Sudah 2 bulan umur anak lelaki saya Irfan Auzaie. Sekarang sudah tiba masa ibunya meneruskan tugas mengajar sebagai guru di sekolah. Waktu bersalin 60 hari telah habis. Tentulah saya juga berharap cuti bersalin dinaikkan selama 90 hari. Jikalau 90 hari dengan gaji penuh, ia mungkin terbaik bagi ibu-ibu yang melahirkan. Mungkin bukan dalam masa 3-4 tahun ini...
Saya ada bertanya kepada isteri saya, kenapa tidak ambil cuti 30 hari menyusu? Dia memang ingin sangat mengambilnya. Tetapi baginya tidak adil kepada guru yang terpaksa menggantinya. Ini adalah kerana guru ganti yang diambil dari luar (lepasan universiti atau diploma) cuma dibayar selama 60 hari sahaja. Selepas itu, guru yang mengganti datangnya dari guru di sekolah itu sendiri kerana sekolah tidak akan membayar lagi gaji untuk guru ganti luar.
Menurutnya, ini akan menyusahkan guru tetap yang menggantikannya kerana dia bukan sahaja kena mengajar sekian-sekian banyak masa yang diperuntukkan tetapi terpaksalah pula diambil masa rehat untuk menggantikan guru yang mengambil cuti menyusu.
Hmmm.. saya terfikir bahawa alasan ini valid. Ini mungkin hanya berlaku kepada Kementerian Pendidikan sahaja, kerana saya dahulu di Kementerian Kesihatan memang tiada masalah untuk para doktor wanita mengambil cuti menyusukan anak.
Hmmm.. saya terfikir bahawa alasan ini valid. Ini mungkin hanya berlaku kepada Kementerian Pendidikan sahaja, kerana saya dahulu di Kementerian Kesihatan memang tiada masalah untuk para doktor wanita mengambil cuti menyusukan anak.
Irfan Auzaie saya hantar ke rumah jiran di sebelah rumah yang berumur 50-an. Kebetulan cucunya yang 3 bulan umurnya tidak lagi dihantar kepadanya untuk dijaga. Isnin lepas adalah hari pertama.
Memang saya ini agak cerewet sedikit jikalau bab menjaga anak kecil ini. Saya jikalau boleh tidak mahu Irfan tidur di dalam buai. Saya cuma mahu Irfan minum susu ibu sahaja. Saya tidak suka letak minyak atau yang sewaktu dengannya pada perut dan badan Irfan dan saya tidak pernah memakaikan Irfan barut. Tapi pada pendapat saya, peraturan itu mudah sahaja. Bukan susah nak diikuti kerana susu ibu dan kelengkapan lain semua telah disiapkan.
Saya pada mulanya tidak beberapa kisah bila Irfan ditidurkan di dalam buai. Ok. Tak ada masalah. Tetapi saya mula terasa juak apabila isteri saya beberapa kali ditanya oleh pengasuh tersebut samada boleh diberi Irfan air masak atau tidak. Kenapa nak beri air kosong jikalau susu ibu itu sudah ada? Malah susu ibu yang diberikan tidak pula habis.
Tetapi saya terkejut apabila jiran saya mengatakan bahawa dia melumurkan 3 jenis minyak selepas memandikan Irfan. Itu saya boleh tahan, tetapi apabila saya meminta tengok apa minyak yang dilumurkan, dia menggunakan satu botol vicks untuk melumurkan ke seluruh belakang badan! Mana tidak terkejut, sebotol vicks habis separuh dalam masa 3 hari sahaja!
Pada masa yang sama dia mahu menaikkan bayarannya daripada RM 250 ke RM 300, apabila isteri saya mula menegur.
Saya meminta isteri saya menanyakan kepada jiran saya yang lain untuk mencari pengasuh yang lebih "faham" tentang masalah Irfan. Takut juga apa-apa yang akan berlaku kepada Irfan. Maklumlah Irfan ada "prolonged jaundice" dan enzim hatinya masih lagi belum normal. Walaupun telah saya beritahu berkali2 tetapi nampaknya pengasuh yang satu ini masih kurang "faham". Saya kena berbuat sesuatu...
