Minggu lepas saya bawa Irfan yang berumur lebih kurang 2 bulan lebih ke Hospital Kerajaan di Pandan Mewah sebagai mengikuti temujanji yang dicadangkan oleh paediatrik di sana. Ini adalah berikutan enzim hati Irfan yang belum lagi turun sepenuhnya.
Ujian darah telah diambil semula bersama-sama air kencing. Secara klinikal, kekuningan pada wajah, badan dan mata telah tiada.
Tetapi setelah ditimbang berat dan dicatat di atas carta percentile, berat Irfan sudah mecapai 6 kg!
Laa... patutlah Ummi dia kalau dukung Irfan tangan cepat sangat lenguh. Ingatkan Ummi dia saja-saja nak mintak tolong Abah dia urut tangan... ehemm.. Tapi Abah dia tak rasa sangat berat Irfan.. maklumlah, tangan kawan nih made of muscles (and 80% fats..) kan... ehem ehem...
6kg umur 2 bulan setengah tu berat tuh... bayangkan ada anak-anak kita yang dah berumur 1 tahun pun berat lebih kurang Irfan jugak. So, doktor kanak-kanak tuh nasihatkan suruh perhatikan berat badan dia.
Saya bagitahu yang Irfan cuma menyusu badan sahaja. Agaknya ter"over" susu badan kot. Especially, bila Irfan nangis je Ummi dia terus susukan... sampai Irfan takut nak nangis.. haha..
Tak mengapa Irfan, sekarang ni fasa minum susu ibu dan tidur sahaja. Itu sebab berat badan dia naik. Bila dah fasa merangkak dan aktif nanti, InsyaAllah berat dia akan turun dan maintain di dalam normal. Sementara ini minumlah susu ibu puas-puas....
Wallahu A'lam.
18 comments:
alah hai irfan..mesti comel sgt. attach la pic irfan doc..
macam mybaby jugak beli die nangis je susukan trus baru nak diam..=)
Ayu : Abah dia lagi comel...hehe
waa...sure bam bam irfan tu, terer btl baru 2 bln 6kg dah..anak saya ni ha 8 bln dah tp baru 6.4kg.ha dr letakla gambar irfan tu,abah dia kalo comeyl pon xbest tgk kot sbb bukan baby hihi..just kidding ;-)
ha ader satu soklan ni dr,sori la alang2 citer pasal berat baby kan.paed baby saya nak wat urine test n blood test sbb berat alea maintain jer bila masuk 6 bulan.tp saya xbrapa agree sbb dia sihat n very active n i baca dlm buku n internet pon normal.ker mmg kena wat blood test ek dr.saya hold dulu test tu,xsmpai ati la nak bg,kwn2 saya kata sakit wat blood test kat bb.n lagipon dia still bfeed masa saya tgh preg ni.sbb tu ker berat xnaik tp dia mkn solid dah n mmg mkn byk.sori dr ek kaco plak tnya mcm2 soklan nih
eleh perasan nya..dr x comel pun
Suraya : terpulang pada ibu ngan ayahnya. Ambik darah untuk pemeriksaan apa? Ada sebab yang kukuh bole la. Kalau tak de buat apa nak ambik. Tengok berat dia dalam 1 tahun, kalau di bawah percentile boleh la. Tapi kalau pakar ada sebab yang logik nak ambik, boleh le bagi.
Dulu kat paeds, kerja saya memang ambik darah baby... (Drakula lah katakan... keke).. so kesian kat baby datang no 2. Kesian lagi kalau sepatutnya kita periksa darah dia tapi kita tak periksa.
Anonymous : Ni anonymous yang sama kat artikel Rukunegara ke ni... !! Tak baik tau menegakkan benang yang basah...
kenapa comment tu delete eh? tunjuk je la leh la baca..ni Anonymous lain la. :)
siarla gmbr irfan, nak tgk juga.
farhah dulu setahun 5 bulan berat bdn x smpai 10 kg pon. Dr moscow ni membebel pd kami, mak ayah besar, anak comel lote aja. Di minta amik darah, urine n stool u buat testing. Katanya takut ada problem kidney n penyakit lain.
kami terpaksarelakan. alhamdulillah farhah sihat aja. Tp bdn je x mo naik222 smpai la skrg dah 3 tahun berat baru 15 kg
anonymous : lah macamana nak tahu anonymous yang sama ke yang lain. Nama sama, cap jari pun tak ada... Komen tu komen yang sama dengan yang atas, 2 kali yang sama... saya tersiar pulak. Tu yang lepas tu kena delete...
Mak Farhah : Blog orang lelaki mana bole siar gambar anak... tak macho lah... kekeke
salam dr azwan, tahniah kerana memberi galakan kepada isteri memberi susu badan kepada bayi, byk kebaikan susu badan lagipun susu ibu adalah hak bayi. Susu badan kan free.. untung tak perlu berbelanja lebih .. heeeee
ala doc..u dulu pun penah comel jgkkan(time baby dulu..hahah)
mana pic baby irfan doc..permintaan ramai ni..
Sukacitanya diminta Dr Azwan, Menteri Kesihatan KBBP (Kabinet Bayangan beras Padu) untuk memberi ulasan di sini:-
http://erisar.blogspot.com/2008/03/mungkin-kita-mati-di-tengah-jalan.html
sama tapi tak serupa..ahakz
Aizan : terima kasih. Saya ada tulis artikel tentang susu ibu didalam blog . Boleh Aizan baca.
ayu : Wah.. permintaan ramai? haha cam anak Tom Cruise ngan Katie Holmes jer. Saya cam Dato' Fadhilah Kamsah selalu sebut... Bapa yang comel.. Dah bapa comel.. anak mesti ikut muka bapak dia.. haha
Sebol : Saya dah balas. Terim akasih :)
Doc, tak perlu risau ttg berat badan asalkan dia menyusu badan..hehehe.t.erbalik la pula sy yg bagi nasihat...
pengalaman saya yg ketiga2 anak menyusu badan penuh..tanpa disulam dgn susu formula...badan dia org mmg semangat dan kental bukan lembik. Jarang dpt sakit. Bila meningkat usia, dia akan kembali normal.
Kos dah jimat beli susu dan ubat2..hehehe
Kak Jie : betul betul... semua anak saya very strong dan alahan pun kurang... cam abah dia jugak... huii...
bagus kecik2 kuat menyusu...walaupun "semangat" & "debab" badan nye...nanti dah besar cam anak saya ni.....dah tak nampak le "debab" nye tapi bila dukung masih le terasa amat le semangat ..walaupun nampak makin tinggi...
good boy irfan...minum susuibu byk2...semoga kuat...dan cergas...
Post a Comment