Wednesday, March 12, 2008

Menyokong Kepimpinan Pak Lah

Assalamualaikum Warahmatullah...

Pak Lah telah mengangkat sumpah di Istana Negara untuk memegang tampuk kepimpinan Malaysia sebagai perdana menteri bagi penggal keduanya. Walaupun desakan demi desakan daripada ramai orang termasuk Tun Dr Mahathir dan penyokong-penyokong beliau akibat kekalahan teruk BN pada pilihanraya baru2 ini tetapi saya merasakan kepimpinan Pak Lah masih diperlukan. Kenapa saya berkata begitu?

Yang pertama, pada pendapat saya, Pak Lah merupakan pejuang agenda melayu dan Islam di dalam Barisan Nasional. Sebagai seorang yang memimpin sebuah negara, rakyat tentulah mahu seorang pemimpin yang bersopan santun, mempunyai pegangan agama yang baik dan berlatar belakangkan keluarga yang beragama. Ini adalah perlu untuk memastikan agenda Islam itu terus berada di atas paksinya. Walaupun, Islam Hadhari dikatakan oleh Barisan Rakyat adalah bermotifkan politik - namun, apa yang digariskan oleh Islam Hadhari itu ada juga positifnya. Malah, sekurang-kurangnya ada juga agenda Islam yang diketengahkan contohnya seperti memperkasakan ilmu sains di dalam pengajian Islam dan peningkatan kekuatan ketenteraan dsbg. Berbanding di zaman Tun Dr. Mahathir, pendekatan Pak Lah adalah lebih Islamik. Ini tidak boleh dinafikan.

Tentulah ada ramai berpendapat beliau mempunyai dasar-dasar yang lemah di dalam kerajaan tetapi saya merasakan agak sukar untuk diukur kemampuan beliau berdasarkan prestasi satu penggal sahaja. Prestasi Tun Dr. Mahathir tidak diukur di dalam satu penggal. Unsur nepotisme di dalam kepimpinannya boleh menjatuhkan beliau tetapi di dalam Islam ada disebut di dalam kaedah Usul Fiqh - Jika datang kepada kamu dua mudharat, pilih lah mudharat kecil daripada mudharat yang lebih besar.

Jadi apakah mudharat yang lebih besar? Ada pendapat yang menyatakan bahawa mereka tidak mahu melihat negara diperintah oleh seseorang yang tidak beberapa jelas pendiriannya terhadap Islam dan diragui akhlaknya. Orang no 2 di dalam BN (maaf nak kata) juga bagus tetapi telah dikaitkan dengan pelbagai isu seperti isu Altantuya, isu pembelian beberapa peralatan perang dan pernah dikaitkan dengan masalah rumahtangga sebelum ini. Walaupun di "backing" oleh Tun Dr. Mahathir, Dato' Hishamuddin (pemuda harapan orang no 2) dan barisan penyokong Pahang yang kuat, saya merasakan personaliti beliau boleh diragui berbanding personaliti PM.

Mungkin ada ramai penyokong no 2 berpendapat isu itu tidak adil kerana isu itu belum/tidak dibuktikan dan beliau mempunyai track record yang baik. Well, sebagaimana rakyat melihat isu-isu BN yang tidak selesai ini boleh menjatuhkan BN sendiri, kemungkinan isu No 2 akan lebih teruk dimainkan dan menyebabkan kegagalan jentera BN sendiri secara total sekiranya No 2 dinaikkan menjadi PM. Malah pihak barisan rakyat sekarang boleh memainkan isu moral untuk menjatuhkan PM sekiranya no 2 dilantik menjadi PM.

Kata Dato' Shahrir Samad, dia melihat ada kemungkinan BN boleh bergabung dengan PAS suatu hari nanti - kerana jika DAP yang ada islamiphobia itu pun boleh percaya dengan PAS, maka kenapa tidak UMNO? Itu adalah pendapat paling bernas sekali yang datang dari pemimpin BN (Kenapa Shahrir ni tak diangkat jadi No 2 ye? beliau selalu ada idea yang sangat bernas). Ini adalah kerana - apa pun perjuangan parti politik melayu dan Islam yang berbeza pendapat - perlu ada satu common ground atau hadaf atau matlamat yang sama iaitu menaikkan Agama Islam dan bangsa melayu.

