Tuesday, March 11, 2008

HIKMAH PILIHANRAYA KE 12





Assalamualaikum para pembaca,

Alhamdulillah PRU 12 telah berjalan dengan baiknya dan keputusan telah dibuat oleh rakyat Malaysia.

Izinkan saya untuk mengucapkan tahniah kepada kemenangan Barisan Nasional yang telah berjaya menyapu 140 buah kerusi. itu adalah 65% daripada keseluruhan kerusi yang dipertandingkan. Malah ia adalah 13% lebih daripada majoriti mudah. Tahniah sekali diucapkan kepada kepimpinan Pak Lah. Walaupun tidak berjaya mendapat 2/3 majoriti, saya rasa ia adalah satu petanda BN masih releven dan mendapat sokongan umum.

Barisan Alternatif atau sekarang lebih dikenali sebagai Barisan Rakyat juga telah mengejutkan semua dengan memenangi 5 daripada 13 negeri yang bertanding. Ini menunjukkan kebangkitan suara masyarakat bernilang kaum negara di atas beberapa isu yang tidak mendapat sambutan daripada pihak pemerintah sebelum ini.

Sebenarnya kemenangan tidak memberi apa-apa pengajaran. Yang kita banyak belajar adalah daripada kekalahan. Daripada kekalahan, kita lihat PM kita mula serius di dalam cuba mendalami masalah yang berlaku. Daripada kekalahan kita melihat semula siapa lawan kita dan siapa kawan kita yang sebenar. Dengan kekalahan ramai individu pejuang bangun dan menjadi pemenang. Malah saya kira PKR dan PAS juga bangkit dari sekian banyak kekalahan-kekalahan mereka walaupun mereka digelar tidak releven di dalam pentas politik Malaysia suatu waktu dahulu.


Semua perkara yang berlaku pasti ada hikmahnya. Saya melihat beberapa hikmah di dalam pilihanraya yang telah berlangsung.

1. Barisan Nasional sendiri tidak mampu menyingkir beberapa pemimpin yang sudah hilang kalibernya di dalam parti seperti Samy Vellu, Zainuddin Maidin, Aziz Samsudin dan beberapa orang lagi. Oleh itu rakyat telah membantu di dalam proses penapisan ini ini. Pak Lah cuma perlu mengucapkan terima kasih...

2. Barisan Nasional dapat mengundur selangkah untuk melihat kembali kelemahan organisasi dan manifestonya kepada rakyat. Ini adalah satu langkah yang sangat baik kepada Negara. Segala kelemahan ini jika dapat dibaiki maka mereka pasti akan mendapat peluang untuk mengambil semula negeri yang terlepas kepada barisan rakyat.

3. Selama ini masyarakat di luar negara memandang Malaysia tidak mengamalkan demokrasi. Malah ada sebilangan rakyat Malaysia berpandangan sebegitu. Dengan pilihanraya ke 12 ini, semua pandangan negatif ini telah terjawab. SPR dapat membersihkan nama mereka. Malaysia boleh memberitahu dunia bahawa mereka mengamalkan demokrasi yang boleh dijadikan contoh kepada dunia. Malaysia Boleh!

4. Rakyat mendapat keuntungan daripada suara pembangkang yang lebih besar di dalam dewan negara dan dewan rakyat. Dengan ini bil-bil yang biasanya diluluskan dalam masa 2 jam dapat lebih dibincangkan dengan lebih mendalam pro dan kontranya.

5. Kerajaan daripada pihak Barisan Nasional dan Barisan Rakyat akan berada di dalam keadaan bersedia terutama dari sudut perbelanjaan kewangan, pembahagiaan kekayaan yang tidak sama adil, gejala rasuah, nepotisme, peningkatan penyampaian perkhidmatan awam dsbg.

