalah disebabkan oleh nilai matawang USD yang semakin rendah dan juga disebabkan oleh permintaan minyak yang tinggi yang datangnya daripada negara besar seperti China dan India sedangkan pengeluaran minyak berada di dalam keadaan tidak berubah. Ini sikit berbeza dengan krisis minyak pada awal 90-an di mana pengeluaran minyak berkurang akibat perang USA-Iraq tetapi permintaan kepada keperluan minyak tidak berubah.

Bagaimana masalah harga minyak dunia ini boleh menggugat ekonomi Malaysia? Saya tidak berapa ingat samada beliau ada menyebut tentang kenaikan harga minyak di pasaran negara. Tetapi, mengikut Dato' Salleh, peningkatan harga minyak boleh menekan Tenaga Nasional Berhad atau TNB untuk menaikkan tarif elektriknya.

Ini adalah kerana TNB mendapat bekalan elektrik daripada Independent Power Plant atau IPP yang beroperasi di seluruh negara. Untuk pengetahuan tuan-puan, IPP adalah sebuah tapak yang menghasilkan kuasa elektrik dan dipunyai oleh syarikat-syarikat tertentu. Pada dasarnya mereka memperolehi untung dengan membekalkan kuasa elektrik kepada TNB melalui satu perjanjian (?berat sebelah) di mana TNB perlu membayar IPP ini setiap 2 minggu tanpa gagal. Di dalam menghasilkan tenaga elektrik untuk disalurkan kepada TNB, maka tentulah minyak akan digunakan. Dan mengikut perjanjian tersebut, TNB "terpaksa" membeli semua tenaga yang dibekalkan walaupun ia tidak diperlukan negara.

Peningkatan harga minyak akan menyebabkan kos penghasilan elektrik akan meningkat dan akan melibatkan TNB sebagai pembayar. Menurut Dato' Salleh Majid, perkara ini akan menyebabkan TNB terpaksa "mengagihkan" kos elektrik ini kepada rakyat. Maka sekiranya harga minyak meningkat, kemungkinan tarif elektrik juga akan dinaikkan oleh TNB dan yang akan menjadi mangsa adalah akhirnya rakyat kerana, peningkatan tarif elektrik akan membawa kepada inflasi yang lebih besar dan peningkatan harga barangan tempatan. Di sinilah peranan Dato' Shahrir Samad akan dilihat.

Penyelesaian yang boleh dicadangkan ialah pengusaha IPP menjual elektrik kepada TNB dengan menelan peningkatan kos. Tetapi kemungkinan besar itu tidak mungkin belaku kerana tentulah pengusaha IPP tidak mahu rugi (atau kurang untung) sedangkan di dalam perjanjian hak mereka telah dijaga. Dato' Salleh Majid berpendapat kenaikan ini nampaknya tidak boleh dielakkan sekiranya harga minyak dunia melonjak lagi kerana TNB tidak akan menanggung kerugian.

Jelas, daripada borak-borak pakar ekonomi kita, dapat dilihat sekiranya harga minyak dunia terus meningkat, kehidupan kita akan menjadi agak "gelap"... bukan sahaja kerana kita terpaksa kurangkan penggunaan lampu untuk berjimat elektrik tetapi mengurangkan juga perbelanjaan harian yang semakin tidak tertanggung.

Wallahu A'lam.


9 comments:

Anonymous said...

Wa'alaikumsalam Dr Azwan,
Moga Dr Azwan dan pembaca2 setia blog ini berada dalam pemeliharaan Allah S.W.T selalu.
Keterangan yg dihuraikan oleh Dr Azwan sedikit sebanyak memberi gambaran atau lebih jelas lagi disebut sebagai 'peringatan' kepada rakyat bahawasanya "urusan jual beli diantara IPP & TNB" akan memberi kesan yang agak negatif kepada rakyat diantaranya apa yang disebut oleh Dr Azwan ianya akan membawa kepada inflasi yang lebih besar dan peningkatan harga barangan tempatan.Jadi disini kita akan lihat kebolehan Dato' Shahrir Samad dalam mencari 'counter measure'nya utk menangani masalah ini.
Apa yang baik datangnya dari Allah S.W.T dan yang lemah itu datangynya dari kelemahan saya sendiri.
Wallahu A'lam.
~Iman (nshah.mnajib.t@honda.net.my)

Anonymous said...

dr,
salam,
rafiza ni
sori kalau comment tak relevant with entry
nak tanya berapa rate harga
nokia E61i
nak beli yang ori mmg di kedai nokia sahaja yek?
P/S-datang tak 29hb ni ke anjung?