Wallahu A'lam
20 comments:
salam.sesungguhnya isu anak dan pengasuh akan pasti dilalui oleh semua ibu dan bapa. nak hantar serba salah tak hantar juga serba salah. berbanyaklah tawakkal terutama sebelum anak dihantar dan doakan agar pengasuh yg dipilih adalah yg terbaik.DOA SENJATA MUKMIN.tk
wah, mahalnya kos hntr ke rumah jiran. baik hantar ke nursery dgn kos begitu. Sya hntr farhah ke rumah jiran masa umor 3 bulan pon cuma b yar rm150 office hour lg. nmpak gaya dr kena cari pengasuh baru. y lama ni masih old fashion lg kot.
huhhhh...terbakar je rasa hati.taruk vicks abis satu botol.masyaAllah...org tua pun xde nak abiskan sebotol 1 hari.ni kan pulak baby.
sy pun cerewet dlm penjagaan anak yg baru 7 bulan.tp disebabkan ada campurtangan mertua benda yg sedikit cerewet terpaksa kata "tak ape lahhh...".tp kesian kat anak.hmmm...apa boleh buat dr.klu tegur takut terasa hati.
Assalamualaikum Dr,
Sy ingin memberi pendapat, oleh kerana pengasuh dr adalah seorg nenek yg berumur 50an, sudah tentu beliau menjaga bayi dengan cara beliau, menyapu minyak ke badan bayi, tidurkan baby dlm buai etc. Walaupun dr telah menerangkan berkali2 kepada beliau, dia masih dgn cara nya. Susah untuk org tua faham dan kadang2 takut org tua berkecil hati dgn teguran kita. Ini adalah kerana pada mereka, mereka lebih dahulu makan garam 'dlm penjagaan baby' dari kita org muda. Nasihat sy, cari pengasuh lain yg boleh memahami penjagaan bayi dengan betul. Sy adalah seorg ibu yg berkerja, mempunyai anak yg berusia 19bulan dan masih menyusu badan dgn saya. Sy juga menghantar anak sy di nurseri dan sentiasa memantau dgn cara pergi kesana utk melihat anak sy. Sy bertegas kepada pengetua dan pengasuh anak sy tentang pemberian susu ibu terhadap anak saya. Sy tidak membenarkan anak sy ditidurkan secara buai dan tidak memakaikan barut w/pun setelah usia 2 bulan. Sewaktu anak sy 6 bulan barulah sy membenarkan anak sy diberi makan bubur. Biasanya nurseri mereka akan mengikut cakap kerana kita telah pun 'membayar' kepada mereka.
Merisaukan juga tu! Kalaulah saya pun boleh buat mcm Dr. tp still tak berani (ikut jgk pantang org tua2) sbb takde ilmu kedoktoran :)Belajar dari buku, internet & pengalaman rakan2. Maybe Dr boleh share satu hr nanti ttg penjagaan bayi ni & kenapa pantang org tua2 tu tak relevent lg zmn skrg. Sy ada baca jg n Dr yg terdahulu ttg petua2 tu. Menarik juga
-Nik-
hmmm.. memang payah nak cari pengasuh. saya pun masih takut2 nak hantar anak ke rumah pengasuh. bukan mudah nak cari yg betul2 nak jaga anak kita seperti anak mereka sendiri.
mmm susah jgk tu...kalo saya pon hangin,nak2 plak saya pernah terbaca effect minyak angin to baby kalo berlebihan.vicks plak kan xsesuai for baby below 2years.baik carik nanny lain or else anta nursery.saya pon ader anak n mmg dapat rasa saya ni cerewet jgk,but luckily lps bsalin saya ikut suami,xla keja and jaga anak sendiri so terlepasla prob mcm ni.klo dah keje balik nanti xtaula cmner.takut jgk....
Syamsul : itulah. Ingat taknak hantar. Tapi sudah tak de jalan.
Mak Farhah : Itulah. Nak jadi cerita, si pengasuh tuh datang ke rumah saya jumpa nenek saya.. sok sek sok sek.. Mintak RM 350.00!!!
Suruh nenek saya bagitahu saya (nenek tinggal dengan saya)... itu berlaku semalam. Membaraaaaa.... !