6. Yang Berhormat akan selalu turun padang dan mengambil berat masalah anak buahnya tidak kira kaum dan parti. Ini perlu sekiranya mereka ingin terus duduk di kerusi DUN mereka untuk tempoh yang lama. Bukan PM yang menentukan samada mereka layak atau tidak tetapi rakyat sendiri. Oleh itu mereka tidak boleh tunjuk lagak dan sombong.

7. Pihak Barisan Rakyat selalu menyatakan bahawa mereka tidak mendapat layanan yang adil jadi mereka mahukan satu peluang. Oleh itu rakyat telah memberikan mereka satu peluang. Sekiranya mereka tidak mampu melaksanakannya maka peluang mungkin tidak akan diberi untuk 40 tahun lagi. Oleh itu, tunjukkan yang terbaik dan anda mungkin akan terus kekal di kerusi anda. Recep Tayyip Erdogan, PM Turki telah berjaya di Turki dengan kempen menentang rasuah. Maka, Barisan Rakyat mungkin juga boleh berjaya.

8. Agama Islam masih lagi menjadi isu releven terhadap perjuangan parti-parti bertanding.


Saya ada terdengar desas desus tentang bagaimana Malaysia telah jatuh ke tangan kaum lain dengan apa yang ditunjukkan daripada pilihanraya ini. Malah ada yang cuba menyamakan pilihanraya ini dengan cerita bagaimana Singapura keluar dari Malaysia.

Apa yang saya nampak, Malaysia tidak pun jatuh ke tangan kaum lain. Ia cuma berpindah tangan, iaitu dari UMNO ke PAS/PKR, Gerakan/MCA pula ke DAP/PKR dan MIC ke DAP/PKR. Kaum melayu tetap menyerahkan ke kerusi kaum melayu. Kaum India tetap menyerahkan kerusinya ke kaum India dan Kaum Cina menyerahkan kerusinya ke kaum Cina. Malah di Parlimen Kuantan, Pn Fuziah Salleh menang kerusi tersebut dari MCA, Di Kota Raja PAS menang kerusi daripada MIC. UMNO tetap menang banyak kerusi melayu di Pulau Pinang. Menteri Besar Perak tetap melayu.
Tapi itu cuma pemerhatian saya sahaja. Pemerhatian saudara bagaimana pula?

Apapun, blog ini InsyaLAllah akan melarikan dirinya daripada isu politik di dalam masa beberapa hari lagi. :)

Kepada anda yang sudah muak, bosan dan benci dengan tulisan politik skala kecil saya ini, amatlah saya memohon maaf. Saya masih di sini dan dukacitanya - anda tidak boleh mengundi saya keluar dari blog ini :)

Wallahu Alam

20 comments:

Anonymous said...

tak muak pun..
alhamdulillah trjumpa juga tulisan yang agak non partisan(tapi dalam hal mengundi kita perlu ada pendirian)
beberapa perkara yang dikesali daripada PRU 12 ini:
1. Dr. Awang Adek... dia ada potensi di MOF..cuma salah strategi letak sbg calon menteri besar kelantan..mmgla org kelantan tak suka...serambi mekah tapi isteri MB rambut mengerbang...so mmg tak dapek den nak nolong..satu kerugian juga sebenarnya... (tapi tak taulah, mungkin mmg beliau betul2 tidak disukai)
2. media dulu dan sekarang sama sahaja..tak kira dosa pahala..kalau nak kata itu cara cari makan, buat la cara baik...kedah baru 2 hari bentuk kerajaan baru, tapi setiap hari di muka depan akhbar nasional ada je khabar yang negatif...dah tak ada isu...jd macam tabloid pulak...tak rasa ke anak beranak makan rezeki tak halal..sungguh kasihan media kita ni..
3. wahai BN, at least admit la yang mmg you banyak kelemahan..luaran sekaran ni dah nampak..lama2 akan rabak sampai nampak di dalam..
dan ada lagi beberapa..
kesimpulannya semuanya nampak sungguh kasihan...
jadi satu entry pulak..
sekian, terima kasih

Dr Azwan said...