Dr Azwan said...

Iman : kita harap kerajaan akan kurangkan perjanjian-perjanjian berat sebelah ini pada masa akan datang.

Rafiza : Saya jual original E61i - harga RM 1600.00. Tetapi belum ada stok lagi. Kalau nak order boleh.

syamsul said...

salam, maklumat yg bagus (nampaknya sdra mmg pendengar yg baik). Bezanya info sebegini tiada didalam hebahan kpd rakyat jelata dan golongan biasa melalui media massa.Wallet Issue antara faktor utama gelombang pilihanraya baru2 ini, kerajaan perlu pastikan isu poket ini tidak timbul lagi.tk.Syamsul.

Dr Azwan said...

Syamsul : Semalam PM kata TNB takkan naik tarif elektrik. Selama lama TNB dapat bertahan kita tengok dulu.

Anonymous said...

Kalau dikaji ape punca subprime krisis kat US, mungkin dapat menyedarkan syarikat-syarikat di Malaysia ini..Sifat tamak, masing2 ingin mencari untung atas angin atau untung ke atas orang lain, serta sumer pihak tidak mahu menanggung kerugian.Itulah akibatnya yang terjadi kepada US sekarang..


Untuk kes TNB dan IPP, kalau mereka bijak mereka patut jadikan krisis subprimer kat US nih sebagai iktibar,sekiranya kedua-duanya berdegil(shareholders) tidak mahu menanggung kerugian, maka mereka akan berusha sedaya upaya untuk naikkan tarif.Dan biler mereka naikkan tarif,inflation sudah pasti menjadi tidak terkawal,ekonomi Malaysia akan jatuh,TNB serta IPP sudah pastilah jatuh sekali disebabkan ketamakan mereka ini tadi..

kucau said...

weh azwan . aku rase paklah bubuh shahrir kat KPDNHEP tuh boleh bunuh dier kot. dier maybe reasonable but he cant do anything to stop inflation. lepas nie dier plak kene belasah, no more maverick shahrir. sebenarnya aku rasa yg perlu handle perkara ini adalah kementerian penerangan . ini tidak sibuk dgn reality show jer.

Anonymous said...

Assalamualaikum...

memang kenaikan harga minyak ni akan membawa banyak masalah... paling ketara ialah kenaikan harga barang.... yg teruk kita la .. pengguna kelas sederhana ni...

tapi, kalau kita masih fokus kepada minyak... memang selamanya akan jadi begini.. sebab 1) sumber minyak makin lama akan semakin sukar utk dikeluarkan (maknanya kos pengeluaran semakin tinggi) 2) harga minyak dipengaruhi oleh pengeluar minyak yg besar-2 tu.. (bukan petronas ye)..

pada pendapat saya, yg terbaik adalah utk kita fokus kepada potential energy source yg tak habis... contohnya.. angin, ombak, matahari .. etc. katakan teknologi kuasa solar.. kenapa kerajaan @ pihak berwajib tak nak fokus kepada tenaga ini? kos pembangunan teknologi yg tinggi? hehe... kalau tak mula sekarang.. nanti kos ini akan semakin tinggi.. pada hal rata-2 lebih kurang 6-8 jam sehari bumi malaysia ni disimbahi dgn cahaya matahari.... tunggu nak diproses dan guna balik je..

cuba bayangkan kalau tenaga solar ni kita blh guna utk seluruh kegunaan elektrik pada waktu siang, dan elektrik cuma guna waktu malam je... kan ke kita mengurangkan pergantungan kepada sumber tenaga fossil yg makin lama makin mahal ...

cuma pendapat saya.. fikir-2 kan ... wassalam

Unknown said...

Datuk Zuraidah memang nampak ceria, peguam katakan..

Related Posts with Thumbnails