Wahdah : Yelah, dengan family pun memang kena jaga. Tapi Alhamdulillah, keluarga saya ngan in-law tak berani nak tegur apa-apa yang saya dah tetapkan. Masa kuning tengah kuat dulu dengar lah suara2 suruh minum susu kambing. Tapi isteri saya "guna" nama saya - Abah dia tak bagi. full stop. - so, lepas tuh terus senyap :) Biasanya kalau benda yang saya tak setuju, kira dah tak boleh dah kompromi - so, isteri saya tahu kelemahan mak ayah dia dan mertua dia. Dia selalu guna nama saya.
Aizan : Mudah lagi sebenarnya menghantar ke nurseri. Mereka akan ikut kehendak kita. Cuma kadar jangkitan tinggi di kalangan bayi. Itu sebabnya saya tetap hantar ke rumah pengasuh.
Nik : ada pantang yang releven. Kalau pantang yang tidak membahayakan anak maka saya tak beberapa kisah dan ada yang diikut. Contohnya barut, takder masalah apa dengan barut. Sapa nak pakai barut pakailah. Ada orang kata kena angin. Tapi kalau budak nak kena angin, pakailah barut tebal seinci pun, dia akan kena. Alhamdulillah, anak saya tak pakai barut dan belum pernah kena kembung lagi. Alhamdulillah.
Suraya : Pada pendapat saya, Kalau kembung, baru sapu minyak. Saya tak faham kenapa ada orang pakaikan minyak kat perut bayi sebelum kena kembung atas alasan untuk elak terkena kembung.
Ada tak antara kita semua makan panadol 3 hari sekali tiap-tiap hari untuk elak terkena demam? Bukak beg tangannya panadol berpapan-papan... orang sebelah tanya - awak demam ker? Dia jawab - saya makan panadol nih supaya tak kena demam... kalau dah kena demam tak guna dah makan panadol nih...! ada ker... kua kua...
Pengasuh tuh bukan tua sangat. Muda lah lagi. Takder uban pun. Saya memang tidak pernah bersikap kurang sopan di hadapannya.
Semalam dia mintak naik lagi RM 350.00! Disampaikan kepada nenek saya. Saya pun terpaksa calling.. calling... isteri saya terpaksa berdepan dengannya tengahari tadi kerana nak bagitahu dia - saya dah hantar anak saya ke rumah orang lain.. (Saya tak berani nak bagitahu sendiri.. hehe) bayarannya cuma RM 200.00 dan saya perkenan untuk tambah RM 30.00 ekstra lagi.
Makcik tuh dengan muka masam tak pandang pun isteri saya bila dia keluar dari pintu rumah makcik tuh.... kesian kat makcik tuh... :)
baguslah dah dpt pengasuh y baru. Biarlah y lama masam muka, y pentg keselamatan dan kesejahteraan anak kita. sbb sakit peninnya nnti kita y menanggungnya.
hihi btl tu,mkn panadol nak elak demam,klakar pulak...saya pon mmg xgemar sangat nak pakaikan minyak2 ni.sendiri rasa rimas...tp elokla dapat nanny baru,harap2nya yang kali ni bagusla kan...makcik sorg tu apala mahal bonar sampai 350 dia mintak...sebab jaga anak "dr" kot tu yang demand lbh tu :-)
Mak Farhah : Betul tuh. Orang rumah saya tak boleh nak mengajar. Dok risau pasal Irfan saje. Lepas hantar tempat lain baru dia ok.
suraya : Awak nak tahu - ada ker makcik tu nampak ada benda putih sikit2 dalam mulut si Irfan, dia kata boleh hilang kalau kita cuci dengan air kencing Irfan... eee tolong laa...
Memang mahal bonar. Kalau rumah dia banglo besar siap ada bilik khas untuk Irfan tak per la nak bayar RM 350. Tapi pengasuh baru nih nampak macam best je dan ada reputasi yang tinggi di kalangan2 jiran. :)
Terima kasih semua di atas nasihat2 anda.
eii..yucks dr.. cuci dgn air kencing..adeih..tul2 old pesen..sib baik dr dah dpt pengasuh baru..alhamdulilah...
gelihati aa bca kerenah pasal babysitter. Baby sitter dr yang kat bandar tu lagi kolot dri babysitter sya yg di kampung..ekeke..
sib baik sya dapat babysitter yg ok gak walapn umur dh 46yrs, dia dgr ckp sya..dan nk wat apa2 dia tanya dulu sya..
cuci ngan air kencing tu bukan old pesen. kesian org tua2. itu ntah mana punya pesen ntah.
a;kum wbt..
wah wah..vicks disapu kat baby 2 bln? banyak plak sekali guna tu? wah wah...kalau saya pun ..saya rasa cam "terbakar" gak tu kat dlm ati masa tau dia buat gitu...ish ishh..