Oleh itu, saya menyokong kempimpinan Pak Lah selaku PM yang baru dan saya menyokong semua MB yang baru dilantik di kalangan Barisan Nasional dan Barisan Rakyat. Semoga kedua-dua barisan ini walaupun berbeza pendapat tetapi boleh duduk semeja untuk membangunkan umat.

p.s. Setelah kemenangan besar Barisan Rakyat - dan kekalahan teruk BN - adakah harga minyak akan terus disubsidi atau akan tetap naik? nantikan bulan April ini....


Wallahu A'lam.

11 comments:

Anonymous said...

Saya suka dengan tajuk ini. Saya ikuti perkembangan proses keputusan pilihanraya baru ini hingga lewat pagi.Bila dibuat perbandingan memang keputusan luar dugaan ini akan mengecewakan sesetengah pihak. Saya melihat ini satu percaturan baru bagi Pak Lah untuk mentadbir Negara. Saya pun bersetuju jk Pak Lah teruskan perjuangan, isu perletakkan jawatan itu adalah dugaan yg dtg. Apa yg Pak Lah bawa dlm satu penggal belum boleh diukur sebagai prestasi keseluruhan. Islam Hadhari banyak memberi kesedaran. Islam Hadhari satu cara berhemah Pak Lah. Tengok saja setiap kali meraikan sesuatu hari Kebesaran, Pak Lah sentiasa memberi peringatan. Kalau tidak apa akan jadi?.. hancur. Saya akui sekarang pun keadaannya tak sebaik yg diharapkan, tapi kalau PM sendiri tak beri peringatan, mgkn lebih buruk lagi.
Ingatlah, apa yg kita tak suka bukan kerana Allah membenci tetapi sebagai petunjuk kepada jalan yg lbh baik.
Mgkin ini medan ujian bagi Pak Lah untuk mentadbir dlm suasana yg berbeza dari dahulu.Saya yakin Pak Lah boleh melaluinya sebab itu Allah turunkan ujian ini kepadanya.
Sama-sama kita doakan kepimpinan Pak Lah. Sekarang orang mengata/mengutuk kerana mereka belum nampak, yg mereka nampak adalah yg buruk sahaja.Setiap orang ada sejarahnya sendiri. Apapun berlaku doa saya Malaysia tetap aman sejahtera.
'Bukan mudah menjadi pemimpin'

-Fasiha

Jie said...

Pendapat saya kenapa Dato' Shahrir Samad sering dipinggirkan adalah kerana beliau terlalu bijak...

Anonymous said...

orang-orang yang beriman memang selalu di uji...tsunami, kekalahan piliharaya, menantu, isteri baru.. satu-satu menjadi agenda serangan pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab...

Anonymous said...

walaupun secara peribadi saya tidak gemar akan Najib, tetapi dalam hal kepimpinan negara, saya rasa Najib lebih baik (dalam konteks realiti sekarang)

Pak Lah barangkali lebih sesuai utk memegang jawatan seperti KSU atau Menteri sahaja, tetapi bukan PM.

Saya menunggu kalau Najib ingin mencabar Pak Lah dalam pemilihan UMNO akan datang.

Er, saya cuma pemerhati politik. bukan ahli umno yang pro Najib.

Anonymous said...

sokong pendapat jie,
ingat-ingat balik peristiwa orang cantik(mahsuri),orang gagah (Hang Tuah) dan orang cerdik (Hang Nadim), menjadi mangsa orang yang kuat cemburu, tidak berhati perut.

kucau said...