Anonymous : 1. Saya pun rasa Dr Awang Adek tuh bagus. Nampak berkaliber. Daripada ambik Annuar Musa baik ambik Awang Adek.

2. Media skarang dah nampak angin perubahan. Lagi banyak individu yang menyatakan hati dan perasaan masing2. Harap ia akan berterusan.

3. Mereka cuma boleh sedar sekiranya mereka kalah di dalam menang

Anonymous said...

kepada yang menang, kenalah kerja kuat2 supaya kemenangan itu sangat bermakna.
kepada yang ang kalah - jangan terus mengalah.
Teruskanlah usaha anda utk membantu selagi terdaya (kalau anda btul2 berkhidmat utk negara)

Anonymous said...

awang adek tu, maksud saya bagus utk post menteri kewangan. he has economic intelligent
kita nak harap ex senator Tan Sri Nor Mohamed sampai bila...kena standby untuk akan datang.. itu sbb saya kata salah strategi bila duk war2kan awang adek as MB kelantan..awang adek perlu menang, tapi bukan untuk jadi MB kelantan..untuk post yang lebih sesuai...
sayang seribu kali sayang..

anonymous 1

Anonymous said...

maaf saya mencelah pasal politik sket,di malaysia ni bukan je awang adek yg pandai dlm menstabilkan ekonomi negara,tp dari pandangan sayalah ade lagi org2 yg layak spt tan sri khaled ibrahim begitu juga dato seri anwar ibrahim,fikir2fikirlah,juga harap maaf skiranya saya ade menyinggung sesiapa didlm ruangan ni..

kucau said...

hi putri, anwar stabilkan ekonomi? ermm kalau dulu amik IMF ngan DEB2 pon lesap

Anonymous said...

ok, tak kisah le sesapapun yang org lain rasa layak dalam "menstabilkan ekonomi"
bukan masalah pandai menstabilkan ekonomi negara cik puteri nian... nian nye lah bagai...

cuma sayang seribu kali sayang awang adek terus gugur dari barisan kabinet.. (ibarat macam sayang nye dsai tak dapat bertanding dalam pru kali ni..)kita kena ada ramai yang ada economic intelligent yang islamic di dalam barisan pemimpin kita.. boleh berbincang bersama demi sebuah negara yang selama ni menjadi contoh kepada negara2 lain..

buat apa nak bergaduh besar-besaran (maksud saya sehingga menjatuhkan negara) antara pembangkang dan kerajaan sedangkan matlamatnya satu..pros n cons mesti ada.. pembangkang kena ada dalam parlimen.. macam dalam artikel dr. terdahulu yang mana menyatakan majoriti BN dalam parlimen perlu dikurangkan.. ini kerana suara pembangkang adalah suara rakyat yang umpama menyorok dibelakang kain si ibu meminta sesuatu daripada bapanya yang berkuasa(ibarat je ye, jgn salah tafsir n exend lebih2 pulak)

kering idea pulak dah.. takpela nanti sambung..
kesimpulannya pemikiran kita mesti ada rasional kukuh, mesti demi kebaikan bersama.. bukan based on penyokong BA or penyokong BN.. Tuhan pun tak suka org yang Thaghut..(yang melampau)..

ok salam sekian terima kasih...

Dr Azwan said...

Perlu ke sekarang ini PM jadi Menteri Kewangan? Kenapa tidak biarkan economic intelligent je yang jadi Menteri Kewangan. Well Menteri Kewangan pun kena dapat persetujuan PM jugak. Tun Mahathir dulu expert in Multi Tasking, tapi mungkin Pak Lah tidak. Lagipun Paklah banyak sangat nak kena jaga, petanian lah, koridor lah, bagilah seorang cam Mohd Nor atau Awang Adek yang jaga. PM boleh tumpukan kepada dasar sahaja.