-adk77-
ala ciannye baby..mengarut betul la ma cik tu...
kita kena tegas la kan...utk kesihatan anak kita kan...
bagus la dah dpt tempat baru....semoga baby irfan sihat n ceria
adk77 : terbakar ni! :)
rizza : Makcik tuh tak bertegur sapa dengan saya. Hehe... lama dah. Bagi salam pun dah tak nak jawab. Susah juga ambik jiran jadi pengasuh...
Salam.
Dr, pd pendapat Dr kenape tak elok bayi tido dlm buai ye? Tp dlm masa yg sama Dr pun tak kisah kalau penjaga anak Dr nak tidokan anak Dr dlm buai. Sy ada juga baca beberapa artikel pasal bayi yg tido dlm buai ni mcm otak dia bergegar dan sebagainya.
Pd mulanya mmg sy taknak anak sy tido buai tp setelah hantar pd penjaga lps pantang, penjaga tersebut terpaksa tidokan anak sy dlm buai dgn alasan takut budak² terlanggar dia sbb penjaga anak sy ni ada jaga budak lain juga dan anak sy sorg je bayi di situ. Maka utk tidak menyusahkan penjaga sy tu, sy ikutkan saje keputusan dia. Dia pun tak minta sy belikan buai. Dia guna buai anak dia dulu.
Boleh Dr jelaskan sikit tak situasi mcm ni. Anak sy skrg dah 1 thn lebih, dia tido buai di rumah penjaga je. Di rumah dia tido atas katil mcm biasa. Dan dia tak pernah pun meragam nak buai atau sebagainya.
Salam.
Dr, pd pendapat Dr kenape tak elok bayi tido dlm buai ye? Tp dlm masa yg sama Dr pun tak kisah kalau penjaga anak Dr nak tidokan anak Dr dlm buai. Sy ada juga baca beberapa artikel pasal bayi yg tido dlm buai ni mcm otak dia bergegar dan sebagainya.
Pd mulanya mmg sy taknak anak sy tido buai tp setelah hantar pd penjaga lps pantang, penjaga tersebut terpaksa tidokan anak sy dlm buai dgn alasan takut budak² terlanggar dia sbb penjaga anak sy ni ada jaga budak lain juga dan anak sy sorg je bayi di situ. Maka utk tidak menyusahkan penjaga sy tu, sy ikutkan saje keputusan dia. Dia pun tak minta sy belikan buai. Dia guna buai anak dia dulu.
Boleh Dr jelaskan sikit tak situasi mcm ni. Anak sy skrg dah 1 thn lebih, dia tido buai di rumah penjaga je. Di rumah dia tido atas katil mcm biasa. Dan dia tak pernah pun meragam nak buai atau sebagainya.
Salam.
Dr, pd pendapat Dr kenape tak elok bayi tido dlm buai ye? Tp dlm masa yg sama Dr pun tak kisah kalau penjaga anak Dr nak tidokan anak Dr dlm buai. Sy ada juga baca beberapa artikel pasal bayi yg tido dlm buai ni mcm otak dia bergegar dan sebagainya.
Pd mulanya mmg sy taknak anak sy tido buai tp setelah hantar pd penjaga lps pantang, penjaga tersebut terpaksa tidokan anak sy dlm buai dgn alasan takut budak² terlanggar dia sbb penjaga anak sy ni ada jaga budak lain juga dan anak sy sorg je bayi di situ. Maka utk tidak menyusahkan penjaga sy tu, sy ikutkan saje keputusan dia. Dia pun tak minta sy belikan buai. Dia guna buai anak dia dulu.
Boleh Dr jelaskan sikit tak situasi mcm ni. Anak sy skrg dah 1 thn lebih, dia tido buai di rumah penjaga je. Di rumah dia tido atas katil mcm biasa. Dan dia tak pernah pun meragam nak buai atau sebagainya.
Post a Comment