heh. hot nie topic nie . disebabkan aku nie rebelious aku rase aku rasa paklah seharusnya letak jawatan. Sebagai seorang pemimpin bertanggungjawap, paklah seharusnya mengambil tanggungjawap atas kekalahan teruk ini ( paling teruk dlm sejarah ). ini mmg biaser berlaku di negara luar. seorang pemimpin gentleman harus nampak gentleman at least. azwan, org ciner biasernya tidak akan undi pembangkang sekiranya mereka confident dgn ekonomi dan respect pemimpin. di zaman tun dulu , walaupun ramai kene penjara and ade byk isu tetapi org ciner tetap undi BN. Kalau ko tgk isu kat penang ade beberapa syarikat multi national yg keluar kerana faktor luaran china. tetapi tiada langkah kukuh diambil oleh paklah utk menangani ini. 10000 maybe ilang keje sebab motorola nak cabut.

come on la , apabila tun mengambil alih negara pada 1981, satu term sahaja sudah nampak byk perbezaan polisis dan pembangunan. Jika melihat credibiliti paklah sebagai seorang pemimpin amatlah diragui. tidur depan kamera bape kali , membawa tanggapan Islam Hadari tapi ade gambar-gambar dgn Dato Michelle yeo ( cuba google bleh jumpa kot ). Yg penting pemimpin bukan sahaja mesti bijak tetapi mestilah brilliant and nampak brilliant dan boleh menyusun strategic dan berpandangan jauh. Cuba tgk isu minyak yg dua kali org sorok. simple but damaging. Tun dulu ade polisi yg anaknya tidak bolek aktif dlm politik jika beliau masih dlm cabinet. sebab itulah muhriz aktif setelah ayanya keluar. ini tidak seperti si KJ tuh. muhriz menang di jerlu walaupun kubu kuat pas tapi kenape org umno lain byk kalah di kedah?

ade byk isu sebenarnya azwan, di PRU12 ini org UMNO sendiri byk yg mengundi opposition sebenarnya disebabkan oleh tak confident dgn paklah itu sendiri ( have a look at www.mykmu.net). apa salahnya korbankan seorang utk selamatkan melayu lain. Well , si najib punyer isu pasal altantuya takde proof lagi kan? pembelian senjata pon x clear kan? but at least he is more credible. and one mre thing , belum ada history kat mesia nie yg BN jatuh sebab org ade question sebab moral. lihat sahaja dulu , isu tamby chik and beberapa ahli umno lain. ade BN jatuh?

aku kurang setuju ytg melayu x ilang kerusi . kalau kerusi berpindah ke pas yes mmg org melayu x ilang kerusi, tapi kalau ke PKR? i`ll say no. PKR nie multi racial and takde jaminan biler depa berkuasa org melayu yg akan duk atas . biler anwar mati? what happen? secara tidak langsung apabila kerusi MCA jatuh ker DAP sebenarnya melayu ilang kerusi kerana DAP adalah parti serpihan PAP yg keras atas malaysian maalaysianya dan tidak kan kompromi dgn pas atas isu2 tertentu.

cuma satu kesimpulan saja. harapan aku apabila BN nie denied 2/3 mereka akan muhasabah diri , lihat mane yg salah . jgn nak asik utamakan kroni saje. kuasa utk anak beranak . naik mestilah kerana org melayu , biar miskin seperti pemimpin dulu tapi melayu tetap naik. itulah antara byk sebab org umno sendiri pangkah oppo. seperti kata tun , umno skrg tidak dpt dibetulkan dari dlm , pengundi mesti betulkan dari luar and see ppl did that.

Dr Azwan said...

Kucau : har har.. Pak Lah nak tengok Samy Vellu tu letak jawatan dulu dari MIC, baru Pak Lah letak... keh keh.. Dah budaya diorang dalam BN tak nak letak jawatan.. sejak zaman dulu lagi.

Isu yang kau tulis pasal Pak Lah tuh mungkin betul. Pasal jumpa Michelle Yeoh tuh biasalah - dia kan celebrity negara.. keke. Kena tunjukkan negara appreciate actress cam dia. Tapi aku tetap minat Siti Nurhaliza walau apa [un yang dia buat.. (statement lari sket)

Pasal anak menantu dia tuh pun memang bermasalah. Macam loose cannon betul. Tapi Hishamuddin ngan Najib takut gak ngan Hairy. Kita yang kat bawah ni pun boleh nampak diorang tak satu kepala kan. Apalah barisan UMNO skarang nih... Kalau tak letakkan harapan kat UMNO - pun tak boleh jugak sebab agenda UMNO banyak bantu melayu. Tapi ada benda rotten kat atas tuh.

