Monday, November 17, 2008

Lumpuh Separuh Badan Tiba-Tiba?






Assalamualaikum

Tujuan saya menulis artikel ini adalah untuk berkongsi dengan anda semua tentang satu kisah di klinik tempat saya bertugas sekarang.

Seorang pelajar lelaki berumur 24 tahun datang ke klinik dengan cerita bahawa beliau tiba-tiba lumpuh separuh badan bermula dari pinggang ke bawah semasa bangun dari tidur pagi itu.

Apabila ditanya dengan lebih lanjut - beliau memberitahu kejadian bermula semasa beliau belajar di Yemen di dalam bidang bahasa Arab beberapa tahun yang lalu. Kejadian itu menyebabkan beliau pulang dari sana dan tidak sambung belajar.

Setelah pulang di Malaysia, beliau telah beberapa kali mendapat serangan serupa iaitu lumpuh secara tiba-tiba sebulan sekali. Yang anehnya, lumpuh itu akan hilang paling lama 3 hari dan paling cepat di dalam masa beberapa jam.

Beliau hanya pergi ke pakar-pakar urut tradisional dan tidak pernah menerima rawatan di Hospital. Kali ini beliau ke hospital Al-Islam kerana beliau mempunyai insuran. Sebelum ini beliau hanya mengikut rawatan di atas kehendak ibu dan ayahnya sahaja.

Secara klinikal, badan beliau kurus, menggeletar dan berpeluh. Tekanan darah normal tetapi degupan nadi mencecah 110 rentak seminit.

Beliau dapat menggerakkan hujung jari kakinya tetapi tidak mampu untuk mengangkat kaki secara keseluruhan. (Motor function : 2/5). Deria rasa pada saraf kakinya adalah normal di kedua-dua belah dan kepekaan deria rasa sama dengan pada tangannya.

Beliau boleh mengangkat tangan (melalui sendi bahu) tetapi kadar pergerakannya atau range of movement agak terbatas kepada 90 darjah sahaja. Beliau tidak boleh menggenggam tangan saya kerana tidak larat.

Terdapat bengkak pada lehernya.

Pemeriksanan darah menunjukkan tahap Potassium di dalam darah yang rendah iaitu 2.3 mEq/L. (normal 3.5-5.2)

Di dalam kes ini, beliau mengalami Hypokalaemic Periodic Paralysis iaitu lumpuh tiba-tiba disebabkan oleh kadar garam Potassium (atau Kalium) yang rendah di dalam darah.

Beliau juga menghidap Thyrotoxicosis iaitu kadar rebesan hormon thyroid yang tinggi dan menyebabkan gejala seperti badan kurus, nadi yang pantas, menggeletar dan berpeluh. Saya rasa beliau telah mengalami masalah thyroid ini sejak di Yemen dahulu tetapi tidak pernah mendapatkan rawatan.

Secara amnya masalah hypokalemia atau kadar rendah Kalium/Potassium dalam darah boleh berlaku di dalam thyrotoxicosis terutama kepada penduduk Asia.

Garam Potassium biasanya berada di luar sel, maka pada kebiasaannya, garam ini akan masuk ke dalam sel di dalam masa 72 jam. Ini yang menyebabkan pesakit yang lumpuh kembali pulih selepas 3 hari.

Sebaik sahaja garam Potassium di masukkan ke dalam tubuh, beliau kembali berjalan seperti biasa. Agak dramatik sebenarnya apabila sebaik sahaja potassium dimasukkan di wad secara perlahan-lahan, beliau kembali normal seperti tidak ada apa-apa yang berlaku.

Beliau kini sedang dirawat untuk masalah thyroid sebagai pesakit luar. InsyaAllah selepas ini beliau tidak akan lumpuh sekejap-sekejap lagi.


18 comments:

NNJ said...

Salam, Doc.
Apa symptom thyroid yang kronik?
Adakah pembedahan adalah kaedah terbaik untuk mereka yg menghidapi masalah thyroid?

NNJ
http://www.perekaweb.com
http://www.bizkutraya.com

Anonymous said...

adik saya balik mesir pon ada tyroid yg simptom dia sama dgn org balik yemen ni..

mak saya pon ada tiroid tp tak menyebabkan kurus pon..hipo ke hyper ntahlah...

adakah possibility utk orh biasa mcm kita ni kene penyakit tyroid nih? sbb semua org ada kalenjar tu kan Dr azwan?

-adk77-

Anonymous said...

Salam doc

saya juga pesakit hyper tyroid, dan sekarang saya masih lagi dlm rawatan susulan...dan sekrg dos ubat makin berkurangan. simptom2 dia yg mcm doc sebut la.adax cara2 yg lbh efective saya mengawal hormon tyroid? dan apa punca2 utama tyroid nie sbb kebanyakan yg saya baca dan tanya ia disebabkan persekitaran n makanan...n saya nak tau lebih details lg pasal ini.

Ijah @ Fariza said...

DR, kalau tak silap saya potassium nie banyak kat pisang kan?...

Saya ingat dulu kawan saya masa mengandung dia kekurangan garam potassium nie, jadi doktor cadangkan dia makan pisang..

Anonymous said...

akum..
nice case..dr post la lagi case2 camni...