Anonymous said...

tak perlu sebenarnya...
melainkan mmg beliau ada economic intelligent..
pm terdahulu memulakan.. masakan bisa pm semasa mengakhiri...
pm di MOF adalah umpama sultan boneka...
sekadar berpendapat

Anonymous said...

apa la putri nian ni. mana dia belajar anwar dapat stabilkan ekonomi ntah. tun test dia kejap, dia dah fail. sebab anwar dah nak amik keputusan pinjam IMF la tun cepat2 balik dari cuti. kalau tun tak ambik tindakan cepat, tergadai negara kita ni macam negara2 asia yg lain. aku masih tunggu lagi sapa la genius melayu + super berani yang bakal muncul after tun. sebab aku tak nampak sapa2 lagi.

Dr Azwan said...

anonymous : Hairy tuh bukan genius melayu ker anonymous. Dia kan blajar kar Harvard :)

Anonymous said...

erm...kan saya dah ckp jgn ambil hati dan terasa ape yg saya cakap,tuan dan puan semua sebagai rakyat malaysia kita patut menyuarakan pendpat kita masing setiap org lain pandangannya,begitu juga saya,hak menentukan sape yg layak atau pon tidak itu hanya satu pendapat,negara yg demokrasi spt malaysia sepatutnya tidak menyebelahi disatu pihak saya sahaja,kita bukannya di turki atau pon negara2 timur tngah yg lain...

Anonymous said...

pak lah di MOF..
boleh kira dengan jari kedatangan ke MOF

Di awal PRU11 terdahulu ada menyebut "Bekerja bersama saya bukan bekerja untuk saya"

walhalnya...

"Bekerja untuk saya...elaun saya dapat.."

banyak tau elaun dapat pegang lebih daripada 1 portfolio..

Anonymous said...

genius tak diukur dari u mana dia grad.

Anonymous said...

ya betul. dulu war2 dalam paper tiada lagi closed tender. semuanya akan dilaksanakan dengan sistem tender terbuka. mungkin itu pak lah yang cakap. tapi sejauh mana org yg dia pertanggungjawabkan utk melaksanakan dasar dia ni melaksanakan tenggungjawabnya. pak lah kene semak sendiri.

Rizza said...

dr azwan

"Dr Azwan said...
anonymous : Hairy tuh bukan genius melayu ker anonymous. Dia kan blajar kar Harvard :)"

dia tak bijak mana pun... oxford/havard ni kena gak tgk bidang yg dia study gak..kalau amik jurusan hebat2 tu ..memang hebat la org nye..tapi kalau hanya couse yg biase2 je n dok jaja nama uni dia tu....sedangkan hakikat sebenarnya dia memang tak bijak mana..... hanya nak org lain kagum la konon...... lagi hebat lagi kalau kita ni yg belajar engineering kat uitm berbanding dia tu..hehheh... tak pun dr azwan lagi hebat dari dia tu.....berbakti pada anak bangsa lagi...

tu je nak sampuk komen kat blog dr...

Anonymous said...

ishh.. tak baik cakap macam tu. walaupun tak suka, kita tetap tak boleh deny perkara yg benar. yang benar tetap benar, yg salah tetap salah.

KJ dapat masuk harvard confirm memang dia pandai. tak boleh nafikan & tak boleh la compare dgn student engineering uitm. saya pun grad engineering uitm. malu la kalau org kata macam tu. kita pun sedar diri kita kat mana. cuma genius yg dimaksudkan bukan la genius belajar. ramai genius buku kat malaysia ni. genius tun tu lain. tak reti nak describe la. tapi rasa2nya ramai yg tahu. kita nak cari genius mcm tun tu. ataupun yg lebih baik. tapi masa dia memerintah pun ramai yg tak suka & tak akui kebijaksanaan dia ni. lepas tu je org puji2. biasa la. macam van gogh la (pelukis). masa hidup org kata dia gila. bila dia dah mati sampai le ni org kata dia genius (genius art).