Isu Najib memang tak bole proof. kalau dah proof, tinggal nama je lah dia kat UMNO. Kalau ko orang Pahang, ko akan tahu dia tak beberapa credible. Tetpi orang appreciate dia sebab dia anak Tun Razak. Apatah lagi keluarga dia yang aristokrat itu respectable kat komuniti Pahang. Tapi aku tak bantah sebenarnya Najib jadi PM. At least kampung bini aku dapat nama.. hehe

Pasal undi Cina ni- Cina pun bukan bodoh. Dia undi sapa-sapa yang boleh tolong kaum dia. Dia swing ikut suka dia. Itu sebab PKR kena buat pakatan Strategik dengan PAS. Yang dokong PKR pun bukan cina sahaja tetapi banyak yang melayu dan India. India lebih setia dengan ketuanan melayu daripada cina. Tapi aku pun tak tahu gak. DAP ini memang kadang2 boleh jadi loose cannon. Tengok apa dia buat pada Raja Nazrin dan Bakal Menteri Besar Perak. Not respected at all!

Pakdi : Takut Pak Lah ngan Najib hunus keris pulak! Hishamuddin kat belakang Najib. Hairy kat belakang Pak Lah. Rafidah Aziz - duduk kat tengah. Kalau dua-dua mati Rafidah Aziz naik jadi PM. Well kita dah lebih demokratik dari US!

syamsul said...

Salam ukhwah.terserempak dgn blog sdra,langsung ku baca tulisan2nya. PRU12 dgn hikmah yg tak terkira banyaknya BAGI MEREKA YG BERFIKIR.Setiap zaman akan ada turning pointnya, setiap pentadbiran/perniagaan akan juga ada pasang surutnya.Bak putaran malam dan siang.Kuasa rakyat dan DOA perlu berperanan.tk,salam.Syamsul

Anonymous said...

en.kucau. saya rasa apa yg en.kucau rasa. cuma saya tak mungkin pangkah opposition atau memaksa sesapa meletak jawatan disebabkan perasaan marah. banyak cara lagi boleh kita lakukan. bak kata org dulu2. nak menarik rambut dalam tepung. rambut jangan la putus. tepung pulak jangan la berselerak.

apa yang berlaku kali ni memang sejarah. kita move fwd aje la. saya yakin pasti ada hikmahnya. mungkin org melayu lebih bersatu-padu lepas ni. pemimpin pun jangan la sombong sangat. ni rata2 ikut resmi lalang. sakit hati rakyat. yang tak sepatutnya pemimpin lupa. bukan kerajaan memilih rakyat. rakyat yang memilih kerajaan. biar la jatuh terluka sikit sekarang. jangan jatuh tersungkur terus mati nanti. kalah kali ni bukan sebab rakyat benci, tapi taknak kerajaan terus hanyut dengan kealpaan sendiri. ingat2la...

Anonymous said...

Salam perkenalan,

Satu senario baru dalam sistem pentadbiran selepas PRU-12 kali ini. Kita berdoa moga pentadbiran lebih tersusun dan semua wakil rakyat yang dilantik bekerja bersungguh-sungguh untuk kebaikan rakyat. Tiada yang mustahil

Ahmad Azal Afarok
www.binausahawan.com

Dr Azwan said...

Syamsul : Betul tuh : ada naik ada turun. Dato' Seri Rafidah Aziz dah turun... mungkin lepas nih Pak Lah pulak.

Anonymous : Apabila kerajaan menguasai semua arus perdana dan banyak letak make up tentang parti, maka calon Barisan Nasional menjadi complacent dan rileks. Tidak perlu turun padang dan ada yang sombong. Sedangkan Barisan Rakyat pula terpaksa kerja keras turun padang untuk buat penerangan dan kempen. Kat isni dah nampak dah kelemahan parti kerajaan.

Ahmad Azal Alfarok : Tak terlambat lagi untuk berubah.

Related Posts with Thumbnails