Dr Azwan said...

nnj : simptomnya antara yang saya sebutkan. Adakalanya kalenjar thyroid di leher bengkak tetapi tiada symptom-symptom langsung (kita panggil euthyroid). Simptom lain termasuk period berlebihan, berat turun mendadak, cepat marah, jantung berdebar, cirit birit dan selalu panas walaupun di tempat sejuk. Makan ubat dulu, kalau tak boleh baru operate.

adk77 : Ya, semua orang boleh kena. Ia boleh terjadi disebabkan oleh sejenis penyakit dipanggil grave's disease atau ketumbuhan pada kelenjar thyroid. Grave tu bukan kubur tetapi nama org yang jumpa penyakit ni. Grave's ds disebabkan oleh penghasilan antibodi tubuh yang menentang sel-sel kelejar thyroid.

anon : Kita kawal dengan carbimazole. Lepas tu untuk symptom berdebar, ada ubat darah tinggi yang boleh merendahkan denyutan nadi.

Ijah @ Fariza :
Betul. Kalau potassium rendah sikit2 bleh makan pisang. Kalau potassium rendah sampai lumpuh kena lah masukkan potassium dalam badan melalui salur darah.

Aku Penternak Lembu said...

Salam Dr,

soalan tidak berkaitan dengan isu ini:-

pada pandangan Dr apakah punca seseorang itu agak sukar untuk gemuk?bukan kerana kurang makan tetapi memang sukar untuk menambah berat badan.makanan serta minuman tambahan pun tidak memberikan apa² kesan.

boleh Dr buat artikel mengenai isu ini...saya pasti ramai yang berminat mengenai isu ini.

wslm

Anonymous said...

Doc,

Saya nak tanya betul ke susu Alpha Lipid ni sangat bagus dan boleh menyembuhkan pelbagai penyakit termasuk darah tinggi, stroke, sakit sendi seperti yg di nyatakan. Your opinion is very much appreciated.

Thanks
Ally_sha78

Mamanz... said...

Artikel ini telah di link ke dalam blog saya secara singkat sesuai dengan tarikh posting ini.

Blog saya adalah: http://kilasblogs.blogspot.com

Terima Kasih...

ikin said...

Salam Dr...
saya da satu soaln tapi di luar topik ni ar..
Semalam saya da wat medical check up tuk.. masa Dr tengok X-ray saya tu, dia ckp da bengkak kat jantung saya,agak jketara jugalah.. tapi bila Dr check kat badan dia ckp OK... betul2 ok ke?.. Sya takut je da problem lain, kenape yek jantung saya tu bleh bengkak...
TAKOTTTT...

Anonymous said...

Salam Dr,

Hubby saya skrg mengalami Penyakit Hypokalemia. Dia telah mendapat rawatn di SJMC. Malangnya sampai ke hari ni saya tidak tahu apakah nama penyakit suami saya. Bila saya buat research melalui internet baru saya tahu nama penyakit suami saya. Sekarang dia mengambil supplement Potassium 600gm dan boleh berjalan seperti sediakala....skrg sudah hampir 3 bulan dia berhenti mengambil potassium dan keadaannya kembali sakit seperti orang lumpuh separuh badan....Soalan saya adakah dia kena ambik potassium seumur hidupnya....

EIRFANMUM said...

Assalammualaikum Dr. Azwan. Tahniah dan terima kasih saya ucapkan kepada Dr. Blog Dr. banyak memberi info pasal kesihatan.

Di sini saya nak minta Dr. buat another topic on Anemia. Untuk makluman Dr. mak saya skrg berada di HUKM dan Dr. suspek mak saya ada Anemia. Saya ingin bertanya apakah yang menyebabkan darah merah kita hilang...maksud saya 2 tahun lepas mak saya telah dimasukkan darah sebanyak 2 pint dan kali ini hemoglobin mak saya drop ke 6..dan doktor telah memasukkan 2 pint lagi darah. So far tidak ada internal bleeding..apakah kemungkinan yg lain boleh menyebabkan kehilangan darah..diharap Dr. boleh membantu kemusykilan saya.TQ

LiXa NiZaM said...

Assalamualaikum Doktor, suami saya pun pengidap penyakit ni drp umur 17 tahun dan sekarang tak putus supplement pottasium (slow-k). Pernah sekali masud wad di hospital kerajaan Ampang, waktu tu pottasium level hanya 1.7 sahaja sampai Dr. bertugas tu cakap "You are lucky to be alive". Menurutnya, jantung dan paru2 bleh stop functioning bile2 masa sahaja.

Malangnye, hospital tu tak ada pakar untuk penyakit tu dan refer kes suami saya balik ke HUKM. Betul ke buat masa ni, belum ada berita lagi untuk penawar sakit macam ni?

harlinah said...

Salam Dr Azwan,

Lately saya asik sakit sendi dr punggung ke kaki, ini menyebabkan saya risau, dulu slalu juga rasa sakit tp tidak la seteruk 3 hari belakangan ini, harap doctor ble membantu,apakah penyebab sindrom sakit sendi yg saya hadapi ini

fazidah said...

Assalamulaikum doktor..
saya mempunyai seorang bapa saudara,berumr lebih 60 tahun dan sekarang terlantar di hospital kerana mengalami strok.separuh badannya dari kepala hingga ke kaki lumpuh..badannya berpeluh..adakah ini dikatakan heat strok?

emel facebook: fazeedah@gmail.com

babyHoney said...

hypokalaemic tu lumpuh sebelah badan kan ?
is it related to saraf tersumbat ?

Azri said...

asslamualaikum doktor..apakah jenis lumpuh?

zura said...

Salam....sy juga alami hypokalemia.....potassium sy 1.4 n tknan drh 190/110...kram kejang x dpt gerak...lps MRI....doc sahkan tumor kelenjar adrenal....sblm ni sy akn mkn ubat 21 bji shri ....sy pilih jalani operation ..lps operate alhamdulillah potassium n tkanan drh sy kembali normal.....

Related Posts with Thumbnails