Anonymous said...

Bagi aku,paling penting sekali pepaduan kaum,kerana ini adalah faktor utama ke arah kestabilan ekonomi.Jadi kita doa-doakanlah jerla semoga segalanya berjalan lancar.
Ada dengar jugak ceramah PKR berkempen dulu.Depa macam tak minat ngn DEB.Kata orang melayu UMNO amik share itu untuk kayakan diorang.Tapi aku rase klau utk kayakan syarikat,supaya syarikat melayu dapat berdaya saing sepatutnya tak de masalah,dah tu hak bumiputera dan 30% ekuiti dilindungi perlembagaan.Tp kalau buat kayakan individu tertentu memang aku tak sokongla sbb org UMNO je dapat.

CUma aku harap Barisan Rakyat nih pun alert juga,sbb cakap memang buleh,tp nak buat mmg susah.Memang cantiklah diorang nak ubah polisi amik share dalam syarikat2 melayu yg mewah ni,bg kat rakyat biase ngn orang miskin.Cuma aku risau biler kasik kat orang melayu miskin jer,kang mengamuk pula,keluar plak HINDRAF version 2.Diorang mintak kasik sama rata kt diorang sekali.Tapi kalau duk sibuk bagi kat semua kaum,ekuiti 30% lesap ke mana,Robert Kuok pun makin kaya nun jauh di atas sana.

Oleh itu,keseimbagan wajib ada,klau susah sangat ikut jerla DEB,cuma ubah cara pelaksanaanya.DEB tu tak salah ape pun,orang yg menyalahgunakannya.Wat per nak angkuh atau gaduh2,polisi Azwan atau Ali yg lg baik,yg penting niatnye same.
Last skali,aku rase kene pikir jugak kenapa Tun Mahathir dulu nak lahirkan ramai kapitalis melayu,mesti ada reasonnya.Mungkin penting juga ada melayu yg kaya nun di atas sana,entahler,aku tak segenius Tun.

Anonymous said...

betul..betul..tak wajar DEB dihapuskan. ubah pun bukan. perlu dipertambahbaikan aje.

Dr Azwan said...

Putri_nian : Jangan risau putri... teruskan memberi pendapat. Biasaalah kalau ada yang tidak bersetuju :). Cuma kalau cakap politik kedai kopi nih memang bersemangat sikit - maklumlah darah muda.

Anonymous : Mungkin sebab tuh kewangan negara kita nih kucar kacir sikit?

Anynomous2 : Betul.

Anonymous : Nak melaksanakan open tender bukannya mudah. Banyak ikan2 besar kat luar tuh. Semua nak mengkayakan sedara mara dan perut sendiri. Dosa kita tolak tepi dulu... dah tua nanti baru lah mintak ampun kat tuhan...

Rizza : saya mengaku saya tak hebat. Sudah jadi kenyataan umum, sapa belajar oxford ngan Harvard bukan calang-calang... KJ lulusan bidang apa? sapa tahu?

Lagi satu tak adil sebenarnya samakan KJ ngan Tun DR M. Tun Dr M - negarawan terbilang, umur pun dah 80 tahun, dia masuk politik pun bukan muda lagi masa tuh... pengalaman luas mentadbir. KJ masih baru dan takde pengalaman. Tapi dia ambitious tinggi. Orang yang terlalu ambitious dan main langkah2 nih, orang tak suka. Kalau dia mula dari bawah, tak menggunakan title bapak mertuanya, humble and low profile macam bagaimana Dr Mahathir start dahulu, satu hari lagi orang akan nampak kredibiliti dia.

Anonymous 4 : saya rasa Pakdi ada artikel menarik tentang DEB. Cuba baca kat www.pakdi.net/my.

Saya setuju DEB tak patut dihabus tetapi perlu ada penambahbaikan.

Related Posts with Thumbnails